21 January 2011 3 Komen

Kitaran Cinta

Manusia bila bercinta,mereka buta dan pekak. Apa yang dicintainya,pada pandangan mereka ia cukup sempurna dan mengasyikkan.

“Cinta sayang pada ayang ibarat kurap,makin digaru,makin mengasyikkan..”

“Walaupun kentut sayang busuk tapi kentut itulah pengubat rindu abang..”

“Kalau ada lautan api,akan abang renanginya untuk sayang..”

“Belahlah jantung ini,lihatlah isinya kalau sayang tak percaya..”

Hiperbola yang sungguh melampau tetapi bagi yang bercinta,mungkin ayat-ayat di atas adalah satu kewajiban bagi mengeratkan lagi hubungan cinta. Tapi sebenarnya,hukum tersebut tidak terhad pada manusia semata-mata tetapi bertindak juga pada sesiapa dan apa-apa benda dengan syarat objek itu dicintai. Baca selebihnya entri ini —>

11 October 2010 1 Komen

Bila aku merindu…

Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid

Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya

Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan

Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga

Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu

Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku

Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Seiring dengan peningkatan umur barangkali, hati kadangkala merindu. Merindui mujahid yang akan memimpin tanganku ke syurga bersamanya. Namun, apalah daya yang ada pada diri seorang wanita. Baca selebihnya entri ini —>

14 February 2010 3 Komen

Valentine’s Day:Cinta Itu Indah

Valentine’s Day:Cinta Itu Indah

Musim orang berbicara tentang cinta sudah lama berlalu sehingga ada yang sudah jemu dan bosan pabila ada yang berbicara tentang cinta tapi kami di Azzariyat masih belum bosan dengan cinta dan kami berjanji akan terus dan terus berbicara tentang cinta. Nabi Adam dan Hawa dihantar ke bumi dengan meninggalkan segala macam perkakas syurga kecuali cinta, masakan kami mampu untuk berdiam diri tentang cinta? Lebih-lebih lagi tatkala 14 Februari bakal menjelma, pelbagai acara dan sambutan diadakan bagi membuktikan cinta kepada kekasih. Anak muda di Malaysia pada tahun ini berpakat untuk tidak memakai seluar dalam pada hari tersebut dan anak muda di Cina jauh terkehadapan, satu pertandingan bercium paling lama diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Valentine’s Day.

Baca selebihnya entri ini —>