31 May 2009 1 Komen

Mahalnya sebuah keredhaan…

suamisoleh_thumbMengungkit kembali kisah yang pernah dibawa oleh ana suatu ketika dahulu tentang seorang insan yang bernama Ibrahim bin Adham.Ketika diminta untuk membayar duit untuk membolehkan dia menggunakan tandas,lantas dia menangis.Apabila ditanya adakah kerana tiada duit lalu dia menangis,dia menjawab tidak.Penjaga tandas itu bertanya lagi lalu kerana apa dia menangis dan akhirnya dia menjawab,jika untuk memasuki tandas,satu tempat yang paling jijik,kotor,tempat tinggal syaitan-syaitan laknatullah pun kena bayar, berapakah pula harga bagi syurga Allah,tempat yang paling mulia,aman,tempat tinggal para ambiyat.Sebenarnya,apa yang cuba disampaikan oleh Abu Ishaq sebenarnya,mahalnya keredhaan Allah.

Baca selebihnya entri ini —>

17 May 2009 6 Komen

Ibrahim Adham:Pemimpin yang menjadi hamba

menjadigolongansedikit_thumbSuatu hari Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam.Apabila dia ingin masuk ke dalam,seraya seorang lelaki menegurnya, “wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.”Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.Lelaki tadi terkejut dan berkata, “wahai orang tua,andaikata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma.Janganlah menangis kerana ini.”Ibrahim bin Adham menjawab, “wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan syurga Allah.Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…”

Baca selebihnya entri ini —>