18 February 2011 2 Komen

Orang Solat Pasang Musik

Semalam,sebelum saya tunaikan solat Isya di sebuah surau,saya ternampak seorang pekerja kedai di tepi surau memasang Muzik-Muzik. Saya menjemput pemilik kedai tersebut untuk solat bersama saya sebagai Imam,lantas pemilik kedai tersebut mematikan suara televisyen tersebut dan kami pun menunaikan solat bersama. Ketika kami di rakaat kedua,terdengar suara televisyen dipasang. 30 saat kemudian televisyen itu ditutup dan 30 saat kemudian ia dipasang semula,begitulah yang berlaku sepanjang kami menunaikan solat.

Sejujurnya,solat saya memang terganggu.

Saya tidak kusyuk? Memang saya tidak kusyuk,bagaimana saya boleh kusyuk dengan muzik dimainkan ketika saya sedang solat.

Pada mulanya dia memasang muzik tersebut,saya cuba bersangka baik dengan menganggap dia akan memperlahankan suara televisyen tersebut tetapi sangkaan saya meleset bilamana dia memilih cara hidup-mati sebagai penyelesaian.

Baca selebihnya entri ini —>

26 July 2009 11 Komen

Bertawakkallah walaupun kertas jawapan kosong

Alhamdulillah,selepas 1 minggu lebih bersengkang mata untuk belajar demi peperiksaan akhir,kami selesai menjawab kesemua kertas 2 hari yang lalu. Peperiksaan yang cukup mencabar,boleh dikatakan setiap kertas ada sahaja yang menangis,baik mechanical student mahupun electrical student,baik yang perempuan mahupun yang lelaki terutamanya ketika menjawab kertas matematik 3.Tengah pening menjawab soalan kertas matematik 3(suugaku 3),terdengar bunyi esakan dari 2,3 penjuru kelas.2 atau 3 orang sahabat telah menitis air mata.

“Ya Allah,rupa-rupanya bukan aku seorang yang tak dapat jawab soalan ni. Ya Allah bantulah aku dan kawan-kawan aku dalam menjawab soalan ni. Susah sangat Ya Allah,”hati kecil ini berdoa.

Tatkala kaki ini melangkah masuk ke dalam bas dengan perasaan yang agak gembira kerana peperangan sudah selesai,tiba-tiba hati ini dikejutkan dengan satu pemandangan yang tidak ingin sekali dilihat.Seorang kawan menangis dengan kuat sekali di atas bas sambil ditenangkan oleh seorang kawan yang lain.Tiba-tiba hati ini bertanya sendiri adakah aku juga akan lulus?Terlampau bimbang apabila melihat rakan-rakan yang jauh lebih pandai menangis.”Kalau dia takleh buat,aku lagi la..”

*Tuk,Tuk,Tuk.pintu rumah diketuk.

“Ish,bakpo tok bukok pitu nyoh?!”Aku berseleroh.

Tiada ku sangka bahawa aku akan disambut dengan jelingan yang agak dingin oleh seorang teman serumahku.Dari wajahnya aku dapati bahawa dia begitu tertekan dengan peperiksaan sebentar tadi.

**** la!Aku study sapa tok tidor tapi tokley jawab,baik takyah study!”Dia menjerit.

“Ilek la,cool-cool.Ko gak yang nasihat aku soh cool.”Aku cuba menenangkannya.

Kesimpulan daripada peperiksaan kali ini-SU’UL KHATIMAH.Sangkaan bahawa peperiksaan ini akan berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan meleset.Cuti seminggu ini bagaikan tidak cuti kerana hati masing-masing berdebar menanti satu panggilan ‘maut’ dari YPM.

4 hari sebelum peperiksaan matematik di kelas kikai(mechanical)”

“Everyone in this class have passed mechanics and mechanical.So,please concerntrate to this exam(mechanical design).”Pengumumuman yang menggembirakan sesiapa sahaja yang mengambil kertas ini.

di kelas denden(electric n electronic)

“Ada 6 orang failed denshi kairo tapi sensei da tolong,so sume orang lulus,” seorang kawan memberitahu kawan-kawan yang lain.

Sehari selepas itu di kelas kikai

“Kepada orang-orang yang namanya tertulis di bawah,sila berjumpa dengan Suwa Sensei.”

Sensei:Awak berdua failed dalam kertas material.Tapi saya akan luluskan awak berdua cuma di Jepun esok,awak kena berusaha lebih keras lagi.

Pagi sebelum menjawab kertas matematik di kelas denden

“Semua orang lulus kertas denjiki,”

Semua orang bersorak kegembiraan.

Selepas sahaja kertas matematik,kegembiraan sebelum-sebelum ini bagaikan sudah lesap sekelip mata.Tiada lagi insan yang mampu tersenyum apabila memikirkan kertas matematik.Sangkaan bahawa sensei akan mengeluarkan soalan yang sama dengan report yang diberi adalah satu sangkaan awal yang memakan diri sendiri.

Namun kawan sekalian,kita telah berusaha maka bertawakkallah.

Nak bodek sensei?Itu bukan sikap orang Islam.

Nak pecah bak jawapan dan ubah balik jawapan?Itu bukan sikap orang Islam.

Nak menangis dan keluar JAD?Itu juga bukan sikap orang Islam.

Bertawakkallah kerana bertawakkal itu adalah sikap orang Islam.

Kita manusia,Sensei juga manusia maka ita dan sensei mempunyai Tuhan yang sama walaupun berlainan agama.

“Ah,Sensei tu orang jepun.Die mane beragama.”

Betul sensei tidak beragama tapi dia juga diciptakan oleh Tuhan yang satu.Tak bermakna apabila seseorang itu menyembah tuhan selain Allah dia mempunyai Tuhan yang lain.Biar dia beragama Buddha,Kristian,Shinto atau apa-apa sahaja namun Allah tetap yang menciptakan mereka,maka bertawakkallah kerana Allah adalah Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Allah boleh mengubah apa-apa sahaja apabila Dia mahu.Kun Fayakun.

Apa yang penting?Berusaha.Allah tidak akan menolong hamba-hamba yang meminta tolong daripada Nya tapi tidak berusaha.Kawan-kawan,kita telah berusaha.Biarpun sedikit tapi kita telah berusaha.Kita telah buat apa yang Allah suruh iaitu berusaha maka yakinlah.Yakinlah Allah sebaik-baik pembuat keputusan kepada kita.

Tiada Common Sense dalam beragama,semua baru bila beragama.Air sifatnya tidak akan putus bila dicincang namun dalam beragama air putus apabila nabi Musa ketuk tongkatnya di atas permukaan air.Api sifatnya membakar namun tidak satu helai pun bulu roma nabi Ibrahim terbakar ketika dicampak ke dalam api yang besar.Pisau tajam sifatnya memotong namun leher nabi Ismail tidak putus ketika dipotong.Mati sifatnya tidak boleh hidup kembalik namun Sam Bin Nuh hidup balik selepas beribu-ribu tahun mati apabila nabi Isa berdoa.Lihat,kadang-kadang Allah menentang common senses.Semuanya untuk apa?

Untuk manusia yakin bahawa Allah boleh buat apa sahaja yang Dia suka. Jadi, biar kosong manapun kertas peperiksaan kita,jika kita telah berusaha, maka bertawakkallah.Berdoa,bertahajud dan yakinlah bahawa jika Allah mahu kita lulus,nak tak nak,kita akan lulus juga.Cuma perlu ingat,syaratnya kita telah berusaha.

Dunia ini Darul Asbab,apa-apa nak berlaku mesti ada sebabnya.Untuk berjaya asbabnya ialah berusaha maka berusahalah kerana itu syarat yang Allah tetapkan kepada kita.Namun jika kita telah berusaha tapi gagal,percayalah bahawa Allah memberi kegagalan itu supaya kegagalan itu memotivasikan kita supaya menjadi lebih berjaya.

Berdoalah kepada Allah dengan penuh yakin dan rasa rendah diri.Menangislah kerana Allah adalah tempat kita menangis.Allah tempat kita mengadu dan Allah tempat kita bercinta.

Jika dengan awek,kita akan melakukan ‘duty report‘,mengapa tidak dengan Allah?

Jika dengan Umi,kita akan mengadu sampai teresak-esak,mengapa tidak dengan Allah?

Sedarlah bahawa Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan,mintalah apa-apa sahaja dari Allah,pasti Dia makbulkan…

Bertawakallah walaupun kertas jawapan kita kosong..

kerana kita telah berusaha…