azzariyat.com » iman

Sabar: Tidak Cukup Hanya Dibibir
“Sabar ye.”

Ungkapan ini mengingatkan saya tentang peristiwa kehilangan ayahanda tersayang lebih tiga tahun lalu. Ungkapan ini menerjah telinga saya lebih seratus kali saya kira. Tapi ketika itu, saya tidak boleh dengar ungkapan ini. Walau diungkap dengan penuh lembut dan hemah, saya tetap tidak mampu menerima ucapan ini dari rakan-rakan. Hati seakan memberontak;

” Sabar? Kau tak rasa apa yang aku rasa! ”

” Sabar? Baik jangan cakap apa-apa. Kau tak akan dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.”

Hakikatnya, inilah perkataan paling sesuai untuk kita ucap kepada orang yang sedang bersedih. Sedangkan jika ada sahabat minta nasihat dan pandangan tentang masalah yang mereka hadapi pun, perkataan inilah yang keluar dari bibir saya.

” Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk.” [ Al-Baqarah 2 :45]

” Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.” [ Al-Muddassir 74: 7]

Sabar ini banyak kali disebut dalam kalam Allah. Menunjukkan sabar ini sesuatu yang penting dan perlu ada dalam jiwa seorang muslim. Tanpa sabar, tak mungkin ibu dan ayah berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan baik hingga berjaya seperti hari ini.

Tanpa sabar, seorang guru tak mungkin dapat mendidik pelajar-pelajar mereka hingga dapat memahami apa yang diajar di sekolah.

Tanpa sabar, tidak mungkin seorang Bilal bin Rabbah tetap menyebut ” Ahad! Ahad!” tanda mengesakan Allah s.w.t saat batu besar menghempap dadanya.

Tanpa sabar juga tidak mungkin seorang Khabbab bin Arat bertahan saat badannya diheret atas batu-batu yang dipanaskan oleh kafir quraisy untuk menyeksanya.

Pernah dengar kisah Khabbab bin Arat?

Mari saya ceritakan.

Suatu hari Umar bin Al-Khatab bertanya kepada Khabbab bin Arat.

” Wahai Khabbab, apakah ujian yang paling berat pernah kamu alami?”

Khabbab lantas menunjukkan bahagian belakang badannya yang penuh lubang-lubang kesan terbakar lalu berkata,

” Demi Allah, tidak ada seksaan yang lebih teruk dari ini yang aku alami. Badanku diheret dari atas hingga ke bawah di atas batu-batu yang dibarakan.”

Itu seksaan yang beliau terima hanya kerana beriman dengan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Dan yang paling utama, tanpa sabar yang ada dalam jiwa insan bernama Muhammad bin Abdullah, Islam tidak mungkin sampai kepada kita hingga sekarang.

Adakah sabar ini hanya dibibir tanpa kita rasa dalam hati?

Adakah hanya dengan sabar yang terungkap dibibir seorang insan ini mampu melahirkan jiwa yang kuat bertahan dari seksaan-seksaan yang memeritkan?

Tidak.

Ianya suatu yang kita perlu rasa dalam hati. Kalau hanya ucapan dibibir, tidak akan terzahir dengan tindakan kita.

Berimanlah dengan sabar.

Iman ini adalah sesuatu yang kita yakini dalam hati. Beriman dengan sabar ini adalah kita meyakini sabar itu mampu menenangkan jiwa. Kita meyakini ganjaran Allah yang amat besar buat hamba-Nya yang bersabar. Pentingnya beriman dengan sabar ini kerana ia memberi kesan pada kehidupan kita.

” Maka bersabarlah engkau (Muhammad) dengan kesabaran yang baik. ” [ Al- Ma'arij 70: 5]

Kesabaran yang baik?

Apa beza kesabaran biasa dengan kesabaran yang baik?

Ada beza. Ada orang, boleh bersabar tetapi ketika bersabar itu hatinya masih mempertikai itu dan ini.

Ada orang boleh bersabar, ketika dia bersabar itu hatinya sedang mengingat Allah, bibirnya tidak lekang dari ucapan istighfar dan zikir tanda penyesalan atas dosanya. Itulah kesabaran yang baik.

Tidak ramai yang mampu bersabar dengan kesabaran yang baik, sebab itu ganjaran untuk orang bersabar ini sangat besar.

Berapa ramai orang yang putus saudara akibat tiada sifat sabar apabila ukhwah mereka diuji.

Berapa ramai pasangan yang bercerai akibat tidak ada sifat sabar dalam mempertahankan rumah tangga.

Sabar ini bukan datang semulajadi. Ianya perlu dipupuk. Bukan dipupuk dengan perkataan sabar semata, tapi dipupuk dengan iman di dada. Iman yang meyakini pahala dan keredhaan Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Jika tidak beriman dengan perkataan sabar ini, kita pasti tidak mahu mendengar perkataan ini saat kita marah.

Tetapi jika kita beriman dengan perkataan sabar ini, cukuplah hanya dengan mendengar ungkapan perkataan pendek ini, jiwa yang sedang marah menjadi normal dan hati yang sedang gelisah menjadi tenang.

Pokok pangkalnya, berimanlah dengan perkataan sabar ini agar ia menumbuhkan rasa kesabaran yang baik dalam jiwa kita yang sentiasa diuji.

Doa Untuk Jepun
Pastinya Tsunami yang melanda negara matahari terbit baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi mental dan fizikal terutamanya kepada rakyat Jepun sendiri.

Ada yang kurang endah kesedihan mereka dengan melukis kartun. Ada yang mempertahankan rakyat Jepun. Ada juga yang membuat spekulasi, menyebarkan scam berkenaan letupan loji nuklear dan sebagainya.

Apa-apa pun yang berlaku semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Saya di sini bukan mahu bersyarah yang bukan-bukan. Saya di sini mahu memberikan peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan.

Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal dengan teknologi modennya. Jepun juga sebuah negara yang boleh dikatakan sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana alam terutamanya gempa bumi. Pelbagai ciptaan dibina khas dengan mengambil kira faktor bencana alam. Contohnya, bangunan-bangunan mereka dibina khas supaya dapat mengurangkan kesan gegaran gempa bumi. Reaktor nuklear pula dikatakan dibina mengambil kira faktor alam sekitar.

Namun musnah! Musnah sama sekali. Setinggi manapun teknologi, semoden manapun ciptaan, secanggih mana pun binaan, dengan satu ombak Tsunami dalam masa beberapa minit sahaja, musnah semuanya. Tambah merunsingkan lagi, isu kebocoran loji nuklear di sana. Kita sedia maklum bahawa radiasi nuklear akan meninggalkan kesan yang buruk sama ada pada kesihatan atau alam sekitar.

Tidak lain tidak bukan ini satu peringatan daripada Allah, peliklah jika ada golongan yang beriman menafikannya. Peringatan Allah bahawa kemodenan atau kecanggihan yang dicipta manusia ini sama sekali tidak mampu melawan kuasa Allah. Peringatan kepada manusia-manusia yang lalai pada suruhan dan larangan Allah.

Jika hendak dibandingkan dengan Tsunami yang berlaku baru-baru ini, tidak terbayang bagaimanakah situasi pada hari kiamat nanti. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Zalzalah:

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [1]

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, [2]

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” [3]

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: [4]

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [5]

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [6]

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [7]

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8]

Bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada musibah yang menimpa. Sesungguhnya ia adalah satu peringatan daripada Allah. Bantulah mereka selagi mampu! Jangan lupa untuk mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita di sana khususnya, dan rakyat Jepun amnya atas nama kemanusiaan.

Wallahua’lam.

L.O.V.E
Nafsu: Kalau kau tak couple, sampai bila pun tak jumpa jodoh hoi!

Iman: Orang dulu-dulu tak couple pun, kahwin je? Cuba tengok datuk nenek kita dulu, mana ada nak sibuk-sibuk bercouple ni. Akhirnya bahagia jugak. Sampai ke anak cicit lagi!

Nafsu: Tu orang dulu-dulu Man, kau jangan nak banding zaman dulu dengan sekarang. Dulu kuno, mana ada nak romantik-romantik ni! Kau tengok budak sekarang ni, bahagia je mereka. Kat Mid Valley berdua, kat UNIELSE berdua, kat meja study berdua, makan pun bak candle light dinner ! Euww, romantisnya anak-anak zaman sekarang. Jealousnya! Man, cakap je lah yang kau jealous kan, kan, kan?Hahaha…

Iman:Hey Naf, sempit betul pemikiran kau. Itulah kalau asyik ikut kau, yang betul nampak salah, yang dosa, yang maksiat , semuanya jadi halal.  Yang ikut syariat kau kata kuno, tak bertamadun. Yang maksiat menghampiri zina, kau kata tak salah, tak berdosa. Padahal, couple tu lah yang mendorong zina! Allah berfirman Surah Al Isra’ ayat 32:

“Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Nafsu: Amboi, amboi dah keluar dalil pulak. Kenapa kau kata couple tu penyebab zina? Ada alasan kukuh ke? Hey, orang couple ni tak semua jahat tau! Tengok anak didik aku tu, elok je, sweet je. Nak pergi mana-mana pun sama-sama. Diorang mana pegang-pegang tangan ni. Bersentuhan pun tak pernah you! Ni ke riyuu(alasan) kau kata couple tu penyebab zina? No way, diorang pun budak pandai, nak pergi belajar kat Korea lagi awal tahun ni. Tak ada masalah pun?

Iman: Nafsu, kau memang kuat berhujah dan pandai cari alasan. Lepas tu, kau suka putar belit suruhan dan larangan Allah. Patutlah ramai orang rela bercouple, rupa-rupanya terpengaruh dengan kau yang setebal kulit durian. Cuba semak balik firman Allah tadi:

“Dan jangalah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Naf, dah nampak ke belum? Perlu diulang?

Jadi, bukankah couple itu mendekati zina? Apa jaminan kau bahawa pasangan-pasangan yang dikatakan tidak pernah berpegangan tangan itu tidak akan melakukannya suatu hari nanti? Berapa banyak jaminan kau wahai  encik Nafsu? Tengoklah sekarang, dah berapa banyak bayi luar nikah dibuang? Ni semua sebab orang yang asal-asalnya bercintan-cintun, duduk bertepek-tepek akhirnya yang perempuan dinodai. Tak cukup lagi ke firman Allah tadi? Jawapannya, cukup. Cuma manusia je yang tak pernah cuba nak elok daripada menghampiri dosa besar tu. Tambah-tambah lagi bila dah dihasut kau. Masih lagi berdua-duaan, berkepit sana-sini, walaupun belum ada ikatan perkahwinan.

Nafsu: Bukankah Tuhan dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan? Couple tu bukan berpasang-pasangan ke hah wahai encik Iman yang arif lagi bijaksana?

Iman:Sebab itulah kena belajar, jangan kita ikut hawa nafsu translate sendiri ayat al-Quran. Nanti jadilah macam ni, menghalalkan yang haram pula. Berpasang-pasangan itu bukan bererti bebas bercouple atau bebas buat apa sahaja. Kalau dah couple tu, mestilah tak sah kalau tak telefon atau bergayut kan?

Nafsu: Eh, mestilah, kalau tidak macam mana nak rapatkan ukhwah.

Iman: Amboi, sekarang pandai-pandai je kau kata couple tu mengeratkan ukhwah? Tak cukup lagi bergayut, bertentangan mata lama-lama. Benda ni boleh jadi zina mata, telinga, malah, hati pun.

Begitulah perbualan Nafsu dan Iman (bukan nama sebenar). Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t:

“Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.”

(Surah al-fajr 89: 27-28)

Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud:

“Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”

(Surah al-Qiyamah 75: 2)

Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:

“ Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”

(Surah Yusuf 12: 53)

Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.

Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?

Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya,

“Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”

(Riwayat Al Baihaqi)

Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

“ Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan “

(Yusuf: 53)

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua, marilah kita perangi nafsu kerana ia adalah satu jihad. Terutamanya, apabila melihatkan pasangan-pasangan couple yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sini, membuatkan hati saya tidak tenteram apabila melihat sahabat-sahabat sendiri bergelumang dengan kemaksiatan. Bukan kerana menjaga tepi kain, atau bukan kerana jealous, tetapi kerana ini tanggungjawab saya dan kita semua yang melihat kemungkaran. Berdosalah semua jika tiada yang menegur. Semoga artikel ini sekurang-kurangnya membuka pintu hati kita, untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan yang tepat dengan hati dan iman, bukan dengan nafsu.

Wallahualam…

Ihsan Itu Datang Membawa Ikhlas
Dari Umar r.a, dia berkata, ” ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah s.a.w di suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut hitam legam. Tidak nampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi dengan menempelkan kedua lututnya pada lutut Rasulullah s.a.w seraya berkata, ” Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam!” Maka Rasulullah bersabda, ” Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan pergi haji jika mampu.” Kemudian orang itu berkata, ” Anda benar.” Kami semua hairan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya. Kemudian dia bertanya lagi, ” Beritahukan aku tentang iman!” Lalu baginda bersabda, ” Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.” Kemudian dia berkata, ” Anda benar.” Kemudian dia berkata lagi, ” Beritahukan aku tentang ihsan!” Lalu baginda bersabda, ” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.” Kemudian dia berkata, ” Beritahukan aku tentang hari kiamat ( bila kejadiannya)!” Baginda bersabda, ” Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Dia berkata, ” Beritahukan aku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda, ” jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seseorang bertelanjang kaki dan dada, miskin, dan pekerjaannya kambing, telah berlumba-lumba meninggikan bangunannya.” Kemudian orang itu pergi, dan aku pun terdiam sesaat. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, ” Tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi?” Aku berkata, ” Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, ” Dia adalah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.” [ Hadith Riwayat Muslim]

Hadis diatas sebuah hadis yang menerangkan sedikit sebanyak tentang agama suci iaitu agama Islam. Saya tertarik mengulas tentang ihsan.

” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.”

Ramai manusia beragama Islam, ramai yang beragama Islam mempunyai iman. Namun berapa ramai umat Islam yang beriman ini memiliki sifat ihsan dalam diri mereka? Seperti yang dijelaskan dalam hadis diatas, ihsan lebih kepada keyakinan dalaman kita bahawa Allah sedang melihat ibadah yang kita lakukan. Jika kita boleh mengetahui Islam atau tidak seseorang itu melalui kad pengenalannya, ia berbeza dengan iman dan juga ihsan. Iman dan ihsan ini lebih bersifat dalaman dan tidak dapat diperhati dengan mata kasar.

Maka, yang bersifat dalaman ini sukar dijaga sesetengah manusia, kerana sesetengah manusia suka apabila perbuatan mereka diketahui manusia. Ramai yang cenderung menjadi baik hanya bila dihadapan orang lain. Ramai yang cenderung menunjukkan akhlak yang baik dihadapan naqib dan naqibah, namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Ramai yang cenderung menunjukkan sikap yang baik dihadapan guru dan rakan namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Hal ini berlaku kerana tiada sidat ihsan dalam diri. Sedangkan ketika bersendirian itu, sememangnya tiada manusia yang melihat kejahatan yang kita lakukan, tetapi Allah Azza Wajallah yang Maha Menghitung tetap akan melihat perbuatan kita. Ketika bersendirian inilah, sifat ihsan kita benar-benar teruji.

Sifat ihsan ini datangnya membawa sekali sifat ikhlas dalam diri kita. Ia datang dalam satu pakej. Dimana ikhlas itu adalah rahsia, malah kita juga tidak tahu bagaimana ikhlas ini dihitung. Begitu juga sifat ihsan ini. Bukan mudah mendidik diri bersifat ihsan. Bukan mudah untuk kita melakukan sesuatu dalam waktu yang sama kita merasa ada yang melihat perbuatan kita sedangkan kita tidak dapat melihat-Nya dengan mata kasar kita. Disini dalaman kita teruji, disini hati kita diuji, disini keimanan kita teruji. Betapa sukar kita rasa untuk bersifat ihsan ini, sesukar itulah sebenarnya mujahadah kita dalam usaha menjejaki syurga Allah yang menjanjikan nikmat diluar bayangan kita.

Lantas ia bergantung kepada keimanan kita untuk memilih. Adakah ibadah kita selama ini adalah hanya kita tunjuk dihadapan manusia, atau ketika melakukan ibadah itu kita benar-benar membayangkan Allah sedang melihat kita. Disini mari kita muhasabah kembali. Adakah manusia yang menghitung amal perbuatan kita? Sejauh mana manusia dapat tahu tentang sesuatu yang ada dalam diri manusia lain sedangkan ilmu pengetahuan manusia itu terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu pengetahuan Allah s.w.t.

” Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu.” [ At-Talaaq 65: 12]

” Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah ( ilmu-Nya dan hikmah-Nya). Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [ Surah Luqman 31:27]

Sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu, maka kita yang punya secetek-cetek ilmu ini harus tunduk patuh kepada Allah s.w.t. Kebaikan yang kita lakukan bukan untuk ditunjuk-tunjuk, jauh sekali mengharap pujian manusia lain. Tapi, solat kita untuk mendapat redha-Nya, puasa kita juga untuk redha-Nya, sedekah kita untuk redha-Nya, pendek kata segala kebaikan adalah untuk redha-Nya. Ketika melakukan sesuatu, yakinlah bahawa Allah sedang melihat kita, Allah sedang menghitung kita, maka kita pasti akan takut melakukan kejahatan ataupun maksiat, dan kita pasti akan rasa seronok melakukan kebajikan kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang melakukan kebajikan. Pokok pangkalnya adalah segala-galanya haruslah kerana Allah s.w.t.

Mari memupuk sifat ihsan dalam diri kita. Selamat beramal

Resensi buku: Travelog Syahadah
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”

(Riwayat Muslim)

Rambut: lurus ke, kerinting?

Mata: besar ke, sepet?

Badan: slim or …?

Kulit: licin, gebu atau menggerutu?

Ya,tabiat manusia. Hari ini segala yang luaran menjadi ukuran. Tapi, Allah tidak. Allah sama sekali tidak melihat sama ada rambut kita lurus bersinar, mata bak diamond, badan bergetah atau kulit licin seperti bayi.

Apa yang Allah lihat ialah hati. Apakah hati itu dikemudi dengan iman dan taqwa? Itulah ukuran-Nya.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita hidup saat ini. Sudahkah kita mengucapkan syukur kepada Allah hari ini? Alhamdulillah… Betapa banyaknya nikmat yang kita nikmati hari ini, sama ada sedar atau tidak.

Bagi anda, apakah nikmat yang paling besar?

Ya, nikmat iman.

Bertuahnya kita kerana lahir-lahir sahaja, kita sudah bergelar seorang muslim. Kita diberikan nama yang baik-baik dan dibesarkan dengan ajaran Islam. Kadang-kadang, kita tidak perasan bahawa kita adalah hamba-Nya yang bertuah. Antara berjuta-juta sperma, sperma yang membawa genetik kita yang berjaya menembusi dinding ovum. Ya, dari awal lagi kitalah pemenang. Kita sangat bertuah.

Resensi Buku: Travelog Syahadah

Travelog Syahadah

Buku ini merupakan catatan suka-duka dan pahit maung seorang Muallaf.  Beliau berkongsi pelbagai cerita dan peristiwa, sehingga satu ketika beliau benar-benar mendapat kekuatan untuk memeluk agama Islam, saat hatinya dilimpahi nur hidayah daripada Allah s.w.t. Beliau kini aktif menyampaikan ceramah, kuliah, menjadi ahli panel forum dan sebagainya.

Allah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 22 yang bermaksud:

“Apabila demikian, apakah orang yang dilapangkan  Allah dadanya supaya menerima Islam, lalu beliau tetap berada dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka, kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang di beri Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Kita Yang Bertuah

Kita merangkul iman dan Islam secara ‘terpijak’ ini seharusnya sentiasa bersyukur. Ramai lagi insan yang merangkulnya setelah meranduk susah dan payah. Nama-nama seperti Yassir, Bilal dan lain-lain menerjah ingatan. Mereka mncari, menemui, mencintai dan mempertahankan iman dan Islam dengan titisan keringat, air mata dan darah.

Marilah bersyukur.

Marilah bersama-sama renew iman kita, kerana iman kita ada turun naiknya.

Semoga madrasah Ramadan ini menjadi medannya, Insya-ALLAH…

Bayi Tong Sampah?
Setiap kita ada  Sixth Sense. Ya, deria keenam bernama hati yang sering diabaikan. Kita mungkin tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain sedangkan saat itu hati kita bergembira. Bergembira dengan kesakitan hati orang yang kita sakiti. Sama ada sahabat, kawan, guru atau jiran.

“Padan muka kau! Haha”

Mungkin nampak ringkas. Tapi itulah yang membuatkan kita mengabaikan hati. Begitu mudah kita terhasut dengan tipu daya syaitan. Pada masa yang sama, kita mengabaikan hati kita sendiri. Hari ini kita makan nasi sepinggan tak cukup, tambah 5 pinggan lagi. Kita bersungguh-sungguh makan atau dalam bahasa mudahnya-melantak. Kita bersungguh-sungguh untuk menyihatkan tubuh fizikal kita ini. Tetapi, tanpa disedari, rohani kita dibiarkan kurus kering, lumpuh, mati.

Di masa rasa belas kasihan kita?

Kalau tidak pun, rasa kemanusiaan, di manakah menghilangnya ia?

Adakah dalam TONG SAMPAH?

Hari ini saya sedih melihatkan, Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga!

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui  mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja  terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby hari  ini. (Malaysia Kini)

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan  mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat  dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat  Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. (Berita Harian)

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan  beberapa hari ditemui  dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah  di belakang sebuah bank di sini hari ini. (Utusan Melayu)

Hari ini kita mungkin mengabaikan isu-isu keberantakan masyarakat. Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga! Itu baru yang dilaporkan akhbar. Itu baru yang dibuang dalam tong sampah. Yang dibuang dalam mangkuk tandas? Yang ditanam dalam tanah? Yang dibuang di dalam sungai? Yang dibuang di tempat pembuangan sampah?

Bagaimana pula dengan yang tidak dibuang dimana-mana, dibiarkan hidup merempat dan membesar di rumah-rumah kebajikan?

Dapatkah kita membayangkan nasib kanak-kanak ini? Anak-anak luar nikah yang tidak berdosa, dibiarkan hidup sengsara dan terseksa, dimaki dicerca sepanjang hayat mereka…

Masya-Allah…

Firman Allah s.w.t:

“Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Surah Al Isra’:32)

Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Bijaksana. Perkataan “Jangan  mendekati zina” adalah perkataan yang sangat tepat kerana seseorang tidak akan  berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. Di sini diberikan  analogi bagaimana zina boleh berlaku:

bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan  bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam  > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman >  BERZINA

Mari bermuhasabah. Apakah kita berada di salah satu peringkat di atas?

Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina,  perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. Jika tidak  berzina tidak dapat dielakkan lagi. Sebab itu selalu ramai remaja yang  berkhalwat dewasa ini kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal  seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan  lain-lain. Gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara  yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. Sesiapa sekalipun yang  pernah berzina, pada awalnya mereka berkata

“nak berkenalan aje..”

Dari Jabir Bin Samurah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Janganlah salah  seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan  menjadi ketiganya”

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Perlu kita ingat bahawa umat Islam adalah bersaudara. Apakah kita sanggup melihat saudara kita sendiri terlanjur? Semestinya tidak. Oleh itu menjadi tanggungjawab untuk saling menegur dan berdakwah. Janganlah diabaikan hati. Tingkatkan keimanan kepada Allah, selagi degup jantung dan denyut nadi yang serentak ini masih berdetak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan  tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia  mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia  mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. “

Sixth Sense
“Best ke jadi orang yang Sixth Sense?”

“Ishh, menakutkan la. Itu kau nampak, ini kau nampak…”

“Best, best…”

“Uh…Siapa ada Sixth Sense sesuai jadi seekers!”

“Siapa kata best?”

“Sixth Sense tu bukan ke nama band?”

Sengaja saya selitkan beberapa quote sebelum melangkah lebih jauh mengenai artikel kali ini, supaya kita sama-sama boleh brainstorm idea. Apakah Sixth Sense pada pandangan anda?

Anda boleh memberikan seberapa banyak definisi tentang Sixth Sense. Anda boleh rujuk kamus kalau anda mahu. Anda juga barangkali boleh merujuk Wikipedia dan sumber-sumber yang seangkatan dengannya. Silakan…

Saya bertanya pada seorang sahabat sebentar tadi:

Saya: Ko nak tak jadi Sixth Sense?

Dia:Tak nak.

Saya:Aku tolong kau jadi Sixth Sense. Percuma. Nak tak?

Dia:Tak nak.

Huhu. Begitulah ringkas jawapannya. Mentah-mentah dia menolak gurauan saya itu, mungkin saja dia menganggap saya serius

Tapi percayakah anda kalau saya katakan bahawa anda adalah salah seorang yang memiliki 6 deria. Maksud saya anda adalah Sixth Sense, percaya? Beginilah, letih juga kalau mahu terus berteka-teki dengan anda. Saya akan terus fokuskan kepada isunya.

Tambahan, bukan sahaja anda yang memiliki 6 deria. Saya juga. Saya juga Sixth Sense. Begitu juga rakan di sebelah anda yang sedang main PES dan DOTA. Dia juga ada 6 deria. Ha, rakan anda yang tengah hafal kanji tu, dia juga ada 6 deria! Senang cerita, kita semua ada 6 deria! Masih tak percaya?

Tapi, Apakah Deria Keenam Tu?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal  daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka  rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah  hati.”

HATI:Deria keenam yang kita abaikan

Sedar tidak sedar sebenarnya setiap kita mempunyai enam deria.  Antara semua pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita, hatilah  pancaidera yang seringkali kita abaikan. Manusia susah untuk memahami  perihal hati. Maka manusia akan cuba mencari jawapan. Tentang persoalan  yang berkait dan  terpaut kukuh pada hati. Tentang persoalan  cinta, benci, kasih, sayang, ikhlas, marah dan  macam-macam serta pelbagai  lagi. Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami  bahagian  dalam hidupnya ialah hatinya.

Maka bila mana dia tidak  memahami soal hatinya dengan jelas, akan  diwujudkan pelbagai  alasan atau pelbagai sandaran…untuk menghalalkan  keharaman yang terbit dari  asal dalam hati. Kadang-kadang, kita meletakkan halal pada perhubungan  yang haram. Mulanya dengan nasihat-menasihati. Tapi sedalam  hatinya penuh  muslihat. Konon menasihat.

Hati. Ya, berhati-hatilah  dengan hati. Jangan sesekali kita abaikan.

Dari Mata Turun Ke Hati

Orang kata dari mata turun ke hati. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sering tertipu dengan pandangan luaran bila menggunakan mata kepala semata-mata. Kenapa? Sebab kita tidak menggunamata hati. Kita mengabaikan hati. Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita menjaga hati. Hati itulah penentu sama ada jasad kita baik atau sebaliknya. Hati itu ibaratnya seperti CPU. Komputer akan menggila kalau CPU ikut suka dia saja. Tak Begitu?

Ada orang yang:

SAKIT HATI

BUSUK HATI

HATI BATU

JATUH HATI-tapi tersungkur bila kecewa

Hati. Peranannya sangat besar!

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:

“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Tapi sebaliknya orang akan kata:

“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:

“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”

Tapi sebaliknya orang akan kata:

“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”

Lihatlah betapa besarnya peranan sang hati yang selalu kita abaikan. Semua yang kita lakukan atau tuturkan adalah cerminan hati. Perlakuan yang terbit dari hati. Apa yang akan terjadi kalau kita lemparkan hati keluar? Jadilah huru-hara dan kezaliman seperti yang berlaku saat ini. Ramai orang ada hati tapi keras membatu. Ramai orang ada hati tapi hati itu tidak dijadikan penapis dan penawar. Hati dibiarkan sunyi. Sepi sendiri.

Allah menjadikan hati supaya kita mendidiknya. Kita perlu mendidik hati ke arah keredaan Allah.  Ikhlaslah dalam setiap perlakuan, percakapan dan amal ibadah. Pentingnya fungsi hati di sini. Kenapa? Bila kita meninggalkan dunia persinggahan ini, yang akan kita bawa bukanlah Laptop, i-Phone, Kereta dan sebagainya. Yang dinilai dan diterima oleh-Nya ialah iman dan taqwa.

Gempa Padang
津波

Ingatkah lagi antum pada tarikh 26 Disember 2004? Ya, ana juga masih ingat. Tarikh berlakunya ombak besar Tsunami yang mengorbankan ramai umat manusia. Masih terbayang di relung fikiran ana  video yang merakamkan detik-detik cemas itu. Begitu banyak kemusnahan yang berlaku- manusia, tanaman, ternakan, rumah, kenderaan dan sebagainya. Saudara-saudara di Malaysia terutama di bahagian Utara turut merasai kesan bencana itu. Namun, apa yang mengagumkan, dalam kelumpuhan pemandangan seperti padang jarak padang tekukur di Banda Aceh, satu-satunya yang masih kukuh ialah masjid. Subhanallah! Betapa Allah Maha Berkuasa!

Bukti kebesaran Ilahi

地震

Terbaru,  gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Satu lagi ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Satu bencana yang mengorbankan ramai manusia. Sekali lagi, saudara-saudara di Malaysia turut merasai gegaran kecil terutamanya di Selangor. Ana ada terbaca sebuah artikel pendek dalam sebuah majalah. Ana mahu berkongsi dengan antum. Ini maklumatnya:

Gempa bumi Sumatera Barat 2009 terjadi dengan kekuatan 7,6 Skala Richter di lepas pantai Sumatera Barat pada pukul 17:16:10 WIB tanggal 30 September 2009. [3] Gempa ini terjadi di lepas pantai Sumatera, sekitar 50 km barat laut Kota Padang.

Ujian daripada Allah

Sumber ini ana copy paste daripada laman Wikipedia bahasa Indonesia. Kalau antum tak percaya maklumat ini, boleh klik di sini untuk memastikan kesahihannya. Pemerhati dan pengkaji temporari al-Quran telah mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang dengan firman Allah dalam al-Quran seperti di bawah:

Tarikh gempa: 30 September 2009

(Surah al-Rum 30:9) Allah berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tidak hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”

Waktu Berlaku Gempa:17.16 (WIB)

(Surah al-Isra’ 17:16) Allah berfirman mafhumnya:

“Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) Kami suruh orang yang mewah (supayah taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya.”

Sebuah peringatan

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Adakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran? Yang penting ialah  mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah s.w.t menunjukkan kebesaran dan kehebatan-Nya. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus dijadikan pengajaran untuk kita sebagai umat manusia…

Nombor Telefon Allah
Satu perkongsian untuk semua. Semoga kita dapat memetik pengajaran kerana di ladang dunia ini kita semaikan amalan, dan ranuman hasilnya di akhirat kelak…

Budak 7 tahun: Kakak, kakak tau tak nombor telefon Allah?

Kakak: ?? (mengerutkan mukanya)

Budak 7 tahun:  Adik tau nombor telefon Allah! 24434.

Kakak: Ha? (termenung lama, tidak mengerti dan terdiam)

Kakak: Oh… rakaat dalam solat ke? Siapa yang cakap kat adik? (tersenyum)

Budak 7 tahun: Guru besar adik yang cakap waktu perhimpunan tadi.

Lama juga si kakak itu termenung tatkala mendengar patah kata ‘nombor telefon Allah’ kerana memikirkan maksud disebaliknya dalam-dalam. Yang dimaksudkan dengan ‘nombor telefon Allah itu ialah solat 5 waktu yang dilaksanakan tiap-tiap hari. Mungkin sesuai benar perumpamaan ‘nombor telefon Allah’ itu untuk kanak-kanak yang baharu belajar tentang solat. Satu perumpamaan yang saya kira agak menarik.  Anda rasa?

Solat fardu: Satu kewajipan

Perumpamaan tetap perumpamaan. Kewajipan tetap kewajipan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang 5.

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Surah al-Nisa’:ayat 103)

Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang meninggalkan solat? Hari ini tua muda bukan ukuran bagi mereka. Beginilah fenomena zaman ini:

Yang tua merasakan “Aku ni dari dulu lagi tak sembahyang, alang-alang dah tak sembahyang baik….”

Yang muda merungut “Malas ar nak sembahyang. Parent aku tak sembahyang pun….”

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Harus kita ingat, suatu hari nanti, amalan kita akan dihisab oleh Allah s.w.t di mahkamah-Nya. Apakah kita menunaikan kewajipan bersolat? Adakah cukup 5 waktu? Adakah kita khusyuk dalam solat?

Daripada Abu Hurairah r.a, menukilkan sabdaan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Mari Kita Renungkan

Saya cukup tersentuh tatkala membaca sebuah kisah teladan dalam sebuah buku. Suka untuk saya berkongsi kisah itu  di sini.

Suatu ketika, Urwah b. Zubair melakukan perjalanan dari Madinah ke Syam yang sangat jauh dan penuh dengan rintangan. Dia selalu menyelesaikan bacaan al-Qurannya setiap empat hari sekali dan selalu bangun sepertiga malam. Dia ibarat laut yang tak bertepian, itulah gelaran yang disandangkan oleh Zuhry kepadanya.

Sesampai di Syam, dia menginap disebuah rumah, Takdir Allah, dia diserang penyakit akkalah (penyakit seperti kanser) pada kakinya. Penyakit itu menjalar ke pergelangan kakinya hingga terpaksa dipotong. Namun, dia tetap brsabar terhadap dugaan Allah yang menimpanya. Setelah itu, penyakitnya menjalar lagi hingga ke betis dan akhirnya lutut sehingga anggota badan itu terpaksa dipotong. Namun, dia tetap bersabar dengan apa yang dialaminya itu.

Para doktor memberikan minuman khamar (minuman keras) kepadanya agar dia mabuk dan tidak berasa sakit ketika kakinya dipotong. Urwah merupakan seorang yang Zuhud dan takut untuk melakukan maksiat. Doktor memerintahkannya untuk meneguk khamar tersebut. Namun dia menjawab:

“Demi Allah, saya tidak akan meminumnya. Bagaimana boleh saya menghilangkan kesedaran saya dengan meminumkhamar, sedangkan kesedaran yang saya miliki merupakan kurniaan Allah kepada saya? Bagaimana saya akan melakukan sesuatu yang diharamkan Allah? Jika saya dalam keadaan solat saya akan lupa dengan rasa sakit, maka ketika itu potonglah kaki saya.”

Tatkala dia sedang solat, kakinya dipotong. Ketika dia selesai solat,barulah dia sedari bahawa kakinya sudah dipotong. Dan dia tidak sedikitpun merasa sakit.

Begitulah kisahnya. Betapa khusyuknya solat Urwah b. Zaid. Cuba kita renungkan diri kita pula. Apakah sampai kita pada tahap kekhusyukan itu? Saat kita menghadap Allah, saat itulah fikiran diserang dan berperang dengan seribu satu macam perkara. Bertubi-tubi busur panah syaitan menembusi relung fikiran.

“Alamak, report ngan shukudai tak siap lagi! Adoi, laparnye perut… Eh, jap lagi nak makan kat mane ek? Syasya bukak tak hari ni? Mak cik bakso? Alamak, aku rasa macam tertinggal duit kat atas… Ishh, panjang betul imam ni baca… Siapa lalu lalang ni, aku nak sembahyang pun tak senang..”

Begitulah penyakitnya, fikiran kita menerawang jauh saat takbiratul ihram diangkat dan tangan dalam keadaan qiam. Akhirnya, bilangan rakaat entah ke mana, bacaan entah sudah sampai ke mana, dan khusyuk entah tak kunjung tiba.

Kita tak mahu melupakan sejenak duniawi kerana Allah s.w.t. Tuhan yang telah menciptakan kita dan jagat alam seluruhnya. Sedangkan Nabi s.a.w berkata dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan. Justeru, saat kita mengangkat takbiratul ihram, orang Jepun kata: shuuchuu. Atau orang Melayu kata: tumpukan perhatian. Khusyuk. Itulah kunci solat yang diterima Allah s.w.t.

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Intiha

5 kali sehari kita diseru dengan seruan azan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dan kadang-kadang kita terleka dengan hal-hal dan hiburan dunia lantas meninggalkan tuntutan solat berjemaah.

Katakan:

Dalam sebuah pertandingan Explorace, ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta.

Si A membuat kerja secara berkumpulanDia diberikan 27 mata untuk setiap cabaran kerana menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan.

Manakala si B melakukannya seorang diri dan hanya satu mata yang diperolehinya untuk 5 cabaran itu.

Jadi markah penuh si A ialah135 manakala markah si B hanya 5. Jauh berbeza bukan? Sudah tentu, si A yang mencapai kemenangan pada akhirnya.

Itu baru contoh yang maujud. Kita tidak tahu berapa banyak pahala yang Allah kurniakan untuk solat brjemaah. Lebih-lebih lagi ia digandakan dengan 27 kali ganda. Subhanallah!

Sama-samalah kita fikirkan…Sesungguhnya, tiada panggilan sepenting seruan Ilahi!

Bagai di pintu maut
Beberapa hari yang lalu, aku dilanda demam yang agak teruk selama dua hari. Biasanya sebelum demam aku mesti sakit kepala atau selsema. Tapi kali ni, aku demam tiba-tiba. Kisah bemula apabila aku dan tiga orang kawan sepakat ‘menyerang’ Sogo dan Masjid India sebab dengar cerita, Sogo tengah ‘sale maut’. Pada hari tu, awal-awal pagi lagi kami berkumpul di kedai nasi lemak di bawah.   ” Makan dulu wei, isi perut. Nak jalan jauh ni,”  seloroh Nur ( bukan nama sebenar).  ” Betol.. Betol.. Kak, nasi lemak satu, letak telur goreng ye, kak,” aku cepat-cepat order.  Tapi aku makan tak habis. Mungkin sebab ‘excited’ nak pergi shopping. Masa tu aku rasa sihat je. Sepanjang perjalanan ke Sogo, aku asyik menyakat kawan aku, kawan aku ni unik sikit. Die ade satu cara gelak yang menarik. Sepanjang pejalanan, aku asyik ikut je cara die gelak. Kesian kawan aku tu.  Tapi kata orang, suka membawa duka. Sampai je kat Sogo aku mula rasa pening. Masa tu baru nak tengok baju. Aku tahan, aku terus jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Lepas setengah jam berjalan, aku dah tak tahan.  ” Kah(bukan nama sebenar) teman sayo naik food court jap. Tok tahan ni. Raso nok pengsan. Badan pun ketar-ketar ni,” aku berkata dalam nada lesu.  Kah yang sedang lapar masa tu, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, terus setuju dengan ajakan aku.  ” Jom kita naik food court. Kite gi cari panadol. Telan panadol ok sket kot,” Kah memberi idea bernas.  Sakit kepalaku hilang sekejap lepas makan panadol tapi bila sampai di rumah, kepala aku sakit balik.  ………………………………………………………………………………………………

Namun kawan-kawan, bukan kisah Sogo dan demam yang aku nak kongsi disini. Aku nak kongsi apa yang aku dapat dari demam itu sendiri. Mungkin sikit je ilmu yang dapat dikongsi. Tapi kata orang, sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.  Demam aku kali ni lain dari biasa. Kepala aku tersangat sakit. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Satu saja perkara yang aku ingat masa tu iaitu MATI. Aku kuatkan hati, aku berdoa dalam hati. “Ya Allah jika aku ditakdirkan untuk mati, matikanlah aku dalam golongan para shuhadah dalam perjuangan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang taat kepadaMu. Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang beriman kepadaMu Ya Allah”. Ketika itu, aku sangat takut, manalah tahu ditakdirkan aku mati waktu itu. Sedih memikirkan masih banyak dosa dengan manusia, amalan yang terlalu sedikit nak dibawa bertemu Pencipta. Badan aku tak boleh banyak bergerak. Masa solat, aku tak boleh berdiri lama, ruku’ lama. Namun aku cuba gagahkan diri, selagi terdaya.  Alhamdulillah, lepas dua hari aku lalui saat-saat yang sangat menyakitkan, aku beransur pulih. Aku berfikir, kenapa aku kena demam tiba-tiba? Kenapa demam kali ni lain dari biasa sehingga susah aku nak bergerak? Lama aku ambil masa nak fikir benda ni. Aku tahu ini adalah ujian dari Allah yang mana Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. Tiba-tiba aku teringat laptop aku yang tak bersentuh sejak dua hari aku sakit. Habis je ‘final exam’, laptop tu sangat berguna buat aku. Aku tak lepaskan peluang tengok cerita Anak Betong dekat TV3 online. Tak cukup dengan itu, aku siap ‘promote’ pada kawan-kawan untuk tengok cerita tu. Ya Allah, jahilnya aku. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan rakan-rakan atas kelalaian kami.  Sesungguhnya aku yakin dengan keampunan dan keluasan rahmat Allah s.w.t. sepertimana Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali- ‘Imran ayat 135-136:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.”

Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Subhanallah, begitu luas keampunan dan rahmat Allah s.w.t kepada hambaNya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t. Jadi kawan-kawan, buat ibadat selagi badan masih kuat, selagi diberi kemampuan untuk berdiri, ruku’, sujud, selagi diberi kelancaran membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tsumari, ingatlah Allah masa senang dan susah. Ingat kawan-kawan, mati menjengah tak kenal usia dan pangkat, jika Allah menjemput kita bertemuNya saat ini, siapa yang yakin bahawa amalannya sudah cukup untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah? Semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah s.w.t.

cerita diatas cerita setahun lalu. kini perkara yang sama berulang lagi. 5 hari sebelum peperiksaan, saya dilanda satu penyakit yang jarang menyerang saya. sakit mata dan ia melarat menjadi demam dan selsema. kali ini dugaan seperti lebih berat dimana kami tidak punya study week. selesai kelas terakhir, kami melalui hari Sabtu dan Ahad. hari Isnin peperiksaan bermula. bila tiba badan saya seram sejuk, saya tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran lagi. saya rasa dugaan ini berat tapi saya tak mampu mempertikaikan dugaan ini kerana saya lebih yakin Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri hamba yang kerdil ini.

masa seakan-akan pantas mengejar sehingga diri ini tak boleh fikir lagi bagaimana nak susun jadual belajar lagi. sehingga saya menjadi terlalu berserah.

” kalau sakit tak baik lagi, macam mana nak belajar?” saya tanya teman semeja saya

” xpe la Mut. jangan paksa diri sangat. nak buat macam mana.” nasihat teman semeja saya.

maka sekarang saya menjadi benar-benar berserah. belajar mana yang mampu. pohon keberkatan dari Allah agar dipermudahkan segalanya.  susah sungguh untuk kite terima dengan terbuka segala dugaan yang menimpa kita.

kita menangis saat berdoa mohon Allah permudahkan urusan kita, tapi kita tak pernah yakin Allah membantu kita sebaliknya kita sentiasa bimbang dengan perjalanan hidup seharian kita.

kita menangis saat berdoa semoga Allah beri kekuatan menghadapi dugaan tapi dalam masa yang sama kita yang sering merungut seolah-olah Allah itu tidak adil.

hanya sebagai satu renungan. yakin ketika berdoa kerana Allah sentiasa seperti apa yang kita sangkakan. masa milik Allah. Ilmu juga milik Allah.  ada orang berjam-jam buku ditilik tapi masih tak dapat paham. ada juga orang yang baca 5 minit dah boleh masuk. itu tanda segalanya milik Allah.hanya Allah yang berhak menganugerahkannya kepada hambaNya. jangan putus berdoa. doa senjata mukmin. sekadar satu perkongsian. Wallahualam.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/6PpkJD3WkhQ&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/6PpkJD3WkhQ&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaku