30 June 2010 2 Komen

Utopia (12) : TANGGA

Utopia (12) : TANGGA

[Sila baca “Utopia (11) : RASA” terlebih dahulu]

Pagi itu sensei (lecuturer) saya memulakan kelas dengan mengajar tentang kanji (sejenis tulisan Jepun) kejuruteraan.

Sensei : Garis pertama melambangkan syurga dan garis kedua melambangkan dunia. Dan garis ketiga melambangkan tangga yang menghubungkan antara dunia dan syurga. Maka kejuruteraan membawa maksud, tangga yang menghubungkan dunia dengan syurga.

Wallahualam betul atau tidak. Tapi pandangan beliau mencuit hati saya.

Baca selebihnya entri ini —>

29 June 2010 9 Komen

Si buta yang bersemangat~

Si buta yang bersemangat~

Suatu ketika dulu, saya diberikan sehelai kertas kuiz. Salah satu daripada soalannya berbunyi;

“ Siapakah Nabi yang ditegur oleh Allah s.w.t kerana tidak menghiraukan orang buta yang datang kepadanya.”

Ketika itu buntu berfikir. Beberapa hari selepas itu, terdetik hati membaca surah ‘Abasa. Apabila membaca terjemahan surah tersebut barulah saya tahu bahawa Nabi yang ditegur oleh Allah s.w.t itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baca selebihnya entri ini —>

13 October 2009 5 Komen

Negara Atau Agama?

Kem Bina Negara di Meru hari itu membuka minda ramai peserta antara agama dan Negara,yang mana patut didahulukan.Asal cerita apabila kami diberi sekeping 20 sen,sekeping 10 sen,sekeping 5 sen dan sekeping 1 sen dan kami dikehendaki meletak duit-duit itu pada tempatnya iaitu antara agama,Negara,bangsa dan diri sendiri.Secara majoriti,ramai peserta yang memilih untuk menjadikan agama sebagai perkara paling mahal iaitu sekeping 20 sen dan Negara 10 sen.

Sebelum datang ke kem ini,ana telah diberi pendedahan awal oleh kawan-kawan ana yang telah menyertai BTN supaya mendahulukan Negara dalam apa-apa soalan sekalipun.Namun,disebabkan kedegilan dan perasaan ingin mencuba,ana memilih agama sebagai perkara yang penting. Alhamdulillah,fasilitator kumpulan ana tiada sebarang tentangan dan bersetuju dengan pendapat ana.

Lain cerita bila ana balik ke dorm,berbual-bual dengan rakan-rakan ana.Ada satu kumpulan yang ‘dicuci’ kepala mereka supaya menerima Negara adalah perkara yang terpenting.Alasannya mudah, Islam tidak berkembang sehinggalah Negara Madinah wujud.

Em,betul juga.

Tapi ada sesuatu yang tidak kena pada fikiran ana bila ana cuba mendahulukan Negara daripada agama kerana apabila diteliti balik sejarah-sejarah terdahulu,agama didahulukan.

Tidak perlu untuk kita mengungkap sejarah Islam,malah tamadun Yunani,Cina,Mesir Purba ,India dan banyak lagi tamadun-tamadun yang pernah menakluk dunia,semuanya bermula dengan agama.

Sebelum kita berbicara tentang sejarah,ana ingin menepis dahulu hujah fasi tersebut yang menyatakan Negara patut didahulukan daripada agama dek kerana sebelum Madinah wujud, Islam tidak berkembang.

Ketahuilah bahawa Islamtelah pun tersebar luas sebelum madinah itu wujud.Nabi telahpun membuat hubungan baik dengan Raja Najasyi iaitu raja Habsyah dan nabi juga pergi ke Thaif untuk berdakwah cuma dakwah nabi ditolak.Adakah disebabkan nabi tidak bernegara nabi ditolak,dakwah nabi ditohmah sekeji-kejinya?Tidak!Mereka menolak agama Islam BUKAN kerana kepentingan Negara tetapi demi kepentingan peribadi mereka,mereka bimbang kuasa mereka dirampas oleh Nabi.

Berbalik kepada kehebatan sesebuah tamadun bermula dengan agama,bukan Islam sahaja tetapi agama!

Apakah agama itu?

Agama secara umum adalah kepercayaan jadi ana mengkategorikan segala fahaman yang ada di atas muka bumi ini sebagai agama contohnya Buddha.Alasannya kerana semua fahaman mengakui adanya satu kuasa besar.

Jadi,bagaimana tamadun Yunani berkembang?Tamadun Yunani tidak pernah dipanggil sebagai tamadun sehinggalah perkembangan Ilmu di sana pesat dan kita persoalkan kerana apa perkembangan ilmu pada tamadun tersebut pesat?Kaji balik nama-nama seperti Aristotle, Socrates dan Plato,siapakah mereka?Bagaimana merekahidup dan kenapa mereka dibunuh? Ketiga-tiga nama ini merupakah guru kepada Alaxender The Great dan merupakan guru 3 generasi.Merekalah yang mengubah pemikiran orang-orang Yunani dengan ilmu berdasarkan kepercayaan mereka sehingga Aristotle diracun.Mereka bertiga percaya bahawa adanya satu kuasa yang amat berkuasa di atas muka bumi ini yang tidak perlu dipersoalkan.Jadi,adakah datang Negara dahulu baru agama?

Berbalik kepada Asoka,bagaimanakah tamadun agung india bermula?Tiang Asoka sebagai rang undang-undang menjadi kebanggaan orang India sehingga kini apatah lagi cerita Asoka dilakonkan pula oleh Shah Rukh Khan.Apabila dikaji balik sejarah Asoka,mengapa dia membangunkan India pasti anda menemukan atas sebab agama,dia membangunkan India sehingga tamadun India dijulang di mata dunia.Disebabkan kebinasaan yang dilakukan oleh ayahnya dalam satu peperangan,dia yang beragama hindu insaf dan menjanjikan kebahagian dan keselesaan buat rakyatnya.Disebabkan janjinya,janji atas agama,maka Asoka membangunkan negaranya.

Kita kembali pula ke zaman tentera bergajah,adakah atas sebab Negara Abrahah memimpin tentera bergajah datang menyerang kaabah?Tidak! Disebabkan rumah ibadah buatannya tidak berjaya menarik ramai pedagang,maka dia memutuskan untuk memusnahkan kaabah.Tidak cukup dengan manusia,gajah pula dikerah untuk memusnahkan rumah peribadatan yang didirikan oleh Nabi Ibrahim beranak.

Hijrah nabi juga menyaksikan kepada kita satu perkara yang tersangat penting,apakah perkara pertama yang dibuat oleh nabi apabila sampai di Madinah?Nabi turun daripada untanya dan meletakkan satu batu tanda masjid kedua di dalam Islam dibina dan masjid pertama di buat dalam Negara Islam Madinah.Apa maksudnya?Agama lagi penting daripada Negara!

Soalan seterusnya,adakah Negara yang hebat tanpa agama?

Amerika?Yahudi!

Jepun?Semangat Samurai!

German?Komunis!

Sekarang,apa yang lagi penting?Agama atau Negara?Anda pilihlah sendiri kerana anda ada pendapat masing-masing.

19 April 2009 7 Komen

Agama milik aku,kamu dan dia

Agama milik aku kamu dan dia

“Kamu xley cakap sal agame ni,kamu bukan ustat!”marah seorang pak cik.

Mendengar kata-kata yang cukup pedas itu,Azmun terus terduduk,kaku. Dia sangat terkejut.Dia sedar dirinya bukan seorang ustaz namun salahkah dia menegur seorang pak cik yang salah mengambil wudhuk walaupun dia mempunyai nas-nas yang kukuh?Adakah disebabkan dia seorang pelajar jurusan kejuruteraan membuatkan dia haram untuk berbicara tentang agama? Adaka hanya pelajar jurusan agama sahaja layak berbicara tentang agama?

Baca selebihnya entri ini —>