“Kenapa la saya dilahirkan sebagai perempuan…” Keluh Anis di tepi jendela. Keluhannya di dengar oleh Damia yang berada di hampiran yang sedang membuat ‘felt craft’.
“Kenapa awak mengeluh Nis? Tak suke ke dilahirkan sebagai perempuan? Awak dah la comel,jadi rebutan semua orang pula tu, saya cemburu dengan awak tau!” Kata Damia sambil menyindir.
“Takde la Mia,tugas kita atas muka bumi ni kan sebagai khalifah,khalifah paling senang dita’rifkan sebagai pendakwah. Jadi perempuan ni susah nak berdakwah,”sambung Anis yang masih termenung di tepi jendela.
“Maksud awak? Apa yang susahnya jadi pendakwah wanita?” Soal Damia lagi,dia letak felt craftnya di tepi dan mula mendengar keluhan Anis secara serius.
“Begini. Dakwah kan ajak orang ke arah kebaikan dan tegah orang daripada maksiat kan. Bila kita nak ajak orang,kita kena bercakap kan. Nanti kalau saya pergi tempat awam,saya jumpa orang,saya ajak buat kebaikan,nanti orang pandang serong kat saya.. Ye la,saya kan perempuan,mana elok jumpa orang tak kenal,terus ajak kebaikan..” Sambung Anis.
“Oh,macam orang Tabligh tu?” Tanya Damia.
“A’a,macam tu la. Pergi rumah ke rumah ajak orang ke surau,bukan ke benda baik tu. Saya nak dakwah macam tu juga..Cemburunya..” Beritahu Anis dengan nada yang sangat sedih.
“Mana ada Nis,kita lagi untung la dari laki.Kita lagi senang nak buat dakwah..” Damia memulakan bicara dengan satu senyuman harapan.
“Hah? Maksud awak?” Tanya Anis sambil berpaling ke arah Damia.
“Ok,lelaki kalau nak berdakwah kena pergi rumah ke rumah contohnya. Kena bercakap,kena tahan malu,kena letak air muka kat kaki orang. Hanya yang berani je sanggup buat,yang tak berani tak buat. Tapi pompuan kan,dalam kita menyempurnakan hak Allah,kita sedang lakukan dakwah..” Terang Damia dengan muka yang tersenyum.
“Sempurnakan hak Allah? Tak paham la..”Kata Anis sambil menggaru kepala.
“Apa hak Allah yang wajib kita tunaikan?” Soal Damia.
“Em…Solat?” Jawab Anis yang masih terpinga-pinga.
“Solat tu betul tapi solat tu macam tak istimewa sangat. Cuba teka lagi,” soal Damia sambil mengambil kain felt craft yang berwarna pink.
“Tudung?(aurat)” Anis meneka lagi dengan penuh perasaan ingin tahu.
“A’a,tudung! Kalau kita niat kerana Allah,niat dakwah,insya Allah ianya dikira dakwah. Dulu masa Al-Arqam,muslimah hanya pakai niqab dan purdah untuk berdakwah. Pergi tempat orang ramai yang sedang buat maksiat,orang akan berhenti dari lakukan sambil kata ‘hantu kum-kum dah datang’. Walaupun dipanggil hantu kum-kum,bukankah maksiat terhenti? Bukankah itu dakwah?” Ungkap Damia sambil mula menjahit.
“Betul gak kan..Kiranya kita lagi untung la kan,”kata Anis sambil tersenyum.
“Lagi satu,katakan ada seorang perempuan free hair nampak kita,hati dia tergerak untuk pakai tudung. Dia pun pakai tudung,dia kahwin,dia ada anak perempuan,dia ajar anak perempuan dia pakai tudung. See,pahala tu berganda-ganda tanpa kita tak tahu. Nanti esok di neraca mizan,kita terkejut tengok pahala kita banyak gilerrr,”terang Damia sambil tersenyum.
“Waaaaa,tak sangka kan.. Waaa,baiknya Allah..Kalau camtu,kesian orang laki la kan,nak berdakwah susah. Kita pakai tudung, tutup dada sikit,pakai baju longgar-longgar,terus dapat pahala dan kemungkinan pahala tu berganda besar,laki takleh buat macam tu,hahahha,”Anis ketawa riang.
“Nah felt craft hati ni,saya buat khas untuk awak,semoga hati ni jadi peransang untuk kita berdakwah,”kata Damia sambil menghulurkan felt craft hati yang comel itu.
Ingatkah lagi antum pada tarikh 26 Disember 2004? Ya, ana juga masih ingat. Tarikh berlakunya ombak besar Tsunami yang mengorbankan ramai umat manusia. Masih terbayang di relung fikiran ana video yang merakamkan detik-detik cemas itu. Begitu banyak kemusnahan yang berlaku- manusia, tanaman, ternakan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Saudara-saudara di Malaysia terutama di bahagian Utara turut merasai kesan bencana itu. Namun, apa yang mengagumkan, dalam kelumpuhan pemandangan seperti padang jarak padang tekukur di Banda Aceh, satu-satunya yang masih kukuh ialah masjid. Subhanallah! Betapa Allah Maha Berkuasa! Baca selebihnya entri ini —>
Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata rakan anda?
Di dunia ini, semua orang boleh dikatakan mempunyai rakan lebih daripada seorang. Dan dalam ramai-ramai rakan yang anda miliki, pasti salah seorang daripada mereka seorang yang anda percaya, jujur tutur kata, sentiasa ikhlas dalam memberi pendapat, memelihara hubungan dengan Allah dan manusia, dan sentiasa melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat.
Lagi sekali saya ingin bertanya. Sekiranya rakan anda menyampaikan sesuatu yang baik, adakah anda akan percaya dengan kata-katanya?
Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.
Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.
Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.
Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.
Wanita Dan Aurat
Hijab Our Right!
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.
Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.
Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.
Siapa Yang Berhak Lihat?
Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!
Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.
Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.
Aurat Dan Kita
wanted!! (^^)
“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.
“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.
“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.
“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.
‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.
“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.
Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.
Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.
“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”
Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.
Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.
Failed! Dadanya terdedah
Ana pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau.
Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.
Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”
Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.
“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.
“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.
“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.
“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.
Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?
“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.
Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?
“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”
bersambung….
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:31]
“Em…Oh,senanye aku maksudkan nabi Musa je,tak ingat lansung pasal Asiah, Masyitah dan Yukabid.Sebut pasal Asiah dan Masyitah,bukanke Masyitah tu tukang sikat rambut Asiah?Dan bukanke disebabkan Masyitah mencela Firaun semasa sikat yang digunakan untuk sikat rambut permaisuri itu jatuh,Masyitah dihukum bunuh.Bukanke permaisuri ketika itu Asiah?Bukan ke Asiah beriman kepada Allah,tapi kenapa dia lapor pada Firaun?”Tanya Aiman dengan penuh semangat. Baca selebihnya entri ini —>
Saya teringat sebuah drama melayu yang pernah saya tonton sewaktu kecil dahulu, bertajuk “Syurga Di Pintu Neraka”. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang hidup bebas berpeleseran dan berkawan dengan ‘mat-mat motor’ (mat rempit mengikut istilah kini). Walaupun acapkali ditegur ibu bapanya, namun dia masih degil dan akhirnya pergaduhan berlaku yang menatijahkan dia lari dari rumah. Dipendekkan cerita akhirnya, suatu hari wanita ini terjebak dengan pengedaran dadah dan ditangkap serta dihukum gantung mandatori. Di dalam penjara, ketika melewati saat-saat akhir hidupnya barulah dia insaf akan segala perbuatannya dan memohon keampunan Allah. Drama berakhir dengan perjalanannya ke tali gantung yang diiringi sendu dan air mata. Baca selebihnya entri ini —>
Membaca dan mengkaji al-Quran mempertemukan saya dengan satu perkataan yang sering muncul dalam penceritaan Allah SWT tentang ahli-ahli syurga. Apakah perkataan tersebut? Apakah maksudnya? Bagaimana menggapainya? Let’s check it out..
Meta- Log in
- Entries RSS
- Comments RSS
- WordPress.org