azzariyat.com » hamba

Tawakal dan Redha
Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada daya dan kekuatanNya.

Manakala redha ialah berlapang dada atau menerima segala perkara dengan hati yang ikhlas terhadap sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Salah satu takrif redha adalah seperti yang disebutkan oleh Ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :

“ Redha ialah hati meyakini qadimnya pilihan Allah Ta’ala terhadap hambaNya iaitu meninggalkan sifat marah ”

Sering kali kita dengar,

“Aku sudah berusaha dan aku bertawakal, tapi kenapa aku tidak dapat apa yang aku minta?”

Saya yakin bahawa setiap orang tahu akan konsep tawakal ini. Tapi, berapa ramai yang faham? Kita sebagai hamba Allah, sering meminta itu dan ini sekadar untuk memuaskan hati (sebenarnya nafsu) masing-masing. Kadang-kadang apa yang kita minta untuk dipermudahkan sesuatu perkara, tetapi yang terjadi adalah yang sebaliknya. Saya yakin, tiada orang bersusah-susah memohon kepada Allah untuk hidup susah. Tiada yang sibuk-sibukkan diri kepada Allah memohon, “Ya Tuhanku, mudah-mudahan exam kali ini biarlah susah”.

Semua orang minta untuk hidup senang.Tapi, tahukah anda? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Sebagaimana yang telah tertulis dalam Al-Quran,

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

Mari kita renungkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a. maka katanya,

“Adalah aku berkenderaan duduk di belakang Rasulullah s.a.w. pada suatu hari. Maka katanya kepada aku: Hai ghulam, bahawasanya aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat: Peliharakanlah Allah supaya Dia pelihara engkau pula. Peliharakanlah Allah supaya engkau dapati Dia pada betulan engkau. Apabila engkau hendak meminta sesuatu barang, maka pintalah kepadaNya. Apabila engkau menuntut tolong, maka tuntutlah kepadaNya. Ketahuilah sekiranya bersetuju sekalian umat hendak memberi engkau manfaat, tiadalah dapat mereka memberi engkau manfaat melainkan dengan suatu yang telah ditentukan olehNya atas engkau. Bahawasanya telah diangkat qalam daripada menuliskannya dan telah kering pula bukunya.”

[Hadis riwayat Tarmizi]

Dan dalam satu hadis yang lain pula,

“Peliharakanlah Allah supaya engkau dapati ia dihadapan engkau, kenali atau ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, supaya ia mengenal engkau ketika dalam kesusahan. Ketahuilah, bahawasanya apa-apa yang tersalah datangnya kepada engkau, tiadalah ia boleh mengena engkau. Begitu juga apa-apa mengena kepada engkau tiadalah tersalah datang kepada engkau. Ketahuilah, adalah beroleh bantuan itu serta sabar, kelapangan itu serta sangat kesusahan dan beserta kesukaran itulah datangnya kemudahan.”

Apa yang boleh kita faham daripada dua hadis ini? Hadis ini menuntut setiap muslim dan muslimat untuk memelihara Allah. Tapi bukan bermaksud Allah itu lemah sehingga memerlukan peliharaan daripada kita. Bukan, bukan seperti itu. Sebenarnya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah dalam hidup kita. Diri kita yang memerlukan tempat bergantung. Andai kata kita beriman, tunduk patuh kepadaNya dan menolong agama Allah, kita yang dapat ganjarannya. Dan sekiranya kita ingkar dan melakukan banyak kemungkaran berbanding kebaikan, kita jugalah yang akan  menerima balasan azab seksa daripada Allah. Allah sedikitpun tidak terluak atau terusik.

Cuba anda fikir dan renung-renungkan. Adakah anda pernah meminta ‘barang’ dengan Allah? Mungkin tidak jelas persoalan ini, tapi cuba fikirkan contoh di bawah.

Ana seorang pelajar. Dia sangat memerlukan laptop untuk membuat kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarahnya. Lebih-lebih lagi dia sudah berada di tahun kedua universiti. Banyak laporan-laporan experiment yang dia perlu siapkan. Di sini saya ingin bertanya. Kepada siapa Ana perlu meminta? Mungkin ramai yang terfikir bahawa dia boleh minta pada ayahnya supaya tokok tambahkan wang untuk mendapatkan sebuah laptop. Atau apa-apa jawapan yang lain. Tapi sebenarnya, kita perlu untuk meminta kepada Allah. Kerana Allah jugalah yang mengaturkan rezeki bagi setiap makhluknya.

Mungkin seperti tidak logik seandainya kita meminta, “Ya Allah, aku perlukan tisu sekarang.” Tetapi itulah yang sebenar-benarnya. Memang kita tidak ada tempat pergantungan yang lain selain kepada Allah. Mintalah, insyaAllah akan dipermudahkan sekiranya kita yakin. Tetapi tidaklah sampai tisu turun dari langit, mungkin Allah gerakkan hati-hati manusia disekeliling anda untuk memberi tisu kepada anda.

Bagaimanapun, kita perlu redha dengan ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Memang bukan semua yang kita mahukan akan dapat ditunaikan. Ingatlah Allahlah yang paling Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dia tahu semua perkara yang sesuai bagi setiap satu hamba-hambanya, dan segala nikmat kurniaannya merupakan suatu anugerah yang terbaik. Tidak perlu untuk kita mengeluh dengan kesusahan, ataupun komen apa-apa yang telah diberikan kepada kita. Sebab kepada siapa sebenarnya kita keluh dan komen itu kalau bukan kepada Allah? Fikir-fikirkanlah.

Related posts:

A,B,C atau D, bersyukur dan redha

Gempa Padang
津波

Ingatkah lagi antum pada tarikh 26 Disember 2004? Ya, ana juga masih ingat. Tarikh berlakunya ombak besar Tsunami yang mengorbankan ramai umat manusia. Masih terbayang di relung fikiran ana  video yang merakamkan detik-detik cemas itu. Begitu banyak kemusnahan yang berlaku- manusia, tanaman, ternakan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Saudara-saudara di Malaysia terutama di bahagian Utara turut merasai kesan bencana itu. Namun, apa yang mengagumkan, dalam kelumpuhan pemandangan seperti padang jarak padang tekukur di Banda Aceh, satu-satunya yang masih kukuh ialah masjid. Subhanallah! Betapa Allah Maha Berkuasa!

Bukti kebesaran Ilahi

地震

Terbaru,  gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Satu lagi ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Satu bencana yang mengorbankan ramai manusia. Sekali lagi, saudara-saudara di Malaysia turut merasai gegaran kecil terutamanya di Selangor. Ana ada terbaca sebuah artikel pendek dalam sebuah majalah. Ana mahu berkongsi dengan antum. Ini maklumatnya:

Gempa bumi Sumatera Barat 2009 terjadi dengan kekuatan 7,6 Skala Richter di lepas pantai Sumatera Barat pada pukul 17:16:10 WIB tanggal 30 September 2009. [3] Gempa ini terjadi di lepas pantai Sumatera, sekitar 50 km barat laut Kota Padang.

Ujian daripada Allah

Sumber ini ana copy paste daripada laman Wikipedia bahasa Indonesia. Kalau antum tak percaya maklumat ini, boleh klik di sini untuk memastikan kesahihannya. Pemerhati dan pengkaji temporari al-Quran telah mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang dengan firman Allah dalam al-Quran seperti di bawah:

Tarikh gempa: 30 September 2009

(Surah al-Rum 30:9) Allah berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tidak hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”

Waktu Berlaku Gempa:17.16 (WIB)

(Surah al-Isra’ 17:16) Allah berfirman mafhumnya:

“Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) Kami suruh orang yang mewah (supayah taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya.”

Sebuah peringatan

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Adakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran? Yang penting ialah  mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah s.w.t menunjukkan kebesaran dan kehebatan-Nya. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus dijadikan pengajaran untuk kita sebagai umat manusia…

Related posts:

Doa Untuk Jepun

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

Ujian Itu Satu Anugerah
Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata rakan anda?

Di dunia ini, semua orang boleh dikatakan mempunyai rakan lebih daripada seorang. Dan dalam ramai-ramai rakan yang anda miliki, pasti salah seorang daripada mereka seorang yang anda percaya, jujur tutur kata, sentiasa ikhlas dalam memberi pendapat, memelihara hubungan dengan Allah dan manusia, dan sentiasa melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat.

Lagi sekali saya ingin bertanya. Sekiranya rakan anda menyampaikan sesuatu yang baik, adakah anda akan percaya dengan kata-katanya?

Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, adakah anda percaya dengan kata-kata Allah? Tuhan yang menciptakan segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Tuhan manusia yang memiliki nama-nama yang baik. Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang memberi memberikan rezeki kepada sekelian mahluknya di muka bumi, yang memiliki seluruh alam, dan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Sekiranya anda beriman, insyaAllah anda akan percaya kepada setiap kata-kata-Nya. Sebab percaya kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu daripada rukun iman.

Alhamdulillah, sekiranya anda percaya kepada kata-kata Allah. Jadi, seandainya saya ingin mengeluarkan kata-kata Allah ini, saya harap anda akan turut percaya kepadanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya

kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah

mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut,29:2-3)

Kenapa manusia diuji? Pernahkan persoalan ini bermain-main di fikiran anda? Atau pernahkah anda tertanya-tanya kenapa ujian Allah itu datang bertali arus, seperti air yang mengalir di sungai? Nah, inilah jawapan kepada semua persoalan anda. Setiap penciptaan Allah pasti ada sebabnya. Maka, ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi khalifah di bumi dan manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri mereka kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

agar mereka beribadah kepadaKu.“

(Surah Az-Zariyat,51:56)

Mari kita sama-sama berfikir seketika. Lihat sekeliling anda. Tenung betul-betul. Betapa luas dan besarnya ciptaan Allah. Merangkumi penciptaan langit dan bumi yang berlapis-lapis sehingga tidak terjangkau oleh teknologi kini. Malah pancaindera yang dikurniakan olehNya juga terhijab daripada menjangkau semuanya.  Di angkasa raya saja sudah ada beribu-ribu bintang yang saiznya berlipat kali ganda lagi besar daripada bumi yang kita duduki ini. Neptune, Zuhal, marikh dan bermacam-macam lagi plenet yang belum diterokai oleh manusia. Subahanallah, betapa luasnya penciptaan Allah di alam semesta ini.

Rakan-rakan. Tidakkah anda sedar  di manakah kedudukan anda di alam jagat ini? Adakah anda signifikan di dunia ini? seandainya alam semesta ini boleh dipetakan, belum tentu kewujudan kita di peta alam semesta ini sebesar titik noktah. Mungkin kita tidak dapat disignifikasikan di dalam peta tersebut kerana betapa kerdilnya manusia berbanding ciptaan Allah yang lain. Namun, tidak sedarkah anda bahawa Allah sentiasa merasai kewujudan hamba-hamba manusianya. Tapi, bagaimana kita tahu? Semuanya kerana ujian, musibah, kesusahan kepayahan dan  segala bentuk masalah yang diberikanNya kepada hamba-hamba manusiaNya ini. Dan dengan ujian yang diberikan itulah menunjukkan betapa Allah sedar akan kehadiran kita di alam ini. Betapa signifikannya manusia di sisi tuhannya.

Tapi, kenapa setiap kali kita di timpa pelbagai kesusahan dan kepayahan, kebanyakan daripada kita tidak bersyukur? Bukankah ujian itu satu penganugerahan yang Allah berikan kepada kita? Anugerah yang menunjukkan bahawa Allah sedar akan hadirnya kita di bumi ini. Anugerah yang melambangkan betapa Allah sayang akan kita.

Nah, rakan-rakan. Seharusnya, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala

kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan

kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan

perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-

daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu

berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran,3: 200)

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dengan segala ujian yang diturunkan kepada kita. harungilah dengan tabah dan sabar semoga sesuatu yang lebih baik itu akan muncul di sebalik kesabaran yang telah kita semai. Semoga ilmu yang sedikit itu dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah.

Related posts:

Sebenar-benar ujian

Ujian dalam ujian [edited]

AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?

Realiti Tidak Seperti AF
Menjadi seorang kanak-kanak memang seronok. Mereka boleh membayangkan apa-apa saja yang mereka mahukan. Tanpa memikirkan keadaan dan kehidupan sekeliling. Mereka boleh menjadi seorang guru yang baik, garang dan sebagainya. Mendidik anak bangsa. Mereka juga boleh menjadi seekor ikan yang ganas mahupun yang comel. Mereka juga seorang doktor yang merawat pelbagai jenis penyakit. Merekalah juga seorang askar yang mempertahankan keselamatan negara. Mereka juga boleh menjadi seekor burung. Terbang tinggi di angkasa raya. Ya, mereka adalah segalanya, mereka adalah apa yang mereka fikirkan.

Namun realiti kehidupan tidak semudah yang difikirkan. Ingin melangkah setapak kehadapan saja memerlukan kekuatan yang sepenuh jiwa untuk mengharungi cabarannya. Apatah lagi untuk merangkak, berjalan, mahupun berlari. Sukar dibayangkan bagaimana pengorbanan yang harus ditempuhi untuk mencapai segala yang diinginkankan. Dalam kesempitan masa untuk terus melangkah kehadapan, ramai orang masih mampu untuk membayangkan kehidupan ini dengan pelbagai perumpamaan.

Orang cakap hidup ini umpama sekuntum bunga, kadangkala berseri-seri dan harum untuk tarikan umum. Kadangkala layu, pudar warnanya hingga tak mahu ditatap lagi.

Orang cakap hidup ini umpama roda. Sekejap kita akan berada di tempat yang teratas dan sekejap lagi kita pula akan berada di tempat yang paling bawah.

Orang pun selalu cakap hidup ini umpama karya tulisan yang di tulis mengikut kehendak tuannya. Ada yang gembira, ada yang sedih. Penuh dengan gelak tawa dan perasaan hati.

Orang juga cakap hidup ini laksana lukisan. Penuh dengan warna-warni yang mencorakkan sesebuah lukisan itu. Umpama kehidupan yang berwarna-warni dengan pelbagai corak yang di lukis oleh tuannya.

Suka, duka, pahit, manis kehidupan adalah apa-apa yang anda semua boleh bayangkan. Tak kira usia tua, muda mahupun kanak-kanak. Tetapi apa-apa yang anda bayangkan dengan realiti kehidupan , selalu bercanggah. Sebenarnya, anda adalah khalifah yang memerintah. Tetapi dalam masa yang sama anda juga adalah hamba yang perlu untuk tunduk sujud kepada Pencipta.

Hidup ini tidak pernah lari dari tanggungjawab.Semenjak kita kecil,kita digalas dengan tanggungjawab untuk mendapat 5 A dalam UPSR,bila kita meningkat dewasa,kita digalas pula dengan tanggungjawab untuk mendapat 10 A+ dalam SPM dan bila kita betul-betul dewasa,beban suami dan anak-anak pula mengambil alih beban-beban terdahulu.Tuntasnya,semakin kita lari dari tanggungjawab,semakin banyak ia datang kepada kita.

Jadi,apa yang perlu kita buat bukanlah melarikan diri,sebaliknya bersedia menerima apa-apa jenis tugasan atau tanggunjawab yang digalas. Bayangkan bos anda datang kepada anda dan berkata, “awak mesti pastikan setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini menggunakan produk kita,mereka wajib meninggalkan Sony,Panasonic dan tidak lupa Pansonic.”Susah benar tugasan itu,mana tidaknya,produk anda adalah produk baru dan manusia selama ini telah berpegang teguh dengan produk Sony,masakan mudah-mudah mereka ingin bertukar dari produk Sony kepada produk anda.

Tapi itulah yang Rasulullah buat.Baginda terima tanggungjawab yang diberikan dengan tenang dan sabar.Selepas baginda yakin dengan statusnya sebagai seorang Rasul,lalu dilafazkan, “sudah berlalu waktu tidurku.”Baginda berusaha bersungguh-sungguh meyakinkan manusia dengan produk Bos nya dan disebabkan apa yang baginda yakin,percaya dan laksanakan,akhirnya Islam berkembang pesat di atas muka bumi Allah.

Ya,konsep yang sama dengan kanak-kanak.Kita adalah apa yang kita fikir dan apa yang kita lakukan.Bezanya,kanak-kanak merealisasikannya dalam alam fantasi,baginya semua patung-patung Ultraman yang dibeli bapanya hidup dan berdialog dengannya tapi kita Ultraman itu tetap kaku tidak bergerak dan kitalah yang bertanggungjawab menggerakkan Ultraman itu. Itulah bezanya dewasa dan kanak-kanak.

Hakikat hidup anda bukan angan-angan, tapi semuanya  kenyataan yang perlu untuk  anda semua tempuhi. Fikirkan anda telah duduk di atas kerusi Space Shooter di Genting Highland,lagi beberapa saat kerusi itu akan dilepaskan ke angkasa.Apa pilihan anda sekarang?Turun kerusi itu atau bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini,yang mana anda pilih? Untuk anda berjaya mengatasi ketakutan anda,fikirkan anda sudah tidak mempunyai pilihan lain selain bersedia diri anda ditembak ke angkasa tapi jika anda ingin terus menjadi sang penakut,silakan turun dari kerusi tersebut dan bersorak kepada orang lain di luar kawasan keselamatan.

Begitu juga dengan kehidupan ini,Allah berikan kita pilihan. Allah jadikan Syurga dan Neraka sebagai asas pilihan dan kita berhak memilih mana-mana pilihan yang kita sukai. Inilah kebebasan namanya. Namun disebabkan kasih dan sayang Allah,Dia beritahu kita bahawa memang Dia beri kita pilihan tapi Dia beri lagi kita cadangan untuk kita memilih agar pilihan itu menepati kehendak Nya.

Jadi,apa yang perlu kita ingat dalam hidup ini,tidak kisahlah menjadi bunga,roda atau lukisan yang penting kita kena tahu,setiap pilihan kita itu mempunyai kesan dan kesan itu kita tanggungnya sendiri.Kita masuk Syurga,kita sendiri dan kita masuk neraka,itupun kita sendiri.Semoga dengan membaca artikel ini,kita bermuhasabah diri kita,moga detik selepas ini lebih baik dari sekarang.

Related posts:

Pilihan kedua itu tidak wujud

10 sebab doa tidak dimakbulkan[PART 2]

Hamba lemah tuan……..
Diedit semula dari artikel hamba lemah tuan…

Kejatuhan umat Islam sekarang kerana gagalnya kita dalam mengambil Islam secara keseluruhan.Kita asyik bercakap tentang solat berjemaah,couple dan aurat sehingga kita lupa dasar kepada agama.Sebelum kapal belayar lebih jauh, ana ingin bertanya apakah itu dasar agama? Jika antum tahu, Alhamdulillah dan dan jika antum tidak tahu,juga Alhamdulillah kerana selepas membaca artikel ini,antum akan tahu, insya Allah. Saban hari kita diingatkan bahawa ‘awaluddin makrifatullah‘ yang bermaksud ‘awal agama ialah mengenal Allah’, persoalannya,macamana kita ingin kenal Allah sedangkan Allah sendiri kita tidak dapat lihat dan tidak dapat sentuh?

Allah tidak meletakkan pelbagai halangan untuk manusia mengenal Nya supaya semua manusia memilih Nya sebagai Tuhan. Bahkan Allah telah membentangkan segala jalan serta mengurniakan manusia anugerah akal agar dengan itu manusia mampu mengenal-Nya.

Satu-satunya benda yang menjadi hak manusia ialah hak untuk memilih. Jika anda kata mata adalah hak anda,cuba anda pejam mata dan cuba tidur.Pasti tidak boleh.Maknanya mata bukan hak anda yang mutlak. Jika anda kata awek ialah hak anda, cuba suruh dia bunuh diri, pasti dia tidak lakukannya kerana apa? Kerana awek bukan hak anda yang mutlak. Hak anda yang mutlak ialah hak untuk memilih.

Anda berhak untuk memilih siapa Tuhan anda, tiada paksaan mengenainya cuma pilihan yang baik diberi ganjaran dan pilihan yang buruk diberi balasan. Jaga-jaga,jangan sampai terlena~

Berbalik kepada topik asal kita,bagaimana caranya untuk kita kenal Allah? Rumusnya mudah,kenal diri sendiri dulu barulah kita kenal Pencipta kita. Logiknya, jika kita tahu diri kita ini satu ciptaan, pasti kita akui bahawa ada yang menciptakan kita. Hukum alam sudah menetapkan bahawa jika ada ciptaan maka ada penciptanya begitu juga dengan kita, kita adalah ciptaan dan Allah lah pencipta kita. Jadi, untuk kita kenal siapa Allah, kita kena faham dahulu hakikat kita(manusia).

Dalam mentakrif erti hakikat,ana suka meminjam pendefinisian yang dibuat oleh Euforia dan diubah sedikit oleh ana . Maksud hakikat ialah sesuatu yang berada pada satu tahap yang lagi tinggi daripada erti, sesuatu yang disebalik lahiriah.

Analogi yang paling mudah andaikan ada seorang pelajar bernama Mohsin. Orang ramai mengenali Mohsin sebagai seorang pelajar yang genius. Kerana pada pandangan umum, Mohsin bukanlah seorang yang rajin belajar, tidur awal, selalu bermain di dalam kelas, bahkan selalu keluar rumah (menonton wayang) dan bermain game komputer. Namun keputusan peperiksaannya sangat cemerlang. Maka jika ditanya kepada semua pelajar, apakah satu perkataan yang menggambarkan Mohsin, pasti semua orang akan menjawab “TENSAI (GENIUS)”. Secara lahiriahnya itulah erti kehidupan seorang bernama Mohsin di mata semua.

Namun di sebalik semua itu, sebenarnya Mohsin setiap hari tidur awal kemudian bangun semula jam 2 pagi. Ketika semua pelajar sedang tidur, Mohsin memulakan harinya dengan solat tahajud. Kemudian beliau belajar sehingga jam 5 pagi. Kemudian beliau tidur semula dan bangun untuk solat subuh berjemaah. Itulah keadaan sebenar diri Mohsin yang tidak diketahui umum kecuali teman-teman serumahnya. Keadaan inilah hakikat sebenar kehidupan Mohsin.

Tuntasnya, erti atau definisi atau maksud ialah tafsiran akal berdasarkan apa yang terlihat atau apa yang diketahui. Namun hakikat adalah sesuatu yang memerlukan akal memproses apa yang terlihat atau diketahui dan memerlukan kita merenungi dari segenap aspek mengenai perihal sesuatu itu. Secara mudahnya hakikat ialah apa yang sebenarnya terjadi/berlaku.

Sebelum kita berbicara tetang hakikat manusia, ada baiknya kita mulakannya dengan erti manusia supaya erti dan hakikat tidak bercampur baur. Erti manusia ialah makhluk yang dicipta,mempunyai lelaki dan perempuan dan berdarah panas. Ada yang hensem dan apa pula yang cantik. Ada yang menjadi pejuang dan ada juga yang menjadi petualang. Semua ini erti manusia. Hakikat manusia pula,manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.

Buktinya, anda boleh berada di 2 tempat dalam satu masa? Tidak boleh? Anda lemah! Anda boleh terjun dari tingkat 100 dan tidak mati? Tidak boleh? Anda lemah! Anda boleh menyelam dalam air tanpa bantuan pernafasan? Tidak boleh? Anda lemah!

“Eleh,memang la sume tu tak boleh,bende tak logik”

Baiklah, kita kembali kepada contoh-contoh yang logik. Anda boleh kira 2 X 2 tanpa menggunakan kalkulator? Boleh? Wah, anda hebat. Cuba kira 222 X 222 tanpa menggunakan kalkulator? Boleh? Wah, anda sangat hebat. Cuba kira 22222222222222 X 2222222222222222222222222222222222 tanpa menggunakan kalkulator? Boleh? Tidak? Anda lemah,tidak kita lemah!

Apabila sesuatu perkara itu kita tidak dapat lakukan tanpa bantuan sesuatu, maknanya kita lemah. Kita tidak dapat jawab soalan di atas tanpa menggunakan kalkulator, maknanya kita lemah disebabkan memerlukan bantuan daripada kalkulator.

Jadi,semua manusia adalah lemah. Ana lemah, anta lemah, anti lemah, sensei lemah, perdana menteri lemah dan raja juga lemah. Semua lemah!

Apabila sahabat menyedari hakikat manusia itu lemah,mereka sesekali tidak berganjak daripada pendirian mereka mengesakan Allah walaupun diseksa dan dihukum dengan pelbagai hukuman. 40 tahun nabi berada di Makkah tetapi manusia tetap berada di dalam kekufuran dan kesesatan yang nyata, namun apabila Allah mengangkat nabi menyedarkan manusia bahawa semua manusia lemah,yang berkuasa hanya Allah, bangsa yang hina , yang tidak ingin ditakluk oleh mana-mana kuasa ketika itu, bertukar menjadi sang singa garang memburu mangsa. Semua kuasa takut kepadanya. Tentera mereka mengidami mati sedangkan tentera kafir takutkan mati.

Sebab apa umat Islam ketika itu tidak takut mati? Kerana mereka yakin manusia itu lemah,hebat mana pun seseorang itu,akhirnya dia akan mati. Ada mutiara kata yang berbunyi, “jangan takut mati,kalau takut mati,baik jangan hidup.”Inilah pegangan bagi mereka yang sedari diri mereka lemah.

Apakah motif Allah jadikan manusia ini lemah? Supaya manusia sedar bahawa petah mana pun kata-kata seorang perdana menteri,dia tetap perlukan pergantungan. Hebat mana pun seorang pahlawan, dia tetap perlukan pergantungan dan pergantungan itu adalah kepada Allah semata-mata.

Wahai insan, benar kita adalah sebaik-baik kejadian namun sebaik-baik kejadian tidak bererti kita tidak mempunyai kelemahan. Disebabkan kita mempunyai pelbagai kelemahan,maka insafilah diri masing-masing supaya dengan menginsafi diri, kita sedar betapa lemahnya kita dan betapa hebatnya Dia.Semoga kita ketemu Cinta yang dicari.Amin..

Semoga dengan kesedaran bahawa diri kita serba kekurangan, kita akan sentiasa mencari Tuhan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Apa sahaja tekanan, mohonlah pertolongan daripada Tuhan.

Daripada Abu Dzar Al-Ghifaari r.a., daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya ia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikannya di kalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling menzalimi di antara satu sama lain.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah sesat melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya petunjuk, maka mintalah petunjuk daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan petunjuk kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah lapar melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya makan, maka mintalah makanan daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan makanan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah bertelanjang kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan pakaian kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya kalau semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling bertaqwa di kalangan kamu, kerajaan-Ku tidak akan bertambah sedikit pun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian dari kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling jahat daripada kamu, kerajaan-Ku tidak akan berkurangan sedikitpun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia atau jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan kepada setiap orang akan permintaannya, maka perkara tersebut tidak akan mengurangkan apa yang ada pada-Ku melainkan seperti mana berkurangnya air lautan apabila dimasukkan sebatang jarum kemudian dikeluarkan daripadanya.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya ia adalah amalan-amalan kamu yang Aku hitungkan untukmu, kemudian Aku sempurnakan balasan kamu disebabkan amalan kamu. Maka sesiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan sesaipa yang mendapat selain daripada itu, maka janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri.”

-Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab “Berbuat baik” bab “Haram melakukan kezaliman”. Hadis nombor: 2577

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”.

[Al-Baqarah 186]

Related posts:

Hamba lemah, Tuan…

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Hamba lemah, Tuan…
Kejatuhan umat Islam sekarang kerana gagalnya kita dalam mengambil Islam secara keseluruhan. Kita asyik bercakap tentang solat berjemaah, couple dan aurat sehingga kita lupa dasar kepada agama. Sebelum kapal berlayar lebih jauh, ana ingin bertanya apakah itu dasar agama? Jika antum tahu, Alhamdulillah dan dan jika antum tidak tahu, juga Alhamdulillah kerana selepas membaca artikel ini,antum akan tahu,insya Allah.Saban hari kita diingatkan bahawa ‘awaluddin makrifatullah‘ yang bermaksud ‘awal agama ialah mengenal Allah’, persoalannya,macamana kita ingin kenal Allah sedangkan Allah sendiri kita tidak dapat lihat dan tidak dapat sentuh?

Allah tidak meletakkan pelbagai halangan untuk manusia mengenal Nya supaya semua manusia memilih Nya sebagai Tuhan.Satu-satunya benda yang menjadi hak manusia ialah hak untuk memilih.Jika anda kata mata adalah hak anda,cuba anda pejam mata dan cuba tidur.Pasti tidak boleh.Maknanya mata bukan hak anda yang mutlak.Jika anda kata awek ialah hak anda,cuba suruh dia bunuh diri, pasti dia tidak lakukannya kerana apa?Kerana awek bukan hak anda yang mutlak. Hak anda yang mutlak ialah hak untuk memilih.Anda berhak untuk memilih siapa Tuhan anda,tiada paksaan mengenainya cuma pilihan yang baik diberi ganjaran dan pilihan yang buruk diberi balasan. Jaga-jaga,jangan sampai terlena~

Berbalik kepada topik asal kita,bagaimana caranya untuk kita kenal Allah? Rumusnya mudah,kenal diri sendiri dulu barulah kita kenal Pencipta kita. Logiknya,jika kita tahu diri kita ini satu ciptaan,pasti kita akui bahawa ada yang menciptakan kita.Hukum alam sudah menetapkan bahawa jika ada ciptaan maka ada penciptanya begitu juga dengan kita,kita adalah ciptaan dan Allah lah pencipta kita.Jadi,untuk kita kenal siapa Allah,kita kena faham dahulu hakikat kita(manusia).

Dalam mentakrif erti hakikat,ana suka meminjam pendefinisian yang dibuat oleh Euforia dan diubah sedikit oleh ana  .Maksud hakikat ialah sesuatu yang berada pada satu tahap yang lagi tinggi daripada erti,sesuatu yang disebalik lahiriah.Maksudnya,kalau kita berbicara tentang erti gajah,kita akan mentakrifkan gajah itu seekor binatang yang besar,bewarna kelabu dan bergading.Ia mampu hidup di tempat yang panas.Ia merupakan haiwan herbivor.Gadingnya diburu oleh ramai manusia untuk dijual kerana harganya yang mahal.Semua ini adalah erti gajah,bukan hakikat gajah.Tetapi hakikat ialah sesuatu yang di disebalik semua ini.Akal mampu mencarinya tetapi memerlukan pelbagai bantuan.Inilah tahap hakikat.Secara mudahnya hakikat ialah yang sebenar-benarnya.

Sebelum kita berbicara tetang hakikat manusia,ada baiknya kita mulakannya dengan erti manusia supaya erti dan hakikat tidak bercampur baur.Erti manusia ialah makhluk yang dicipta,mempunyai lelaki dan perempuan dan berdarah panas.Ada yang hensem dan apa pula yang cantik.Ada yang menjadi pejuang dan ada juga yang menjadi petualang.Semua ini erti manusia. Hakikat manusia pula,manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.

Buktinya,anda boleh berada di 2 tempat dalam satu masa?Tidak boleh?Anda lemah!Anda boleh terjun dari tingkat 100 dan tidak mati?Tidak boleh?Anda lemah!Anda boleh menyelam dalam air tanpa bantuan pernafasan?Tidak boleh?Anda lemah!

“Eleh,memang la sume tu tak boleh,bende tak logik”

Baiklah,kita kembali kepada contoh-contoh yang logik.Anda boleh kira 2 X 2 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Wah,anda hebat.Cuba kira 222 X 222 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Wah,anda sangat hebat.Cuba kira 22222222222222 X 2222222222222222222222222222222222 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Tidak?Anda lemah,tidak kita lemah!

Apabila sesuatu perkara itu kita tidak dapat lakukan tanpa bantuan sesuatu, maknanya kita lemah.Kita tidak dapat jawab soalan di atas tanpa menggunakan kalkulator,maknanya kita lemah disebabkan memerlukan bantuan daripada kalkulator.

Jadi,semua manusia adalah lemah.Ana lemah,anta lemah,anti lemah,sensei lemah,perdana menteri lemah dan raja juga lemah,semua lemah.Apabila sahabat menyedari hakikat manusia itu lemah,mereka sesekali tidak berganjak daripada pendirian mereka mengesakan Allah walaupun diseksa dan dihukum dengan pelbagai hukuman.40 tahun nabi berada di Makkah tetapi manusia tetap berada di dalam kekufuran dan kesesatan yang nyata, namun apabila Allah mengangkat nabi menyedarkan manusia bahawa semua manusia lemah,yang berkuasa hanya Allah,bangsa yang hina ,yang tidak ingin ditakluk oleh mana-mana kuasa ketika itu,bertukar menjadi sang singa garang memburu mangsa.Semua kuasa takut kepadanya.Tentera mereka mengidami mati sedangkan tentera kafir takutkan mati.

Sebab apa umat Islam ketika itu tidak takut mati?Kerana mereka yakin manusia itu lemah,hebat mana pun seseorang itu,akhirnya dia akan mati. Ada mutiara kata yang berbunyi, “jangan takut mati,kalau takut mati,baik takyah hidup.”Inilah pegangan bagi mereka yang sedari diri mereka lemah.

Apakah motif Allah jadikan manusia ini lemah?Supaya manusia sedar bahawa petah mana pun kata-kata seorang perdana menteri,dia tetap perlukan pergantungan.Hebat mana pun seorang pahlawan,dia tetap perlukan pergantungan dan pergantungan itu adalah kepada Allah semata-mata.

Wahai insan,benar kita adalah sebaik-baik kejadian namun sebaik-baik kejadian tidak bererti kita tidak mempunyai kelemahan.Disebabkan kita mempunyai pelbagai kelemahan,maka insafilah diri masing-masing supaya dengan menginsafi diri,kita sedar betapa lemahnya kita dan betapa hebatnya Dia.Semoga kita ketemu Cinta yang dicari.Amin..

Related posts:

Hamba lemah tuan……..

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga
“Em…Oh,senanye aku maksudkan nabi Musa je,tak ingat lansung pasal Asiah, Masyitah dan Yukabid.Sebut pasal Asiah dan Masyitah,bukanke Masyitah tu tukang sikat rambut Asiah?Dan bukanke disebabkan Masyitah mencela Firaun semasa sikat yang digunakan untuk sikat rambut permaisuri itu jatuh,Masyitah dihukum bunuh.Bukanke permaisuri ketika itu Asiah?Bukan ke Asiah beriman kepada Allah,tapi kenapa dia lapor pada Firaun?”Tanya Aiman dengan penuh semangat.

“Aq penah dengar,mase Firaun lemas,die mintak tolong dengan nabi Musa. Tyme tu,Allah bukak seluruh hijab langit bagi malaikat tengok,lalu Allah kate: Wahai Malaikatku,lihatlah firaun pinta pertolongan daripada Musa.Andai kata dia pinta pertolongan daripada Ku,nescaya Aku akan tolong dia.”Terang ana bersungguh- sungguh.

“Ye ke?Tu la,makhluk mane ade kuase,Allah je ade kuase.Ko tengok,Firaun tu ada kerajaan,ada istana tapi istana dia macam tempat simpan orang-orang beriman kan?”Soal Aiman meminta kepastian.

“A’a.Dalam istana dia ada Asiah,Masyitah,Yukabid dan yang paling hebat nabi Musa sendiri,”jawab ana mengiyakan keterangan Aiman.

“Em…Oh,senanye aku maksudkan nabi Musa je,tak ingat lansung pasal Asiah, Masyitah dan Yukabid.Sebut pasal Asiah dan Masyitah,bukanke Masyitah tu tukang sikat rambut Asiah?Dan bukanke disebabkan Masyitah mencela Firaun semasa sikat yang digunakan untuk sikat rambut permaisuri itu jatuh,Masyitah dihukum bunuh.Bukanke permaisuri ketika itu Asiah?Bukan ke Asiah beriman kepada Allah,tapi kenapa dia lapor pada Firaun?”Tanya Aiman dengan penuh semangat.

“Em..Betul gak..tapi aku tak taw..”keluar satu jawapan yang memang tidak diingini oleh setiap yang bertanya dari mulut ana.Ana memang tidak tahu apa jawapannya.Ana akur diri ini tidak tahu apa-apa tentang sejarah.

Soalan itu dibincang sewaktu ana berada di tingkatan 3 kalau tidak silap dan ana ketemu jawapannya baru haru ini.Kira-kira hampir 5 tahun soalan itu tinggal menjadi tanda tanya.Betul juga,kalau Asiah beriman kepada Allah, kenapa dilapornya ucapan Masyitah sehingga Masyitah dihukum bunuh? Alhamdulillah,ana ada jawapannya.

Ada satu kesilapan besar di situ dan kesilapan itu adalah Masyitah ialah tukang sikat rambut permaisuri Firaun.Sebenarnya,Masyitah ialah tukang sikat rambut anak Firaun.Dan untuk pengetahuan anda semua,walaupun Asiah adalah permaisuri Firaun,Asiah tidak pernah ditiduri Firaun walaupun sekali sepanjang dia menjadi permaisuri Firaun.Untuk tahu lebih lanjut tentang dua insan ini,jom kita hayati kisah di bawah.

Asiah-Pemegang Mahkota Terpuji

Tengah Asiah hidup dengan tenang bersama keluaranya menyembah Allah, mereka dikejutkan dengan utusan daripada Firaun yang bernama Haman dengan hajat untuk menyatukan Asiah dengan Firaun.Asiah berasal daripada kaum Imran(mungkin keluarga nabi Musa kerana nama ayah nabi Musa Imran,tapi ana tidak dapat pastikan hal ini),orangnya manis dan cukup terkenal dengan kejelitaannya.Dia juga merupakan seorang yang beriman kepada Allah sebelum nabi Musa diutuskan.

“Bagaimana sanggup saya mengahwini Firaun yang terkenal dengan kekejamannya?Bahkan dia tidak tunduk kepada Allah?”Soal Asiah kepada Haman sewaktu Haman cuba mendapat jawapan daripadanya.

Haman pulang dengan hati yang cukup risau,apakah yang akan dilakukan oleh Firaun kepada Asiah selepas dia mendengar kata-kata yang dicampakkan ke atasnya sebentar tadi.Ternyata sangkaannya tepat,Firaun menyiksa keluarga Asiah.Ibu bapa Asiah dihumban ke dalam penjara dan diseksa tetapi Asiah dibiarkan hidup senang dengan harapan timbul rasa menyesal di dalam hati Asiah.

Strategi Firaun belum selesai,dia adalah seorang yang tidak akan berpatah balik setelah melakukan sesuatu keputusan.Dia sudah membulatkan tekadnya untuk berkahwin dengan Asiah walau dengan apa-apa cara sekalipun.Lalu dia bawa Asiah berjumpa dengan ibu bapanya yang sedang diseksa dalam penjara dan berkata, “Wahai Asiah!Jika kamu adalah anak yang baik,kasihanilah kedua-dua ibu bapa mu ini.Aku memberimu 2 pilihan,berkahwin dengan aku dan aku bebaskan ibubapa mu atau sebaliknya tetapi ingat,kamu akan terima padahnya.”

Asiah ialah seorang anak yang solehah,dia tidak sampai hati untuk melihat kedua-dua ibu bapanya diseksa dalam penjara.Namun,dia harus bijak membuat pilihan.Ini bukan soal hidup dan mati tapi ini soal iman dan kufur. Setelah lama berfikir,dia memberi jawapan kepada Firaun.

“Saya akan berkahwin dengan anda cuma jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan.”Jawab Asiah.

“Baiklah,apa syarat-syaratnya?”Soal Firaun.

“Anda harus membebaskan ibu dan bapa saya,menyediakan kemudahan untuk mereka hidup dan menjaga mereka sehingga mereka mati.Saya juga akan menjadi isteri anda hanya untuk menghadiri majlis-majlis sahaja dan saya tidak akan meniduri anda.”Terang Asiah yang bijaksana.

“Baiklah,”jawab Firaun,ternyata Firaun akan berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.

Mereka pun berkahwin dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Asiah. Selepas perkahwinannya,Asiah tetap beriman kepada Allah dan selalu berdoa supaya kesuciannya terjaga daripada suaminya yang dilaknat.Allah makbulkan doanya dengan menghantar jelmaan Asiah kepada Firaun. Walaupun Asiah membenci suaminya,Asiah tetap memberi yang terbaik untuk suaminya sehingga dia sangat disayangi oleh Firaun.Kasih dan sayang Firaun kepadanya terbukti apabila Firaun mendirikan sebuah istana khas untuk Asiah di tepi sungai Nil.

Suatu hari Asiah diberitahu oleh dayang-dayangnya bahawa mereka terjumpa bayi lelaki di dalam sebuah bekas yang hanyut di sungai Nil.Asiah mengambil bayi itu sebagai anak angkat walaupun Firaun cuba membunuhnya.Bayi itu membesar dan menjadi seorang nabi,Musa bin Imran.

Rencana Allah cukup sempurna,nabi Musa melarikan diri ke padang pasir setelah dikejar oleh Firaun kerana membunuh seorang daripada kaum Firaun. Asiah tahu pemergian Musa ini tidak akan lama dan dia akan kembali dengan satu berita yang menggembirakan.

Nabi Musa pun kembali kepada kaumnya dengan berita yang sangat gembira, berita tentang dia adalah utusan Allah.Asiah dan dayangnya,Masyitah mengaku beriman kepada Musa dan Tuhan Musa.Setiap kali Musa menghadap Firaun untuk menyeru Firaun menyembah Allah,Asiah berada di sampingnya memberi semangat kepada anak angkatnya itu.

Keimanan Masyitah pun terbongkar,Masyitah dijatuhkan hukuman mati. Tindakan Firaun itu menyebabkan Asiah sudah tidak tahan lagi.Asiah pun mencela Firaun dan dia ditangkap dan dipenjarakan.Makanan dan minuman disekat daripada sampai kepadanya.Akhirnya,dia meninggal di dalam penjara dengan mulutnya tidak berhenti memuji Allah.Dialah Asiah,Ratu Syahadah.

Masyitah-Wangian Dari Syurga

Semasa Rasulullah berisrak Mikraj,nabi lalu satu kawasan yang berbau sangat wangi.Lantas nabi bertanya kepada Jibrail mengapakah tempat itu berbau sangat wangi.Lalu Jibril memberitahu nabi bahawa mereka sedang melintasi kubur Masyitah.Kenapakah kubur insan bernama Masyitah ini sangat wangi?

Kisahnya begini,dakwah nabi Musa sampai kepada keluarga Masyitah,lalu Masyitah dan suaminya Hazaqil beriman kepada nabi Musa.Keimanannya ini disembunyikan lantaran pekerjaannya sebagai tukang sikat rambut anak Firaun dan suaminya pula orang kuat Firaun.Sebelum Firaun memutuskan apa-apa keputusan,Firaun akan meminta pendapat daripada Hazaqil dan ditakdirkan Allah,suatu hari seorang ahli sihir yang menyokong Firaun telah memeluk agama nabi Musa.Seraya Firaun pun menjatuhkan hukuman mati ke atasnya tetapi keputusan Firaun ini ditentang hebat oleh Hazaqil.Maka berlakulah satu perselisihan pendapat yang sangat besar sehingga keimanan Hazaqil terbongkar dan dia juga dijatuhkan hukuman mati.

Pemergian suami tercinta memberi tamparan hebat kepada Masyitah. Hari-harinya seperti sudah tiada makna lagi tapi disebabkan keimanannya kepada Allah,dia tempuhi hari-harinya dengan hati yang tersangat berat.Puas dia cuba menahan mulutnya daripada meluahkan isi hatinya kepada orang lain namun perkara hati siapa yang dapat tentang?Ditakdirkan Allah,setiap kedukaan dan kesedihannya itu dikongsi dengan Asiah,Isteri Firaun yang sangat disayangi Firaun.Sewaktu itu,Masyitah belum tahu bahawa Asiah juga beriman kepada Allah.

Huruf demi huruf,perkataan demi perkataan keluar daripada mulut Masyitah sehingga tiada lagi rahsia untuk dia simpan.Kisah dia beriman kepada Musa juga diceritakan.Sewaktu terlepas cakap,ada juga rasa gerun di hati tapi dia cuba untuk bertenang.Tapi rancangan Allah,siapa yang dapat duga?Asiah juga mengaku bahawa dia beriman kepada Allah.

“Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah,Musa pesuruh Allah dan celakalah Firaun dan pengikut-pengikutnya.”Ujar Asiah.

“Tetapi,bukankah puan meniduri Firaun?”Soal Masyitah.

“Tidak,demi Allah,aku tidak pernah meniduri Firaun walaupun sekali.Apa yang kau lihat bukanlah aku tetapi jelmaan Iblis yang menyerupai aku,”terang Asiah.

Mendengarkan pengakuan daripada Asiah,Masyitah cukup gembira dan mereka menjadi teman rapat.

Suatu hari,ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun hasil dari permaisuri yang lain,sikat yang dipegang Masyitah terjatuh.Secara tidak lansung Masyitah menyebut, “Segala puji bagi Allah dan celakalah Firaun.”

Anak Firaun mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Masyitah,lantas dia berlari ke arah Firaun dan melaporkannya.Firaun memanggil Masyitah dan menyoal Masyitah adakah benar apa yang dilaporkan oleh anaknya. Masyitah menjawab, “ya Tuanku,aku berkata sedemikian.”Lalu Firaun menyuruh pengawalnya menyediakan satu bekas yang besar yang diisi dengan minyak dan bekas itu dipanaskan sehingga minyak itu mendidih.

Seluruh penduduk padang pasir dikumpulkan untuk menyaksikan kehebatan Firaun.Tatkala manusia semua berkumpul dan memberi perhatian kepada Masyitah yang berada di tengah-tengah,soalan diulang sekali lagi.Adakah Masyitah ingin menarik balik kata-katanya, jika tidak,dia dan 2 orang lagi anaknya yang masih di bawah susuannya akan dihumban ke dalam minyak yang menggelegak.Masyitah dengan tegasnya menyatakan pendiriannya untuk beriman kepada Musa dan Tuhannya. Namun,naluri keibuan diuji apabila dia melihat anak-anaknya yang masih kecil,terlintas juga di hatinya untuk menurut kata Firaun.

Allah mengetahui isi hati hamba-hambanya,lalu satu keajaiban besar pun berlaku.Anak yang masih kecil,yang masih di bawah susuannya pun berkata-kata, “jangan bimbang ibuku kerana Allah telah menjanjikan kepada kita ganjaran yang hebat.Pintu syurga sedang terbuka luas menanti kedatangan kita.”

Mendengar butir-butir kata yang keluar daripada anak yang tidak boleh bercakap itu,Masyitah yakin dengan pendiriaannya.Dia berjalan maju ke hadapan dan terjun ke dalam minyak yang menggelegak.Seluruh penduduk Mesir menyaksikannya.Alangkah terkejutnya mereka apabila keajaiban kedua berlaku.Minyak yang menggelegak tadi bertukar menjadi haruman yang tersangat wangi di zaman itu.Itulah haruman Masyitah,si penagih cinta Ilahi.

Akhir Qalam

Sejarah bukanlah untuk diceritakan tetapi untuk dihayati supaya yang baik dapat diambil dan yang buruk dapat dijauhi.Kisah ini bukanlah satu kisah dongeng yang dicipta untuk menidurkan kanak-kanak tetapi kisah ini merupakan satu kisah yang nyata untuk kita dan kanak-kanak.Supaya iman di dalam hati digilap dan bersinar kembali.Harap-harap,kubur kita harum semerbak bak kubur Masyitah dan mahligai kita gah bak mahligai Asiah. Insya Allah…..

Related posts:

Hamba lemah, Tuan…

Hamba lemah tuan……..

Ibrahim Adham:Pemimpin yang menjadi hamba

Allah taknak hamba Nya masuk neraka
Dunia atom ini,ada di antara penganut agama Islam sendiri berburuk sangka dengan Allah dan Islam.Kata mereka bahawa Islam adalah agama yang mengharamkan kegembiraan.Arak diharamnya,babi diharamnya,zina diharamnya,pendek kata semua Islam haram.Jika lakukan,kufur,masuk neraka.Tambah mereka lagi,memang betul kata nabi, “dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”Persoalannya,adakah benar akan segala tohmahan ini?Jika difikirkan secara logik akal,secara rasional, ada benarnya namun perlu diingatkan bahawa agama tidak berdiri dengan akal tetapi agama berdiri dengan wahyu.Jadi,terkadang akal yang terhad ini tidak dapat menjangkau kehendak Tuhan,maka atas paksi itulah Rasul diutuskan.Kisah Orang Buta dan Gajah

Kisah orang buta dan gajah,cukup terkenal.Hampir kesemua orang pernah mendengarnya namun kisah ini belum habis.Ada hikmah yang cuba disembunyikan.Seorang buta terpegang ekor gajah,maka diberitahu kepada rakan-rakannya yang lain bahawa gajah itu bentuknya seperti tali.Tetapi pendapatnya dicanggah oleh seorang buta lain yang terpegang badan gajah. Katanya, “bukan,gajah itu seperti dinding,besar.”Seorang buta yang lain pula terpegang kaki gajah,lalu diumum bahawa gajah itu bukan seperti tali ataupun dinding,tetapi gajah itu seperti sebatang pokok balak.

Apa yang dinilai oleh orang-orang buta itu,semuanya salah.Tiada seorang pun dapat mendiskripsikan gajah itu dengan bentuk yang sebenar.Kerana apa?Kerana penglihatan mereka terhad,penglihatan mereka terbatas maka apa yang dilakukan oleh mereka juga terbatas.

Disambungkan cerita itu,semua orang buta itu kehairanan,bagaimana sebenarnya seekor gajah.Kalau gajah itu bukan seperti tali,bukan seperti dinding dan bukan juga seperti sebatang balak,gajah itu bagaimana? Tiba-tiba tangan mereka ditarik oleh seorang yang celik,seorang yang diberi penglihatan oleh Tuhannya untuk mengenal bentuk sebenar gajah. Si buta yang pegang ekor gajah tadi dibawa untuk pegang badan dan kaki gajah, begitu juga yang lain.Lalu mereka berkata, “owh,rupanya inilah gajah.”

Si buta yang perbuatannya,penilaiannya terbatas itulah kita.Manusia biasa dengan akal yang terbatas untuk memikirkan perkara-perkara ghaib. Keterbatasan inilah yang menyebabkan manusia menyembah air,api, matahari bahkan kemaluan pasangan masing-masing!Dalam beragama,akal yang logik bukanlah satu alat yang sesuai.Benar,kadang-kadang akal yang logik dan rasional perlu,tetapi ingat bahawa itu hanyalah kadang-kadang. Akal ini bukan sahaja terbatas dalam berfikir hal-hal ghaib,bahkan dalam hal-hal kehidupan seharian pun akal ini terbatas.Jika tidak percaya,cuba jawab soalan di bawah:

54 X 54 = ?

Insya Allah anda dapat menjawabnya,tapi bagaimana pula dengan yang di bawah:

5938474903 X 8937575482923748923 = ?

Pasti tanpa bantuan kalkulator anda tidak mampu menjawabnya.

Bantuan kalkulator,apa maknanya?Akal kita terbatas!Jadi,jangan gunakan akal dalam menghakimi hukum Allah,pasti anda sesat!

Allah Tidak Mahu Hamba Nya Masuk Ke Dalam Neraka

Islam agama yang menyekat kebebasan?Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang baik,pasti pahala adalah ganjarannya.

Berbeza pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat, Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1 kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah beliau dengan sahabat-sahabat.

Suatu hari,Ibnu Umar masuk ke dalam masjid dan mendapati ada sekumpulan sahabat yang sedang mengira dengan anak-anak batu.Maka Ibnu Umar bertanya, “apakah kalian sedang lakukan?”Salah seorang sahabat menjawab, “kami sedang mengira dosa-dosa yang telah kami lakukan.” Mendengarkan jawapan daripada sahabat,Ibnu Umar membalas, “berhenti lah kalian daripada mengira dosa-dosa kalian kerana dosa-dosa kalian pasti hilang.Sebaliknya berzikirlah kerana pahalanya kekal abadi.”

Dilambangkan oleh ulama’ betapa Allah tidak mahu hamba Nya masuk ke dalam neraka dalam satu kisah.Kisah ini bukanlah kisah yang sahih tetapi kisah ini merupakan satu metafora untuk menunjukkan betapa Ehsan, Pemurahnya Allah.Di akhirat esok,seorang ditakdirkan untuk masuk ke dalam neraka.Apabila dia mendengar bahawa dirinya Ahli neraka,dengan pantas dia berlari ke neraka.Maka Allah bertanya walaupun Allah sudah tahu jawapannya, “Wahai hamba Ku,kenapa kamu berlari ke neraka?”Orang itu menjawab, “Ya Tuhan ku,semasa aku hidup,aku tidak pernah menunaikan perintah Mu walaupun satu.Maka pada hari ini aku nekad untuk tunaikan perintah Mu dengan bersungguh-sungguh.”Maka dengan nekadnya itu, Allah memasukkannya  ke dalam syurga.Pengajaran daripada perlambangan ini ialah betapa Allah tidak ingin hamba Nya masuk ke dalam neraka sehingga di akhirat esok pun,Allah akan beri keampunan Nya.(Perlambangan)

Islam Ada Penyelesaiannya

Islam adalah satu cara hidup yang menjamin keselamatan penganutnya. Malah,apabila didefinisikan Islam secara bahasa pun,maksudnya selamat. Inilah istimewanya Islam,namanya pun tidak bersandar kepada sesiapa. Berbeda dengan Yahudi yang merujuk kepada Yahuda,Kristian yang berkait dengan nama Yesus Christ dan Buddha yang mengguna pakai nama pengasasnya,Gautama Budda.Tetapi Islam?Islam bebas daripada mana-mana nama,Muhammad mahupun Allah.

Apabila Islam melarang sesuatu,maka ada hikmahnya.Pasti apa yang dilarang itu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Kita tidak nafikan,arak contohnya,arak ada kebaikannya tapi perlu ditulis kembali apa yang ada di dalam al-quran dalam surah al-baqarah 219:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir

Al-Quran sendiri mengakui bahawa arak itu ada kebaikan tetapi keburukannya melebihi kebaikan,maka ia diharamkan.Semuanya demi manfaat siapa?Demi manfaat kita sendiri.Jika kita minum arak,adakah Allah yang akan sakit?Atau Malaikat Nya yang akan mabuk,lalu runtuh Arasy yang dipegang mereka?Tidak,yang mabuk itu kita,yang sakit itu pun kita.

Allah tahu apa fitrah ciptaan Nya maka Dia ciptakan alternatif untuk hamba-hamba Nya.Alternatif itu apa?Alternatif itu Islam.Allah mengharamkan arak tetapi Dia benarkan air cofee,jus epal,horlick tabur milo dan kopi anak jantan. Allah haramkan babi tetapi Allah benarkan kita makan ayam,ayam belanda,ayam israil dan kambing.Allah haramkan zina tetapi Allah halalkan perkahwinan sehingga 4 orang bagi lelaki.Semua yang diharamkan,ada jalan keluarnya.Masalahnya,kita yang tidak tahu.Kenapa kita tidak tahu sedangkan kita Islam?Kita ego,kita tidak mahu belajar,kita merasakan diri kita sudah cukup dengan ilmu-ilmu.

Islam Bukan Agama Yang Rigid

“Kamu gerak lebih daripada 3 kali,batal solat!”

“Kamu telan air liur banyak sangat,batal puasa!”

“Kamu sentuh babi,haram!”

“Kamu kawan dengan bukan Islam,neraka!”

“Kamu couple,tak masuk syurga!”

“Kamu tertinggal solat,kufur!”

Wah,wah,wah.Strict betul Islam yang kita anuti.Tidak boleh lakukan satu kesalahan walaupun kesalahan itu bukan kesalahan yang disengajakan. Ini kena dapat keistimewaan maksum dahulu baru boleh peluk Islam,barulah tidak kufur,tidak masuk neraka.

Silap,ini merupakan satu kesilapan yang sangat besar.

Islam bukanlah satu peraturan,tetapi Islam merupakan satu cara hidup. Apabila berbicara tentang cara hidup,ia mestilah bersesuaian dengan subjek yang dibicarakan.Contohnya apabila kita berbincang tentang cara hidup kambing.Maka dalam topik ini,kita akan bincang bagaimana kambing makan bukan bagaimana lembu makan.Kita akan bincang apakah kelemahan kambing dan bukan apakah kelemahan hamster.Maksudnya,apabila kita mengatakan Islam adalah cara hidup manusia,maknanya,Islam membicarakan tentang manusia,bukan tentang kambing.

Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian,bukan sesempurna kejadian maka tidak pelik jika ada di antara manusia yang melakukan kesalahan kerana kita bukanlah sempurna.(rujuk:Yang Sempurna Bukanlah Yang Terbaik) Malah dikuatkan lagi dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud:

“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”

Dengan mengambil kira kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia, terbitlah Islam sebagai satu agama yang sempurna.Kenapa Islam sempurna? Kerana tidak kira siapa,tanpa mengira apa jenis kelemahan manusia ada,tanpa mengira apa jenis kelebihan manusia ada,Islam sesuai untuk mereka,untuk kita semua.Contohnya,Islam suruh umatnya solat,yang sempurna kena solat berdiri,yang sakit kaki pula boleh solat secara duduk,yang tidak boleh duduk pula boleh solat secara baring.Maka dengan itu,Islam adalah agama yang sempurna.

Ana secara jujur begitu sedih apabila mendengar kisah-kisah saudara-saudara baru ketika mereka ingin memeluk Islam.Ada yang berjumpa dengan Imam masjid,pak Imam cakap kalau nak peluk Islam kena daftar di pejabat agama.Maka si muallaf ini pergi ke pejabat Islam.Di pejabat Islam,ustaz suruh isi borang itu,borang ini,baru lah dapat masuk Islam.Yang lebih teruk, pak ustaz tanya, “dah bersunat?Kalau belum,kena bersunat dulu baru dapat masuk Islam.” Penat. Susah. Payah.Adakah ini Islam yang diajar oleh baginda?

Suatu ketika seorang lelaki datang berjumpa dengan baginda dan menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam tetapi lelaki itu tidak ingin meninggalkan zina.Rasulullah mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia masuk Islam.Dia bertanya kepada Rasulullah adakah dia kena tinggalkan zinanya?Maka Rasulullah membalas, “jangan menipu.” Dipendekkan cerita,lama-kelamaan si penzina itu bertaubat dan tidak lagi berzina.Inilah yang Rasulullah ajar!

Fulan seorang peminum arak yang tegar dan ditakdirkan suatu hari dia ingin berubah.Dia berjumpa dengan Imam untuk mengajarnya untuk bertaubat. Pak Imam tua yang berserban sebesar pasu bunga itu menegaskan, “haram minum arak.Jangan minum walaupun setitis.”Si Fulan yang sememangnya kamcing dengan arak tidak dapat berpisah dengan arak,lalu dibuat pilihan antara berubah dan arak,dia pilih arak.Adakah ini yang Allah ajar?

Arab jahiliyah adalah satu bangsa yang tidak boleh berenggang dengan arak sehingga dalam syair-syair mereka diceritakan tentang arak.Perbualan harian mereka tidak sah kalau tidak menyebut perkataan arak.Allah ingin mengharamkan arak tetapi Allah tahu bahawa arak itu darah daging bangsa arab,maka Allah tegur sikit demi sedikit dan pada akhirnya,turun ayat mengharamkan arak.Inilah yang Allah ajar!

Islam bukan agama yang mencari kesalahan orang lain.Terkadang ada sesuatu yang diri ini tidak dapat lakukan,maka Islam memberi kita kemudahan.Tetapi perlu diingatkan,jangan sesekali memudahkan Islam yang sememangnya mudah.Islam membenarkan jamak dan qasar,maka dijamaknya solat subuh,zohor,asar,magrib dan isyak ke dalam solat subuh dan semua dijadikan 2 rakaat kerana perjalanannya pada hari itu masih tinggal teka-teki.Jangan!Haram!Mudahnya Islam bertempat dan bersyarat.

Pohonlah Ampun Dari Yang Maha Pengampun

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi bahawa suatu hari Rasulullah mendengar seorang sahabat telah berzina dengan seorang gadis.Maka Rasulullah memanggil sahabat tersebut.

“Apakah benar berita yang aku dengar?”Tanya baginda.

“Berita apa yang engkau dengar ya Rasulullah?”Tanya sahabat balik.

“Apakah benar engkau telah bersetubuh dengan si fulan binti si fulan?”Soal Rasulullah dengan sedikit hiba di hati baginda.

“Ya Rasulullah,”jawab sahabat yang dalam ketakutan.

Maka Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama sebanyak 2 kali dan sahabat membalas dengan jawapan yang sama,juga 2 kali.Lalu Rasulullah memalingkan mukanya ke kanan,sahabat pergi ke kanan,Rasulullah memalingkan muka baginda ke kiri.Begitulah sebaliknya sehingga sahabat tadi berkata ,”apakah engkau tidak sudi melihat muka ku?”

Rasulullah menjawab, “adakah engkau gila?”

Terdapat 2 pendapat ulama’ tentang hadis di atas berdasarkan pandangan dari 2 sudut,dari sudut Rasulullah dan dari sudut sahabat.Pada pendapat sahabat,jika dia dihukum di dunia,dia tidak akan dihukum lagi di akhirat. Oleh sebab itu dia mengaku kesalahannya.Pada pendapat Rasulullah pula, jika dosa itu antara manusia dan Allah,cukuplah dengan bertaubat, insya Allah,Allah ampunkan.

Tidak kisahlah besar mana dosa kita,jahat mana pun diri kita,ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk kita.Dia melihat kita walaupun kita tidak melihat Nya.Dia meminati kita walaupun kita tidak meminati Nya.Dia mencintai kita walaupun kita tidak mencintai Nya.Dia ada untuk kita.

Allah sangat sukakan hamba-hamba yang menyesal,yang mengaku kesalahan diri sendiri.Sudah menjadi fitrah manusia suka menyalahkan orang lain,jadi Allah sangat gembira apabila manusia itu mengaku bahawa kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri.Allah sukakan hamba-hamba yang ketepikan ego mereka.

Dalam sebuah negeri,tinggal seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Ditakdirkan bahawa dia ingin berubah,jadi dia pergi berjumpa dengan seorang imam dan meluahkan perasaannya yang dia ingin berubah tetapi Imam memberi satu jawapan yang tidak enak didengar.”Kamu sudah bunuh 99 orang,kalau bertaubat pun sudah tiada guna,terlambat!”Marah Imam. Dek kerana tidak senang dengan jawapan Imam,lalu dia membunuh Imam,lantas mencukupkan koleksi nyawanya menjadi 100 orang.Suatu hari,dia terdengar cerita jika ingin bertaubat,pergilah berjumpa dengan syeikh di Timur Tengah. Dalam perjalanannya ke Timur Tengah,dia meninggal dunia dan dia adalah ahli syurga kerana dia mati dengan niat ingin berubah.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita,bila-bila masa dan di mana jua. Jika anda rasa ingin menangis kerana takutkan Allah,menangislah segera.Jangan ditunggu waktu qiamullail baru anda ingin menangis,nanti sampai bila-bila pun anda tidak akan menangis.

Biasa kita terima,apabila kita ingin berubah menjadi baik,manusia di sekeliling akan menghina kita,membenci kita malah ada yang memulaukan kita.Satu perkara yang tersangat biasa.Nabi juga dihina,dibaling tahi dan dipulau oleh kaumnya sendiri tetapi nabi terus mara ke hadapan dan hasilnya,kita bernama Ahmad,Aida,Atiqah,Alia,Asraff.Andaikata nabi berundur seperti kita berundur,pasti nama kita Ah Chong,Mutusami, Fei Mau dan Florance.Bersyukurlah kerana nabi bukan macam kita,senang mengaku kalah apabila dihina.

Konklusinya,jadilah Insan seperti nabi,apabila baginda merasakan diri baginda perlu berubah,ditinggalnya kemewahan,ditinggalnya isteri,demi memikirkan nasib kaumnya.Usah dipedulikan apa kata orang,tetapi pedulilah apa yang Allah kata.

Related posts:

Re:Allah tak nak kita masuk neraka…

Orang Lain Masuk Neraka,Saya Pun Nak Masuk Neraka!

Hamba lemah, Tuan…

Ibrahim Adham:Pemimpin yang menjadi hamba
Suatu hari Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam.Apabila dia ingin masuk ke dalam,seraya seorang lelaki menegurnya, “wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.”Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.Lelaki tadi terkejut dan berkata, “wahai orang tua,andaikata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma.Janganlah menangis kerana ini.”Ibrahim bin Adham menjawab, “wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan syurga Allah.Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…”

Nama lengkapnya adalah Abu Ishaq Ibrahim bin Adham.Dia terkenal dengan panggilan Abu Ishaq.Dia dilahirkan di balkh dari keluarga bangsawan Arab dan ayahnya adalah seorang raja Khurasan. Apabila ayahnya meninggal dunia,tugas kepimpinan Khurasan diambil alih olehnya.Dia memiliki istana yang tersangat besar dan hidupnya dipenuhi dengan kemewahan.Namun,Allah lebih menyayanginya,Allah inginkan dia dengan Allah sahaja,maka daripada seorang khalifah,Ibrahim menjadi seorang hamba.Lalu dia pergi mengembara ke arah barat untuk menjalani hidupnya sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

Hatinya diketuk

Ibrahim mewarisi sifat ayahnya yang suka berburu.Suatu hari dia menunggang kudanya dan pergi ke dalam hutan untuk memburu burung. Dibawanya bersama sebuku roti sebagai bekalan makanan.Tengah dia asyik memburu seekor burung,seekor gagak menyambar rotinya.Dia cuba memanah gagak itu tetapi gagal.Kerana perasaan marahnya kepada gagak itu, dia memacu kudanya ke arah gagak itu sehingga sampai di lereng bukit.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati terdapat seorang lelaki yang diikat pada sebatang pokok.

“Sudah berapa lama kamu diikat?”Tanya Ibrahim.

“7 hari lamanya,”jawab lelaki terbabit.

“Pantas,apa yang kamu makan sehingga mampu hidup sekian lama?”Soalnya lagi.

“Tiap-tiap hari,Allah memberiku rezeki melalui binatang-binatangnya. Hari ini Allah menggunakan burung untuk menghantar sebuku roti kepadaku,” jawab lelaki itu.

Dia terfikir,jika binatangpun mampu membantu manusia,bagaimana pula dengan manusia?Bukankah manusia mampu membantu sesama manusia?

Sedang dia lena di atas tilamnya yang empuk,dia bermimpi yang terdengar bunyi pergerakan di atas loteng istananya.Dia terfikir bahawa masakan ada pergerakan di atas loteng istana yang begitu tinggi.Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi,dia pun panjat ke loteng dan dia dapati ada seorang lelaki sedang bergerak ke hulu hilir seakan-akan sedang mencari sesuatu. Dia menegur lelaki tersebut.

“Wahai lelaki,aku seakan-akan melihat engkau mencari sesuatu,apakah yang engkau tengah cari?”Tanya Ibrahim.

“Aku sedang mencari unta aku yang hilang,”jawab lelaki tersebut.

“Gilakah engkau,mencari unta di tempat setinggi ini!”Marah Ibrahim yang merasakan dirinya dipermainkan.

“Gilanya aku mencari unta ku samalah seperti gilanya engkau mencari Tuhan mu dalam kemewahan!”Balas lelaki tersebut.

Tiba-tiba,dia pun terjaga dari tidurnya.Lantas merenung cerita di sebalik mimpinya.

Suatu hari,tengah dia duduk di atas singgahsananya,datang seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menjerit, “milik siapakah rumah tumpangan ini?!” Mendengar kata-kata yang  biadap itu,lantas Ibrahim pun naik marah.

“Wahai orang tua!Berani kamu katakan istanaku yang dilimpahi dengan kemewahan ini sebagai rumah tumpangan!Sungguh biadap kamu!”Marah Ibrahim.

“Siapakah pemiliknya sebelum kamu?”Tanya orang tua itu.

“Ayah aku,”jawab Ibrahim.

“Sebelum dia?”Tanya orang tua itu lagi.

“Ayah kepada ayah aku,iaitu datuk aku,”jawab Ibrahim lagi.

“Sebelum dia?”Soal orang tua itu lagi.

“Ayah kepada datuk aku!”Menjawab sambil meninggikan suara.

“Dimanakah mereka?”Tanya orang tua itu.

“Di dalam kubur,”jawab Ibrahim.

“Nah,inilah rumah tumpangan.Pemiliknya hidup sementara di sini dan begitu juga kamu!”Balas orang tua itu.

Ibrahim tersentak mendengar teguran orang tua itu.Lalu dia termenung seketika dan apabila dia sedar dari termenung,dia dapati orang tua itu sudah hilang.Dikatakan orang tua itu ialah nabi Khaidir.

Suatu hari dia pergi ke hutan untuk berburu.Apabila dia melihat seekor kancil,dia cuba mengikuti kancil itu secara senyap-senyap dengan harapan dapat menembak kancil tersebut.Sedang dia menjaga langkah-langkahnya,tiba-tiba dia terdengar satu suara.

“Wahai Ibrahim,bukan kerana ini kamu diciptakan dan bukan ini kewajipanmu,”seru suara itu.

Dia memandang ke kiri dan kanan dan dia dapati memang tiada seorang di kawasan itu.Dia mengambil keputusan mudah bahawa suara yang didengarinya adalah suara syaitan.Seraya dia berkata, “Semoga Allah melaknat kamu wahai Iblis.”Dia meneruskan pemburuannya dan sekali lagi dia terdengar suara yang sama dengan seruan yang sama.Akhirnya dia sedar dan melafazkan, “Aku sedar, aku telah disedarkan! Allah,tuhan semesta alam telah mengingatkanku. Sungguh mulai hari ini aku akan patuh terhadap segala perintah Nya dan aku tidak akan durhaka kepada Nya, selama Allah masih melindungiku.”

Perjalanan Seorang Hamba

Setelah dia sedar yang dia tidak akan berjumpa dengan Tuhan selagi dia tidak meninggalkan kemewahan yang dimilikinya,lalu dia memutuskan untuk berkelana ke Iraq tanpa membawa bersama kemewahan miliknya.

Dijadikan cerita,dia telah menetap di sebuah kampung.Sedang dia berjalan-jalan,dia ditegur oleh seorang musafir.

“Wahai lelaki,adakah kamu hamba?”Tanya si Musafir.

“Ya,aku seorang hamba,”jawab Ibrahim.

“Tahukah kamu di mana terdapat perkampungan terdekat?”Soal si Musafir.

“Di sana,”jawab Ibrahim sambil menunjuk-nunjuk ke arah kawasan perkuburan.

Lelaki tadi berfikir yang dirinya sedang dimain-mainkan oleh Ibrahim,lantas dia mengangkat tongkat yang dipegangnya dan memukul Ibrahim sehingga berdarah.Dalam keadaan parah,Ibrahim berkata, “pukullah kepala yang penuh dengan dosa ini.”

Lalu lelaki tadi beredar.Cerita itu diketahui oleh orang kampung.Seorang penduduk mencari lelaki yang memukul Ibrahim dan menegurnya.

“Wahai lelaki,tahukah betapa besar kesalahan yang telah kamu lakukan hari ini?Kamu telah memukul kepala seorang wali yang paling banyak beribadah di zamannya?”Ujar penduduk.

Mendengarkan kata-kata penduduk itu,lelaki tadi begitu menyesal dan dia mencari Ibrahim.

“Wahai Ibrahim,ampunilah kesalahan ku.Aku tidak mengenali siapa kamu. Tapi kenapa kamu mengakui dirimu hamba?”Tanya si Musafir.

“Kamu tidak bertanya aku hamba kepada siapa sebaliknya kamu bertanya  adakah aku hamba.Aku menjawab ya kerana aku adalah hamba Allah dan selepas engkau memukul kepalaku,aku telah pun berdoa supaya engkau dimasukkan ke dalam syurga,”terang Ibrahim.

“Mana mungkin,”tanya lelaki itu yang dipenuhi dengan tanda tanya.

“Kerana,tatkala engkau memukulku,aku bersabar dan ganjaran bagi sabar tidak lain dan tidak bukan melainkan syurga Allah.Mana mungkin aku mendoakan engkau masuk ke neraka sedangkan kerana engkau aku dimasukkan ke dalam syurga,”jelas Ibrahim.

Ibrahim bin Adham berkerja dengan seorang orang kaya yang memiliki ladang limau.Ditakdirkan Allah,pemilik ladang itu ingin bermusafir selama 2 bulan dan dia menyerahkan hak menjaga ladang limau itu kepada Ibrahim bin Adham.Apabila dia pulang,dia memanggil Ibrahim dan menyuruh Ibrahim membawa kepadanya sebiji buah limau yang manis.Namun,buah pertama yang dibawa oleh Ibrahim masam dan tidak enak dimakan.Tuannya mengarahkan Ibrahim mengambil sebiji lagi dan Ibrahim mengambil yang rasanya hampir sama.Maka perkara ini berulang sebanyak 4 kali sehingga tuannya timbul rasa hairan.

“Wahai Ibrahim,2 bulan aku tinggalkan ladang limau ini kepada engkau, apakah engaku tidak bisa mengenal yang mana manis dan yang mana masam? Soal Tuannya.

“Tidak tuan,”jawab Ibrahim dengan penuh ikhlas.

“Apakah engkau tidak memakan buah oren walaupun sebiji?”Soal tuannya lagi.

“Wahai tuan,semasa engkau ingin bermusafir,engkau telah berpesan kepadaku untuk menjaga ladang buah limau bukan makanlah buah limau.Maka dengan itu aku tidak makan walaupun sebiji buah limau,”jawab Ibrahim.

Nasihat Ibrahim Bin Adham

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, slalu  berkata: “Wahai Ibrahim bin Adham, aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab, “Jika kamu mahu menerima lima perkara serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata,“Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq.” Ibrahim kemudian berkata,“Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya.”

Pemuda itu kemudian bertanya lagi,“Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan,”Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?”

Lelaki itu berkata,“Sekarang tolong beritahukan yang kedua.” Ibrahim berkata,“Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu,“Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?”

Ibrahim berkata,“Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?” Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!”

Ibrahim berkata lagi,“Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.” Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata,“Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?”

Ibrahim meneruskan hujahnya,“Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?”Pemuda itu segera menjawab,“Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!”

Ibrahim berkata,“Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.” Jawab lelaki itu,“Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim,“Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?” Lelaki itu seterusnya berkata ,“Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata,“Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”Jawab lelaki itu,”Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”

Ibrahim bertanya lagi,“Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?” Kata lelaki itu berkata,”Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Related posts:

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

Menjadi golongan yang sedikit….

Allah taknak hamba Nya masuk neraka