25 June 2009 1 Komen

Nak Jadi Baik

jari_bagus_thumb Kehidupan seorang muslim penuh dengan seruan untuknya memperbaiki akhlak dan kelakuan terhadap hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Bahkan dilorongkan segala jalan, disuruh berpuasa, bersolat, berzakat untuk membantu mendidik hati. Untuk meninggikan lagi darjat kita sebagai umat yang mulia, digubal segala bentuk peribadatan agar tidak menyamai kaum-kaum terdahulu (pertukaran arah kiblat, disunatkan berpuasa hari asyura berserta hari sebelum/selepasnya dan lain-lain). Sehingga ke soal remeh temeh seperti makan minum pun, umat ini dijaga kemuliaannya. Kita dilarang makan babi kerana hinanya babi yang menjamah apa sahaja hatta najis sehingga tidak layak bagi kita umat yang mulia menjadikannya sebahagian darah daging kita. Seperti itu juga dengan larangan memakan daging keldai yang sinonim dengan sifat bodoh dan hina. Begitu sekali Allah memuliakan umat ini.

Sehinggakan kita disuruh berdoa sekurang-kurangnya 17 kali sehari agar ditunjukkan jalan yang lurus, bukan jalan orang yang dimurkai (yahudi) dan bukan pula jalan orang yang sesat (nasrani). Maka sepatutnya setelah beratus ribu kali kita memohon ditunjukkan jalan yang lurus, masih lagi umat ini tenggelam dalam masalah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak. Semakin bertambah usaha membersihkan masyarakat semakin banyak pula terhasilnya ‘sampah masyarakat’.

Mari teladani bagaimana terhasilnya sampah masyarakat ini. Analoginya pertama, ibaratkan sebatang pen, saya ambil dan cucuk-cucuk pada dinding. Akhirnya pen itu rosak dan menjadi ‘sampah’ untuk dibuang. Analogi kedua, ibaratkan tin sardin, saya buka tin dan memasak isi tin, maka tin itu sudah hilang fungsinya maka ia menjadi ‘sampah’ untuk dibuang. Kesimpulannya, sama ada digunakan bertentangan dengan matlamat penciptaan sehingga rosak atau kehilangan fungsi diri, maka ia menjadi sampah.

Begitu juga sampah masyarakat. Manusia yang dicipta dengan semulia-mulia keadaan untuk menjalankan tugas yang mulia, bertindak membelakangi tujuan penciptaannya. Maka manusia-manusia ini rosak akidahnya, rosak akhlaknya sehingga tidak berfungsi kepada masyarakat dan layaklah kita gelarkan ‘sampah’ masyarakat yang layak ‘dibuang’ sahaja dalam tong gelap bernama ‘kubur’.

Hairannya semakin banyak pula sampah-sampah ini muncul di Malaysia, negara rasmi Islam yang rata-rata masyarakatnya berdoa 17 kali sehari memohon ditunjukkan jalan yang lurus.

Apakah kita memang sudah hilang minat menjadi baik?

Saya yakin tidak. Kaji selidik baru-baru ini ke atas batch 5, rata-rata masing-masing memasang tekad untuk menjadi baik. Jelasnya, fitrah seorang manusia untuk menjadi baik belum lagio terluput dari dada masyarakat akhir zaman ini.

Namun mungkin hasrat kita menjadi baik tidak sekuat mana. Teladani kisah Socrates ini :

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Sunnatullah menetapkan tiada yang mudah di dunia ini. Maka jika ikhlas mahu menjadi baik, maka ia tidak datang bergolek, perlu ada usaha, perlu ada pengorbanan yang mengiringi. Tekad untuk menjadi baik, perlu sekuat tekad kita untuk mahukan udara. Sebelum memulakan usaha dan langkah, perlu lebih dahulu faham, mengapa perlu menjadi baik? Mengapa perlu mendidik hati jadi baik?

Firman Allah SWT:

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Namun ada masalahnya mendidik hati yang sejahtera walaupun kita tahu matlamatnya. Kerana manusia sering sahaja diserang penyakit BOSAN.

Bosan tersenyum.

Bosan bersedekah.

Bosan datang usrah.

Bosan sembahyang.

Kerana bosan yang bersarang inilah melahirkan mat-mat rempit yang mencari kepuasan di jalan raya bagi membunuh kebosanan. Malangnya jiwa dan hati turut terbunuh.

Bosan bukanlah penyumbang kepada kelemahan. Jika ditanggapi dengan cara berbeza, ia mampu melonjakkan hikmah yang besar.

Umpamakan nasi kerabu. Mungkin nasi berwarna biru itu terhasil akibat bosannya seseorang dengan nasi lemak. Maka tercipta sejenis resepi nasi baru yang digaul bersama ulam, sambal dan pelbagai ramuan lain. al-hasil tercipta resepi yang baru, segar dan sedap.

Begitu juga dalam beramal. Mungkin ada kala kita bosan berpuasa sunat, maka hiasi kebosanan itu dengan sesuatu yang baru, seperti turun iftar berjemaah, sediakan iftar, ajak kawan berpuasa, buat games untuk berpuasa dengan ahli rumah. Buatlah apa sahaja untuk menyeronokkan diri anda beramal tika dilanda kebosanan.

Untuk tujuan itu anda perlukan suasana dan teman yang baik. Kerana setiap manusia memiliki nilai yang berbeza-beza. Anda mungkin seorang yang suka membaca al-quran tapi malas bersedekah, rakan anda mungkin rajin bersedekah tapi malas berpuasa sunat. Maka dari pelbagai kerajinan dan kemalasan, dari pelbagai akhlak dan tabiat kita saling belajar dan melengkapi satu sama lain. setiap individu ada keistimewaan sendiri (sekai ni hitotsu dake no hana).

Sebagai seorang yang proaktif anda tidak boleh menunggu suasana yang baik (teman-teman yang baik) datang sendiri. Bahkan anda perlu bergerak bersama-sama mengubah keadaan. Ubahlah diri di samping mengubah rakan-rakan. Sama-sama saling menegur ahli rumah. Bukan untuk menunjuk pandai, bahkan saling berkongsi kelebihan.

Tak perlu pergi jauh untuk membetulkan akhlak. Cuba jaga amal yang kecil untuk permulaan muqaddimah menjadi baik ini.

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Umat Muhammad ini dipandang tinggi kerana mulianya akhlak yang dibawa. Sehingga dengan akhlak itu kita memimpin 2/3 dunia. Bayangkan nak tadbir 2/3 dunia yang manusianya pelbagai ragam, kalau bukan dengan akhlak yang mulia mesti kita tak mampu tadbir 2/3 dunia kerana berlaku pemberontakan jika ada yang tidak berpuas hati. Kepimpinan kita membuktikan kita mampu memuaskan hati 2/3 dunia. Dengan apa? Dengan akhlak yang mulia.

Mari mulakan langkah pertama muliakan akhlak kita semulia penciptaan kita. Mulakan dengan amal yang paling mudah untuk dilaksanakan.

22 June 2009 7 Komen

Sorry, aku sibuk beb..

busy_thumbSibuk atau dalam bahasa jepunnya ISOGASHII.Kata bijak pandai, jangan ditegur 3 jenis manusia yakni orang yang tengah lapar, orang yang tengah sakit dan orang yang tengah bercinta kerana orang yang tengah lapar sibuk memikirkan kelaparannya,orang yang tengah sakit sibuk memikirkan kesakitannya dan orang yang tengah bercinta sibuk memikirkan percintaannya.Jika diperhatikan kata-kata bijak pandai tadi, ketiga-tiga jenis manusia ini ada satu persamaan iaitu mereka ‘SIBUK‘.Persoalannya, apakah sibuk itu sebenarnya?

Adakah sibuk boleh dimaksudkan sebagai satu masa yang mana pada masa itu,dia tidak boleh diganggu?Masakan tidak,kerana apabila manusia sibuk, dia akan memberi sejuta alasan supaya manusia lain tidak mengganggunya.

Adakah sibuk itu adalah satu masa setelah manusia siap menyiapkan jadual waktunya?Ada logiknya,hanya manusia yang mempunyai jadual hidup atau jadual waktu sahaja akan mengatakan ‘aku sibuk‘ apabila diminta untuk lunaskan sesuatu urusan.

Seorang pencinta dikatakan sibuk kerana dia asyik memikirkan tentang kekasihnya.Adakah kekasihnya sudah buat itu,sudah buat ini,pendek kata, pemikirannya dipenuhi dengan fikirnya kepada kekasihnya.

Seorang pemain bola sepak dikatakan sibuk apabila dia asyik memikirkan tentang perlawanan bola sepak.Jersey sudah basuh ke belum,macamana nak shoot bagi gol,nak kena kad kuning berapa supaya tidak dilayani kad merah. Fikirannya berkisar tentang perlawanan bola.

Dan seorang pelajar dikatakan seorang pelajar yang sibuk apabila fikirannya dipenuhi dengan pelajaran.Itu belum belajar lagi,belajar ini belum faham, macamana peperiksaan dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan peperiksaan.

Untuk menerangkan erti sibuk,ana tiada ayat yang tepat mengenainya,jadi ana menggunakan 3 contoh di atas untuk menerangkan apa itu erti sibuk. Oleh itu,inilah definisi sibuk bagi ana,anda bagaimana?Mungkin contoh ini ada kekurangannya tapi selepas anda selesai membaca keseluruhan artikel ini, anda akan faham apa maksud ana yang sebenarnya.

Saerah(bukan nama sebenar),berumur 20 tahun,pelajar terbaik JAD jurusan kejuruteraan Mekanikal.Setiap hari dia belajar dan pada hujung minggu dia akan ke pawagam untuk menonton wayang.Suatu hari dia ditawarkan menjadi Naqibah bagi pelajar junior tetapi dia menolak dengan alasan sibuk.Alasannya mahu study tapi pada hakikatnya,semua rasionalisme tahu dia menolak kerja dakwah kerana tidak sanggup mengorbankan masa menonton wayang. Adakah Saerah benar-benar seorang pelajar yang sibuk sehingga boleh mengetepikan kerja dakwah?

Fitri(bukan nama sebenar),berumur 20 tahun,pelajar biasa-biasa JAD jurusan kejuruteraan Mekanikal.Jadual hidupnya;Bangun pagi,solat, pergi ke Daigaku(university),balik TBP,main game,study,main game dan tidur.Suatu hari seorang kawan datang kepadanya dan mengajaknya ke surau untuk aktiviti-aktiviti surau tetapi dia menolak dengan alasan dia sibuk.Dia bilang dia sibuk tapi dia masih sempat untuk bermain game,adakah dia benar-benar seorang yang sibuk sehingga dia mendapat haq dari Allah untuk menolak kerja-kerja dakwahnya?

Ana selalu menemani seorang kawan yang lincah dalam arena dakwah dan daripada pemerhatian ana,insan yang kerdil ini,ana mendapati bahawa akhir-akhir ini  fenomena ‘sorry,aku sibuk beb..‘ makin menjalar  di kalangan pelajar JAD. Jika benar mereka sibuk, tidak mengapa tapi kalau dia seperti Saerah atau Fitri?Menolak kerja dakwah atau kerja-kerja agama demi menonton wayang? Demi bermain game? Demi shoping? Demi berdua-duan dengan kekasih hati?

Ana tahu,bahang kimatsu shiken(peperiksaan final) semakin terasa,bahkan ana sendiri cuak apabila memikirkannya.Tapi adakah kerana kimatsu shiken kita ingin menarik diri dari bidang dakwah atau kita ingin berehat sebentar dari kerja agama? Jika kita berpendapat berehat sekejap tidak mengapa,kita silap.Ketahuilah kimatsu shiken ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji hamba-hamba Nya.Maka,kita telah gagal dalam ujian ini.

Cuba bayangkan kalau Rasulullah atau sahabat berfikiran seperti kita, “letih la,nak berehat sebentar” atau “sibuk la,aku buat kejap lagi”.Pasti,nama kita sekarang bukanlah Khalis  atau Iskandar,sebaliknya Christiano atau Ronaldo. Jika mereka berehat sebentar dari kerja dakwah atau dari apa-apa kerja mereka lakukan ketika itu,pasti Islam tidak akan tersebar luas.

Muhammad Bin Abdullah,seorang Rasul dan seorang ketua kerajaan yang mempunyai 2 negara besar,Makkah dan Madinah.Belum sempat Yahudi di Madinah disingkirkan,perang Badar pun bermula.Belum sempat satu peperangan kecil (sarriyah) selesai, peperangan besar(ghuzwah) pula meletus.Baginda seorang yang sibuk dalam memerintah tetapi baginda tidak pernah berehat dari kerja dakwah.Atau baginda tidak pernah menolak pentadbiran kerana sibuk berdakwah.Baginda tidak pernah melafazkan “aku sibuk berdakwah,so aku takyah wat kerja lain,” atau “sorry,aku sibuk nak tawan Thoif,dakwah2 ni pasni la.”Sesekali tidak.

“Ah,Rasulullah tu seorang nabi.Die ade mukjizat,ade kelebihan,so tak adil la kalo amik die sebagai perbandingan dengan kita,”akal ini membantah.

“Bukanke ko umat Rasulullah?”Hati ini membalas.

Abdul Rahman Bin Auf,seorang peniaga yang bukan jutawan tetapi 10 kali lebih dari jutawan.Dikatakan apabila unta pertamanya sampai di Makkah, unta paling belakang masih belum keluar dari Madinah.Namun,tidak pernah sesekali kekayaannya menjadi sebab untuk dia menolak kerja dakwah.Atau kerja dakwahnya tidak pernaj dijadikan alasan untuk dia menolak peluang perniagaan yang muncul.Dia tidak pernah menyebut “eh,aku sibuk berdakwah.Kau jual kat orang lain la,” atau “sorry,aku sibuk berniaga.Nantila aku berdakwah”.Sesekali tidak.

“Ah,tu sahabat nabi.Lain,die memang dipilih oleh Allah sejak alam ruh lagi, mane adil nak dibandingkan dengan kita,”sekali lagi akal menyoal.

“Bukankah ada hadis mengatakan ikutlah sahabat-sahabat baginda kerana mereka bagaikan bintang di malam hari?”Hati ini menyoal balik.

Hassan Al-Banna,pelopor Ikhwanul Muslimin.Hidupnya penuh dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan dia juga seorang guru bahasa Arab. Selepas perang dunia kedua,dia telah berjaya menubuhkan 50 cawangan Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir.Sesekali mulutnya tidak pernah celupar untuk mengatakan, “aku sibuk mengajar,ramai lagi student yang tak faham nahu arab.So,baik aku fokus pada pengajaranku,” atau “dakwah lagi penting, biarlah orang lain yang ajar budak2 tu”.Sesekali tidak.

“Er…”Akal terdiam.

“Kalau tak nak,cakap taknak.Jangan reka-reka alasan,takut-takut alasan itu memudaratkan aqidah sendiri.”Hati ini menasihat.

Terkadang diri ini menangis apabila ada rakan yang celupar mengatakan ‘aku sibuk‘ sebagai alasan untuk dia tidak berdakwah.Ana tidak tahu mengapa perkataan seperti itu boleh keluar daripada seorang insan yang menggelarkan dirinya Islam.Tapi tak mengapa,mungkin dia masih belum faham tugas manusia dihantar ke atas muka bumi ini.Mungkin mereka masih belum jelas dengan maksud ‘khalifah’ yang sebenar.Semoga Allah memberi hidayah,taufiq dan inayah Nya kepada kita.Amin..

Rata-rata yang ditanya apakah maksud khalifah menjawab khalifah ialah mentadbir bumi ini dengan baik.Betul tapi maksudnya kurang lengkap, ada yang tertinggal. Ketahuilah bahawa mentadbir bumi ini bukanlah menjaga alam sekitar supaya terkawal,membangunkan bumi dengan selamat sahaja tetapi mentadbir alam ini juga membawa maksud membawa sekalian manusia untuk mengesakan Allah.Membawa sekalian manusia mengesakan Allah itu apa?DAKWAH!

Dakwah dan belajar bukanlah satu pilihan tetapi belajar itu bonus bagi dakwah.Tidak percaya?Saidina Ali dikatakan pintu gedung ilmu kerana dia peluk Islam.Jika dia tidak memeluk agama Islam,pasti dia tidak akan ada ilmu.Untuk berdakwah,mesti ada ilmu.Jadi,nak tak nak,mesti belajar supaya input itu ada bagi menghasilkan output yang cemerlang.

Baiklah kawan,jika anda mengatakan anda sibuk belajar,ana terima.Tapi jangan sesekali anda melakukan kerja lagha yang lain seperti ber’YM’, bermain DOTA, bercintan-cintun,pergi menonton wayang atau keluar shoping.Jika anda tetap lakukan perkara-perkara lagha ini dan anda menolak kerja dakwah kerana ‘SIBUK’,ketahuilah anda akan disaman di akhirat kelak. Tidak akan bergerak kaki anak adam sehinggalah dia ditanye tentang 4 pekara dan salah satunya mengenai umur,ke mana dia habiskan.

Benar,jalan dakwah bukanlah jalan yang senang,bukanlah satu jalan yang dihampar sebuah karpet merah tetapi jalan-jalan yang penuh dengan onak dan duri.Disebabkan jalan dakwah itu susahlah balasannya besar.

Anda minta syurga Adni dari Allah,Allah bagi tapi di dalam syurga Adni,anda minta supaya anda dimasukkan dalam syurga yang lagi atas dari syurga Adni, adakah permintaan itu akan dimakbulkan?Tidak.Anda minta syurga Firdaus dari Allah,Allah bagi tapi di dalam syurga Firdaus,anda minta supaya ahli keluarga anda dikeluarkan dari api neraka,adakah ahli keluarga anda akan keluar dari api neraka?Tidak.Jadi,bagaimana nak dapat semuanya,maksud ana bukan satu syurga sahaja,tetapi semua syurga.Bukan satu nikmat tapi semua nikmat.

Berdakwahlah kerana orang yang berdakwah akan mendapat pertolongan dari Allah.Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 contohnya;

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Apabila Allah sudi memberi pertolongan Nya kepada kita bermakna apa sahaja permintaan kita,Dia akan tunaikan.Kerana apa?Kerana Dialah Empunya kepada segala-galanya…

Wahai Sahabat-sahabatku,cukuplah dengan sibuk mu itu.Insaflah dan kembalilah bersama-sama kita menolong agama Allah..Amin..

10 June 2009 6 Komen

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

doa_thumb“Em…Oh,senanye aku maksudkan nabi Musa je,tak ingat lansung pasal Asiah, Masyitah dan Yukabid.Sebut pasal Asiah dan Masyitah,bukanke Masyitah tu tukang sikat rambut Asiah?Dan bukanke disebabkan Masyitah mencela Firaun semasa sikat yang digunakan untuk sikat rambut permaisuri itu jatuh,Masyitah dihukum bunuh.Bukanke permaisuri ketika itu Asiah?Bukan ke Asiah beriman kepada Allah,tapi kenapa dia lapor pada Firaun?”Tanya Aiman dengan penuh semangat. Baca selebihnya entri ini —>

2 June 2009 4 Komen

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

allahbangga_thumbDunia atom ini,ada di antara penganut agama Islam sendiri berburuk sangka dengan Allah dan Islam.Kata mereka bahawa Islam adalah agama yang mengharamkan kegembiraan.Arak diharamnya,babi diharamnya,zina diharamnya,pendek kata semua Islam haram.Jika lakukan,kufur,masuk neraka.Tambah mereka lagi,memang betul kata nabi, “dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”Persoalannya,adakah benar akan segala tohmahan ini?Jika difikirkan secara logik akal,secara rasional, ada benarnya namun perlu diingatkan bahawa agama tidak berdiri dengan akal tetapi agama berdiri dengan wahyu.Jadi,terkadang akal yang terhad ini tidak dapat menjangkau kehendak Tuhan,maka atas paksi itulah Rasul diutuskan. Baca selebihnya entri ini —>

30 May 2009 1 Komen

Syurga Di Pintu Neraka

doorSaya teringat sebuah drama melayu yang pernah saya tonton sewaktu kecil dahulu, bertajuk “Syurga Di Pintu Neraka”. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang hidup bebas berpeleseran dan berkawan dengan ‘mat-mat motor’ (mat rempit mengikut istilah kini). Walaupun acapkali ditegur ibu bapanya, namun dia masih degil dan akhirnya pergaduhan berlaku yang menatijahkan dia lari dari rumah. Dipendekkan cerita akhirnya, suatu hari wanita ini terjebak dengan pengedaran dadah dan ditangkap serta dihukum gantung mandatori. Di dalam penjara, ketika melewati saat-saat akhir hidupnya barulah dia insaf akan segala perbuatannya dan memohon keampunan Allah. Drama berakhir dengan perjalanannya ke tali gantung yang diiringi sendu dan air mata. Baca selebihnya entri ini —>

21 May 2009 4 Komen

Kerja yang telah dilupakan

think3_thumb“Bang,nak minum ape?”tanya seorang pelayan yang berkopiah putih.

“Em…Kejap ek..Nak pikir..”Jawab seorang pelanggan yang juga berkopiah putih.

“Fikir…Fikir umat bang?”Gurau pelayan sambil ketawa kecil.

Satu bentuk gurauan namun penuh dengan seribu satu makna bagi mereka yang berfikir.

Baca selebihnya entri ini —>

24 April 2009 5 Komen

Ceramah Ustat Fairuz: Menghormati Sahabat

menghormati-sahabat

Alhamdulillah,minggu ni aq dapat dengar ceramah daripada ustat Fairuz. Minggu lepas,ustat ade datang tapi aq terpakse kluar majlis disebabkan ade hal tertentu.Minggu ini ustat membincangkan tajuk menghormati para sahabat nabi,tajuk yang jarang disentuh oleh mana-mana penceramah.

Baca selebihnya entri ini —>

19 April 2009 7 Komen

Agama milik aku,kamu dan dia

Agama milik aku kamu dan dia

“Kamu xley cakap sal agame ni,kamu bukan ustat!”marah seorang pak cik.

Mendengar kata-kata yang cukup pedas itu,Azmun terus terduduk,kaku. Dia sangat terkejut.Dia sedar dirinya bukan seorang ustaz namun salahkah dia menegur seorang pak cik yang salah mengambil wudhuk walaupun dia mempunyai nas-nas yang kukuh?Adakah disebabkan dia seorang pelajar jurusan kejuruteraan membuatkan dia haram untuk berbicara tentang agama? Adaka hanya pelajar jurusan agama sahaja layak berbicara tentang agama?

Baca selebihnya entri ini —>

18 April 2009 3 Komen

Warnakan hidup anda dengan hiburan

Warnai hidup dengan hiburan

Berhibur tiada salahnya

kerna hiburan itu indah

hanya pabila salah memilihnya

membuat kita jadi bersalah

Baca selebihnya entri ini —>

15 April 2009 2 Komen

Menentang politik?jangan sesekali!

jangan-menentang-politik

Sebulan dua kebelakangan ini,negara kita digegarkan dengan berita-berita politik yang cukup hangat.Daripada pertukaran kerajaan di Perak, pertukaran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia,dan kemenangan Parti Perikatan di dua bukit.Semua ini sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita betapa kecohnya negara kita sekarang.Sistem demokrasi dan konsep raja berdaulat yang selama-lama ini dipuja kini dipijak-pijak oleh orang kita sendiri.Kini,ramai di antara kita yang sudah jemu dengan percaturan politik negara sehingga mampu mengeluarkan, “aku memilih untuk tidak berpolitik.”Ketahuilah, sesungguhnya pilihan ini bercanggah dengan konsep Islam.

Baca selebihnya entri ini —>

1 April 2009 1 Komen

Islam #1

islam1

Azzariyat kembali aktif. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membuat survey/poll yang kami letakkan di widget blog Azzariyat ini. Segala komen dan maklumat survey yang telah kami terima sehingga kini, akan kami gunakan untuk menambah baik blog Azzariyat ini. Berikut adalah keputusan survey yang sudah dijalankan sejak 3 bulan lalu.

Baca selebihnya entri ini —>

23 February 2009 1 Komen

Khutbah Terakhir

khutbahterakhir

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Baca selebihnya entri ini —>

8 February 2009 6 Komen

Ibadah=fitnah?

ibadahfitnah

Pisau diciptakan untuk memotong bawang namun pisau juga digunakan untuk membunuh manusia.Yup,analogi yang biasa didengari bagi menyatakan sesuatu itu diciptakan untuk kebaikan tapi manusialah yang menyalahgunakannya.Contoh lain,kek brownie diciptakan untuk dimakan tetapi ada juga manusia yang menggunakan brownie untuk dijadikan make-up.Macam-macam,tapi inilah kenyataan,inilah yang harus kita tempuhi.

Baca selebihnya entri ini —>

Tags: , ,
4 January 2009 1 Komen

there’s no New Year in Islam

there’s no New Year in Islam-mungkin agak pelik tapi inilah yang disampaikan oleh Imam Masjid Paya Ramba,Kota Bharu,Kelantan pada Jumaat,2 Januari 2009 baru-baru ini.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Katanya lagi, “Isnin lalu,29 Disember 2008,kita sibuk menyambut tahun baru Hijrah dan kelmarin,kita melompat-lompat meraikan kedatangan tahun 2009.Itulah fenomena yang berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan seantaro dunia.Namun Ikhwanul Muslimin,dalam sedar atau tidak,kita sudah terlepas pandang firman Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 99:

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.”

Dalam ayat ini,Allah telah menegaskan supaya manusia beribadah sehingga datang kepadanya ajal.Dalam erti kata yang lebih mudah,hari ini kita beribadah,esok kita beribadah,lusa kita beribadah dan seterusnya pon kita beribadah.Apabila setiap hari kita beribadah,adakah akan timbul persoalan awal atau akhir?Adakah akan timbul persoalan baru atau lama?

Ikhwanul Muslimin,

Apabila tahun baru,semua orang akan menanamkan azam baru di dalam diri mereka.Seorang pelakon atau penyanyi akan berazam untuk lebih maju dalam bidang nyanyian atau lakonan mereka.Seorang ahli sukan akan berazam untuk mendapat pencapaian yang dapat mengharung nama negara.Seorang yang kaya akan berazam untuk menambahkan lagi kekayaannya dan seorang pelajar akan berazam untuk lulus dengan cemerlang di dalam setiap peperiksaan.Semua orang memberi azam namun amat sedikit di antara kita yang memasang azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik,menjadi khalifah Allah yang hebat…”

begitulah sedikit daripada khutbah jumaat baru-baru ini.Kepetahan Khatib memberi khutbah,bukan membaca,menarik minat aq untuk mendengar.walaupun tiada tahun baru di dalam Islam,namun semua orang sudah menerima budaya ini dan budaya ini tidak bertentangan dengan syarak dan sudah pasti ianya bukanlah satu bentuk bid’ah(merujuk konsep bid’ah Imam Syafie),jadi Selamat Tahun Baru!

アケオメ!

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU”