Utopia (1) : Berani Bermimpi?
Utopia
“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”
Suatu ketika dahulu, saya terbaca sebuah impian, tertegaknya sebuah negara Islam yang serba canggih dan moden namun masih teguh berteraskan nilai-nilai Islam. Polis menaiki kereta Ferrari mewah, berpakaian serba kemas, dan menjatuhkan hukuman denda berupa zikir. Pintu masuk restoran terpisah antara lelaki dan wanita. Restoran menawarkan hidangan untuk dimakan berjemaah di atas talam. Di restoran, ‘sembang-sembang kopinya’ tentang isu, hendak bersedekah Rm 5000, tetapi tiada yang sudi menerima kerana semua penduduk kaya raya. Dan di luar jendela restoran, ‘bullet train’ bersimpang siur, helikopter dan kapal terbang canggih berlegar-legar di udara, dipandu oleh lelaki-lelaki berjubah dan berserban.
Itulah gambaran sebuah negeri bernama Darul Taqwa.
Gambaran tentang bagaimana Islam mampu memimpin sebuah dunia yang berakhlak tinggi, pada masa sama mencapai puncak kemajuan material yang tertinggi.
Gambaran sebuah utopia…
Baru-baru ini, ada pembaca bertanya, bolehkah sistem Islam yang diamalkan oleh Rasullullah, dipraktikkan dalam kehidupan sekarang? Baca selebihnya entri ini —>






Meta- Log in
- Entries RSS
- Comments RSS
- WordPress.org