azzariyat.com | memberi erti pada diri » malu

Nombor Telefon Allah
Satu perkongsian untuk semua. Semoga kita dapat memetik pengajaran kerana di ladang dunia ini kita semaikan amalan, dan ranuman hasilnya di akhirat kelak…

Budak 7 tahun: Kakak, kakak tau tak nombor telefon Allah?

Kakak: ?? (mengerutkan mukanya)

Budak 7 tahun:  Adik tau nombor telefon Allah! 24434.

Kakak: Ha? (termenung lama, tidak mengerti dan terdiam)

Kakak: Oh… rakaat dalam solat ke? Siapa yang cakap kat adik? (tersenyum)

Budak 7 tahun: Guru besar adik yang cakap waktu perhimpunan tadi.

Lama juga si kakak itu termenung tatkala mendengar patah kata ‘nombor telefon Allah’ kerana memikirkan maksud disebaliknya dalam-dalam. Yang dimaksudkan dengan ‘nombor telefon Allah itu ialah solat 5 waktu yang dilaksanakan tiap-tiap hari. Mungkin sesuai benar perumpamaan ‘nombor telefon Allah’ itu untuk kanak-kanak yang baharu belajar tentang solat. Satu perumpamaan yang saya kira agak menarik.  Anda rasa?

Solat fardu: Satu kewajipan

Perumpamaan tetap perumpamaan. Kewajipan tetap kewajipan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang 5.

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Surah al-Nisa’:ayat 103)

Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang meninggalkan solat? Hari ini tua muda bukan ukuran bagi mereka. Beginilah fenomena zaman ini:

Yang tua merasakan “Aku ni dari dulu lagi tak sembahyang, alang-alang dah tak sembahyang baik….”

Yang muda merungut “Malas ar nak sembahyang. Parent aku tak sembahyang pun….”

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Harus kita ingat, suatu hari nanti, amalan kita akan dihisab oleh Allah s.w.t di mahkamah-Nya. Apakah kita menunaikan kewajipan bersolat? Adakah cukup 5 waktu? Adakah kita khusyuk dalam solat?

Daripada Abu Hurairah r.a, menukilkan sabdaan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Mari Kita Renungkan

Saya cukup tersentuh tatkala membaca sebuah kisah teladan dalam sebuah buku. Suka untuk saya berkongsi kisah itu  di sini.

Suatu ketika, Urwah b. Zubair melakukan perjalanan dari Madinah ke Syam yang sangat jauh dan penuh dengan rintangan. Dia selalu menyelesaikan bacaan al-Qurannya setiap empat hari sekali dan selalu bangun sepertiga malam. Dia ibarat laut yang tak bertepian, itulah gelaran yang disandangkan oleh Zuhry kepadanya.

Sesampai di Syam, dia menginap disebuah rumah, Takdir Allah, dia diserang penyakit akkalah (penyakit seperti kanser) pada kakinya. Penyakit itu menjalar ke pergelangan kakinya hingga terpaksa dipotong. Namun, dia tetap brsabar terhadap dugaan Allah yang menimpanya. Setelah itu, penyakitnya menjalar lagi hingga ke betis dan akhirnya lutut sehingga anggota badan itu terpaksa dipotong. Namun, dia tetap bersabar dengan apa yang dialaminya itu.

Para doktor memberikan minuman khamar (minuman keras) kepadanya agar dia mabuk dan tidak berasa sakit ketika kakinya dipotong. Urwah merupakan seorang yang Zuhud dan takut untuk melakukan maksiat. Doktor memerintahkannya untuk meneguk khamar tersebut. Namun dia menjawab:

“Demi Allah, saya tidak akan meminumnya. Bagaimana boleh saya menghilangkan kesedaran saya dengan meminumkhamar, sedangkan kesedaran yang saya miliki merupakan kurniaan Allah kepada saya? Bagaimana saya akan melakukan sesuatu yang diharamkan Allah? Jika saya dalam keadaan solat saya akan lupa dengan rasa sakit, maka ketika itu potonglah kaki saya.”

Tatkala dia sedang solat, kakinya dipotong. Ketika dia selesai solat,barulah dia sedari bahawa kakinya sudah dipotong. Dan dia tidak sedikitpun merasa sakit.

Begitulah kisahnya. Betapa khusyuknya solat Urwah b. Zaid. Cuba kita renungkan diri kita pula. Apakah sampai kita pada tahap kekhusyukan itu? Saat kita menghadap Allah, saat itulah fikiran diserang dan berperang dengan seribu satu macam perkara. Bertubi-tubi busur panah syaitan menembusi relung fikiran.

“Alamak, report ngan shukudai tak siap lagi! Adoi, laparnye perut… Eh, jap lagi nak makan kat mane ek? Syasya bukak tak hari ni? Mak cik bakso? Alamak, aku rasa macam tertinggal duit kat atas… Ishh, panjang betul imam ni baca… Siapa lalu lalang ni, aku nak sembahyang pun tak senang..”

Begitulah penyakitnya, fikiran kita menerawang jauh saat takbiratul ihram diangkat dan tangan dalam keadaan qiam. Akhirnya, bilangan rakaat entah ke mana, bacaan entah sudah sampai ke mana, dan khusyuk entah tak kunjung tiba.

Kita tak mahu melupakan sejenak duniawi kerana Allah s.w.t. Tuhan yang telah menciptakan kita dan jagat alam seluruhnya. Sedangkan Nabi s.a.w berkata dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan. Justeru, saat kita mengangkat takbiratul ihram, orang Jepun kata: shuuchuu. Atau orang Melayu kata: tumpukan perhatian. Khusyuk. Itulah kunci solat yang diterima Allah s.w.t.

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Intiha

5 kali sehari kita diseru dengan seruan azan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dan kadang-kadang kita terleka dengan hal-hal dan hiburan dunia lantas meninggalkan tuntutan solat berjemaah.

Katakan:

Dalam sebuah pertandingan Explorace, ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta.

Si A membuat kerja secara berkumpulanDia diberikan 27 mata untuk setiap cabaran kerana menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan.

Manakala si B melakukannya seorang diri dan hanya satu mata yang diperolehinya untuk 5 cabaran itu.

Jadi markah penuh si A ialah135 manakala markah si B hanya 5. Jauh berbeza bukan? Sudah tentu, si A yang mencapai kemenangan pada akhirnya.

Itu baru contoh yang maujud. Kita tidak tahu berapa banyak pahala yang Allah kurniakan untuk solat brjemaah. Lebih-lebih lagi ia digandakan dengan 27 kali ganda. Subhanallah!

Sama-samalah kita fikirkan…Sesungguhnya, tiada panggilan sepenting seruan Ilahi!

Malukah kita?
Abu Hurairah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab:

“Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu kepada lelaki yang soleh dalam kalangan kamu.”

Kehidupan yang banyak mengajar

Maaf jika post kali ini juga berkenaan dengan jepun. Sedar tak sedar, sudah hampir 20 hari menjejakkan kaki di bumi sakura ini. Sedar tak sedar juga, banyak yang dipelajari di sini, walaupun kelas masih belum bermula. Kehidupan baru yang banyak mengajar erti bersyukur, banyak mengajar untuk lebih banyak berfikir tentang masa hadapan. Peningkatan umur barangkali, terasa diri ini terlalu tua untuk bersuka ria sahaja di sini. Banyak yang perlu difikirkan, banyak yang perlu dirancang untuk kebaikan diri sendiri.

Di sini juga ada Allah

Berada di perantauan kadang-kadang membuatkan kita merasa terasing dari segala-galanya.

Terhimpit di celah-celah ribuan orang di pasar Ueno.

Terasing dalam berpakaian di tengah-tengah Shinjuku.

Dipandang pelik sewaktu bersama-sama melihat keindahan sakura.

Tercampak ke laluan bawah tanah tepi cleaning room demi menunaikan janji pada tuhan.

Sehingga kadang-kadang mencabut rasa izzah dalam diri terhadap Islam yang dianuti. Mencabut rasa adanya Allah di sisi yang sentiasa memerhati. Hakikatnya walau di mana jua kita berada, Allah sentiasa ada. Malaikat, jin dan syaitan juga ada walau di bumi mana pun kita berada.

Teman, kita perlu kuat di sini

Teman, tiada yang menjaga kita di sini.

Teman, tiada lagi azan dan surau di sini.

Teman, tiada siapa untuk memerhati tingkah laku dan menasihati kita di sini.

Maka, kita sendiri perlu kuat di sini.

Kita sendiri perlu bergerak untuk membina benteng iman di hati.

Kita sendiri perlu bergerak mencari ilmu untuk kemudahan beribadah di sini.

Kita sendiri perlu bergerak mencari majlis-majlis yang mampu untuk mer’charge’ iman di hati.

Kita sendiri perlu bergerak untuk mengajar diri bahawa Allah sentiasa memerhati.

Teman, peliharalah ukhwah ini. Semoga bertemu dan berpisahnya kita keranaNya.

Semoga dengan rahmatNya kita mampu untuk membina bi’ah solehah disekeliling kita di bumi terasing ini.

Teman, malulah kita padaNya yang memberikan kita hidup sehingga hari ini.

Memberikan kita segala macam nikmat sehingga kita mampu berdiri seperti hari ini.

Maka, bergeraklah memimpin diri kita ke arah yang diredhainya, walau di mana jua kita berada.

Di mana malumu?
Situasi 1

A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”

B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”

Situasi 2

A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”

B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3

A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”

B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4

A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”

B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”

A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”

B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5

A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”

B: “Tu kawan aku datang.  Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6

B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape?    Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7

A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”

B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan.  Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cub abaca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul?  Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan?   Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah  diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex.  Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan  turun ke surau.  Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan  kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri.  Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita.  Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]

Valentine’s Day:No Panties, No Faith!
The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

[source]

Siapa sangka remaja kita, Islam dan Waras, sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian. Valentine’s Day yang dirai oleh orang Kristian sempena mengingati pengorbanan paderi St.Valentino demi cinta bukan sahaja dirai oleh remaja Islam malah mereka  siap mengadakan upacara-upacara khas bagi memeriahkan hari kekasih ini. Dulu, mereka sekadar berpegangan tangan dan bersiar-siar di pusat membeli belah, suap-menyuap coklat dan memberi bunga ros merah tapi hari ini, mereka merancang untuk tidak memakai seluar dalam pada hari tersebut, apa maknanya?

Dalam sebuah bandar, ada sebuah mahligai yang terlampau indah. Pintunya daripada kristal, dindingnya dihiasi dengan lukisan-lukisan yang mahal-mahal, sofanya lembut-lembut, tvnya besar-besar, pendek kata, andai kata ada syurga di dunia maka itulah syurganya. Di dalamnya juga tersimpan seribu satu khazanah, sejuta dua harta, siapa yang mencurinya pasti jadi jutawan. Namun, bukan senang untuk mencurinya, di kawasan paling luar ada 10 orang pengawal keselamatan, setiap bucu rumah pula ada kamera yang memerhati, pantang ada pergerakan pelik, loceng keselamatan pula akan berbunyi. Khazanah itu selamat untuk beberapa tahun sehinggalah empunya kepada mahligai itu memberi cuti kepada pengawal keselamatannya, mematikan segala kamera yang ada di rumahnya dan menutup penggera keselamatan. Empunya rumah sesekali tidak berniat untuk membenarkan pecuri masuk, dia hanya suka-suka untuk buat semua itu, pada pendapat anda, adakah pencuri akan masuk ke dalam mahligainya atau tidak?

Percayalah bahawa pencuri akan mengambil kesempatan ini untuk memecah masuk ke dalam mahligainya dan mencuri segala harta yang ada di dalam rumahnya walaupun pada hakikatnya, tuan rumah tidak berniat lansung untuk memberi hartanya kepada pencuri. Apa yang dibuatnya hanyalah suka-suka, tiada maksud lain malah dia sendiri masih berjaga-jaga, bimbang benar hartanya dicuri tapi pasti,pencuri akan ambil kesempatan itu untuk mengambil segala harta miliknya.

“Kami bukan buat ape pon, just x pakai seluar dalam je..Bukan kami bogel pun…”

“Xsporting la..Orang nak freehair marah, orang xnak pakai sluar dalam pun xboleh..kolot la..kalo camni la Islam, sampai bile kite nak maju?Kite kene ikut arus zaman la..Sampai bile kite nak pakai tudung berat2 sampai nak gerak pun susah?”

Sporting tak sporting tapi tidak memakai seluar dalam sempena hari kekasih, jijik bunyinya. Kedengaran seolah-olah remaja perempuan yang bertindak sedemikian memanggil-manggil sambil berkata, “nikmati lah saya,nikmati lah saya.” Memang betul, dia tidak ingin kesucian yang ada padanya dirampas tapi tindakannya menghala ke arah itu. Anda ada RM100, cuba letakkan di tempat orang ramai lepak, pasti duit anda akan diambil orang walhal anda sesekali pun tidak pinta supaya duit anda diambil.Itulah analoginya.

Bukanlah hukum sambut Valentine’s Day yang ingin saya bincangkan dan bukan pula hukum bercouple tapi saya ingin tanya, dimanakah MALU anda jika anda buat sedemikian? Di mana malu yang selama ini menjadi kebanggaan orang Melayu? Di mana malu yang selama ini menjadi benteng kita daripada maksiat?Sahih kata nabi, “jika hilang malu, buatlah apa sahaja”.Kerana dalam sabdaan lain baginda bersabda bahawa “malu dan iman itu seiringan, hilang satu maka musnah lah yang satu lagi.”

Dalam satu lagi hadis lain, daripada al-Nawwas bin Sam’aan, Nabi telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Dikisahkan bahawa nabi Adam cemburu dengan kita,umat Islam. Salah satu daripada rintihannya berbunyi; Ya Allah, ketika aku mengkhianati Mu, Engkau lucutkan pakaianku  dan Engkau buang aku dari Syurga tapi Umat Muhammad, mereka mengkhianati Mu dengan melucutkan pakaian mereka tapi Engkau masih menerima mereka masuk ke syurga Mu.”

Tanya diri kita, muhasabah diri kita, adakah masih ada malu dalam diri kita atau tiada? Kalau tiada, maka kita tiada iman. Nau’zubillah.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/RNg7AtVaFfg&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/RNg7AtVaFfg&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Bukan Setakat Mati “Pucuk”
Tatkala azzariyat.com dibanjiri kisah-kisah teladan untuk kaum hawa yang membawa ke syurga, saya terfikir sendiri, adakah terlalu ramai wanita yang ingin diselamatkan dari neraka hingga terlupa membawa lelaki ke syurga? Tatkala kita lantang menegur kaum wanita dalam bab menjaga aurat hatta dengan memakai stoking Giant 99 sen, hingga ke soal tabarruj dan menghias diri bahkan sehingga soal sekompleks ikhtilat (pergaulan silang jantina), terlupakah kita wahai kaum adam betapa besarnya peranan dan tanggungjawab tergalas di pundak kita sesuai dengan amanah kekuatan dan kemampuan akal yang kita miliki.

Dalam membicarakan soal tanggungjawab kaum adam terhadap agama ini, saya tertarik dalam melihat isu solat berjemaah. Ramai mempersoalkan hukum solat berjemaah, wajib atau sunat. Soalnya kita mencari hukum untuk mencari kebenaran atau alasan untuk melarikan diri dari peranan.

-Jika terjumpa hukum mengatakan ia sunat, kita pun menarik nafas lega kerana boleh solat sendirian tanpa rasa bersalah atau setidak-tidaknya boleh dijadikan hujah menentang ‘geng’ dakwah yang sibuk mengajak anda ke surau.

-Jika terjumpa pula hukumnya wajib, kita gunakan alasan kita masih lagi baru nak mengenal agama dan tuhan, maka perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Takkanlah baru belajar merangkak terus nak berlari. Islam itukan mudah dan tidak membebankan hambanya.

Tuntasnya, tanyalah apa jua soalan, berilah apa jua jawapan, semuanya akan diolah mengikut apa yang anda mahu dengar. Maka jadilah anda seorang hamba, yang beribadat menyembah tuhannya mengikut apa yang anda mahu, bukan pada apa yang Allah mahu.

Bukankah ibadat anda itu kerana Allah. Dan rasa-rasanya (common sense), Allah lebih suka anda solat di mana?

Mati “akar”

Bukanlah saya ingin mengulas tentang hukum solat berjemaah namun tumpuan saya adalah pada cara kita berinteraksi dengan hukum dan kemahuan Allah. Tolak ke tepi masalah kekurangan ilmu kita dalam soal agama, soalnya apa yang kita ‘tahu’ sudahkah cukup mencetuskan rasa ‘mahu’ kita kepada tuhan? Maka ilmu yang kita miliki cukuplah berlegar-legar di akal tanpa meresap ke dalam hati. Umpama tanah keras yang menampung air di atasnya, air itu boleh dimanfaatkan orang lain, namun tidak bermanfaat untuk dirinya, kerana air itu gagal meresap ke dalam tanah.

Dengan membuang elemen ketuhanan dalam diri maka bertempiaranlah kita mendepani kehidupan tanpa tujuan yang jelas. Bertemulah kita dengan pelbagai konflik luaran dan krisis dalaman terhadap diri sendiri dan orang lain. lantas lahirlah rasa benci, bosan, marah, dan menyampah dengan kehidupan apabila yang diingini tak dapat kita kecapi yang akhirnya menatijahkan segala masalah sosial kesan tindak balas kita memberontak terhadap sistem kehidupan yang kita ciptakan sendiri. Lahirlah ungkapan-ungkapan :

“tidak kupinta lahir ke dunia…..”

“batinku menjerit namun tiada suara….”

“harusnya takkan kubiarkan engkau pergi, membuat ke terpuruk rasa ingin mati…..”

Who you are determine how you see. What you see is what you get.

Siapa kita menentukan cara kita melihat, ‘worldview’. dari sudut pandangan yang kita tetapkan kita membentuk sebuah system keyakinan, ‘belief system’ yang menjadi asas kita mendepani hidup. System keyakinan ini akan memandu kita membuat pilihan dan keputusan dalam kehidupan.

Jika kita gagal melihat diri sebagai hamba yang layak diuji bila-bila masa, maka tiadalah ibrah yang dapat kita ambil dari ujian dan dugaan yang didatangkan kepada kita. Analisislah segala permasalahan di dunia hatta di bidang ekonomi dan politik sekalipun, di hujung pencarian anda pasti bertemu satu titik punca yang menyatukan segala masalah ini iaitu manusia-manusia  yang tersalah membuat pilihan kesan salahnya system keyakinan kita.

Maka tanyakan pada diri, siapa saya? Kenapa saya hidup, kenapa saya akan mati? Ke manakah saya selepas mati?

Ujian membawa kita kepada-Nya

Suka atau tidak, sudi atau tidak, anda akan memikirkan hal-hal ketuhanan dan keyakinan ini, jika bukan sekarang mungkin satu hari nanti. Cuba lihat tatkala dunia dilanda krisis ekonomi global, semua pihak berpusu-pusu mencari alternatif sistem perbankan Islam sebagai penyelamat. Begitulah juga kita, apabila gagal dalam peperiksaan, atau dilanda kesempitan kewangan, menggagaulah kita mencari sejadah mendekatkan diri dengan tuhan.

Mungkin nanti ada yang pesimis menempelak “haaa tu lah, bila dah susah baru nak ingat tuhan”. Namun bersyukurlah kerana setidak-tidaknya Allah “memaksa” anda pulang kepada-Nya dengan “hambatan” ujian dari-Nya, kerana ramai juga golongan-golongan yang tidak sedar diri (lupa diri), setelah diuji masih lagi berdegil melupakan Allah (al-hasyr:19).

Malu-malu manja

Namun sayangnya akibat terlalu lama meminggirkan diri dari Islam, ramai yang masih segan-segan untuk kembali kepada Islam walaupun kesedaran itu telah ada.

Takut untuk turun solat di surau, nanti orang kata buang tabiat pula.

Takut nak pakai menutup aurat, nanti orang kata aktivis dakwah.

Sayangnya tak takut pula mendengar apa yang Allah kata.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sekalian pembaca, marilah kita perbetulkan cara kita melihat dunia ini dengan cara mengenal siapa kita. Jika pencarian kita menemukan kita dengan hakikat kita hamba yang berTuhan, nescaya kita akan melihat kebaikan dan hikmah dalam setiap hukum dan ujian yang Allah tetapkan kepada kita. Kepada yang dibukakan jalan, dan dicampakkan sedikit kesedaran untuk mula mencari tuhan, mulakanlah langkah perjalanan anda selangkah demi selangkah dan janganlah berhenti di persimpangan kerana anda tidak tahu bila saatnya ajal menjemput anda pulang.

Carilah tuhan di dalam hati.

Untuk tahu siapa anda di sisi Allah, tanyalah siapa Allah di sisi anda. Jika Allah di sisi anda ibarat melukut di tepi gantang, siapalah anda di sisi Allah?

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,

Kita tak hendak, Allah lagi tak ingin…

Wallahualam.