Renungkan Sejenak...

Apa gunanya hati jika tidak di kemudi menuju Ilahi

9 November 2011 3 Komen

Usrah Nombor Berapa?

Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Iphone disebelah telinga Saleha( bukan nama sebenar) berdering dengan nada dering Marimba tanpa henti. Bila dilihat pada skrin iphone, tertera nama naqibahnya. Naqibah kejut bangun subuh rupanya. Pukul 6 ada kuliah online di Skype. Saleha lantas tidak mempedulikan panggilan daripada kakak naqibahnya yang saban hari telefon kejutkan dia untuk solat subuh.

Bagi Saleha, dia mahu berubah perlahan-lahan. Dia tidak suka berubah secara terpaksa. Kenapa kakak naqibah dia beria-ria sangat nak kejutkan dia bangun subuh. Kalau dia solat subuh lambat pun dosa atas kepala dia, bukan naqibah dia yang tanggung. Dia pelik melihat kesungguhan kakak naqibahnya yang tidak pernah jemu kejutkan dia untuk mendengar kuliah online setiap pagi Isnin.

Cerita diatas hanyalah rekaan. Namun ingin saya tanyakan. Pernah tak anda mengalami situasi sebegitu? Pernah tak anda rasa bosan bila naqibah anda kerap kali telefon bertanya khabar, kejutkan solat subuh dan beritahu maklumat kalau-kalau ada kuliah online yang boleh didengar. Sampai satu tahap anda rasa bosan dan tertanya-tanya kenapa naqibah anda semangat sangat nak suruh anda pergi usrah, pergi program dan dengar kuliah-kuliah online?

Sedangkan kita kadang-kadang meletakkan usrah atau program itu ditangga kedua atau ketiga dalam pilihan hidup anda.

” Weekend ni ada program di Yamanashi.” – Beritahu naqibah.

” Ooo tengok la dulu macam mana. Kalau tak ada kerja saya pergi kot.” – ada atau tidak antara kita yang jawab begini.

” Tak boleh pergi la kak sebab dah janji dengan kawan nak pergi jalan-jalan tengok pertunjukkan anak patung di Tokyo.” – ada atau tidak antara kita yang jawab sebegini.

Baca selebihnya entri ini —>

6 November 2011 2 Komen

Mensyukuri nikmat-Nya

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kau dustakan?”

Macam pernah dengar ayat ini, tapi di mana ya? Mungkin ada yang pernah ‘terserempak’ dengan petikan ayat di atas, mungkin juga ada yang baru membacanya 4 saat yang lalu. Tak kisah la dah biasa ke tak ke, apa yang penting sejauh mana kita menghayati maksudnya? Allah telah berfirman sedemikian dalam surah ar-Rahman, bukan sekali, secara tepatnya sebanyak 31 kali. Kenapa Allah mengulang ayat yang sama, dalam surah yang sama berulang-ulang kali? Wallahualam… Jika difikirkan secara logiknya, mesti perkara itu penting. Seperti dalam kelas, kalau sensei ulang benda yang sama banyak kali, mesti perkara tersebut akan ditanya dalam peperiksaan. Jadi, dalam konteks kehidupan kita, soalan ini akan ditanya di akhirat kelak. Sudah sediakah kita untuk menjawabnya? Adakah kita menggunakan nikmat yang dikurniakan untuk mentaati-Nya atau untuk  menderhakai-Nya? Untuk senaskhah al-Quran atau untuk sehelai tiket wayang? Nikmat pemberian Allah tidak terlakluk kepada harta benda sahaja, anggota badan, air, udara malahan semua yang ada di muka bumi ini nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita. Kita hidup hanya menumpang kasih Allah semata-mata. Kita biasa dengar, “Kalau menumpang tu, buat la cara menumpang.” Bayangkan kalau Allah berkata begitu pada kita? Adakah kita buat perkara yang selayaknya sebagai seorang penumpang kepada belas kasih Allah? Kita semakin lupa cara menggunakan nikmat dengan sebaik-baiknya dek terpukau dengan kemewahan dunia. Kita takkan mampu mendustakan nikmat pemberian Allah kerana hakikatnya hatta duit satu sen adalah milik Allah yang dipinjamkan untuk hamba-Nya. Jadi, gunakanlah nikmat yang diberikan ke jalan yang diredhai-Nya. Hargailah nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam, selagi masih bernyawa. Biar Islam terpahat di jiwa bukan pada kad pengenalan semata. Baca selebihnya entri ini —>

2 November 2011 2 Komen

cool je lah brader

Nota : Mungkin tidak semua dapat memahami dengan baik apa yang ingin disampaikan, tetapi moga-moga ada lah manfaatnya pada semua walau sedikit.

 

Ya, saya tahu anda penat. Saya faham anda tak larat.

Saya tahu juga, anda tuan punya badan yang merasa, dan saya tidak layak berkata apa-apa, tapi saya rasa perlu juga saya katakan;

“Cool je lah brader… (dan sister juga)”

Baca selebihnya entri ini —>

1 November 2011 1 Komen

Manisnya Nikmat Lupa

” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan sia-sia. Itu anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang yang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka.” [ Surah Sad 38: 27]

Semua yang ada antara langit dan bumi tidak Allah jadikan ia sia-sia, termasuklah perjalanan hidup seorang  manusia. Apa yang jadi pada kita 10 tahun lalu bukanlah sia-sia, semuanya terselit hikmah dan asbab. Hatta, bilamana kita diduga sekalipun ianya bukan saja-saja Allah datangkan. Ianya satu nikmat yang penuh hikmah bagi orang-orang yang berfikir. Pendek kata, semua yang berlaku dalam dunia ni, semuanya adalah nikmat! Anda pernah dengar perkataan LUPA?

Pernahkah perkataan lupa ini menghiasi perjalanan hidup anda?

Atau perkataan lupa ini tidak langsung wujud dalam kamus hidup anda?

Baca selebihnya entri ini —>

30 October 2011 0 Komen

Mencintamu selalu

Setiap hari masa kita banyak digunakan  untuk bersama manusia. Sebagai contoh, seorang pelajar banyak mengunakan masa di kuliah, bersama rakan-rakan seperjuangan, kemudian di malam harinya masa untuk menyiapkan tugasan dan mengulang kaji. Seseorang yang berkerjaya juga begitu. Hidupnya pasti tidak sah kalau tidak berurusan dengan manusia sekelilingnya. Sama ada dia bekerja di sektor awam mahupun swasta interaksi antara makhluk itu pasti wujud demi melangsaikan tugasan kerjanya. Baca selebihnya entri ini —>

28 October 2011 3 Komen

Jatuh Cinta Berkali-kali

Amaran : Saya rasa, jiwang sedikit, yang allergic sila lari main jauh-jauh. Ya, lari. Sekarang.

Awak, hanya mereka yang merasa, tahu nikmatnya jatuh cinta. Dan bahagianya kita, merasa nikmat jatuh cinta berkali-kali dalam hidup ini.

Masing-masing sibut melilit adunan tepung + air + garam mineral asli, pada batang-batang kayu yang telah dibersihkan sedikit dengan tangan. Beberapa orang sedang memanggang, membakar, menyalai, mengasap, menggolek dan mencampakkan adunan-adunan yang dililit pada batang kayu itu pada unggun api.

Baca selebihnya entri ini —>

25 October 2011 6 Komen

Ohhh Harammm!

Saya bukanlah penggemar fanatik cerita-cerita arahan pengarah hebat seperti Erma Fatima. Tetapi, jika dilihat keadaan sekarang, karya-karya pengarah melayu kebanyakannya hanya biasa-biasa dan tangkap muat saja. Kata orang, banyak cerita yang tidak cukup bajet. Namun, bajet bukan ukuran. Tapi, nilai yang kita dapat daripada cerita itulah yang menjadi kayu pengukur. Ketika cuti musim panas yang lalu, dimusim perayaan ada ditayangkan satu cerita karya Erma Fatima. Semua orang tahu, Erma Fatima ini bukan calang-calang orang. Pengarah wanita yang seakan kebal menelan kontroversi dan kritikan, gagah pertahankan apa yang dia karyakan. Saya tidak nafi, bukan kesemua karya beliau adalah yang terbaik, tetapi kebanyakannya punya nilai yang kebanyakan orang tidak nampak atau tidak ambil peduli.

Baca selebihnya entri ini —>

25 October 2011 0 Komen

Taubat.. Usah Ditangguh

Apakah yang di maksudkan dengan TAUBAT ?  Adakah taubat itu sekadar memohon keampunan dari Allah SWT semata-mata ? Terlalu banyak kemaksiatan yang kita lakukan saban hari , tidak mahukah kita segera bertaubat kepada Allah SWT ?

Alasan yang sering diberikan amat mudah  oleh golongan yang langsung tidak mengendahkan kekuasaan Allah SWT ,

“alah ! muda lagi , esok bila dah tua aku taubatlah .”

“muda cuma sekali , so kita enjoy la dulu . bila dah nak mati nanti , taubatlah .”

“lambat lagi nak mati , rilekslaa ! buat apa taubat awal-awal .”

“nanti bila dah kawin , aku taubatlah . sekarang ni tengah bujang , kenalaa enjoy dulu .”

Mudahkan alasan mereka ?

Taubat adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud  KEMBALI . Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi segala perbuatan dosa. Maka erti taubat ialah kembali kepada Allah SWT dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah SWT.

Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya kerana Allah SWT. Kemudian berusaha untuk tidak mengulangi bila-bila dan di mana saja, walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya. 

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

Al-Quran merupakan bukti yang amat mutlak untuk mengatakan Allah itu maha pengampun dan sentiasa  menantikan keampunan dari hamba-hambanya . Hal ini juga dapat dilihat melalui firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

Allah juga menjanjikan rahmat dan pengampunan kepada hambanya yang memohon serta meminta keampunan darinya . Inilah tandanya yang Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun .

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Maidah, 74) 

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133)

Apakah lagi yang kita mahukan ? Semunya telah terbukti luas kan ? Mengapa perlu melambatkan taubat , sedangkan dihadapan kita terdapat berbagai-bagai kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang sentiasa memohon keampunan darinya .

Penulis : Saudara Umar (http://www.akuhanyaumar.blogspot.com/)

19 October 2011 3 Komen

Saya Juga Lelaki…

Saya terkesan, dengan semangat anak-anak muda zaman ini.

Dengan teknologi di hujung jari, segala maklumat begitu mudah dikuasai. Ilmu berlegar-legar sekeliling masyarakat.

Ditambah dengan pelbagai saluran untuk menonjolkan pendapat, warga kita makin berani dan bersemangat menyuarakan pandangan dalam pelbagai isu negara dan masalah sekitar.

Twitter, Facebook, Blog, Vlog …

Warga kita menjadi sangat responsif dan komunikatif.

Tetapi, dalam kita menterjemahkan idea-idea dan pandangan kita, ada satu kecenderungan yang saya kira agak kurang sopan.

Kecenderungan untuk melucahkan semua perkara.

Baca selebihnya entri ini —>

18 October 2011 1 Komen

Betullah Kata Pujangga

Sebentar tadi saya menerima berita kematian ayah kepada sahabat saya. Ya Allah berat ujiannya, saat si anak berjuang mencari secebis ilmu di negara orang, si ayah dijemput bertemu Ilahi untuk kehidupan abadi selepas kehidupan dunia. Saya tersentuh, baru semalam berbual dengan sahabat ini. Bercerita pula perihal keluarga, tiba-tiba hari ini, si ayah yang sahabat saya ceritakan itu sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Jarak perjalanan yang jauh, hampir 7 jam perjalanan dengan kapal terbang, mungkin sahabat ini tidak sempat mengucup si ayah buat kali terakhir.

Dua tiga hari ini, saya asyik bermain dengan emosi. Mendengar berita yang saya tidak mampu untuk percaya tapi ianya berlaku. Mendengar cerita yang saya rasa mustahil ia berlaku tapi ia berlaku. Bermain dengan emosi adalah bukan perkara yang mampu dibuat-buat. Hanya wujud bila timbul kasih sayang antara dua jiwa manusia. Kalau tidak kerana ada kasih dan sayang, mungkin sukar untuk jiwa kita tersentuh dengan sesuatu yang terjadi kepada orang lain. Ya Allah, mungkinkah ini namanya tarbiyyah? Tarbiyyah untuk mengingat kembali satu perkara yang namanya mati.

Baca selebihnya entri ini —>

15 October 2011 1 Komen

Nak Kahwin Susah,Jadi Dia Cari Pelacur

“Em,baik tukar lense micro ni,mesti gambar ni jadi lagi lawa,”monolog Azeezan keseorangan sambil membuka beg kamera DSLRnya. Majlis pernikahan terus berlalu tanpa menunggu beliau. Selesai sudah Azeezan menukar lense kameranya,dia cuba fokus kepada pengantin tetapi alangkah terkejutnya pengantin sudah siap diijab-qabulkan. Pantas dan senang.

“Eh,da habis ke?”Soal Azeezan.

“Dah,ko lambat. Imam tanya je Zul terima tak,Zul cakap terima,semua orang cakap sah,selesai,haaa,ni lah Islam sebenar!” Balas Akmal.

Bukan Imam di Masjid Tokyo sahaja,bahkan di mana-mana yang orang arab imamnya,beginilah kepantasan ijab qabul berlansung. Tak perlu baca panjang-panjang,tak perlu lafaz ijab dengan satu nafas,tak perlu ada ‘lah’ atau tidak,cukup dengan saya terima dan didengari oleh semua orang,perkahwinan itu sah. Inilah perkahwinan dalam Islam yang sebenar. Senang dan pantas tapi kita,Melayu,memasukkan adat-adat yang tak sepatutnya,menampakkan perkahwinan dalam Islam itu susah sehingga kalau lafaz itu sekali,ia patut dibanggakan padahal itu adalah kebiasaan.

Baca selebihnya entri ini —>

12 October 2011 0 Komen

Harmoni dan Berseri-seri

Beberapa hari lepas, sempat bersembang dengan beberapa orang adik bulatan gembira di Malaysia.

Ingatkan mereka teruja bercerita tentang semangat patriotik dan pandangan baru tentang negara, sementelah baru lepas pulang dari kursus kenegaraan. Tiba-tiba isu lain pula yang gemar mereka bualkan. Bahkan sebenarnya, isu ini memang gemar dibualkan rakan-rakan di sekitar.

Kahwin.

Ya, isu kahwin.

Khabarnya ada tawaran harga istimewa untuk kursus perkahwinan di kampus mereka. (ruginya masa kami dahulu, tak ada tawaran ni… huhu). Maka ramailah yang menyertai, dan ramailah yang rancak bercerita isu ini.

Dari pelbagai cerita itu, tertariklah saya untuk berkongsi tiga pandangan peribadi, berkenaan kahwin ini, terutama di kalangan remaja muda belia harapan negara. (oh, saya belum berkahwin lagi, jadi jangan ambil serius sangat pandangan ini. -senyum- )

Baca selebihnya entri ini —>

10 October 2011 0 Komen

Sebenar-benar ujian

Peperiksaan…Test…試験…ujian, perkataan ini amat sinonim dalam kehidupan seorang yang digelar mahasiswa. Kadang-kadang dalam satu hari, berbondong-bondong ujian yang perlu diambil dan jarang sekali satu ujian pun tiada. Sedia ataupun tidak, mahu ataupun tidak, ujian itu perlu diambil kerana ia menjadi kayu ukur pencapaian akademik dan juga tanggungjawab ilmu terhadap diri. Oleh sebab itu, kita tidak hairan apabila melihat ramai siswa siswi pada malam hari sebelum ujian sanggup bersengkang mata untuk menelaah pelajaran demi meraih markah mumtaz (cemerlang). Meskipun begitu, kita dapat melihat juga gelagat siswa siswa yang mabuk dibuai mimpi indah tanpa kerisauan mencengkam diri. Inilah cebisan diari siswa siswi dalam mengungkap erti ‘ujian’. Baca selebihnya entri ini —>

8 October 2011 0 Komen

Kalau Google Jadi Ustaz

Dunia semakin mengecil, bak kata manusia. Teknologi maklumat sana sini, bahkan di hujung jari. Tanpa bergerak ke sana sini, kita sudah boleh mengetahui apa yang sedang berlaku. Tanpa ke Jepun sekalipun, kita dapat melihat ombak Tsunami. Tanpa ke Paris pun, kita dapat melihat menara Eiffel. Bahkan, tanpa ke Mekah sekalipun, kita dapat melihat Kaabah. Cuma, bukan di depan mata secara live.

“Hebat sungguh!” puji manusia.

“Jadi, tak perlulah nak berjalan jauh-jauh. Tak perlulah nak mengembara. Tak perlu juga susah-susah nak ke kelas. Tak perlu pergi dengar ceramah kat masjid.” bisik syaitan.

“Kenapa?” soal Manusia terpinga-pinga.

“Semua tu boleh buat di rumah. Kenapa nak susah-susah?” syaitan mempengaruhi.

“ Kalau begitu, tak payah la saya ke universiti untuk mendengar kuliah. Kat Youtube pun banyak je kuliah-kuliah yang dimuatnaik. Yang bestnya, kuliah MIT pun ada dalam youtube. Dapatlah saya merasa jadi pelajat MIT, wah hebat!” manusia memuji lagi.

“Betul tu. Tak payah susah-susah lagi kan? Taip je kat google, jumpa la apa kamu mahu tahu. Contohnya, kalau kamu mahu tahu apa hukum sekian-sekian, nanti keluar la. Sekarang zaman moden, tak perlu susah-susah nak berjumpa ustaz, bertanya ustaz secara live lagi. Mudah kan?” syaitan semakin galak.

Tamat sebuah kisah. Cuba bayangkan jika kebergantungan kita menuntut ilmu terletak pada google semata-mata. Tidak perlulah lagi ustaz atau ustazah, atau para pensyarah. Begitu?

Tunggu, kita mesti ingat satu perkara bahawa google adalah satu ruang terbuka. Terbuka ertinya, sesiapa sahaja boleh menulis dan tulisan mereka keluar di enjin pencarian google. Kita mungkin tidak tahu siapa penulis itu, latar belakang mereka malah, tujuan mereka menulis. Kita silap jika kita mengatakan, semua yang dipetik di google adalah yang benar-benar belaka.

Malah, anda yang sedang membaca artikel ini, tidak mengenali siapa saya. Anda tidak tahu- saya mungkin seorang doktor, pelajar, penulis sepenuh masa, wartawan atau jurutera. Malah, mungkin ada sesuatu yang tidak betul dalam artikel ini atas kelemahan diri saya sendiri. Mana tahu?

Saya tidak mengatakan bahawa, mendengar ceramah agama yang dimuatnaik di youtube adalah salah. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, apabila kita bergantung seratus-peratus kepada internet dalam menuntut ilmu terutamanya ilmu agama, ia menjadi satu yang tidak betul. Ayuh kita contohi Imam As-Syafie yang mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu.

Semoga apa yang cuba saya sampaikan dalam artikel pendek ini dapat difahami. Jom muhasabah!

Wallahualam.