“Hah cerah,alang-alang ko ade kat sini n tengah main facebook,try terang kat aku ape hukum sebenar main facebook ni? Ko dapat spam mesej dari budak-budak ni tak pasal facebook tu yahudi,” soal Ain sambil mencari sesuatu untuk untuk ditunjuk-tunjuk kepada saya.
“Nah,tengok ni.Facebook ni dibuat oleh orang yahudi dan duit die disumbangkan untuk bunuh orang-orang di Gaza,”beritahu Ain sambil menunjukkan satu artikel berkenaan dengan Yahudi dan Facebook.
Masa tu saya tidak komen banyak tentangnya, jawapan saya mudah dan ringkas.
“Persoalannya, adakah betul duit itu digunakan untuk membunuh orang-orang di Gaza? Dan jika tidak, tidak salah untuk bermain FB jika gunakannya ke arah kebaikan. Tengok, even Iluvislam juga menjadikan FB sebagai satu agen penyebar maklumat tentang webnya,” terang saya. Memang saya tidak tahu, Ain faham atau tidak tapi saya dengan berfikiran positif menganggapnya sudah faham tapi saya sudah berjanji untuk mengulas tentang FB dengan lebih terperinci dalam Azz,Insya Allah.
Rasanya tidak perlu lah saya perkenalkan FB kepada anda semua kerana FB sudah cukup terkenal di Malaysia dan rata-rata remaja sekarang mempunyai akaun FB masing-masing.
“Ade FB tak?Ape?Takde?Kolot gile..”
“Meh FB ko,nanti aq add ko..Ape?Main friendster?Bapak budak-budak ko..”
“Ko jangan tag aku kat gambar kambing tu..”
Dan macam-macam dialog lagi keluar disebabkan Facebook. Idea mencipta satu medan berinteraksi memang satu idea yang sangat bernas dan disukai ramai. Dengan susun atur dan sistemnya yang ok menjadikan FB pilihan utama berbanding dengan friendster dan myspace.Sistem tagging nama dekat gambar juga disukai ramai terutamanya bagi mereka yang ingin bermesra-mesra dengan kawan-kawan. Kadang-kadang,tiada lagi kambing,kuda dan lembu dalam FB tapi apa yang ada Amir,Azuan dan Asraff. Semua gambar binatang di’tag’kan nama kawan-kawan mereka,sungguh menarik.
“Jangan tekan iklan tu,nanti pemiliknya dapat duit.”Ujar Mohsen.
Sebenarnya,iklan di dalam facebook menggunakan kaedah ‘ping back’ di mana untuk mendapat bayaran bagi iklan,anda tidak perlu menekan iklan tersebut,cukup dengan membuka laman tersebut. Apabila anda membuka laman ‘home’ anda, anda dapati ada iklan-iklan di bahagian tepi dan anda secara automatik telah meng’ping’ iklan tersebut dan iklan tersebut akan ‘ping’kan anda,menandakan anda sudah membaca iklan itu dan pemilik FB dapat duit secara tidak lansung.Inilah cara FB mengukuhkan ekonominya.Tak perlu tekan-tekan,cukup dengan anda masuk laman FB,mereka sudah dapat duit.
Persoalannya masih belum terjawab,adakah boleh atau tidak guna facebook.Peringatan,ini bukan hukum atau fatwa dari mana-mana ustaz mahupun mufti,hanya pendapat peribadi untuk difikirkan bersama.Semasa musim memulau barangan yahudi, ada yang memilih untuk memulaunya secara 100% dan ada yang memulaunya secara terpilih. Tidak salah jika anda ingin memulaunya 100% tapi saya lebih suka untuk memulaunya secara pilihan.Kenapa?Kerana ada benda yang kita tetap bergantung pada barangan mereka dan contohnya, facebook.
“Ala,takde FB bukan takley hidup.”
Betul,kalau tiada FB memang boleh hidup tapi FB menjadi medan saya mengiklankan Azzariyat,FB menjadi medan untuk saya mengajak manusia berfikir dan FB juga menjadi medan untuk saya melepaskan tekanan terutamanya melihat gambar yang dihantar oleh kawan-kawan.
Dalam beberapa hal,Rasulullah tetap memilih untuk berurusniaga dengan Yahudi contohnya dalam membeli makanan, rasulullah mencagarkan baju besinya untuk makanan itu. Jika diteliti balik, makanan adalah perkara harian yang mana ada juga orang Islam yang menjualnya tapi kenapa Rasulullah memilih makanan daripada orang Yahudi?Mesti ada kepentingan Rasulullah pada makanan itu.
Tiada sebarang fakta yang kukuh mengatakan pemilik FB menyumbangkan wang kepada Israel untuk membedil rakyat palestin,yang ada hanya sumbangannya kepada tabung Yahudi dan kita tidak tahu ke mana wang di dalam tabung itu dialirkan,tiada siapa yang tahu. Mungkin untuk menolong kanak-kanak Yahudi yang sakit tenat,siapa yang tahu?Salahkah dia ‘menderma’?
Saya bukan seorang yang pro-FB tetapi saya ingin mengajak anda semua berfikir. Jika semua barangan Yahudi tidak boleh dipakai, cepat,pecat kemeja anda,pecat seluar anda,itu Yahud! Fikirlah,selagi perkara itu tidak melanggar syarak,selagi perkara itu betul pada Islam,maka gunalah.Saya guna FB bukan untuk membunuh rakyat palestin tetapi FB juga mempunyai manfaat yang lain.
Saya tidak nafikan,FB juga ada keburukannya tapi buruk baik sesuatu itu,anda yang tentukan…
Meta- Log in
- Entries RSS
- Comments RSS
- WordPress.org