21 February 2011 3 Komen

Sindrom waktu cuti

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. (HR al-Bukhari)

Peperiksaan akhir telah pun berlalu. Tahniah diucapkan kepada adik-adik JAD yang telah selesai menduduki peperiksaan. Namun, satu lagi ujian yang lebih besar perlu kita hadapi selepas ini Ujian kelapangan. Seperti mana sabda Nabi s.a.w di dalam hadith di atas, inilah nikmat yang mana kebanyakan manusia akan menerima kerugian yang besar.

Allah SWT lebih mengetahui keadaan dan fitrah makhluk ciptaanNya. Ujian kesibukan kadang-kadang secara tak langsung mendidik kita untuk lebih berdisiplin dalm memanfaatkan 24jam sehari yang Allah kurniakan untuk kita. Walaupun kadang-kadang kita seakan mengeluh kepenatan, hakikatnya, banyak yang telah kita lakukan pada waktu tersebut berbanding waktu lapang setelahnya yang kebanyakan dari kita akan sia-siakan dengan TIDUR.

Secara sedar atau tidak, kita selalu mendidik kesabaran diri kita untuk terus bertahan sewaktu kesibukan dengan mengatakan, “Takpe, lepas ni nak tidur sepanjang hari pun tidurlah…exam dah habis.” Inilah punca utama kebanyakan dari kita mengqadhakan tidur yang tak cukup sewaktu musim peperiksaan. Sehari dua mungkin masih boleh diterima dan dimaafkan, tapi kalau dah jadi habit untuk tidur lepas subuh, apa yang akan terjadi pada umat ini? Baca selebihnya entri ini —>

15 June 2010 12 Komen

Kenapa lebih BAIK, bukan lebih BANYAK????

jari_bagus_thumb“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(67:2)
Tertarik untuk mengulas tentang ayat ini. Walaupun pendek saya nampak sesuatu yang penting disitu. Allah menekankan tentang amalan yang lebih baik dan bukan lebih banyak.Sebagai manusia seringkali akal disogok dengan hujah bahawa banyak amalan menjamin syurga. Mana tidaknya,duit berjuta-juta menjamin anda untuk ke mana-mana sahaja di dunia ini,bukan duit yang lebih baik tapi sikit. Namun kita sebenarnya tertipu dengan sogokan akal tersebut. Sebenarnya dalam ghairah mengejar amal, perkara pertama yang perlu kita titikberatkan adalah kualitinya bukan kuantiti. Setiap hari kita tidak lepas membaca Al-mathurat pagi dan petang, tidak kira apa keadaan sekalipun, dalam bas, dalam lif, naik tangga, mulut lancar membaca Al-mathurat yang rata-rata telah ramai yang berjaya menghafalnya. Namun bagaimana kualiti bacaan al-mathurat itu tadi. Adakah ketika naik tangga, hati kita benar-benar menghayati setiap zikir itu? Adakah ketika didalam bas yang bergema-gema lagu 90-an itu, kita berjaya menghayati makna-makna zikir kita? Sama-sama kita renungkan kembali.

Baca selebihnya entri ini —>