Ketika sendirian di rumah kecil ini, teringat pula kenangan- kenangan bersama rakan. Baru semalam semuanya seakan-akan datang singgah di ingatan lantaran semalam saya berpeluang bercakap dan mendengar suara rakan-rakan wanita JAD yang dirindui. berkongsi suara di skype walaupun sekejap, cukup dan amat bermakna buat diri yang rasa kosong, buat diri yang rasa rindu. segalanya terubat dan saat-saat manis dulu terkenang kembali.
“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie. Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada~”
Setiap kita ada Sixth Sense. Ya, deria keenam bernama hati yang sering diabaikan. Kita mungkin tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain sedangkan saat itu hati kita bergembira. Bergembira dengan kesakitan hati orang yang kita sakiti. Sama ada sahabat, kawan, guru atau jiran.
“ Semua artis Malaysia tidak boleh dijadikan ikon!!”
Itulah kenyataan yang disuarakan oleh seorang pelakon yang sedang mengalami fasa perubahan dalam hidupnya, Wardina Safiyyah. Ketika menjadi panel undangan program bual bicara di KB Mall baru-baru ini, Wardina dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya bahawa semua artis Malaysia tidak layak dijadikan ikon. Kenyataan beliau sudah tentu mengundang perhatian ramai penggiat seni tanah air. Baca selebihnya entri ini —>
Ketika menjawab kertas soalan Electromagnetism dalam peperiksaan akhir baru-baru ini, satu perkara berlaku kepada seorang hamba Allah ini yang membuatkan dia semakin yakin dengan pertolongan Allah s.w.t. Ketika sedang menjawab soalan, hampir kesemua soalan berjaya dijawab. Hanya tinggal beberapa soalan lagi yang belum berjawab. Setelah beberapa jam berlalu, tinggal satu lagi soalan yang belum dijawab. Hamba Allah ini benar-benar buntu. Pelbagai perasaan muncul.
“ Aku rasa macam pernah buat soalan ni.”
“ Macam mana nak start jawab soalan ni? “
Tiba-tiba hamba Allah ini teringat pesanan arwah ayahnya.
“ Masa exam, kalau tak ingat apa yang kita dah baca, cuba selawat pada nabi, InsyaAllah boleh ingat balik.”
Lantas hamba Allah ni selawat tak putus-putus. Tiba-tiba akal terbayang satu cara bagaimana nak selesaikan soalan tersebut. Lantas tangan bergerak selari dengan apa yang akal bayangkan. Akhirnya siap juga pengiraan yang dibuat. Selepas tamat, hamba Allah ini terus menutup soalan tadi kerana bimbang datang pula perasaan was-was dengan jawapan tadi. Kata orang, dalam exam, lintasan pertama itu kata hati, lintasan kedua sudah jadi bisikan syaitan.
Alhamdulillah,pagi tadi program agama ke-2 di JAD selepas ‘Ada Apa Dengan Allah’,berjalan dengan sempurna. Walaupun program bermula agak sedikit lewat disebabkan beberapa sebab-sebab yang tidak dapat dihalang,namun objektif program boleh dikatakan telah tercapai.
dari kiri:haziq,syahjaril,ustaz yusof,izan,hafiz,arif
Program ini disempurnakan oleh Ustaz Yusuf dari SIRIM.Kaedah yang diaplikasikan ialah perbincangan.Sebelum perbincangan bermula,ustaz beberapa kali mengingatkan bahawa pada hari ini dia tidak mampu menyentuh kesemua masalah-masalah berkaitan dengan solat kerana masa yang terhad tetapi dia cuba lakukan yang terbaik.
Program dimulakan dengan tayangan video tentang solat Rasulullah. Walaupun video agak lama,namun aq yakin mesej yang cuba disampaikan jelas.Setiap kali gerakan di dalam solat yang ditunjukkan,diterang kembali oleh ustaz.Jadi,aq merasakan semua orang dapat memahaminya dengan lebih mendalam.
Setelah video yang ditayang tamat,ustaz menjelaskan secara terperinci gerakan-gerakan yang ditunjukkan dan ustaz membuka kepada apa-apa pertanyaan.Sememangnya pelajar JAD sangat mengkagumkan,soalan yang dilontarkan terlalu banyak sehingga ustaz terpaksa menamatkan sesi soal jawab bagi memberi laluan kepada sesi solat jamak dan qasar.
Ustaz menerangkan tentang solat qasar
“Sebelum saya lanjutkan lagi percakapan saya,saya ingin awak semua ambil perhatian,apabila saya bercakap tentang solat jamak,saya tidak bercakap tentang jamak dan qasar dan apabila saya bercakap tentang solat qasar,saya tidak bercakap tentang jamak dan qasar,”ulang ustaz di awal sesi.
ustaz yusof dengan semangatnya,fuh!
Disebabkan masa yang tidak mengizinkan,ustaz hanya menekankan perkara-perkara yang menjadi kekeliruan masyarakat melayu sahaja.Perkara-perkara fakta seperti hukum,ustaz menyuruh kami membelek salinan buku ‘Fikah Luar Negara’ yang ditulis oleh Ustaz Maszlee Malik.
Secara keseluruhannya,aq merasakan objektif program ini tercapai.Semua pelajar pulang dengan harapan untuk diadakan lagi program seperti ini. Bermakna,ustaz telah berjaya membekalkan ‘fikir’ kepada semua pelajar sebelum dia berpisah.Terima kasih yang teramat diucapkan kepada ustaz kerana sanggup meluangkan masa bersama kami dan terima kasih juga kepada Biro Pembangunan Insan MPP 2009 kerana bertungkus-lumus menjayakan program ini.Tahniah diucapkan.
Sudah seminggu berlalu,minggu orientasi pelajar kemasukan 2009 pun tamat.seramai 89 orang pelajar telah mendaftar diri sebagai ayam tambatan YPM secara sah.Minggu lepas, minggu yang cukup sibuk buat budak-budak MPP,dah la kat TBP kene wat program,hujung minggu kene ikut kouhai g kem lak.Lotey2..Tapi takpe, aq yakin budak-budak MPP ni epi coz dari air muke dorang,aq nampak la dorang sume ni ikhlas.Syabas kat budak2 MPP! Aq xtaw ape-ape sangat sal orientasi ni,tapi ni ade video opening n penutup. Intai-intai la~
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang artikel atau ingin menyertai kami bolehlah menghubungi kami di azzariyat.crew@gmail.com
Anda dibenarkan untuk mengambil dan menyebar mana-mana artikel di sini. Diharapkan untuk anda meletakkan link azzariyat.com sebagai rujukan