Renungkan Sejenak...

Apa gunanya hati jika tidak di kemudi menuju Ilahi

7 October 2011 1 Komen

Orang Lain Masuk Neraka,Saya Pun Nak Masuk Neraka!

Saya terbaca pendapat kawan-kawan tentang hudud di Facebook dan saya sedikit kecewa. Jujurnya,saya sendiri tidak faham apakah hudud secara terperinci tetapi pada pendapat saya,kalau ada orang nak tegakkan hukum Allah,kenapa perlu kita bangkang? Lagipun, saya seorang pelajar dalam jurusan kejuruteraan mekanikal,saya rasa saya lansung tidak layak berhujah tentang hudud,tentang potong tangan,bagaimana dilaksanakan,impaknya bagaimana,saya serahkan kepada kerajaan kerana mereka ingin lakukan jadi mereka patut tahu apa yang mereka buat.

Tapi kekecewaan saya tidaklah sepertimana kekecewaan membaca pendapat artis tentang hudud. Ketepikan dahulu pendapat si artis, saya pasti sudah banyak blog mengulas tentangnya. Ada segelintir kawan-kawan saya berpendapat bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana kalau kita lihat kedudukan(ranking) Malaysia sebagai negara Islam ialah ke 52 dan dalam banyak-banyak negara Islam itu,hanya 2 negara sahaja yang mengamalkan hukum hudud,kenapa? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan hukum tersebut.

Jujurnya,saya kecewa.

Baca selebihnya entri ini —>

6 October 2011 1 Komen

2 Telinga, 1 Hati…

Anda suka mendengar cerita?

Biar saya ceritakan kisah seorang adik.

Adik ini tidak mendapat pendedahan agama yang baik. Islam baginya, cukup sekadar solat, puasa dan ibadat-ibadat khusus lain. Sekali-sekala, jika ada program Islamik, seperti sambutan maulidur rasul dan sebagainya, dia akan sertai dengan gembira. Namun, Islam baginya, cukup sekadar itu sahaja.

Rahmat Allah itu luas. Satu hari, adik ini ditakdirkan diperkenalkan dengan Islam yang lebih luas, menyeluruh, sempurna dan menyempurnakan. Dia tertarik.

Maka bermulalah setiap minggu, adik ini duduk di dalam bulatan gembira, menjamu perut (ya bulatan gembira yang baik mesti ada elemen ini… hehe) di samping menambah kefahaman tentang agama.

Sekian lama Baca selebihnya entri ini —>

4 October 2011 3 Komen

Sweetnya Video Ni, Tapi…………..

Melihat semakin ramai pasangan yang memilih untuk mengikat janji, menyatu dua hati menjadi satu ikatan yang halal melalui perkahwinan, ianya suatu yang positif kerana sekurang-kurangnya berkurang juga gelaja sosial pasangan kekasih yang belum berkahwin.

Kemodenan arus perdana juga seakan memberi satu fenomena baru terutamanya di Malaysia yang sedang mengintai dan memerhati budaya luar untuk dijadikan ikutan. Yang terbaru dan yang sedang menjadi ikutan sekarang adalah budaya mencipta video atau fotografi pra perkahwinan bagi pasangan muda. Ianya nampak manis dan cukup romantis. Kita yang melihatnya kadang-kadang rasa cemburu dan teringin juga buat begitu bila nak kahwin nanti.

Baca selebihnya entri ini —>

1 October 2011 0 Komen

Hanya perlu memilih

 

Apakah yang benar-benar kita miliki? Adakah bakat dan keupayaan yang kita bertungkus-lumus mencungkilnya? Atau adakah aset harta, kereta mewah, rumah agam yang kita bermandi keringat mendapatkannya? Ketahuilah bahawa segala yang kita ‘rasa’ itu milik kita, hakikatnya semua itu adalah pinjaman dari Allah. Hanya satu sahaja pemberian mutlak yang Allah berikan kepada umat manusia, dan sememangnya itu satu-satunya milik kita, yakni keupayaan untuk memilih.

Baca selebihnya entri ini —>

30 September 2011 0 Komen

Cantik Tak Profil Picture Saya?

Saya yakin hampir kesemua orang yang celik IT mempunyai akaun Facebook mereka tersendiri. Bagi yang tidak cukup dengan Facebook,mereka buat lagi akaun Twitter,Thumblr dan banyak lagi yang pasti dengan satu niat iaitu bersosial. Saya tidak ingin sentuh cara bersosial yang bagaimana tetapi saya ingin kita fikirkan sesuatu yang lebih ringkas daripada soal bersosial iaitu mengenai akaun Facebook(dan lain-lain) kita sendiri.

Semakin hari semakin banyak orang berdakwah dan berpesan-pesan melalui Facebook,daripada gambar-gambar perempuan bebas untuk dilihat kini banyak daripada mereka telah memprivasikan gambar tersebut kepada kaum keluarga sahaja,satu tepukan untuk kalian. Lelaki? Tak perlu rasanya sebab jarang benar perempuan intai Facebook lelaki.

Baca selebihnya entri ini —>

24 September 2011 2 Komen

Cerpen: Mogadishu Merintih

Satu

Di corong hidungku, sudah tiada lagi tusukan aroma ketupat atau rendang. Tiada lagi wangi sate atau lemang. Fikiranku saat ini bukanlah ruang untuk mengidami jaudah serba mewah dan maha banyak itu. Aidilfitri ini untuk mereka, selayaknya.

Sesekali ingatanku menerpa wajah mulus Abah dan Umi. Kali ini, kali ketiga sudah aku tidak menyambut Syawal di Malaysia. Dua tahun terakhir kursus perubatan terlalu padat sehinggakan aku tidak berpeluang pulang ke tanah air. Aidilfitri kusambut sederhana di Moscow bersama teman-teman.

Walaupun jauh di mata tapi, di hati tetap dekat. Demikian ucapan syahdu Umi saat kami berhubung melalui Skype. Sebak juga terasa hati, mengenangkan keluarga dan saudara-mara yang  jauh di mata dan dua tahun lamanya tidak bersua muka.

“Tahun ini kau tak beraya di Malaysia lagi?”Suara Umi menerobosi kotak perasaanku.

Aku hanya mampu mengangguk sayu. Wajah kecewa Umi jelas terpapar di skrin komputer.

“Umi, Jam ke sana bawa misi, misi besar.”Ucapku mengharap Umi mengerti dan merestui.

“Jam, sudah tiga tahun kita tak beraya bersama. Semua di sini rindukan kamu.”

Aku jadi sebak serta-merta. Air mata ini kutahan, bersama perasaan yang sendu.

“Umi, Insya-Allah, kalau misi ini berjaya, 5 Syawal nanti Azzam pulang ke Malaysia. Umi doakan Azzam ya!”Aku cuba mententeramkan perasaan Umi yang bergalauan.

“Ya, Umi dan Abah doakan keselamatanmu dan rakan-rakan. Jangan tinggal solat. Jaga diri baik-baik ya, Jam!”Kata-kata Umi meruntun perasaanku.

Umi seorang yang memahami, sama seperti Abah. Syukur, Alhamdulillah.

  Baca selebihnya entri ini —>

23 September 2011 0 Komen

Taufan Jepun: Siapa Yang Zalim,Allah atau Kita?

Sepanjang saya bermastautin di Jepun ,sudah banyak kali berlaku taufan tapi tiadalah seteruk semalam. Semalam buat pertama kalinya pintu kaca di bilik saya bagaikan disepak-sepak dari luar,pakaian di sidaian semuanya jatuh mendakap bumi,pokok-pokok menari sakan bagaikan mabuk terlebih air tuak dan panadol,langit hitam bagaikan diconteng adik-adik. Sangat menakutkan.
Mungkin ada yang akan kaitkan taufan ini dengan amaran Allah kepada orang Jepun supaya mereka beriman tapi cuba fikirkan sejenak,bagaimana seorang pensyarah matematik mampu mengingatkan seorang pelajar kesenian tentang pentingnya matematik kalau pelajar itu lansung tidak tahu tentang matematik?

Baca seterusnya untuk melihat gambar-gambar kerosakan akibat bencana taufan semalam.

Baca selebihnya entri ini —>

19 September 2011 1 Komen

Profesor Peluk Islam Setelah Kaji Mumia

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Baca selebihnya entri ini —>

18 September 2011 0 Komen

Surat Akhir untuk Adik

Bismillahi walhamdulillah..

Segala puji-pujian hanya dan selamanya untuk Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang, yang tiada lain ku dambakan dari-Nya melainkan keredhaan-Nya terhadap diriku dan juga kalian..

Adik-adik yang disayangi Allah sekalian..

Bagaimana liku-liku kehidupan kalian? Baik? Alhamdulillah diriku juga begitu, baik..

Cita-cita kalian bagaimana? Berjaya? Alhamdulillah, ku tumpang gembira kerana kegembiraan kalian kegembiraanku juga..

Baca selebihnya entri ini —>

16 September 2011 1 Komen

Jangan Kerana Kita Tidak Tahu

Saya adalah manusia yang suka berfikir logik. Dalam hidup ini mesti ada sebab dan akibat,itu yang saya percaya dan sesuatu yang tiada sebab dan akibat,amat sukar untuk saya percaya. Jadi dalam saya mempelajari Islam, banyak benda yang agak tidak pasti tetapi saya diam dan saya yakinkan diri saya bahawa benda itu benar-benar wujud cuma akal saya gagal mencapainya.

Saya teruskan hidup seperti biasa dengan gaya yang biasa(rasional),saya jumpa ramai orang dan saya jumpa golongan seperti saya. Cuma mereka lebih radikal,mereka betul-betul rasionalis sedangkan saya cuba melawan perasaan rasionalis itu kerna saya yakin,agama bukanlah sesuatu yang dicipta oleh akal Rasulullah,jadi kadang-kadang,sesuatu itu gagal dicapai akal tetapi mereka ini hanya menerima apa yang logik dan tolak apa yang tidak logik.

Baca selebihnya entri ini —>

15 September 2011 0 Komen

Sajak : Kau Sahabat

Sahabat..

sungguh pertemuan itu satu ketentuan..

ketentuan yang pasti dari Dia buat kita..

tanda Rahim dan RahmanNya buat hamba-hamba yang tercinta

Perkenalan kita..

ibarat najmu bertemu purnama

ibarat lebah bertemu bunga

masing-masing tersenyum gembira

Ceria..

walau terpalit masalah dijiwa

walau berat sakit yang melata

wajah dihias sakinah cahaya

agar terubat hati yang lara

Sahabat..

sedarkah kita ..

pertemuan kita bermula dari TIADA kepada ADA

lalu..

Tiba saat dan ketikanya

Dia memisahkan kita..

bukan Dia tidak tahu hancur luluh hati kita

akibat pedih rasa penangannya

bahkan Dia Maha Mengetahui segalanya!

Percayalah sahabat..

Ini terbaik buat kita

kita akan tetap bersama selamanya

asal akidah kita teguh padaNya

walau terpisah tidak bertemu mata

doa menjadi penghubung setia.

Karya : Syamimi Ahmad

13 September 2011 0 Komen

Guna Facebook Tapi Terlupa Sesuatu…

Beberapa bulan lepas, jika klik di Home laman sosial Facebook, ramai rakan yang berkongsi tentang video yang tajuknya ” Dosa 24 Jam” yang memaparkan nasihat untuk wanita yang gemar memuat naik gambar peribadi di laman facebook ini untuk tatapan rakan-rakan. Tidak dinafikan, ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri saya ketika menonton video itu.

Semalam tajuk depan sebuah akhbar tempatan memaparkan kisah derita yang ditanggung oleh seorang gadis akibat dibomoh melalui gambarnya di laman facebook. Gadis yang gemar memuat naik gambar peribadi di facebook itu menderita dibomoh oleh teman lelakinya supaya dia semakin sayang kepada teman lelakinya itu. Lebih menderita apabila gadis itu juga di bomoh oleh bekas teman lelaki itu. Ianya tidak mengejutkan kerana jika difikir dengan logik akal sekalipun, memang gambar-gambar yang dimuat naik di facebook berkemungkinan besar dapat dilihat dan diambil oleh orang yang tidak kita kenali yang punya niat tidak baik kepada kita.

Baca selebihnya entri ini —>

13 September 2011 1 Komen

Aku Nikahi Dikau Kerana Allah

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah kerana memberi hidup yang istimewa buat saya,saya percaya Allah juga memberi hidup yang istimewa buat anda,sama-sama kita bersyukur. Post ini bersifat perbincangan,sebarang nasihat,pandangan dan teguran,sila tulis di ruangan komen.

Kita merancang dan Allah juga merancang,pastinya rancangan Allah itu lebih baik. Saya merancang ingin berkahwin, ingin merisik seorang gadis yang telah lama saya kagumi tetapi saya tidak berani meluahkan hasrat ini kepada si gadis sebab saya tahu kahwin bukanlah satu perkara yang main-main,tanggungjawabnya besar dan tempohnya bukan sampai saya mati tapi sampai akhirat.

Baca selebihnya entri ini —>

1 September 2011 0 Komen

“Aku Tak Mahu Islam Difitnah!”

Sebuah dialog pendek dua orang akhwat untuk kita renungkan bersama…

“Zana, lama tak jumpa.. Hampir-hampir tak kenal kau..”

“Eh, Wina! Sampai hati kau tak kenal aku.. ”

“Ye la, dulu kau cantik bertudung litup.. Sekarang dah free hair.. Kau dah lain.”

“Err… Macam mana dengan penampilan baru aku? Aku baru lepas rebonding rambut…”

“Cantik memang cantik..tapi pada pandangan mata manusia sahaja.. Pada pandangan Allah?
Apa yang buat kau berubah sedrastik ini?”

“Aku bukan apa.. Aku rasa dengan perangai aku yang gila-gila macam ni, kalau bertudung akan bawa imej buruk pada agama kita.. Kalau aku tak bertudung, orang tak tau aku Islam ke tak.. So, aku tak mencemarkan imej Islam..”

Baca selebihnya entri ini —>