Santai:Kesudahan Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.(sambung dari sini)…
Skrip asal
Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
Kisah ini petik dari blog Fais Jad Batch07
Disebalik:Sang Gajah dan Sang Kancil.
Apa yang ingin dibincangkan,kesudahan yang macamana anda inginkan seorang manusia biasa,adakah sama dengan kesudahan di atas,sang kancil menyelamatkan dirinya dengan mengorbankan sang gajah atau kesudahan yang berlainan berlainan? Adakah sang kancil akan selamat?Adakah mereka akan bercinta?Jom sama-sama kita bincangkan.

Al-Quran: Khas Buat Sang Pencari

jangan jadi macam sang kancil.
jadilah sang kancil yang baik, dan sang gajah yang cerdik…. cerdik dan baik, asas profesionalisme…
Rupanya sang kancil tersilap,yang datang bukanlah gajah.Rupa-rupanya sang badak air.Tanpa sengaja,badak air telah tergelincir ke dalam lubang itu dan terjatuh ke atas sang kancil dan sang kancil pun mati tanpa sempat bertaubat…Isk2
sang kancil yang bijak mnjadi drinya sendri dengn menggunakan kebijaksaaannya untuk selamatkan dri..
sang gajah menjd drinya sendri dgn bersikap lurus dan ikhlas kerana ingin menyelamatkan dri drpd bencana yg dikatakan sang kancil..
tmpak jelas lg suluh dunia skrg mcm 2..masing2 hanya fikirkan kpentingan masing2 dan bukan kepentingan beramai dan sggup tikam saudara sendri..NAUZUBILLAH..semoga Allah permudahkan..
ending:sang kancil yg bijak cakap perkara sebenarnya kpd sang gajah yang bhwasanya dia terjatuh..sang gajah pon tergelak terbahak2 sebab sang gajah yg lurus ni fikir [sang kancil yang bijak pon boleh xperasan lubang nih ka]..sang kancil pon tersenyum sebab baru mengetahui hakikatnya diri ini pon xdak lah bijak sgt,dia pon masih perlu pertolongan org len….sang gajah yg tulus ni pon kata[xpalah,meh aku tolong ko kancil,walopon aku xpndai tp at least aku boleh gna saiz badan aku nih tuk tolong ko..]..maka terselamatlah kedua2nya dan msing2 mndapat tauladan yg berguna..dan mnjadi kawan bek happily ever after..
ending yang best. Nice untuk anasaya.
Inilah akibat bila pandai tapi tak baik akan menipu, baik pulak taip kurang pandai akan ditipu.
Tribute untuk buku Dilema Melayu Islam karangan Ustaz Pahrol.