azzariyat.com » manja

Utopia (Review) : Kenapa Awek Tak Nak Dengan Saya?
Zarif :               Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz :               21hb ni, 11 pagi.

Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…

Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…

Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif :               Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?

Hafiz :               Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?

Zarif :               Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz :               Lagi?

Zarif :               Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?

Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…

Hafiz :               Hmmmmm…

Zarif  :               Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz :               Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.

Zarif :               Wow cerita sikit…

Hafiz :               Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.

Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.

Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.

Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.

Zarif :               Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz :               Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.

Zarif :               Betul jugak eh. Aku tersilap!  Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz :               Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?

Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.

Zarif :               Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam

Hafiz :               Huhu Insyaallah. Salam…

Related posts:

Utopia (1) : Berani Bermimpi?

Review : Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

Awek Perfect atau Awek Best?

Bukan Setakat Mati “Pucuk”
Tatkala azzariyat.com dibanjiri kisah-kisah teladan untuk kaum hawa yang membawa ke syurga, saya terfikir sendiri, adakah terlalu ramai wanita yang ingin diselamatkan dari neraka hingga terlupa membawa lelaki ke syurga? Tatkala kita lantang menegur kaum wanita dalam bab menjaga aurat hatta dengan memakai stoking Giant 99 sen, hingga ke soal tabarruj dan menghias diri bahkan sehingga soal sekompleks ikhtilat (pergaulan silang jantina), terlupakah kita wahai kaum adam betapa besarnya peranan dan tanggungjawab tergalas di pundak kita sesuai dengan amanah kekuatan dan kemampuan akal yang kita miliki.

Dalam membicarakan soal tanggungjawab kaum adam terhadap agama ini, saya tertarik dalam melihat isu solat berjemaah. Ramai mempersoalkan hukum solat berjemaah, wajib atau sunat. Soalnya kita mencari hukum untuk mencari kebenaran atau alasan untuk melarikan diri dari peranan.

-Jika terjumpa hukum mengatakan ia sunat, kita pun menarik nafas lega kerana boleh solat sendirian tanpa rasa bersalah atau setidak-tidaknya boleh dijadikan hujah menentang ‘geng’ dakwah yang sibuk mengajak anda ke surau.

-Jika terjumpa pula hukumnya wajib, kita gunakan alasan kita masih lagi baru nak mengenal agama dan tuhan, maka perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Takkanlah baru belajar merangkak terus nak berlari. Islam itukan mudah dan tidak membebankan hambanya.

Tuntasnya, tanyalah apa jua soalan, berilah apa jua jawapan, semuanya akan diolah mengikut apa yang anda mahu dengar. Maka jadilah anda seorang hamba, yang beribadat menyembah tuhannya mengikut apa yang anda mahu, bukan pada apa yang Allah mahu.

Bukankah ibadat anda itu kerana Allah. Dan rasa-rasanya (common sense), Allah lebih suka anda solat di mana?

Mati “akar”

Bukanlah saya ingin mengulas tentang hukum solat berjemaah namun tumpuan saya adalah pada cara kita berinteraksi dengan hukum dan kemahuan Allah. Tolak ke tepi masalah kekurangan ilmu kita dalam soal agama, soalnya apa yang kita ‘tahu’ sudahkah cukup mencetuskan rasa ‘mahu’ kita kepada tuhan? Maka ilmu yang kita miliki cukuplah berlegar-legar di akal tanpa meresap ke dalam hati. Umpama tanah keras yang menampung air di atasnya, air itu boleh dimanfaatkan orang lain, namun tidak bermanfaat untuk dirinya, kerana air itu gagal meresap ke dalam tanah.

Dengan membuang elemen ketuhanan dalam diri maka bertempiaranlah kita mendepani kehidupan tanpa tujuan yang jelas. Bertemulah kita dengan pelbagai konflik luaran dan krisis dalaman terhadap diri sendiri dan orang lain. lantas lahirlah rasa benci, bosan, marah, dan menyampah dengan kehidupan apabila yang diingini tak dapat kita kecapi yang akhirnya menatijahkan segala masalah sosial kesan tindak balas kita memberontak terhadap sistem kehidupan yang kita ciptakan sendiri. Lahirlah ungkapan-ungkapan :

“tidak kupinta lahir ke dunia…..”

“batinku menjerit namun tiada suara….”

“harusnya takkan kubiarkan engkau pergi, membuat ke terpuruk rasa ingin mati…..”

Who you are determine how you see. What you see is what you get.

Siapa kita menentukan cara kita melihat, ‘worldview’. dari sudut pandangan yang kita tetapkan kita membentuk sebuah system keyakinan, ‘belief system’ yang menjadi asas kita mendepani hidup. System keyakinan ini akan memandu kita membuat pilihan dan keputusan dalam kehidupan.

Jika kita gagal melihat diri sebagai hamba yang layak diuji bila-bila masa, maka tiadalah ibrah yang dapat kita ambil dari ujian dan dugaan yang didatangkan kepada kita. Analisislah segala permasalahan di dunia hatta di bidang ekonomi dan politik sekalipun, di hujung pencarian anda pasti bertemu satu titik punca yang menyatukan segala masalah ini iaitu manusia-manusia  yang tersalah membuat pilihan kesan salahnya system keyakinan kita.

Maka tanyakan pada diri, siapa saya? Kenapa saya hidup, kenapa saya akan mati? Ke manakah saya selepas mati?

Ujian membawa kita kepada-Nya

Suka atau tidak, sudi atau tidak, anda akan memikirkan hal-hal ketuhanan dan keyakinan ini, jika bukan sekarang mungkin satu hari nanti. Cuba lihat tatkala dunia dilanda krisis ekonomi global, semua pihak berpusu-pusu mencari alternatif sistem perbankan Islam sebagai penyelamat. Begitulah juga kita, apabila gagal dalam peperiksaan, atau dilanda kesempitan kewangan, menggagaulah kita mencari sejadah mendekatkan diri dengan tuhan.

Mungkin nanti ada yang pesimis menempelak “haaa tu lah, bila dah susah baru nak ingat tuhan”. Namun bersyukurlah kerana setidak-tidaknya Allah “memaksa” anda pulang kepada-Nya dengan “hambatan” ujian dari-Nya, kerana ramai juga golongan-golongan yang tidak sedar diri (lupa diri), setelah diuji masih lagi berdegil melupakan Allah (al-hasyr:19).

Malu-malu manja

Namun sayangnya akibat terlalu lama meminggirkan diri dari Islam, ramai yang masih segan-segan untuk kembali kepada Islam walaupun kesedaran itu telah ada.

Takut untuk turun solat di surau, nanti orang kata buang tabiat pula.

Takut nak pakai menutup aurat, nanti orang kata aktivis dakwah.

Sayangnya tak takut pula mendengar apa yang Allah kata.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sekalian pembaca, marilah kita perbetulkan cara kita melihat dunia ini dengan cara mengenal siapa kita. Jika pencarian kita menemukan kita dengan hakikat kita hamba yang berTuhan, nescaya kita akan melihat kebaikan dan hikmah dalam setiap hukum dan ujian yang Allah tetapkan kepada kita. Kepada yang dibukakan jalan, dan dicampakkan sedikit kesedaran untuk mula mencari tuhan, mulakanlah langkah perjalanan anda selangkah demi selangkah dan janganlah berhenti di persimpangan kerana anda tidak tahu bila saatnya ajal menjemput anda pulang.

Carilah tuhan di dalam hati.

Untuk tahu siapa anda di sisi Allah, tanyalah siapa Allah di sisi anda. Jika Allah di sisi anda ibarat melukut di tepi gantang, siapalah anda di sisi Allah?

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,

Kita tak hendak, Allah lagi tak ingin…

Wallahualam.

Related posts:

Mati Itu Kehidupan..

Natrah Bukan Maria

Nik Aziz Bukan Malaikat, Mahathir Bukan Syaitan, Dan Sebaliknya…