azzariyat.com » imam Ghazali

‘Water Therapy’ : Allah dah panggil dah tu…
Sedikit perkongsian dari secebis pengalaman hidup ini, semoga bermanfaat kepada semua:

Lagu Kitaro yang sayup-sayup menusuk jiwa berkumandang di udara, mengisi keheningan malam itu.

“Cuba awak kenang jasa mak ayah ……..” fasilitator sudah mula membacakan ayat-ayat puitis untuk menyentuh emosi para pelajar. Untuk slot malam terakhir di Kem Ibadah dan Rehlah (untuk pelajar U2) itu, berdasarkan pengalaman lepas, kami sudah dapat mengagak, malam ini kami akan dibawa untuk ‘bermain-main’ dengan emosi dan air mata.

Saya memandang teman di sisi. Kami berbalas senyuman.

Mungkin kerana bosan, atau terlalu terbiasa dengan program-program sebegini, atau mungkin juga kami merasakan tidak sesuai slot itu dibuat malam itu, rancangan nakal mula terlintas.

“Kalau aku boleh menangis malam ini kau belanja aku udang celup tepung, nak?”

“Kau boleh ke menangis malam ni?”

“Isy, jangan mencabar. Nak tak?”

“haha okay. Kalau aku pulak yang boleh menangis, kau belanja aku udang celup tepung”

“Okay!”

Asalnya, sengaja kami bergurau. Masing-masing tahu, kami berdua tidak akan menangis. Tetapi dek kerana aktiviti cabar-mencabar ini, mulalah kami mempersiapkan emosi bagi mengeluarkan air mata.

Satu demi satu ayat-ayat fasilitator, saya hayati.

Satu demi satu kesalahan-kesalahan silam menjengah memori.

Satu demi satu wajah orang-orang yang saya sayang menghiasi bibir mata.

Dan akhirnya,

Satu demi satu titik air mata mengusap pipi.

Satu perasaan menyapa ruang hati. Pada mulanya saya menyangka, perasaan itu adalah rasa gembira kerana telah menang cabaran tersebut. Maka saya mula berbangga dengan rakan tersebut, bahawa saya telah menang (sejurus kemudian dia pula menangis. Maka tiada pemenang malam tersebut). Namun seketika kemudian, air mata saya mengalir lagi.

Rasa ini bukan rasa gembira!

Semacam satu ketenangan mengalir dalam jiwa saya.

Sepanjang malam tersebut, air mata terus setia menemani saya. Di penghujung program, kami bersalam-salaman sesama sendiri. Seusai tamat program, saya dapat merasakan satu ketenangan mengalir dalam jiwa. Perasaan ini tidak dibuat-dibuat, bahkan lahir dengan sendiri.

Malam itu saya belajar satu perkara, hati yang keras bisa dilenturkan dengan air mata.

Dahulu pernah seorang ustaz menasihati saya, “banyakkanlah solat malam dan mengadu nasib kepada Allah. Jangan lokek mengeluarkan air mata, menangislah, walaupun berpura-pura”

Pada masa itu, pelik juga hati ini! Kenapa pula nak berpura-pura menangis? Tidak ke rasa macam menipu Allah pula? Daripada menipu Allah, lebih baik lah tidak menangis.

Namun dek kerana thiqah kepada ustaz tersebut, saya percaya juga ada hikmah di sebalik nasihatnya. Tapi malam tersebut, saya mengalami sendiri hikmah tersebut. Air mata yang tumpah, walaupun sekadar pura-pura, melembutkan dan mendamaikan jiwa.

Hati Yang Keras

Sahabat,

Saban hari kita terjebak, leka dalam kemaksiatan dan dosa. Dalam sengaja atau tidak, kita sering mengkesampingkan Allah dalam siri kehidupan kita.

Kadang-kadang kita banyak bercakap hal-hal agama, tapi tanpa sedar kita lah yang paling banyak melanggar nasihat yang kita atur untuk orang lain. Walaupun kita sedar telinga yang paling dekat adalah telinga kita, namun sering kali hadis dan ayat Quran yang kita ungkap tak terkesan dalam hati kita.

Kadang-kadang kita lah yang paling banyak menentang golongan-golongan dakwah ini. Kadang-kadang kita sedar kita buat salah, tapi mungkin kerana kita membenci peribadi orang yang berdakwah pada kita, atau mungkin kita sedang gembira/asyik dalam kemaksiatan hingga kita tak berminat untuk berubah.

Kadang-kadang kita lah hamba yang sering kali tidak bersyukur dengan segala nikmat nya, dan tidak bersabar atas segala dugaannya. Kadang-kadang kita lah yang sering kali mengabaikan tugas sebagai hamba, kerana sibuk dengan urusan dunia.

Kadang-kadang kita lah anak yang sering kali lupa pada ibu bapa. Kesibukan di JAD membuat kita terlupa bahawa kita masih ada orang tua yang perlu dijaga dan perlu dibelai perasaan dan jiwanya.

Kadang-kadang kita lah student yang kerap kali menyakitkan hati lecturer, tidur dalam kelas, main masa sensei mengajar, bersembang, berborak, makan dan sebagainya.

Kadang-kadang kita lah pelajar yang paling aktif membuat kerja-kerja amal. Berpeluh-peluh menguruskan aktiviti, tapi kita jugalah yang sering berbangga diri dengan amal kita. Kita jugalah yang sering menghilangkan pahala amalan dengan mengumpat orang-orang yang tidak mahu beramal atau tidak mahu berterima kasih pada kita.

Kadang-kadang kita lah orang bawahan yang sering kali menyusahkan orang di atas kita. Kita lah yang suka membentak dan memberontak, tanpa memikirkan susahnya pemimpin kita nak melayani kerenah setiap di antara kita.

Kadang-kadang kita lah pemimpin yang paling banyak menguruskan aktiviti/bilik utiliti/ study group/mentor smart group dan sebagainya. Dan tanpa kita sedar, kadang-kadang kita banyak melukakan hati orang bawahan kita dengan kata-kata dan tindakan melulu yang kita buat. Dan kadang-kadang kita leka dalam menunaikan amanah dan kewajipan kita.

Mari Kita Duduk dan Beriman Sejenak

Dan pelbagai lagi ‘kadang-kadang’ yang menemani kehidupan kita dalam pelayaran kehidupan menuju sebuah pengakhiran kematian.

Tiada yang sempurna dalam kehidupan ini. Maka selalu-selalu lah membawa hati kita merenung dan muhasabah kembali, apa yang telah kita perbuat dalam kehidupan ini. Jangan nanti kita dibangkitkan semula dalam keadaan tiada siapa-siapa atau apa-apa yang ingin membela kita. Meskipun kita menangis hingga terkeluar biji mata, memohon dikembalikan ke dunia, sia-sia belaka.

Maka menangislah kini, di dunia ini. Sementara hayat masih di sisi, dan amalan masih diperhati.

Manfaatkan Tekanan Peperiksaan

Dalam kesibukan menyiapkan diri untuk kimatsu shiken (final exam) ni, pasti kita akan rasa tertekan kan. Manfaatkanlah rasa tertekan tu, membawa hati berjumpa tuhan. Tak mengapalah kalau ada yang menyindir kita “bila tertekan baru ingat tuhan, bila susah baru ingat sejadah”.

Abaikan sindir perli mereka, bersyukurlah kerana anda masih di”sapa” oleh Tuhan melalui perantaraan tekanan, kerana berapa ramai manusia yang masih tak kenal/ingat Tuhan walaupun dilanda kesusahan. Sekurang-kurangnya di kala kesempitan, anda sedar anda bertuhan.

“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Imam al-Ghazali

Bawalah hatimu berjumpa Tuhan, dalam kelelahan kembara insan, meniti muara kehidupan….

Sahutlah seruan,

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hadid: 16)

Sahabat,

Tu Allah dah panggil kita dah tu, belum datangkah masanya untuk kita beriman dan tunduk hati?

Ataukah redha Allah itu tidak cukup besar untuk kita korbankan sedikit ego dan masa menangis di hadapan-Nya?

Jangan ditunggu berlalu masa yang panjang, sebelum hati menjadi keras…

Related posts:

Ya Allah, aku ingin berubah…tapi…

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Berpolitik Dengan Allah