27 October 2010 1 Komen

Sentuh Hatimu Dengan Firman-Nya

Soalan ini saya tuju buat diri saya sendiri pertama-tamanya.

Adakah hati kita akan tersentuh setiap kali kita membaca ayat suci al-Quran? Paling tidak, adakah hati kita  benar-benar tersentuh setiap kali kita melafazkan ayat-ayat dari surah Al- Fatihah setiap kali kita menunaikan solat?

“ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan ( pula jalan) mereka yang sesat.” [ Al- Fatihah : 1-7]

Baca selebihnya entri ini —>

1 May 2010 1 Komen

Gempa Padang

津波

Ingatkah lagi antum pada tarikh 26 Disember 2004? Ya, ana juga masih ingat. Tarikh berlakunya ombak besar Tsunami yang mengorbankan ramai umat manusia. Masih terbayang di relung fikiran ana  video yang merakamkan detik-detik cemas itu. Begitu banyak kemusnahan yang berlaku- manusia, tanaman, ternakan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Saudara-saudara di Malaysia terutama di bahagian Utara turut merasai kesan bencana itu. Namun, apa yang mengagumkan, dalam kelumpuhan pemandangan seperti padang jarak padang tekukur di Banda Aceh, satu-satunya yang masih kukuh ialah masjid. Subhanallah! Betapa Allah Maha Berkuasa! Baca selebihnya entri ini —>