20 April 2010 6 Komen

Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??

Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Sekarang teknologi sudah moden. Orang ramai bebas menyuarakan pendapat  mereka tidak kira pendapat dari sudut mana sekalipun melalui blog dan sebagainya. Ada yang suka mengulas tentang gossip artis, ada yang suka mengulas tentang politik tapi apa yang membanggakan, ramai yang lebih selesa berkongsi tentang Islam dewasa ini. Tidak dinafikan, blog berunsur Islamik bertambah dari masa ke masa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bukan saja blog Iluvislam, Saifulislam, langitilahi dan azzariyat sendiri contohnya, banyak sekali perkongsian tentang islam. Dan dari situ, semakin ramai orang yang menyedari dan memahami tentang tuntutan Islam dalam kehidupan manusia. Ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah, ramai yang sudah  menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal. Baca selebihnya entri ini —>

13 July 2009 1 Komen

Syurga Cinta

love_cloud_thumbSuatu pagi di dalam surau UNISEL,sebelum aku melelapkan mata untuk berehat, aku ditanya oleh seorang mad’u aku.

“Tengok doh Syurga Cinta?”Soalnya.

“Belom lagi.Cerita yang Heliza ngan Awal blakon tu?”Balas aku.

“Tengok la,best gle.Cite tu ajar care couple ikut Islam.”Dia menjawab.

“Oh,ajar couple ikut Islam ek?Huhuhu,Camne tu ek.”Sahut aku.

“Dok la,tapi…Ala,die nok couple,terus tunang.Takde dating2 ni.”Dia cuba menerangkan maksudnya.

Baca selebihnya entri ini —>