2 September 2010 2 Komen

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~

Situasi 1 : Salina ingin berubah. Daripada tidak bertudung menjadi seorang wanita bertudung. Namun dia hairan melihat akhlak kawan-kawan yang bertudung litup. Suka benar bercerita keburukan orang lain. Pantang lihat orang buat silap, terus dikritik. Itu tidak kena, ini tidak kena. Seakan-akan mereka memandang rendah kepada orang lain dan merasakan diri mereka cukup sempurna hanya bila mereka lengkap menutup aurat. Bukankah bertudung itu perintah Allah? Kalau mereka boleh mengikut perintah bertudung, mengapa mereka tidak boleh mengikut perintah Allah supaya sentiasa bersangka baik dan menutup aib saudara seislam?

Baca selebihnya entri ini —>

24 August 2010 2 Komen

Jika kita mati………..~

Pejam celik pejam celik, sudah lebih 10 hari kita bernafas dibulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan ini juga, buka sahaja helaian akhbar, hampir kesemua muka-muka depan  akhbar bercerita tentang kematian. Cerita tentang kematian warga tua yang kemalangan ketika pulang membeli juadah berbuka puasa. Cerita tentang kanak-kanak yang telah 5 tahun menderita sakit akhirnya menghembuskan nafas terakhir di bulan yang mulia ini. Cerita tentang pemuda mati dipukul along. Dan yang terbaru, kisah kematian kanak-kanak yang melambung ke atas pokok akibat letupan mercun yang kuat.

Baca selebihnya entri ini —>

11 June 2010 2 Komen

Mereka Lukis Nabi Kita?!

When you attack black peolple,they call it racism. When you attack Jewish,they call it anti-semetism. When you attack women,they call it sexism. When you attack jomosexuality,they call it intolerance. When you attack a country,they call it treason. When you attack a religious sect,they call it ‘hate’. But when they attack the Prophet Mohammed,they call it freedom of speech.

Selama ini,saya tidak pernah perasan semua ini sehinggalah saya baca status Facebook seorang kawan saya yang meminta kawan-kawan lain jadikan ayat di atas sebagai status di Facebook. Memang benar, bila kita menyerang mereka,ada saja pembelaan untuk mereka tetapi bila kita diserang dan kita ingin membela nasib kita, mereka menafikannya dengan mengatakan tindakan mereka itu adalah kebebasan. Pada saya,sungguh celaka!

Baca selebihnya entri ini —>

8 June 2010 2 Komen

Kenal Mawi tak??

“ Kenal Mawi tak?” seorang kanak-kanak ditanya dalam satu program televisyen.

“ Kenal.” Kanak-kanak itu menjawab dengan rasa teruja.

“ Nyanyi lagu Mawi sikit, 1,2,3….” kanak-kanak itu disuruh menyanyi lagu Mawi.

“  Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib dalam hidupku Saleha,” kanak-kanak itu menyanyi dengan merdu.

Baca selebihnya entri ini —>

29 May 2010 3 Komen

Bayi Tong Sampah?

Setiap kita ada  Sixth Sense. Ya, deria keenam bernama hati yang sering diabaikan. Kita mungkin tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain sedangkan saat itu hati kita bergembira. Bergembira dengan kesakitan hati orang yang kita sakiti. Sama ada sahabat, kawan, guru atau jiran.

“Padan muka kau! Haha”

Baca selebihnya entri ini —>

18 May 2010 2 Komen

Biarlah berakhir atas jalanMu~

Kadang-kadang kesedihan datang seiring dengan kehidupan kita. Ada orang rasa hidup dia seringkali ditimpa kesedihan, malah lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan. Kita yang sedang mencari sokongan dan kekuatan atas jalan yang dipilih mula keliru, perlu ke kita meneruskan jalan yang dipilih? Mengapa seakan-akan banyak halangan atas jalan itu. Kita memilih untuk bersama berada di atas jalan dakwah, kita berazam melapangkan masa kita untuk majlis ilmu kerana kita yakin dengan janji Allah.
Baca selebihnya entri ini —>

15 May 2010 6 Komen

“Kenapa Tuhan Buat Neraka? Kenapa Tak Buat Syurga Je?”

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Baca selebihnya entri ini —>

16 March 2010 5 Komen

Dia hina isteri Nabi !!

Suatu ketika dahulu,  industri hiburan  pernah gempar seketika apabila dramatis Rosnah Mat Aris pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur kutukan kepada isteri Nabi Muhammad S.A.W, Saidatina Siti Khadijah. Saya sendiri menonton rancangan itu dan membaranya hati Allah saja yang tahu apabila mulut lantang dramatis itu memberi ‘hujah’ seakan-akan dunia ini milik dia. Dia hina isteri Nabi junjungan kita! Dia hina wanita mulia yang dijanjikan syurga!  Siapa dia nak hina insan mulia seperti Khadijah? Ini yang saya kurang setuju dengan golongan artis,  apabila timbul cerita si artis wanita tua nak kahwin jejaka muda, satu dunia dicanang,

Baca selebihnya entri ini —>

24 February 2010 5 Komen

Antara Dua Kisah

Antara Dua Kisah

Kisah 1

Petang itu, selepas solat zohor, saya dijemput oleh seorang teman untuk menuju ke tapak program. Saya diminta untuk menjadi AJK dalam sebuah program kepimpinan (dakwah) yang melibatkan pelajar-pelajar universiti sekitar Shah Alam. Objektif program untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang komitmen mereka kepada agama.

“Lapar?”

“Eh tak lah, dah makan dah tadi” (walaupun sebenarnya memang lapar : orang melayu memang macam tu kan?)

Baca selebihnya entri ini —>

17 January 2010 0 Komen

Salahkah Pak Cik Google?

Salahkah Pak Cik Google?

Saban hari kita dapat saksikan blog-blog baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Ada yang menggunakan blog sebagai ruang peribadi,ruang untuk luahkan perasaan dan diari.Ada juga yang menggunakan blog sebagai satu kaedah mencari duit dengan memasang iklan-iklan berbayar.Setiap iklan dibayar mengikut bilangan pengunjung,jadi mahu tidak mahu,mereka mesti mencipta sesuatu yang menarik supaya blog mereka mampu menarik ramai orang.Oleh yang demikian,ada blogger yang menjadikan blognya sebagai tempat bergosip tentang artis-artis dalam dan luar negara dan ada juga yang menggunakan agama sebagai daya tarikan.Mereka tahu mereka tiada ilmu,lalu mereka menggunakan pak cik Google sebagai medium mencari artikel-artikel terbaik dan jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul,kemudian dipostkan ke blog mereka.

Baca selebihnya entri ini —>

14 January 2010 1 Komen

KISAH FAIZAL TAHIR DAN TONGKATNYA….terselit satu iktibar

Petang tadi saya berkesempatan menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) secara online. Sepanjang menonton anugerah berprestij itu, satu perkara menarik minat saya. Saya tertarik melihat aksi seorang penyanyi lelaki yang popular, yang juga bekas ahli kumpulan nasyid MIRWANA siapa lagi kalau bukan Fazir Tahir. Menarik kerana walaupun sedang sakit, beliau gagahkan diri bertongkat naik ke pentas menyanyi lagu Bencinta

Baca selebihnya entri ini —>

19 August 2009 3 Komen

PRISMA: kisah Kak Ayu~!!

wanita_purdahSiapakah Kak Ayu ni? Artis ke? Pelakon drama Nur Kasih ke? Sehingga namanya jadi tajuk utama post saya pada kali ini. Sebenarnya insan yang saya panggil Kak Ayu ini baru saya kenali beberapa hari lalu di program PRISMA. Kak Ayu sedang mengambil PHd di Universiti Utara Malaysia(UUM). Sempat juga berbual dengannya sebelum program bersurai. Kak Ayu adalah antara salah seorang panel yang berkongsi kisah hidupnya dengan kami semua pada hari itu. Apa yang buat saya tertarik menulis kisah hidup Kak Ayu ini adalah kerana apa yang dilalui oleh Kak Ayu kebanyakannya dilalui oleh kita semua Cuma yang membezakannya adalah bagaimana Kak Ayu bangkit dari kegagalannya.
Saya cuba kongsikan cerita Kak Ayu dengan pembaca. Mungkin ada sedikit perbezaan ayat memandangkan saya juga kurang ingat ayat penuh yang diungkapkan kak Ayu pada hari itu.
“ Saya berasal dari Kelantan dan dulu saya hanya bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah saya, Sekolah Kebangsaan Zainab 2. Saya rasa excited nak berkongsi cerita dengan adik-adik semua, saya minta saya dijauhkan daripada rasa riak dan ujub. Cerita saya ni bukan nak membangga-banggakan diri, Cuma ingin berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat adik-adik. Saya mula kenal usrah mase dekat matrik. Mase tu semua usrah saya join. Semangat la katakan. Kat sana kalu bab-bab couple ni, saya la paling kuat membangkang. Tapi result saya jatuh bila saya membabitkan diri dalam usrah. Ye la, usrah sampai malam, assignment tak siap lagi, tapi letih nak tido. X pe la saya pegang prinsip “ kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik”. Tapi kalu kita pegang prinsip tu pun, kalu kita tak usaha tak kemana jugak kan. Result saya jatuh, jadi berkadar songsang dengan result-result sebelum ni. saya dapat pointer cukup-cukup makan je. “
“ lepas tu dapat tawaran g UUM, saya pikir nak pegi ke tak. Ye la, dah la jauh, orang cakap dalam hutan pulak tu. Tapi lepas pikir-pikir balik, xpe la. Saya pegi. Mula-mula study saya biasa-biasa je. Tapi ada satu perkara yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya. Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, “ orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”

Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.
“ Sejak saya dengar ayat tu, saya jadi berfikir, aku kena buktikan pada Chinese tu bahawa agama Islam ni tak salah. Lepas tu saya duduk je dalam bilik, belejar. Memang belajar je la saya masa tu. Akhirnya saya dapat pointer 3.89. wahhh, terkejut saya. Mak saya pun terkejut. Dan lepas tu saya jadi bersemangat untuk belajar dan Alhamdulillah saya dapat anugerah pelajar cemerlang masa graduasi hari tu. Kalu boleh, saya taknak pakai jubah graduasi tu. Nak pakai jubah sendiri, nak tunjuk tudung labuh saya ni. bukan sebab nak riak, tapi nak tunjuk bahawa orang Islam ni boleh berjaya.”
“ Saya pernah terfikir, kalau la yang naik ambik anugerah cemerlang tu semua bertudung labuh, mesti best. Sebab kalau saya sorang je naik ambik, mesti orang cakap ‘alah, budak tu memang terror’. Tapi kalu sume yang naik tu tudung labuh, mesti orang akan pikir macam ni. ‘eh, semua tudung labuh ni. oo rupanya diorang ni dari kumpulan yang sama, kumpulan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan mereka.’. kan best kalau macam tu.”

Itu saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Menyedari diri ini berada dalam keadaan yang seakan-akan sama dengan Kak Ayu, saya lantas menulis article ini. Cuma sedang cari titik tolak untuk saya mulakan kembali perjalanan hidup saya yang diiringi kejayaan seperti Kak Ayu. Ingatlah, jangan salah berpegang dengan ayat Allah,
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(47:7)
Jika kita berpegang ayat ini tanpa usaha, mustahil kita beroleh kejayaan kerana sunnatullahnya, siapa berusaha dia berjaya. Jangan ‘salahguna’ keyakinan kita pada Allahs.w.t. jika mahu bertawakal, berserah, pastikan usaha kita setimpal dengan tahap tawakal kita.
Ini cuma satu bentuk pesanan kepada diri saya yang alpa dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca. Bila kita memutuskan untuk berdakwah ketika masih bergelar pelajar,pegang prinsip ini
“DAKWAH NO.1, AKADEMIK BUKAN NO.2
AKADEMIK NO.1, DAKWAH BUKAN NO.2”

Dakwah dan akademik kedua-duanya sama penting. Indah hidup ini andai kehidupan dunia kita diiringi dengan bekalan kehidupan diakhirat. Moga berjaya didunia, akhirat gemilang.
“AKADEMIK CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG”

p/s: sempena Ramadhan yang bakal tiba,cik mut ingin ambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri cik mut jika cik mut ada buat silap,samaada secara terang mahupun tersembunyi.semoga anda semua memaafi salah silap cik mut agar amalan cik mut tak tersekat dengan dosa cik mut pada rakan-rakan.

22 June 2009 7 Komen

Sorry, aku sibuk beb..

busy_thumbSibuk atau dalam bahasa jepunnya ISOGASHII.Kata bijak pandai, jangan ditegur 3 jenis manusia yakni orang yang tengah lapar, orang yang tengah sakit dan orang yang tengah bercinta kerana orang yang tengah lapar sibuk memikirkan kelaparannya,orang yang tengah sakit sibuk memikirkan kesakitannya dan orang yang tengah bercinta sibuk memikirkan percintaannya.Jika diperhatikan kata-kata bijak pandai tadi, ketiga-tiga jenis manusia ini ada satu persamaan iaitu mereka ‘SIBUK‘.Persoalannya, apakah sibuk itu sebenarnya?

Adakah sibuk boleh dimaksudkan sebagai satu masa yang mana pada masa itu,dia tidak boleh diganggu?Masakan tidak,kerana apabila manusia sibuk, dia akan memberi sejuta alasan supaya manusia lain tidak mengganggunya.

Adakah sibuk itu adalah satu masa setelah manusia siap menyiapkan jadual waktunya?Ada logiknya,hanya manusia yang mempunyai jadual hidup atau jadual waktu sahaja akan mengatakan ‘aku sibuk‘ apabila diminta untuk lunaskan sesuatu urusan.

Seorang pencinta dikatakan sibuk kerana dia asyik memikirkan tentang kekasihnya.Adakah kekasihnya sudah buat itu,sudah buat ini,pendek kata, pemikirannya dipenuhi dengan fikirnya kepada kekasihnya.

Seorang pemain bola sepak dikatakan sibuk apabila dia asyik memikirkan tentang perlawanan bola sepak.Jersey sudah basuh ke belum,macamana nak shoot bagi gol,nak kena kad kuning berapa supaya tidak dilayani kad merah. Fikirannya berkisar tentang perlawanan bola.

Dan seorang pelajar dikatakan seorang pelajar yang sibuk apabila fikirannya dipenuhi dengan pelajaran.Itu belum belajar lagi,belajar ini belum faham, macamana peperiksaan dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan peperiksaan.

Untuk menerangkan erti sibuk,ana tiada ayat yang tepat mengenainya,jadi ana menggunakan 3 contoh di atas untuk menerangkan apa itu erti sibuk. Oleh itu,inilah definisi sibuk bagi ana,anda bagaimana?Mungkin contoh ini ada kekurangannya tapi selepas anda selesai membaca keseluruhan artikel ini, anda akan faham apa maksud ana yang sebenarnya.

Saerah(bukan nama sebenar),berumur 20 tahun,pelajar terbaik JAD jurusan kejuruteraan Mekanikal.Setiap hari dia belajar dan pada hujung minggu dia akan ke pawagam untuk menonton wayang.Suatu hari dia ditawarkan menjadi Naqibah bagi pelajar junior tetapi dia menolak dengan alasan sibuk.Alasannya mahu study tapi pada hakikatnya,semua rasionalisme tahu dia menolak kerja dakwah kerana tidak sanggup mengorbankan masa menonton wayang. Adakah Saerah benar-benar seorang pelajar yang sibuk sehingga boleh mengetepikan kerja dakwah?

Fitri(bukan nama sebenar),berumur 20 tahun,pelajar biasa-biasa JAD jurusan kejuruteraan Mekanikal.Jadual hidupnya;Bangun pagi,solat, pergi ke Daigaku(university),balik TBP,main game,study,main game dan tidur.Suatu hari seorang kawan datang kepadanya dan mengajaknya ke surau untuk aktiviti-aktiviti surau tetapi dia menolak dengan alasan dia sibuk.Dia bilang dia sibuk tapi dia masih sempat untuk bermain game,adakah dia benar-benar seorang yang sibuk sehingga dia mendapat haq dari Allah untuk menolak kerja-kerja dakwahnya?

Ana selalu menemani seorang kawan yang lincah dalam arena dakwah dan daripada pemerhatian ana,insan yang kerdil ini,ana mendapati bahawa akhir-akhir ini  fenomena ‘sorry,aku sibuk beb..‘ makin menjalar  di kalangan pelajar JAD. Jika benar mereka sibuk, tidak mengapa tapi kalau dia seperti Saerah atau Fitri?Menolak kerja dakwah atau kerja-kerja agama demi menonton wayang? Demi bermain game? Demi shoping? Demi berdua-duan dengan kekasih hati?

Ana tahu,bahang kimatsu shiken(peperiksaan final) semakin terasa,bahkan ana sendiri cuak apabila memikirkannya.Tapi adakah kerana kimatsu shiken kita ingin menarik diri dari bidang dakwah atau kita ingin berehat sebentar dari kerja agama? Jika kita berpendapat berehat sekejap tidak mengapa,kita silap.Ketahuilah kimatsu shiken ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji hamba-hamba Nya.Maka,kita telah gagal dalam ujian ini.

Cuba bayangkan kalau Rasulullah atau sahabat berfikiran seperti kita, “letih la,nak berehat sebentar” atau “sibuk la,aku buat kejap lagi”.Pasti,nama kita sekarang bukanlah Khalis  atau Iskandar,sebaliknya Christiano atau Ronaldo. Jika mereka berehat sebentar dari kerja dakwah atau dari apa-apa kerja mereka lakukan ketika itu,pasti Islam tidak akan tersebar luas.

Muhammad Bin Abdullah,seorang Rasul dan seorang ketua kerajaan yang mempunyai 2 negara besar,Makkah dan Madinah.Belum sempat Yahudi di Madinah disingkirkan,perang Badar pun bermula.Belum sempat satu peperangan kecil (sarriyah) selesai, peperangan besar(ghuzwah) pula meletus.Baginda seorang yang sibuk dalam memerintah tetapi baginda tidak pernah berehat dari kerja dakwah.Atau baginda tidak pernah menolak pentadbiran kerana sibuk berdakwah.Baginda tidak pernah melafazkan “aku sibuk berdakwah,so aku takyah wat kerja lain,” atau “sorry,aku sibuk nak tawan Thoif,dakwah2 ni pasni la.”Sesekali tidak.

“Ah,Rasulullah tu seorang nabi.Die ade mukjizat,ade kelebihan,so tak adil la kalo amik die sebagai perbandingan dengan kita,”akal ini membantah.

“Bukanke ko umat Rasulullah?”Hati ini membalas.

Abdul Rahman Bin Auf,seorang peniaga yang bukan jutawan tetapi 10 kali lebih dari jutawan.Dikatakan apabila unta pertamanya sampai di Makkah, unta paling belakang masih belum keluar dari Madinah.Namun,tidak pernah sesekali kekayaannya menjadi sebab untuk dia menolak kerja dakwah.Atau kerja dakwahnya tidak pernaj dijadikan alasan untuk dia menolak peluang perniagaan yang muncul.Dia tidak pernah menyebut “eh,aku sibuk berdakwah.Kau jual kat orang lain la,” atau “sorry,aku sibuk berniaga.Nantila aku berdakwah”.Sesekali tidak.

“Ah,tu sahabat nabi.Lain,die memang dipilih oleh Allah sejak alam ruh lagi, mane adil nak dibandingkan dengan kita,”sekali lagi akal menyoal.

“Bukankah ada hadis mengatakan ikutlah sahabat-sahabat baginda kerana mereka bagaikan bintang di malam hari?”Hati ini menyoal balik.

Hassan Al-Banna,pelopor Ikhwanul Muslimin.Hidupnya penuh dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan dia juga seorang guru bahasa Arab. Selepas perang dunia kedua,dia telah berjaya menubuhkan 50 cawangan Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir.Sesekali mulutnya tidak pernah celupar untuk mengatakan, “aku sibuk mengajar,ramai lagi student yang tak faham nahu arab.So,baik aku fokus pada pengajaranku,” atau “dakwah lagi penting, biarlah orang lain yang ajar budak2 tu”.Sesekali tidak.

“Er…”Akal terdiam.

“Kalau tak nak,cakap taknak.Jangan reka-reka alasan,takut-takut alasan itu memudaratkan aqidah sendiri.”Hati ini menasihat.

Terkadang diri ini menangis apabila ada rakan yang celupar mengatakan ‘aku sibuk‘ sebagai alasan untuk dia tidak berdakwah.Ana tidak tahu mengapa perkataan seperti itu boleh keluar daripada seorang insan yang menggelarkan dirinya Islam.Tapi tak mengapa,mungkin dia masih belum faham tugas manusia dihantar ke atas muka bumi ini.Mungkin mereka masih belum jelas dengan maksud ‘khalifah’ yang sebenar.Semoga Allah memberi hidayah,taufiq dan inayah Nya kepada kita.Amin..

Rata-rata yang ditanya apakah maksud khalifah menjawab khalifah ialah mentadbir bumi ini dengan baik.Betul tapi maksudnya kurang lengkap, ada yang tertinggal. Ketahuilah bahawa mentadbir bumi ini bukanlah menjaga alam sekitar supaya terkawal,membangunkan bumi dengan selamat sahaja tetapi mentadbir alam ini juga membawa maksud membawa sekalian manusia untuk mengesakan Allah.Membawa sekalian manusia mengesakan Allah itu apa?DAKWAH!

Dakwah dan belajar bukanlah satu pilihan tetapi belajar itu bonus bagi dakwah.Tidak percaya?Saidina Ali dikatakan pintu gedung ilmu kerana dia peluk Islam.Jika dia tidak memeluk agama Islam,pasti dia tidak akan ada ilmu.Untuk berdakwah,mesti ada ilmu.Jadi,nak tak nak,mesti belajar supaya input itu ada bagi menghasilkan output yang cemerlang.

Baiklah kawan,jika anda mengatakan anda sibuk belajar,ana terima.Tapi jangan sesekali anda melakukan kerja lagha yang lain seperti ber’YM’, bermain DOTA, bercintan-cintun,pergi menonton wayang atau keluar shoping.Jika anda tetap lakukan perkara-perkara lagha ini dan anda menolak kerja dakwah kerana ‘SIBUK’,ketahuilah anda akan disaman di akhirat kelak. Tidak akan bergerak kaki anak adam sehinggalah dia ditanye tentang 4 pekara dan salah satunya mengenai umur,ke mana dia habiskan.

Benar,jalan dakwah bukanlah jalan yang senang,bukanlah satu jalan yang dihampar sebuah karpet merah tetapi jalan-jalan yang penuh dengan onak dan duri.Disebabkan jalan dakwah itu susahlah balasannya besar.

Anda minta syurga Adni dari Allah,Allah bagi tapi di dalam syurga Adni,anda minta supaya anda dimasukkan dalam syurga yang lagi atas dari syurga Adni, adakah permintaan itu akan dimakbulkan?Tidak.Anda minta syurga Firdaus dari Allah,Allah bagi tapi di dalam syurga Firdaus,anda minta supaya ahli keluarga anda dikeluarkan dari api neraka,adakah ahli keluarga anda akan keluar dari api neraka?Tidak.Jadi,bagaimana nak dapat semuanya,maksud ana bukan satu syurga sahaja,tetapi semua syurga.Bukan satu nikmat tapi semua nikmat.

Berdakwahlah kerana orang yang berdakwah akan mendapat pertolongan dari Allah.Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 contohnya;

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Apabila Allah sudi memberi pertolongan Nya kepada kita bermakna apa sahaja permintaan kita,Dia akan tunaikan.Kerana apa?Kerana Dialah Empunya kepada segala-galanya…

Wahai Sahabat-sahabatku,cukuplah dengan sibuk mu itu.Insaflah dan kembalilah bersama-sama kita menolong agama Allah..Amin..

21 May 2009 4 Komen

Kerja yang telah dilupakan

think3_thumb“Bang,nak minum ape?”tanya seorang pelayan yang berkopiah putih.

“Em…Kejap ek..Nak pikir..”Jawab seorang pelanggan yang juga berkopiah putih.

“Fikir…Fikir umat bang?”Gurau pelayan sambil ketawa kecil.

Satu bentuk gurauan namun penuh dengan seribu satu makna bagi mereka yang berfikir.

Baca selebihnya entri ini —>