Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Selesai satu program di Masjid Bandar Sunway, 3 orang sahabat bercadang singgah di Sunway Pyramid . Ada hal penting yang perlu diuruskan. Dengan memakai t-shirt labuh muslimah dan menggalas beg yang agak besar, 3 orang sahabat ni masuk ke dalam Sunway Pyramid dengan yakinnya.
Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.
Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.
Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.
Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.
Wanita Dan Aurat
Hijab Our Right!
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.
Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.
Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.
Siapa Yang Berhak Lihat?
Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!
Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.
Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.
Aurat Dan Kita
wanted!! (^^)
“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.
“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.
“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.
“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.
‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.
“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.
Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.
Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.
“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”
Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.
Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.
Failed! Dadanya terdedah
Ana pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau.
Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.
Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”
Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.
“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.
“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.
“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.
“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.
Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?
“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.
Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?
“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”
bersambung….
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:31]
PROGRAM FIQH WANITA: WANITA DAN DARAH
Pada 30 Mei 2009, bertempat di Bilik Utiliti Taman Bukit Pelangi, berlangsungnya satu Program Fiqh Wanita: Wanita dan darah yang hanya disertai pelajar wanita. Ceramah itu disampaikan oleh Ustazah Norliza Bt Sharmen yang bertugas sebagai guru di SAMT Tengku Ampuan Jemaah,Shah Alam dengan begitu santai sekali.
Sebelum ceramah bermula, kami diuji dengan satu soalan yang cukup mudah tapi tiada seorang pon yang boleh jawab dengan betul. Ustazah membahagikan kepada 3 pecahan tajuk iaitu aurat,pendarahan dan hubungan sosial. Ceramah tersebut lebih kepada bentuk soal jawab kerana beliau memberi peluang kepada peserta untuk terus bertanya jika ada soalan. Disini saya catatkan isi ceremah, soalan2 pelajar beserta jawapan. Kepada wanita di luar sana, luangkan sedikit masa untuk membaca isi ceramah ini untuk refresh balik ilmu-ilmu kita berkenaan dengan diri kita. InsyaAllah ada sedikit ilmu baru yang kita dapat. SESI CERAMAH:
MANDI WAJIB
Mandi yang diwajibkan apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi, maka apabila ibadat yang memerlukan bersuci tidak sah dilakukan tanpa mandi wajib terlebih dahulu.
SEBAB-SEBAB MANDI WAJIB: 1. JANABAH
a) Keluar mani daripada lelaki atau perempuan dengan apa sebab sekalipun, seperti:
* bermimpi
* berseronok
* melihat / menonton
* berfikir / berangan-angan
b) Bersetubuh walaupun tanpa keluar air mani
PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN DISEBABKAN JANABAH:
1. Solat fardhu atau sunat
2. Tinggal dan duduk dalam masjid
3. Tawaf mengelilingi kaabah
4. Membaca Al-Quran
5. Menyentuh Al-Quran
2. HAID
Erti haid pada syarak:
Darah tabei’ (semulajadi) yang disebabkan sifat-sifat atau tabiat yang selamat(normal) yang keluar dari pangkal rahim perempuan selepas ia baligh dengan cara yang betul dan pada waktu tertentu
3. MELAHIRKAN ANAK DAN NIFAS
- maksud nifas dari segi bahasa ialah beranak
- maksud nifas dari segi syarak ialah darah yang keluar selepas beranak
PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN DISEBABKAN HAID DAN NIFAS
1. Solat fardhu atau sunat
2. Tinggal / masuk dalam masjid
3. Tawaf mengelilingi kaabah
4. Membaca Al-Quran
5. Menyentuh Al-Quran /menanggungnya
6. Puasa
7. Melakukan persetubuhan / berseronok dengan isteri pada kawasan antara pusat dan lutut
4. MATI KECUALI MATI SYAHID
- Apabila seorang muslim mati, maka orang muslim yang lain wajib memandikannya.
- Kewajipan ini adalah Fardhu Kifayah
MANDI SUNAT
1. Mandi pada hari Jumaat
2. Mandi pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
3. Mandi gerhana matahari dan bulan
4. Mandi untuk solat istisqa’
5. Mandi selepas memandikan mayat
6. Mandi yang berkaitan dengan ibadah haji
- untuk memakai ihram haji atau umrah
- ketika hendak masuk makkah
- ketika hendak wukuf di padang Arafah
- untuk melontar ketiga-tiga Jamrah
- kerana memasuki Madinah CARA YANG WAJIB
i. Niat ketika mula membasuh tubuh
ii. Membasuh seluruh badan yang zahir termasuk kulit atau rambut.
air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya
SUNAT-SUNAT MANDI WAJIB
1. Membasuh kedua tangan kemudian membasuh kemaluannya dengan tangan kiri dan segala kotoran yang ada pada badannya.selepas itu menggosoknya dengan pembersih / penggosok.
2. Berwuduk
3. Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali
4. Membasuh bahagian kanan dahulu kemudian bahagian kiri.
5. Menggosok tubuhnya dan berturut- turut dalam membasuh anggota.
6. Bersungguh-sungguh membasuh lipatan pada tubuh seperti telinga, lipatan perut, didalam pusat dan ketiak
(sekiranya ia yakin bahawa air tidak akan sampai ke tempat tersebut melainkan dengan berbuat demikian, maka perbuatan tersebut menjadi wajib (bukan disunatkan lagi)
7. Membasuh sebanyak 3 kali
PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI
1.Berlebih-lebihan dalam menggunakan air
2. Mandi dalam air yang bertakung
DARAH-DARAH WANITA
1.HAID :
i. Maksud: Darah bulanan yang biasa keluar melalui kemaluan wanita dalam keadaan suci ketika berusia
9 tahun Qamariah ke atas
ii. Kadar Tempoh Haid :
a. 1 hari semalam – tempoh minima (24 jam)
b. 5, 6 atau 7 hari – tempoh kebiasaan
c. 15 hari dan malamnya- tempoh maksima
* Tempoh suci diantara 2 haid sekurang-kurangnya 15 hari serta malamnya
2.NIFAS
i. maksud: nifas dari segi syarak ialah darah yang keluar selepas beranak
ii. Tempoh
a. satu lahzoh/ seketika sahaja-tempoh paling pendek.
b. 40 hari – tempoh kebiasaan
c. 60 hari – tempoh maksimum 3.ISTIHADHAH
i. maksud: darah yang keluar dari bawah rahim yang bukan pada waktu haid dan nifas
ii. Jenis darah istihadhah
a. darah yang keluar kurang dari ukuran masa haid yang terpendek
b. yang keluar melebihi ukuran masa haid terpanjang
c. yang kurang dari ukuran masa nifas pendek
d. yang melebihi ukuran nifas yang terpanjang
e. yang melebihi kebiasaan haid dan nifas yang sudah- sudah, yakni melebihi kebiasaan keduanya yang terpanjang; yang kalau tidak terjadi demikian maka disebut haid atau nifas
f. menurut Ahmad dan para Ulama Hanafi, termasuk juga darah yang keluar dari wanita hamil kerana tersumbatnya mulut rahim.
HUKUM DARAH ISTIHADHAH
-Darah itu bukan penghalang bagi solat, puasa dan ibadat-ibadat lain
AURAT
• Dari segi bahasa: Aurat ertinya barang buruk
• Aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain BATASAN AURAT
• Secara umum:
Perempuan wajib menutup aurat seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan (seperti dalam solat)
INGATAN KEPADA YANG MENGINGKARI!!! Perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya itu ialah kerana dahulunya (waktu di dunia ) ia tidak menutup rambutnya daripada pandangan ajnabi.
Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti bertelanjang, yang memalingkan pandangan lelaki ajnabi, dan yang terpaling pandangannya oleh lelaki ajnabi, kepada mereka seperti bonggol unta khurasan (sarang tebuan), tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sekali-kali
SESI SOAL JAWAB
S: untuk jadi wanita solehah, apa perkara paling penting kita kene buat?
J: Takwa kepada Allah. Ikut apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang. Cuba tahan godaan nafsu kerana jihad melawan nafsu adalah jihad paling besar.
S: Ada beza tak pakai tudung labuh ke x?
J: – tak ada beza, yang penting tutup sampai bawah dada.memakai tudung yang jarang dianggap seperti tidak memakai tudung kerana masih menampakkan bahagian yang sepatutnya ditutup.
S: Apakah kesan hubungan sejenis pada kaum wanita
J- menyalahi hukum. Jangan tidur satu selimut dengan kaum sejenis.
S: Kalau ibu salah baca Al-Quran,kita tegur, adakah itu dikira derhaka?
J: Tegur dengan berhikmah. Kalau ibu masih terasa, minta maaf. Tidak dikira derhaka kerana kita menegur apa yang sepatutnya ditegur.
S: Kalau kita period 4,5 hari tapi kita tunggu sampai 6,7 hari untuk pastikan bersih baru mandi wajib boleh tak?
J: Tak boleh. Berdosa. Kalau haid habis waktu Zohor tapi baru mandi waktu Asar pon berdosa. Solat ni, kalau qada’ 100 kali pon tak sama ngan solat yang kita lakukan dalam waktu solat. Kalu dah sampai waktu period, kene berjaga-jaga, solat diawal waktu. Kalau kita melambatkan solat, contohnya, azan Zohor pukul 1.30 tapi kita nak habiskan cerita yang kita tengok kat TV, pukul 2 baru nak solat. Tiba-tiba mase nak solat, kita period. Kita wajib qada’ solat Zohor tu selepas suci nanti. Dalam keadaan kita menuntut ilmu, macam kita dah boleh mandi wajib mase Zohor, tapi kita ada kelas kat Unisel. Dalam keadaan ni, kita berhadapan dengan 2 perkara wajib. Menuntut ilmu itu wajib, mandi hadas pon wajib. Jadi boleh pilih salah satu. Kiranya kalu kita pilih menuntut ilmu, balik rumah petang tu baru mandi wajib, tapi sebolehnya utamakan mandi wajib.
S: kalau bangun pukul 5.30 pagi, tengok2 kita dah suci dan boleh mandi wajib.Tapi mase tengah mandi wajib tu, orang dah azan Subuh. Kene qada’ ke solat Isyak?
J: Kene qada’ solat Isyak. Lagi cepat qada’ lagi bagus.
S: Bagaimana kalau ibu bapa taknak maafkan dosa kita?
J: Dosa dengan manusia hanya boleh selesai ngan manusia. Selagi ibu bapa tak ampun, kita x cium bau syurga. Try mintak maaf, kalu mereka tak maafkan juga, serahkan saja pada Allah s.w.t.
S: Apakah hukum bila teringat kat lelaki yang kita minat?
J: Sebenarnya itu adalah naluri. Kita kene elakkan dengan menundukkan pandangan. Banyakkan istighfar( pohon ampun)
S: Apa hukum bercinta or couple?
J: Couple haram dalam Islam. Wanita hanya boleh bercakap dengan lelaki untuk urusan penting saja. Jangan dekatkan diri dengan zina.
S: Salahkah kita tinggikan suara kepada lelaki?
J: Tak elok marah-marah. Kita kan ada adab sopan. Cume kita dituntut tegaskan suara dengan lelaki kerana suara menjadi aurat apabila ia kedengaran manja dan menggoda.
S: Bagaimana kalu tersentuh dengan lelaki.
J: Tersentuh maknanya tak sengaja. Kalau saje-saje sentuh, sama juga seperti kita menyentuh kulit anjing dan babi.
S: Apa hukum mandi di tempat terbuka macam Sunway Lagoon ke?
J: Kalu boleh menampakkan aurat,bentuk tubuh..x boleh. Berdosa.
S: Boleh tak berdoa dijodohkan dengan orang yang kita nak?
J: Boleh. Qada’ Allah boleh berubah dengan doa.
Sebelum program berakhir, Usazah sempat berpesan:
“ Peganglah agama Islam dimana saja kamu berada, InsyaAllah kamu selamat.”
Sesape yang ada masalah pasal wanita, bolehlah contact Ustazah Norliza. Ni number die. 013-3385466.
Janganlah malu dalam menuntut ilmu,jika tidak,pasti kamu akan sesat…
Sifat malu ada yang positif dan ada juga yang negatif. Malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat, salah dan keji. Malu yang positif akan juga menimbulkan rasa bersalah kepada seseorang apabila ia meninggalkan perintah dan suruhan Allah Ta’ala.
Malu yang negatif pula menghalang seseorang itu dari melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan. Malu negatif ini juga kadang-kala menyebabkab seseorang itu terdorong untuk melakukan perbuatan maksiat, salah dan keji, umpamanya lantaran malu diangap sebagai kolot atau ketinggalan zaman maka ia sanggup mendedah aurat, minum arak, merokok dan seumpamanya.
“Ya,mahu makan apa incik?”tanya seorang pelayan barra kepada Arep.
“bagi nan cheese garlic satu sama itu kari ya,”jawab Arep selepas mentelaah menu yang diberikan
“baiiikk..incik?”
“bak saya nan cheese biasa,”order Rapek.
“nan cheese garlic ada,nan cheese takda.”
Logik tak?Nan cheese garlic ada tapi nan cheese biasa tiada?Adakah roti nan itu yang menjadikan nan cheese atau garlic yang menjadikan roti itu dikenali dengan nama nan cheese?Memeningkan,namun itulah kesalahfaham yang berlaku di dalam masyarakat kita.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang artikel atau ingin menyertai kami bolehlah menghubungi kami di azzariyat.crew@gmail.com
Anda dibenarkan untuk mengambil dan menyebar mana-mana artikel di sini. Diharapkan untuk anda meletakkan link azzariyat.com sebagai rujukan