azzariyat.com » Islam

Doa Untuk Jepun
Pastinya Tsunami yang melanda negara matahari terbit baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi mental dan fizikal terutamanya kepada rakyat Jepun sendiri.

Ada yang kurang endah kesedihan mereka dengan melukis kartun. Ada yang mempertahankan rakyat Jepun. Ada juga yang membuat spekulasi, menyebarkan scam berkenaan letupan loji nuklear dan sebagainya.

Apa-apa pun yang berlaku semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Saya di sini bukan mahu bersyarah yang bukan-bukan. Saya di sini mahu memberikan peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan.

Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal dengan teknologi modennya. Jepun juga sebuah negara yang boleh dikatakan sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana alam terutamanya gempa bumi. Pelbagai ciptaan dibina khas dengan mengambil kira faktor bencana alam. Contohnya, bangunan-bangunan mereka dibina khas supaya dapat mengurangkan kesan gegaran gempa bumi. Reaktor nuklear pula dikatakan dibina mengambil kira faktor alam sekitar.

Namun musnah! Musnah sama sekali. Setinggi manapun teknologi, semoden manapun ciptaan, secanggih mana pun binaan, dengan satu ombak Tsunami dalam masa beberapa minit sahaja, musnah semuanya. Tambah merunsingkan lagi, isu kebocoran loji nuklear di sana. Kita sedia maklum bahawa radiasi nuklear akan meninggalkan kesan yang buruk sama ada pada kesihatan atau alam sekitar.

Tidak lain tidak bukan ini satu peringatan daripada Allah, peliklah jika ada golongan yang beriman menafikannya. Peringatan Allah bahawa kemodenan atau kecanggihan yang dicipta manusia ini sama sekali tidak mampu melawan kuasa Allah. Peringatan kepada manusia-manusia yang lalai pada suruhan dan larangan Allah.

Jika hendak dibandingkan dengan Tsunami yang berlaku baru-baru ini, tidak terbayang bagaimanakah situasi pada hari kiamat nanti. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Zalzalah:

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [1]

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, [2]

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” [3]

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: [4]

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [5]

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [6]

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [7]

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8]

Bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada musibah yang menimpa. Sesungguhnya ia adalah satu peringatan daripada Allah. Bantulah mereka selagi mampu! Jangan lupa untuk mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita di sana khususnya, dan rakyat Jepun amnya atas nama kemanusiaan.

Wallahua’lam.

Related posts:

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Jepun : Muslim tanpa Islam

Sixth Sense

Ihsan Itu Datang Membawa Ikhlas
Dari Umar r.a, dia berkata, ” ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah s.a.w di suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut hitam legam. Tidak nampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi dengan menempelkan kedua lututnya pada lutut Rasulullah s.a.w seraya berkata, ” Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam!” Maka Rasulullah bersabda, ” Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan pergi haji jika mampu.” Kemudian orang itu berkata, ” Anda benar.” Kami semua hairan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya. Kemudian dia bertanya lagi, ” Beritahukan aku tentang iman!” Lalu baginda bersabda, ” Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.” Kemudian dia berkata, ” Anda benar.” Kemudian dia berkata lagi, ” Beritahukan aku tentang ihsan!” Lalu baginda bersabda, ” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.” Kemudian dia berkata, ” Beritahukan aku tentang hari kiamat ( bila kejadiannya)!” Baginda bersabda, ” Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Dia berkata, ” Beritahukan aku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda, ” jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seseorang bertelanjang kaki dan dada, miskin, dan pekerjaannya kambing, telah berlumba-lumba meninggikan bangunannya.” Kemudian orang itu pergi, dan aku pun terdiam sesaat. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, ” Tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi?” Aku berkata, ” Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, ” Dia adalah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.” [ Hadith Riwayat Muslim]

Hadis diatas sebuah hadis yang menerangkan sedikit sebanyak tentang agama suci iaitu agama Islam. Saya tertarik mengulas tentang ihsan.

” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.”

Ramai manusia beragama Islam, ramai yang beragama Islam mempunyai iman. Namun berapa ramai umat Islam yang beriman ini memiliki sifat ihsan dalam diri mereka? Seperti yang dijelaskan dalam hadis diatas, ihsan lebih kepada keyakinan dalaman kita bahawa Allah sedang melihat ibadah yang kita lakukan. Jika kita boleh mengetahui Islam atau tidak seseorang itu melalui kad pengenalannya, ia berbeza dengan iman dan juga ihsan. Iman dan ihsan ini lebih bersifat dalaman dan tidak dapat diperhati dengan mata kasar.

Maka, yang bersifat dalaman ini sukar dijaga sesetengah manusia, kerana sesetengah manusia suka apabila perbuatan mereka diketahui manusia. Ramai yang cenderung menjadi baik hanya bila dihadapan orang lain. Ramai yang cenderung menunjukkan akhlak yang baik dihadapan naqib dan naqibah, namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Ramai yang cenderung menunjukkan sikap yang baik dihadapan guru dan rakan namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Hal ini berlaku kerana tiada sidat ihsan dalam diri. Sedangkan ketika bersendirian itu, sememangnya tiada manusia yang melihat kejahatan yang kita lakukan, tetapi Allah Azza Wajallah yang Maha Menghitung tetap akan melihat perbuatan kita. Ketika bersendirian inilah, sifat ihsan kita benar-benar teruji.

Sifat ihsan ini datangnya membawa sekali sifat ikhlas dalam diri kita. Ia datang dalam satu pakej. Dimana ikhlas itu adalah rahsia, malah kita juga tidak tahu bagaimana ikhlas ini dihitung. Begitu juga sifat ihsan ini. Bukan mudah mendidik diri bersifat ihsan. Bukan mudah untuk kita melakukan sesuatu dalam waktu yang sama kita merasa ada yang melihat perbuatan kita sedangkan kita tidak dapat melihat-Nya dengan mata kasar kita. Disini dalaman kita teruji, disini hati kita diuji, disini keimanan kita teruji. Betapa sukar kita rasa untuk bersifat ihsan ini, sesukar itulah sebenarnya mujahadah kita dalam usaha menjejaki syurga Allah yang menjanjikan nikmat diluar bayangan kita.

Lantas ia bergantung kepada keimanan kita untuk memilih. Adakah ibadah kita selama ini adalah hanya kita tunjuk dihadapan manusia, atau ketika melakukan ibadah itu kita benar-benar membayangkan Allah sedang melihat kita. Disini mari kita muhasabah kembali. Adakah manusia yang menghitung amal perbuatan kita? Sejauh mana manusia dapat tahu tentang sesuatu yang ada dalam diri manusia lain sedangkan ilmu pengetahuan manusia itu terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu pengetahuan Allah s.w.t.

” Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu.” [ At-Talaaq 65: 12]

” Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah ( ilmu-Nya dan hikmah-Nya). Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [ Surah Luqman 31:27]

Sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu, maka kita yang punya secetek-cetek ilmu ini harus tunduk patuh kepada Allah s.w.t. Kebaikan yang kita lakukan bukan untuk ditunjuk-tunjuk, jauh sekali mengharap pujian manusia lain. Tapi, solat kita untuk mendapat redha-Nya, puasa kita juga untuk redha-Nya, sedekah kita untuk redha-Nya, pendek kata segala kebaikan adalah untuk redha-Nya. Ketika melakukan sesuatu, yakinlah bahawa Allah sedang melihat kita, Allah sedang menghitung kita, maka kita pasti akan takut melakukan kejahatan ataupun maksiat, dan kita pasti akan rasa seronok melakukan kebajikan kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang melakukan kebajikan. Pokok pangkalnya adalah segala-galanya haruslah kerana Allah s.w.t.

Mari memupuk sifat ihsan dalam diri kita. Selamat beramal

Related posts:

Bak sejernih susu, itulah ikhlas

Datang dan Pergi…

ようこそJADへ(Selamat Datang Ke JAD)

Mereka tidak tahu
Macam sukar untuk percaya. Orang Jepun memang tiada pengetahuan langsung tentang Islam.

“ee…buta taberenai no?(tak boleh makan babi?)”

“ee…inu mo sawarenai?(tak boleh pegang anjing?)naze?(kenapa?) inu ha kamisama desuka? (anjing tu Tuhan ke?)”

Pelik-pelik soalan yang ditanyakan. Setiap soalan pula akan dipersoalkan, kenapa begitu? Kenapa begini? Kenapa kene pakai tudung? Kenapa tak boleh minum arak? Kalau anda disoal begitu, apa jawapan anda?

Untuk semua soalan kenapa yang ditanyakan saya lebih senang menjawab,

“Sore ha kimari desu..”

Ya, segalanya adalah kerana ketetapan Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita hidup mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Benar, segala yang Allah tetapkan punya seribu satu hikmah yang terselindung di sebaliknya. Namun, apabila ditanya, kenapa kita melakukan itu semua? Kenapa kita patuh sahaja pada setiap yang ditetapkan? Segalanya seperti satu tarbiyah dari Allah SWT untuk kita sama-sama muhasabah. Kenapa kita lakukan sagalanya, atau kita hanya sekadar menjadi pak turut, kita tak mahu dicemuh bila tidak mahu mengamalkan Islam dalam kehidupan, atau lain-lain alasan lagi yang hanya kita dan Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mereka tak tahu

Saat menerima berbagai soalan dari nihonjin(orang jepun), saya merasa satu bebanan yang berat terpikul di bahu. Bebanan untuk menyampaikan Islam ini kepada mereka. Sebagai bangsa yang penuh dengan sifat-sifat positif seorang Muslim, amatlah rugi sekiranya mereka tidak memiliki aqidah yang benar. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyampaikan Islam ini kepada mereka kerana mereka golongan yang tidak tahu. Golongan inilah nanti yang akan mendakwa kita di akhirat, kerana tidak menyampaikan ajaran Rasulullah SAW kepada mereka.

Samalah juga dengan rakan-rakan semuslim kita yang sering kita lihat berbuat dosa. Mereka sebenarnya tidak tahu. Bukan semua orang dilahirkan dalm keluarga yang memang mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Bukan semua orang juga yang telah mempelajari subjek Pendidikan Islam, mendapat A dalam mata pelajaran tersebut, tahu dan faham akan ajaran Islam yang sebenar. Syukurlah kita menjadi insan yang Allah pilih untuk diberikan sedikit kefahaman tentang agamaNya, juga sedikit kekuatan untuk melaksanakan suruhanNya. Maka menjadi tugas kita pula untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain, kerana mereka tidak tahu.

Menyikapi kebenaran

Ramai juga antara kita, tahu tetapi belum punya kekuatan untuk melaksanakannya. Tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu. Tahu, tapi tak sedar diri sendiri terjebak dalam hal yang sama. Tahu, tapi lepas ni taknak ambil tahu. Persoalannya, bagaimana kita menyikapi kebenaran yang ditunjukkan kepada kita?

“Barangsiapa berbuat sesuai dengan petunjuk (Allah SWT), maka sesungguhnya itu untuk(keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa tersesat,maka sesungguhnya (kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, tetapi Kami tidak akan menyiksa sebelum Kami mengutus seorang Rasul.” (Surah al-Isra’ : 15)

Selama mana kita mahu menolak kebenaran yang telah ditunjukkan kepada kita? Ketahuilah, mahalnya harga sebuah hidayah yang Allah hadiahkan kepada kita, tidak kepada yang lain. Jangan tunggu sampai Allah menarik kembali cahaya hidayahnya kepada kita.

“Belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk  mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.” (Surah al-Hadid : 16)

Sedar dan sabar

Setiap dari kita Allah kurniakan kekuatan yang berbeza-beza, cara penerimaan yang berbeza-beza terhadap sesuatu yang baru diketahui. Apatah lagi perkara yang diketahui itu, sesuatu yang digemari, berlawanan pula dengan suruhanNya. Sebagai seorang Muslim, rendahkanlah ego diri kita dan terimalah kebenaran. Timbulkan rasa kesal dalam diri, sedar diri yang selama ini kita sudah terpesong dari landasan yang sebenar. Mungkin kita tak mampu lagi untuk berubah, tapi jangan terus ditolak kebenaran. Hati yang sedar akan lebih mudah bergerak menuju mampu untuk merealisasikan kebenaran yang diterima.

Kedua, kita haruslah bersabar dengan kelemahan diri sendiri. Cuba berubah sekali, mungkin tidak berjaya. Esok kita terbuat lagi dosa yang sama. Hari ini kita sedar dan insaf, lusa kita ulangi lagi. Sememangnya manusia itu pelupa. Hakikat iman juga, turun dan naiknya diibaratkan lebih cepat dari air yang menggelegak. Sabarlah dengan kelemahan kita, jangan terus berputus asa dan menutup hati kita terhadap kebenaran. Kalau kita terbuat salah, mintalah ampun dariNya. Kalau kita lupa, berdoalah agar kita sentiasa dalam pemeliharaanNya. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Segalanya perlukan mujahadah. Maka bermujahadahlah dalam menangani kedegilan diri sendiri, agar kita tidak rugi dan menyesal di hari akhir nanti.

Hidayah Allah tu mahal, jangan persiakannya.

Jom hayati kisah ni, semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Related posts:

Dari Tidak Tahu Kepada Tahu

Mereka Dan Kita Tidak Sama

Mereka kenal lalu mereka bercinta…

Al-Quran Mukjizat Yang Dipinggirkan
Al Quran: Mukjizat yang dipinggirkan

Catatan slot Jom Surau 2010

Al-Quran Mukjizat Yang Dipinggirkan

Penceramah: Roslan Mohamad

Tarikh:28 Ogos 2010

Masa kini.

Al-Quran hanya dijadikan hantaran ketika pernikahan.

Al-Quran hanya dijadikan pelindung untuk menjauhkan makhluk halus dan gangguan.

Al-Quran hanya dijadikan ayat-ayat yang dibaca dan dihafal sebagai penyembuh penyakit.

Al-Quran hanya dijadikan perhiasan di dalam kabinet kaca.

Tidak. Tidak bermaksud perbuatan-perbuatan tersebut salah. Cuba kita renung kembali. Hari ini kita sering meminggirkan Al-Quran. Mengapa? Kerana hari ini kita menganggap Al-Quran hanya digunakan dalam situasi-situasi seperti di atas. Jadilah Al-Quran mukjizat yang dipinggirkan.

Mari kita hayati firman-firman Allah s.w.t ini:

Al-Quran menakjubkan, sehingga jin turut mengakuinya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Surah Al Jinn:1

Al-Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang bertakwa:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Surah Al-Baqarah:2

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Surah Ali-Imran:138

Al-Quran sebagai bukti kebenaran:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

Surah An-Nisa’:174

Al-Quran mengandungi qasas (cerita) yang banyak pengajaran:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Surah Yusuf:3

Al-Quran mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab-kitab terdahulu:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman

Surah Yusuf:111

Benar, Al-Quran bukanlah sekadar hantaran ketika pernikahan, pelindung untuk menjauhkan makhluk halus dan gangguan, ayat-ayat yang dibaca dan dihafal sebagai penyembuh penyakit atau perhiasan di dalam kabinet kaca semata-mata.  Al-Quran lebih daripada itu.

Ada musuh-musuh Islam yang cuba mencari-cari kesalahan atau kelemahan dalam Al-Quran. Sehingga ke hari ini, mereka tidak menjumpai sebarang kelemahan melainkan mereka yang cuba memutarelitkan ayat serta mentafsir ayat Al-Quran dengan nafsu. Allah mencabar dalam Al-Quran:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.”

Surah Al Isra’:88-89

Ada juga musuh-musuh Islam yang cuba mendakwa Al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad. Mari kita fikirkan. Apakah logik seorang Rasul yang ummi (buta huruf tidak boleh menulis, membaca dan mengira) menulis kitab lalu  mencabar satu dunia mencipta yang sebanding dengannya? Tidak pernah ada dalam sejarah, hatta seorang penulis buku terkenal.

Sebaliknya, pengkaji-pengkaji Barat yang cuba mencari kesalahan Al-Quran tidak menemukan sebarang kesalahan fakta-fakta dalam Al-Quran. Bahkan, mereka menyedari dan mengakui kebenaran Al-Quran. Lalu mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam.

Dengan kecanggihan alat-alat, hanya HARI INI pengkaji-pengkaji astronomi menemukan fakta bahawa alam semesta mengembang. Sedangkan perkara ini sudah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lepas.

Firman Allah s.w.t:

“Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”

Surah Az-Zariyat: 47

Banyak lagi bukti-bukti fakta saintifik dalam Al-Quran yang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya. Anda boleh baca di sini.

Hak-hak Al-Quran

Di sini  diringkaskan hak-hak Al-Quran:

1. Belajar dengan betul

2. Baca dengan betul

3. Memahami makna

4. Menghafalnya

5. Mengamalkannya

6. Mengajarnya

Marilah kita sama-sama memenuhi hak-hak terhadap Al-Quran. Moga-moga ia terus menjadi petunjuk dalam meranduk kehidupan yang fana ini.

Wallahu’alam…

Related posts:

Al-Quran berbicara tentang sains [1]

lagukan bacaan al-quran kamu!

Tips Mudah Menghafaz Al-Quran

Resensi buku: Travelog Syahadah
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”

(Riwayat Muslim)

Rambut: lurus ke, kerinting?

Mata: besar ke, sepet?

Badan: slim or …?

Kulit: licin, gebu atau menggerutu?

Ya,tabiat manusia. Hari ini segala yang luaran menjadi ukuran. Tapi, Allah tidak. Allah sama sekali tidak melihat sama ada rambut kita lurus bersinar, mata bak diamond, badan bergetah atau kulit licin seperti bayi.

Apa yang Allah lihat ialah hati. Apakah hati itu dikemudi dengan iman dan taqwa? Itulah ukuran-Nya.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita hidup saat ini. Sudahkah kita mengucapkan syukur kepada Allah hari ini? Alhamdulillah… Betapa banyaknya nikmat yang kita nikmati hari ini, sama ada sedar atau tidak.

Bagi anda, apakah nikmat yang paling besar?

Ya, nikmat iman.

Bertuahnya kita kerana lahir-lahir sahaja, kita sudah bergelar seorang muslim. Kita diberikan nama yang baik-baik dan dibesarkan dengan ajaran Islam. Kadang-kadang, kita tidak perasan bahawa kita adalah hamba-Nya yang bertuah. Antara berjuta-juta sperma, sperma yang membawa genetik kita yang berjaya menembusi dinding ovum. Ya, dari awal lagi kitalah pemenang. Kita sangat bertuah.

Resensi Buku: Travelog Syahadah

Travelog Syahadah

Buku ini merupakan catatan suka-duka dan pahit maung seorang Muallaf.  Beliau berkongsi pelbagai cerita dan peristiwa, sehingga satu ketika beliau benar-benar mendapat kekuatan untuk memeluk agama Islam, saat hatinya dilimpahi nur hidayah daripada Allah s.w.t. Beliau kini aktif menyampaikan ceramah, kuliah, menjadi ahli panel forum dan sebagainya.

Allah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 22 yang bermaksud:

“Apabila demikian, apakah orang yang dilapangkan  Allah dadanya supaya menerima Islam, lalu beliau tetap berada dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka, kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang di beri Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Kita Yang Bertuah

Kita merangkul iman dan Islam secara ‘terpijak’ ini seharusnya sentiasa bersyukur. Ramai lagi insan yang merangkulnya setelah meranduk susah dan payah. Nama-nama seperti Yassir, Bilal dan lain-lain menerjah ingatan. Mereka mncari, menemui, mencintai dan mempertahankan iman dan Islam dengan titisan keringat, air mata dan darah.

Marilah bersyukur.

Marilah bersama-sama renew iman kita, kerana iman kita ada turun naiknya.

Semoga madrasah Ramadan ini menjadi medannya, Insya-ALLAH…

Related posts:

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…

Ringkasan Bab Pertama Buku ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi cabaran masa Kini’

Travelog:Mengenal bumi HAMKA

Manga tentang Islam
Meow. Pernah dengar tentang website deviantart? Oh,itulah syurga resource bagi designer. Entri kali ini, aku mahu kongsi sesuatu dengan pembaca Azzariyat.

Dalam deviantart ada seorang mangaka(pelukis manga) muslim yang melukis manga bertemakan Islam. Ya, manga tentang Islam. Unik bukan?

Nama pena beliau ialah FullWhiteMoon. FullWhiteMoon banyak menghasilkan karya menerangkan Islam dengan cara yang amat mudah difahami. Anda boleh lihat salah satu karya beliau,’Understanding Islam 4 Dummies’ dibawah. Anda juga boleh baca seluruh siri di sini. Bukan sahaja menarik, malah lukisan pun kawaii. Untuk membaca karya beliau yang lain, sila ke galeri deviantart FullWhiteMoon.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh baca manga oleh Nayzak Al-Hilali.

Untuk entri kali ini kredit kepada Obefiend.

Dah habis baca? Mudah difahami, kan?

Kepada pembaca yang mempunyai akaun deviantart, subscribe FullWhiteMoon dan Nayzak sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Related posts:

Animasi Flash Islamik

Islam #1

Bank Islam Bukan Islam Sepenuhnya

Sixth Sense
“Best ke jadi orang yang Sixth Sense?”

“Ishh, menakutkan la. Itu kau nampak, ini kau nampak…”

“Best, best…”

“Uh…Siapa ada Sixth Sense sesuai jadi seekers!”

“Siapa kata best?”

“Sixth Sense tu bukan ke nama band?”

Sengaja saya selitkan beberapa quote sebelum melangkah lebih jauh mengenai artikel kali ini, supaya kita sama-sama boleh brainstorm idea. Apakah Sixth Sense pada pandangan anda?

Anda boleh memberikan seberapa banyak definisi tentang Sixth Sense. Anda boleh rujuk kamus kalau anda mahu. Anda juga barangkali boleh merujuk Wikipedia dan sumber-sumber yang seangkatan dengannya. Silakan…

Saya bertanya pada seorang sahabat sebentar tadi:

Saya: Ko nak tak jadi Sixth Sense?

Dia:Tak nak.

Saya:Aku tolong kau jadi Sixth Sense. Percuma. Nak tak?

Dia:Tak nak.

Huhu. Begitulah ringkas jawapannya. Mentah-mentah dia menolak gurauan saya itu, mungkin saja dia menganggap saya serius

Tapi percayakah anda kalau saya katakan bahawa anda adalah salah seorang yang memiliki 6 deria. Maksud saya anda adalah Sixth Sense, percaya? Beginilah, letih juga kalau mahu terus berteka-teki dengan anda. Saya akan terus fokuskan kepada isunya.

Tambahan, bukan sahaja anda yang memiliki 6 deria. Saya juga. Saya juga Sixth Sense. Begitu juga rakan di sebelah anda yang sedang main PES dan DOTA. Dia juga ada 6 deria. Ha, rakan anda yang tengah hafal kanji tu, dia juga ada 6 deria! Senang cerita, kita semua ada 6 deria! Masih tak percaya?

Tapi, Apakah Deria Keenam Tu?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal  daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka  rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah  hati.”

HATI:Deria keenam yang kita abaikan

Sedar tidak sedar sebenarnya setiap kita mempunyai enam deria.  Antara semua pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita, hatilah  pancaidera yang seringkali kita abaikan. Manusia susah untuk memahami  perihal hati. Maka manusia akan cuba mencari jawapan. Tentang persoalan  yang berkait dan  terpaut kukuh pada hati. Tentang persoalan  cinta, benci, kasih, sayang, ikhlas, marah dan  macam-macam serta pelbagai  lagi. Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami  bahagian  dalam hidupnya ialah hatinya.

Maka bila mana dia tidak  memahami soal hatinya dengan jelas, akan  diwujudkan pelbagai  alasan atau pelbagai sandaran…untuk menghalalkan  keharaman yang terbit dari  asal dalam hati. Kadang-kadang, kita meletakkan halal pada perhubungan  yang haram. Mulanya dengan nasihat-menasihati. Tapi sedalam  hatinya penuh  muslihat. Konon menasihat.

Hati. Ya, berhati-hatilah  dengan hati. Jangan sesekali kita abaikan.

Dari Mata Turun Ke Hati

Orang kata dari mata turun ke hati. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sering tertipu dengan pandangan luaran bila menggunakan mata kepala semata-mata. Kenapa? Sebab kita tidak menggunamata hati. Kita mengabaikan hati. Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita menjaga hati. Hati itulah penentu sama ada jasad kita baik atau sebaliknya. Hati itu ibaratnya seperti CPU. Komputer akan menggila kalau CPU ikut suka dia saja. Tak Begitu?

Ada orang yang:

SAKIT HATI

BUSUK HATI

HATI BATU

JATUH HATI-tapi tersungkur bila kecewa

Hati. Peranannya sangat besar!

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:

“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Tapi sebaliknya orang akan kata:

“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:

“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”

Tapi sebaliknya orang akan kata:

“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”

Lihatlah betapa besarnya peranan sang hati yang selalu kita abaikan. Semua yang kita lakukan atau tuturkan adalah cerminan hati. Perlakuan yang terbit dari hati. Apa yang akan terjadi kalau kita lemparkan hati keluar? Jadilah huru-hara dan kezaliman seperti yang berlaku saat ini. Ramai orang ada hati tapi keras membatu. Ramai orang ada hati tapi hati itu tidak dijadikan penapis dan penawar. Hati dibiarkan sunyi. Sepi sendiri.

Allah menjadikan hati supaya kita mendidiknya. Kita perlu mendidik hati ke arah keredaan Allah.  Ikhlaslah dalam setiap perlakuan, percakapan dan amal ibadah. Pentingnya fungsi hati di sini. Kenapa? Bila kita meninggalkan dunia persinggahan ini, yang akan kita bawa bukanlah Laptop, i-Phone, Kereta dan sebagainya. Yang dinilai dan diterima oleh-Nya ialah iman dan taqwa.

Related posts:

Bayi Tong Sampah?

Doa Untuk Jepun

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Ujian Itu Satu Anugerah
Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata rakan anda?

Di dunia ini, semua orang boleh dikatakan mempunyai rakan lebih daripada seorang. Dan dalam ramai-ramai rakan yang anda miliki, pasti salah seorang daripada mereka seorang yang anda percaya, jujur tutur kata, sentiasa ikhlas dalam memberi pendapat, memelihara hubungan dengan Allah dan manusia, dan sentiasa melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat.

Lagi sekali saya ingin bertanya. Sekiranya rakan anda menyampaikan sesuatu yang baik, adakah anda akan percaya dengan kata-katanya?

Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, adakah anda percaya dengan kata-kata Allah? Tuhan yang menciptakan segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Tuhan manusia yang memiliki nama-nama yang baik. Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang memberi memberikan rezeki kepada sekelian mahluknya di muka bumi, yang memiliki seluruh alam, dan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Sekiranya anda beriman, insyaAllah anda akan percaya kepada setiap kata-kata-Nya. Sebab percaya kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu daripada rukun iman.

Alhamdulillah, sekiranya anda percaya kepada kata-kata Allah. Jadi, seandainya saya ingin mengeluarkan kata-kata Allah ini, saya harap anda akan turut percaya kepadanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya

kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah

mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut,29:2-3)

Kenapa manusia diuji? Pernahkan persoalan ini bermain-main di fikiran anda? Atau pernahkah anda tertanya-tanya kenapa ujian Allah itu datang bertali arus, seperti air yang mengalir di sungai? Nah, inilah jawapan kepada semua persoalan anda. Setiap penciptaan Allah pasti ada sebabnya. Maka, ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi khalifah di bumi dan manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri mereka kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

agar mereka beribadah kepadaKu.“

(Surah Az-Zariyat,51:56)

Mari kita sama-sama berfikir seketika. Lihat sekeliling anda. Tenung betul-betul. Betapa luas dan besarnya ciptaan Allah. Merangkumi penciptaan langit dan bumi yang berlapis-lapis sehingga tidak terjangkau oleh teknologi kini. Malah pancaindera yang dikurniakan olehNya juga terhijab daripada menjangkau semuanya.  Di angkasa raya saja sudah ada beribu-ribu bintang yang saiznya berlipat kali ganda lagi besar daripada bumi yang kita duduki ini. Neptune, Zuhal, marikh dan bermacam-macam lagi plenet yang belum diterokai oleh manusia. Subahanallah, betapa luasnya penciptaan Allah di alam semesta ini.

Rakan-rakan. Tidakkah anda sedar  di manakah kedudukan anda di alam jagat ini? Adakah anda signifikan di dunia ini? seandainya alam semesta ini boleh dipetakan, belum tentu kewujudan kita di peta alam semesta ini sebesar titik noktah. Mungkin kita tidak dapat disignifikasikan di dalam peta tersebut kerana betapa kerdilnya manusia berbanding ciptaan Allah yang lain. Namun, tidak sedarkah anda bahawa Allah sentiasa merasai kewujudan hamba-hamba manusianya. Tapi, bagaimana kita tahu? Semuanya kerana ujian, musibah, kesusahan kepayahan dan  segala bentuk masalah yang diberikanNya kepada hamba-hamba manusiaNya ini. Dan dengan ujian yang diberikan itulah menunjukkan betapa Allah sedar akan kehadiran kita di alam ini. Betapa signifikannya manusia di sisi tuhannya.

Tapi, kenapa setiap kali kita di timpa pelbagai kesusahan dan kepayahan, kebanyakan daripada kita tidak bersyukur? Bukankah ujian itu satu penganugerahan yang Allah berikan kepada kita? Anugerah yang menunjukkan bahawa Allah sedar akan hadirnya kita di bumi ini. Anugerah yang melambangkan betapa Allah sayang akan kita.

Nah, rakan-rakan. Seharusnya, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala

kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan

kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan

perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-

daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu

berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran,3: 200)

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dengan segala ujian yang diturunkan kepada kita. harungilah dengan tabah dan sabar semoga sesuatu yang lebih baik itu akan muncul di sebalik kesabaran yang telah kita semai. Semoga ilmu yang sedikit itu dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah.

Related posts:

Sebenar-benar ujian

Ujian dalam ujian [edited]

AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?

Nombor Telefon Allah
Satu perkongsian untuk semua. Semoga kita dapat memetik pengajaran kerana di ladang dunia ini kita semaikan amalan, dan ranuman hasilnya di akhirat kelak…

Budak 7 tahun: Kakak, kakak tau tak nombor telefon Allah?

Kakak: ?? (mengerutkan mukanya)

Budak 7 tahun:  Adik tau nombor telefon Allah! 24434.

Kakak: Ha? (termenung lama, tidak mengerti dan terdiam)

Kakak: Oh… rakaat dalam solat ke? Siapa yang cakap kat adik? (tersenyum)

Budak 7 tahun: Guru besar adik yang cakap waktu perhimpunan tadi.

Lama juga si kakak itu termenung tatkala mendengar patah kata ‘nombor telefon Allah’ kerana memikirkan maksud disebaliknya dalam-dalam. Yang dimaksudkan dengan ‘nombor telefon Allah itu ialah solat 5 waktu yang dilaksanakan tiap-tiap hari. Mungkin sesuai benar perumpamaan ‘nombor telefon Allah’ itu untuk kanak-kanak yang baharu belajar tentang solat. Satu perumpamaan yang saya kira agak menarik.  Anda rasa?

Solat fardu: Satu kewajipan

Perumpamaan tetap perumpamaan. Kewajipan tetap kewajipan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang 5.

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Surah al-Nisa’:ayat 103)

Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang meninggalkan solat? Hari ini tua muda bukan ukuran bagi mereka. Beginilah fenomena zaman ini:

Yang tua merasakan “Aku ni dari dulu lagi tak sembahyang, alang-alang dah tak sembahyang baik….”

Yang muda merungut “Malas ar nak sembahyang. Parent aku tak sembahyang pun….”

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Harus kita ingat, suatu hari nanti, amalan kita akan dihisab oleh Allah s.w.t di mahkamah-Nya. Apakah kita menunaikan kewajipan bersolat? Adakah cukup 5 waktu? Adakah kita khusyuk dalam solat?

Daripada Abu Hurairah r.a, menukilkan sabdaan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Mari Kita Renungkan

Saya cukup tersentuh tatkala membaca sebuah kisah teladan dalam sebuah buku. Suka untuk saya berkongsi kisah itu  di sini.

Suatu ketika, Urwah b. Zubair melakukan perjalanan dari Madinah ke Syam yang sangat jauh dan penuh dengan rintangan. Dia selalu menyelesaikan bacaan al-Qurannya setiap empat hari sekali dan selalu bangun sepertiga malam. Dia ibarat laut yang tak bertepian, itulah gelaran yang disandangkan oleh Zuhry kepadanya.

Sesampai di Syam, dia menginap disebuah rumah, Takdir Allah, dia diserang penyakit akkalah (penyakit seperti kanser) pada kakinya. Penyakit itu menjalar ke pergelangan kakinya hingga terpaksa dipotong. Namun, dia tetap brsabar terhadap dugaan Allah yang menimpanya. Setelah itu, penyakitnya menjalar lagi hingga ke betis dan akhirnya lutut sehingga anggota badan itu terpaksa dipotong. Namun, dia tetap bersabar dengan apa yang dialaminya itu.

Para doktor memberikan minuman khamar (minuman keras) kepadanya agar dia mabuk dan tidak berasa sakit ketika kakinya dipotong. Urwah merupakan seorang yang Zuhud dan takut untuk melakukan maksiat. Doktor memerintahkannya untuk meneguk khamar tersebut. Namun dia menjawab:

“Demi Allah, saya tidak akan meminumnya. Bagaimana boleh saya menghilangkan kesedaran saya dengan meminumkhamar, sedangkan kesedaran yang saya miliki merupakan kurniaan Allah kepada saya? Bagaimana saya akan melakukan sesuatu yang diharamkan Allah? Jika saya dalam keadaan solat saya akan lupa dengan rasa sakit, maka ketika itu potonglah kaki saya.”

Tatkala dia sedang solat, kakinya dipotong. Ketika dia selesai solat,barulah dia sedari bahawa kakinya sudah dipotong. Dan dia tidak sedikitpun merasa sakit.

Begitulah kisahnya. Betapa khusyuknya solat Urwah b. Zaid. Cuba kita renungkan diri kita pula. Apakah sampai kita pada tahap kekhusyukan itu? Saat kita menghadap Allah, saat itulah fikiran diserang dan berperang dengan seribu satu macam perkara. Bertubi-tubi busur panah syaitan menembusi relung fikiran.

“Alamak, report ngan shukudai tak siap lagi! Adoi, laparnye perut… Eh, jap lagi nak makan kat mane ek? Syasya bukak tak hari ni? Mak cik bakso? Alamak, aku rasa macam tertinggal duit kat atas… Ishh, panjang betul imam ni baca… Siapa lalu lalang ni, aku nak sembahyang pun tak senang..”

Begitulah penyakitnya, fikiran kita menerawang jauh saat takbiratul ihram diangkat dan tangan dalam keadaan qiam. Akhirnya, bilangan rakaat entah ke mana, bacaan entah sudah sampai ke mana, dan khusyuk entah tak kunjung tiba.

Kita tak mahu melupakan sejenak duniawi kerana Allah s.w.t. Tuhan yang telah menciptakan kita dan jagat alam seluruhnya. Sedangkan Nabi s.a.w berkata dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan. Justeru, saat kita mengangkat takbiratul ihram, orang Jepun kata: shuuchuu. Atau orang Melayu kata: tumpukan perhatian. Khusyuk. Itulah kunci solat yang diterima Allah s.w.t.

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Intiha

5 kali sehari kita diseru dengan seruan azan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dan kadang-kadang kita terleka dengan hal-hal dan hiburan dunia lantas meninggalkan tuntutan solat berjemaah.

Katakan:

Dalam sebuah pertandingan Explorace, ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta.

Si A membuat kerja secara berkumpulanDia diberikan 27 mata untuk setiap cabaran kerana menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan.

Manakala si B melakukannya seorang diri dan hanya satu mata yang diperolehinya untuk 5 cabaran itu.

Jadi markah penuh si A ialah135 manakala markah si B hanya 5. Jauh berbeza bukan? Sudah tentu, si A yang mencapai kemenangan pada akhirnya.

Itu baru contoh yang maujud. Kita tidak tahu berapa banyak pahala yang Allah kurniakan untuk solat brjemaah. Lebih-lebih lagi ia digandakan dengan 27 kali ganda. Subhanallah!

Sama-samalah kita fikirkan…Sesungguhnya, tiada panggilan sepenting seruan Ilahi!

Related posts:

Usrah Nombor Berapa?

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Allah needs nothing!

Dia hina isteri Nabi !!
Suatu ketika dahulu,  industri hiburan  pernah gempar seketika apabila dramatis Rosnah Mat Aris pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur kutukan kepada isteri Nabi Muhammad S.A.W, Saidatina Siti Khadijah. Saya sendiri menonton rancangan itu dan membaranya hati Allah saja yang tahu apabila mulut lantang dramatis itu memberi ‘hujah’ seakan-akan dunia ini milik dia. Dia hina isteri Nabi junjungan kita! Dia hina wanita mulia yang dijanjikan syurga!  Siapa dia nak hina insan mulia seperti Khadijah? Ini yang saya kurang setuju dengan golongan artis,  apabila timbul cerita si artis wanita tua nak kahwin jejaka muda, satu dunia dicanang,

” Nabi kita dulu pun macam tu juga. Nabi lebih muda dari Siti Khadijah semasa mereka berkahwin. Jadi apa salahnya kalau saya buat macam tu juga.”

Itulah komen ‘standard’ dari si artis wanita tua untuk membela diri. Apa yang buat saya pelik, bab-bab kahwin ni, boleh pula mereka ikut Nabi sedangkan dari segi berpakaian, langsung tak ikut apa yang Islam syariatkan. Bukan saya mahu mengeji golongan artis, tetapi kadang-kadang mereka guna agama Islam sebagai ‘jalan selamat’ untuk  lari dari kontroversi.

Dewasa ini, banyak kisah pelik yang kita dengar. Seorang lelaki sanggup menikahkan anak perempuan di bawah umur dengan rakan sejemaahnya kerana ‘hujah-hujah’ rakannya itu berjaya meyakinkan dia untuk menyerahkan anak perempuannya kepada rakannya itu. Kerana apa? Kerana dia percaya dengan hujah-hujah orang yang dianggap lebih berilmu tentang agama Islam. Akhirnya ia memakan diri apabila rakan yang dipercayainya menyalahgunakan kepercayaan yang diberi untuk kepentingan diri sendiri.

Seorang ustazah lulusan ijazah dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya ketika suaminya berada di Mekah. Pelik bukan? Tapi itulah hakikat dunia. Dunia ini dugaan kepada setiap manusia, silap langkah terpesonglah kita. Malanglah kita apabila menjadi fitnah pada agama sendiri. Apabila ustazah sendiri ditangkap khalwat, mana orang ramai nak letak rasa hormat mereka pada golongan ini.

TERINGAT KISAH LALU

Teringat saya tentang kisah saya dulu. Sewaktu mula-mula melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, mungkin kerana kesilapan diri yang tidak pandai mengawal masa, keputusan peperiksaan saya jatuh mendadak sehingga saya tersenarai dalam 10 orang pelajar yang perlu menghadiri sesi motivasi. Ketika itu hampir saja saya tarik diri dari aktiviti dakwah kerana rasa malunya diri saya pada Allah s.w.t dan rakan-rakan apabila menjadi fitnah pada agama sendiri.

” Ni nama budak-budak usrah ni.”

” Tu la. Sibuk sangat nak berdakwah, belajar entah kemana.”

Hati mana yang tahan dengan kata-kata begini. Namun menyedari hakikat, apa yang terjadi bukanlah salah jalan dakwah yang dipilih, tetapi salah diri sendiri yang gagal menghayati Islam dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

HAYATI ISLAM

Sempat berbicara dengan ustaz ketika melawat sekolah baru-baru ini. Topik yang dibincangkan adalah tentang ustazah yang ditangkap khalwat baru-baru ini. Betul juga kata ustaz saya, apabila seseorang itu belajar tentang ilmu-ilmu Islam tak semestinya dia seorang yang baik kerana apa yang mengukur akhlak seseorang adalah penghayatannya tentang Islam. Apa erti kita menganut Islam? Apa erti shahadah yang sering kita ucapkan dalam solat sepanjang hidup kita? Semua itu perlu penghayatan.

MUHASABAH DIRI

Tiba masa untuk kita sama-sama muhasabah diri. Kenapa kita berada dalam golongan umat Islam? Apa erti kita menjadi orang Islam? Kenapa kita solat? Kenapa kita bayar zakat? Kenapa kita puasa? Bagaimana kita hendak mengaplikasikan erti syahadah dalam kehidupan kita? Semua itu perlu ilmu untuk dihayati. Siapa kita, apa pangkat kita, itu semua bukan persoalan kerana hanya penghayatan terhadap Islam yang membezakan kemuliaan seseorang disisi Allah s.w.t.

Related posts:

Jika Anda Seorang Nabi?

Mereka Lukis Nabi Kita?!

Ini Lebih Baik Dari Persatuan Isteri Setia