23 September 2011 0 Komen

Taufan Jepun: Siapa Yang Zalim,Allah atau Kita?

Sepanjang saya bermastautin di Jepun ,sudah banyak kali berlaku taufan tapi tiadalah seteruk semalam. Semalam buat pertama kalinya pintu kaca di bilik saya bagaikan disepak-sepak dari luar,pakaian di sidaian semuanya jatuh mendakap bumi,pokok-pokok menari sakan bagaikan mabuk terlebih air tuak dan panadol,langit hitam bagaikan diconteng adik-adik. Sangat menakutkan.
Mungkin ada yang akan kaitkan taufan ini dengan amaran Allah kepada orang Jepun supaya mereka beriman tapi cuba fikirkan sejenak,bagaimana seorang pensyarah matematik mampu mengingatkan seorang pelajar kesenian tentang pentingnya matematik kalau pelajar itu lansung tidak tahu tentang matematik?

Baca seterusnya untuk melihat gambar-gambar kerosakan akibat bencana taufan semalam.

Baca selebihnya entri ini —>

20 April 2010 6 Komen

Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??

Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Sekarang teknologi sudah moden. Orang ramai bebas menyuarakan pendapat  mereka tidak kira pendapat dari sudut mana sekalipun melalui blog dan sebagainya. Ada yang suka mengulas tentang gossip artis, ada yang suka mengulas tentang politik tapi apa yang membanggakan, ramai yang lebih selesa berkongsi tentang Islam dewasa ini. Tidak dinafikan, blog berunsur Islamik bertambah dari masa ke masa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bukan saja blog Iluvislam, Saifulislam, langitilahi dan azzariyat sendiri contohnya, banyak sekali perkongsian tentang islam. Dan dari situ, semakin ramai orang yang menyedari dan memahami tentang tuntutan Islam dalam kehidupan manusia. Ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah, ramai yang sudah  menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal. Baca selebihnya entri ini —>

11 March 2010 2 Komen

Kepada Siapa Anda Mengadu?

Mila: Anna, kau nak buat apa malam ni?

Anna: Macam biasa la. Mungkin baca buku yang saya pinjam dari Kak Kila. Kenapa? Ada apa-apa perancangan ke?

Mila: Tak ada la. Saja tanya. Tak letih ke asyik baca buku je. Exam kan baru je habis. Kita enjoy la!

Anna: Saya tak merancang nak buat apa-apa pun lepas exam ni.

Mila: Bagus la kalau macam tu. Jom ikut aku. Petang ni kita habiskan drama korea 1. Lepas tu kalau tak ngantuk lagi, kita tengok pula drama jepun 2. Nak join tak?

Baca selebihnya entri ini —>

8 March 2010 0 Komen

Dia Tarik Kita Masuk Neraka?

“Awak kena ajak kawan-kawan sedorm awak datang ke surau,tutup aurat dan baca quran. Bila di akhirat nanti,kalau dia masuk neraka dan awak masuk syurga,mereka akan pegang awak dan kata kepada Allah yang awak tak ajak mereka,awak tak dakwah mereka,awak biar mereka dalam kesesatan,lalu awak diheret dan akhirnya awak pun masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan mereka,” ujar Akhi Haqi semasa di sekolah dulu.

Baca selebihnya entri ini —>

18 January 2010 0 Komen

Biar Saya Jadi Perogol!

Biar Saya Jadi Perogol!

Orang yang tidak beragama sekalipun sangat marah apabila kita katakan kepada mereka bahawa mereka adalah ahli neraka, kalau tidak percaya, cuba lakukan. Mahu dilempangnya kepala kita, disepaknya perut kita. Percaya atau tidak, itulah fitrah, semua orang inginkan sesuatu yang baik dan menolak sesuatu yang buruk.Ya, saya pernah berjumpa dengan manusia-manusia pada lisannya tidak kisah untuk masuk neraka tapi saya percaya bahawa jauh di sudut hatinya bahawa dia sesekali tidak ingin dirinya dicampak ke neraka.

“kalau semua orang nak masuk syurga, sapa nak masuk neraka?” Jawab dia yang suka bergurau.
Baca selebihnya entri ini —>