azzariyat.com » manusia

Sedangkan Monyet Pun Boleh Jatuh Dari Pokok
Jangan tak tahu, Jepun pun ada kata-kata pepatah. Setelah menyelongkar pepatah bahasa Jepun, saya tertarik dengan satu pepatah yang berbunyi;

” Saru mo ki kara ochiru. “

Membawa maksud yang lebih kurang begini;

” Sedangkan monyet pun boleh jatuh dari pokok.”

Mari saya terangkan maksud yang saya faham daripada pepatah ini. Kita mengenali sifat monyet yang pandai memanjat. Pendek kata, memanjat ini sudah jadi kebiasaan bagi si monyet. Namun adakala, si monyet juga tersilap langkah ketika memanjat lantas terjatuh dari pokok. Membawa maksud, dalam kebiasaan yang kita lakukan pasti ada masanya kita tersilap dan melakukan kesilapan. Begitu juga dengan manusia, kebiasaan bagi manusia adalah menjalani kehidupan. Manusia makan, berbasikal, berkawan, tidur, pergi ke kelas, berkomunikasi. Itulah antara rutin kehidupan bagi manusia. Namun adakala, manusia melakukan kesilapan ketika makan lalu tertelan tulang ikan, manusia melakukan kesilapan ketika berbasikal lalu terjatuh ketika mengayuh basikal, manusia melakukan kesilapan ketika berkawan menyebabkan ada hati yang terluka. Apa kaitan rutin hidup manusia dengan monyet?

Maka terhasillah maksud sebenar pepatah tadi;

” Everyone makes mistakes.”

” Setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.”

Suka saya kaitkan perihal kesilapan ini dengan perihal hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, yang juga kita sambut semalam. Kesilapan adalah guru yang kita tidak nampak mungkin.

Guru tadika punya gaya tersendiri ketika mengajar. Mereka ceria mengajar ABC dan lagu-lagu comel untuk si murid.

Guru sekolah menengah punya gaya tersendiri ketika mengajar. Mereka mengisi masa mengajar sepenuhnya dengan banyak fakta yang harus pelajar ketahui.

Guru di universiti pula pasti punya gaya tersendiri ketika mengajar. Mungkin lebih bersifat tegas dalam mendidik untuk melahirkan pelajar yang boleh berdikari mencari sumber ilmu.

Begitu juga dengan guru yang namanya kesilapan. Punya gaya sendiri ketika mendidik. Mendidik diri manusia melalui kesilapan yang pernah dilakukan.

Anda pasti pernah mengalami zaman tersilap tulis jawapan yang menyebabkan markah peperiksaan anda dipotong.

Anda pasti pernah mengalami saat kecewa tatkala mendapat markah 1 per 30 apabila anda tersilap jalan kira ketika menjawab soalan fizik suatu ketika dahulu.

Anda pasti pernah menyesal tatkala ada sahabat yang kecil hati dengan gurauan anda yang keterlaluan.

Itu semua namanya kesilapan. Kita pasti tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama melainkan kita tidak sedar yang kita sedang melakukan kesilapan. Kita pasti tidak mahu markah peperiksaan dipotong lagi atas kesalahan yang sama. Kita pasti tidak mahu mendapat markah 1 per 30 lagi kerana kesilapan yang sama. Kita pasti tidak mahu kawan kita berkecil hati dengan kita lagi atas kesilapan kita bergurau dengan gurauan yang sama.

Itulah jasa guru yang namanya kesilapan. Ia beri kita satu perasaan berbentuk penyesalan, lantas mengisi ruang ingatan kita agar kita sentiasa beringat untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

Namun maksud pepatah ” Saru mo ki kara ochiru ” ini bukanlah satu jaminan untuk kita merasa lega tatkala melakukan kesilapan tapi ia lebih berbentuk motivasi supaya kita tidak terlalu kecewa apabila melakukan kesilapan yang mana hakikatnya manusia ini tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Jadilah orang yang melakukan sesuatu dengan penuh hati-hati. Jadilah orang yang melakukan semua perkara dengan ahsanu ‘amala (amalan yang baik).

Selamat Hari Guru buat guru-guru yang setia menjadi pendidik kepada pelajarnya. Buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, kalian sentiasa dalam doa dan kenangan. Sesungguhnya dalam ajarmu ada harapan, dalam tegurmu adanya doa, dalam marahmu ada sayang, dalam tawamu ada mesra dan dalam diammu adanya bijaksana.

Semoga Allah merahmati kehidupan insan mulia bergelar guru.

Selamat Hari Guru juga buat guru yang namanya kesilapan!

Hari ini boleh belajar satu pepatah bahasa Jepun. Lepas ni boleh belajar banyak lagi pepatah bahasa Jepun ya!

Related posts:

Pokok tanpa buah

10 minit yg bermakna: bagaimana saya boleh bertudung~

Lailatul Qadr : Sedangkan Allah cukup sayang kepada hambaNya~

Ihsan Itu Datang Membawa Ikhlas
Dari Umar r.a, dia berkata, ” ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah s.a.w di suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut hitam legam. Tidak nampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi dengan menempelkan kedua lututnya pada lutut Rasulullah s.a.w seraya berkata, ” Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam!” Maka Rasulullah bersabda, ” Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan pergi haji jika mampu.” Kemudian orang itu berkata, ” Anda benar.” Kami semua hairan, dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya. Kemudian dia bertanya lagi, ” Beritahukan aku tentang iman!” Lalu baginda bersabda, ” Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.” Kemudian dia berkata, ” Anda benar.” Kemudian dia berkata lagi, ” Beritahukan aku tentang ihsan!” Lalu baginda bersabda, ” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.” Kemudian dia berkata, ” Beritahukan aku tentang hari kiamat ( bila kejadiannya)!” Baginda bersabda, ” Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Dia berkata, ” Beritahukan aku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda, ” jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seseorang bertelanjang kaki dan dada, miskin, dan pekerjaannya kambing, telah berlumba-lumba meninggikan bangunannya.” Kemudian orang itu pergi, dan aku pun terdiam sesaat. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, ” Tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi?” Aku berkata, ” Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, ” Dia adalah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.” [ Hadith Riwayat Muslim]

Hadis diatas sebuah hadis yang menerangkan sedikit sebanyak tentang agama suci iaitu agama Islam. Saya tertarik mengulas tentang ihsan.

” Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.”

Ramai manusia beragama Islam, ramai yang beragama Islam mempunyai iman. Namun berapa ramai umat Islam yang beriman ini memiliki sifat ihsan dalam diri mereka? Seperti yang dijelaskan dalam hadis diatas, ihsan lebih kepada keyakinan dalaman kita bahawa Allah sedang melihat ibadah yang kita lakukan. Jika kita boleh mengetahui Islam atau tidak seseorang itu melalui kad pengenalannya, ia berbeza dengan iman dan juga ihsan. Iman dan ihsan ini lebih bersifat dalaman dan tidak dapat diperhati dengan mata kasar.

Maka, yang bersifat dalaman ini sukar dijaga sesetengah manusia, kerana sesetengah manusia suka apabila perbuatan mereka diketahui manusia. Ramai yang cenderung menjadi baik hanya bila dihadapan orang lain. Ramai yang cenderung menunjukkan akhlak yang baik dihadapan naqib dan naqibah, namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Ramai yang cenderung menunjukkan sikap yang baik dihadapan guru dan rakan namun menjadi sebaliknya apabila bersendirian di rumah. Hal ini berlaku kerana tiada sidat ihsan dalam diri. Sedangkan ketika bersendirian itu, sememangnya tiada manusia yang melihat kejahatan yang kita lakukan, tetapi Allah Azza Wajallah yang Maha Menghitung tetap akan melihat perbuatan kita. Ketika bersendirian inilah, sifat ihsan kita benar-benar teruji.

Sifat ihsan ini datangnya membawa sekali sifat ikhlas dalam diri kita. Ia datang dalam satu pakej. Dimana ikhlas itu adalah rahsia, malah kita juga tidak tahu bagaimana ikhlas ini dihitung. Begitu juga sifat ihsan ini. Bukan mudah mendidik diri bersifat ihsan. Bukan mudah untuk kita melakukan sesuatu dalam waktu yang sama kita merasa ada yang melihat perbuatan kita sedangkan kita tidak dapat melihat-Nya dengan mata kasar kita. Disini dalaman kita teruji, disini hati kita diuji, disini keimanan kita teruji. Betapa sukar kita rasa untuk bersifat ihsan ini, sesukar itulah sebenarnya mujahadah kita dalam usaha menjejaki syurga Allah yang menjanjikan nikmat diluar bayangan kita.

Lantas ia bergantung kepada keimanan kita untuk memilih. Adakah ibadah kita selama ini adalah hanya kita tunjuk dihadapan manusia, atau ketika melakukan ibadah itu kita benar-benar membayangkan Allah sedang melihat kita. Disini mari kita muhasabah kembali. Adakah manusia yang menghitung amal perbuatan kita? Sejauh mana manusia dapat tahu tentang sesuatu yang ada dalam diri manusia lain sedangkan ilmu pengetahuan manusia itu terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu pengetahuan Allah s.w.t.

” Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu.” [ At-Talaaq 65: 12]

” Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah ( ilmu-Nya dan hikmah-Nya). Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [ Surah Luqman 31:27]

Sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu, maka kita yang punya secetek-cetek ilmu ini harus tunduk patuh kepada Allah s.w.t. Kebaikan yang kita lakukan bukan untuk ditunjuk-tunjuk, jauh sekali mengharap pujian manusia lain. Tapi, solat kita untuk mendapat redha-Nya, puasa kita juga untuk redha-Nya, sedekah kita untuk redha-Nya, pendek kata segala kebaikan adalah untuk redha-Nya. Ketika melakukan sesuatu, yakinlah bahawa Allah sedang melihat kita, Allah sedang menghitung kita, maka kita pasti akan takut melakukan kejahatan ataupun maksiat, dan kita pasti akan rasa seronok melakukan kebajikan kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang melakukan kebajikan. Pokok pangkalnya adalah segala-galanya haruslah kerana Allah s.w.t.

Mari memupuk sifat ihsan dalam diri kita. Selamat beramal

Related posts:

Bak sejernih susu, itulah ikhlas

Datang dan Pergi…

ようこそJADへ(Selamat Datang Ke JAD)

Jalan Hidup(1) : Ahh!
Cerita dalam kisah jalan hidup ini bukan kisah benar. Ia menceritakan bahawa jalan hidup manusia ini berbagai-bagai. Dugaan datang dari segenap sudut. Sebagai seorang muslim, bagaimana kita mahu menghadapi dugaan ini? Adakah hanya dengan marah-marah, atau kita kembali kepada Allah s.w.t.

“Ahh! “ Aku mengeluh sambil menghempas beg tangan ke atas katil.

“ Sampai bila mahu hidup begini?” Aku terus mengeluh sambil jari mencapai keyboard laptop.

Hari-hari aku seakan-akan berlalu dengan dua perasaan sahaja. Perasaan mengeluh dan perasaan terpaksa. Sampai bila mahu mengikut telunjuk orang-orang sekeliling. Bukan mereka tidak tahu, aku ke sini mahu belajar! Dan aku pun tahu harapan aku di sini agar aku tidak lupa menambah sebanyak mungkin ilmu agama! Disini aku bertekad tidak mahu buat perkara yang aku rasa tidak baik. Perkara yang mendatangkan ragu di hati aku. Disini aku tidak teringin hidup bebas. Biarlah iman di dada dan ajaran Islam memagar hatiku dari merasa seronok dunia yang berlebihan.

Bukan kerana aku merasa diriku baik! Tapi aku cuba menjadi hamba terbaik kepada Rabbku. Tapi aku disini seperti tidak ada hidupku sendiri, jika aku ingin mengisi hari mingguku dengan sesuatu berbentuk ilmu, ia mungkin terselang-seli dengan aktiviti yang mengundang lalai.

Ahh! Aku tidak sanggup lagi. Sampai bila tradisi mahu menang dengan prinsip diri? Aku bukan mengeji tradisi. Tapi aku terlalu takut ajalku menjemput ketika aku sedang seronok bergelak ketawa! Kerana aku mengharap husnul khatimah.

“ Ahh! “ Aku mengeluh lagi sambil menghentak tapak tangan ke meja belajarku.

Kenapa aku sampai tidak boleh menghadirkan diri ke program yang sangat-sangat aku nantikan semata-mata aku perlu berada disini mengurus festival yang nyatanya aku tidak berminat dengannya? Aku bukan tidak redha! Tapi sampai bila tradisi akan sentiasa menang dengan kehendak diriku? Sampai bila keinginan diri satu persatu ternggelam dek ikutkan tradisi hidup bermasyarakat?

“ Ahh!” Aku sudah bosan dengan mulut manusia.

Ada sahaja yang tidak kena. Tak banyak bergaul pun mereka bising, banyak bergaul pun pasti mereka bising juga. Sampai bila mahu pendam lara di hati tatkala terpaksa senyum kelat di hadapan manusia hipokrit? Mengapa lebih ramai memilih untuk ‘cakap-cakap belakang’ daripada berterus-terang. Pada aku, berterus-terang jalan terbaik menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi aku berterus-terang mampu menguraikan kekusutan dua belah pihak. Tapi mengapa masih ramai memilih untuk diam di depan dan ‘cakap-cakap belakang’? Adakah kerana mereka seronok tanpa mereka fikir ianya mengundang sedih di hati pihak yang diumpat! Ianya membuat pihak yang diumpat lari menjauh diri. Aku jadi keliru mengapa sampai diri diumpat hanya bila mengelakkan diri pergi ke tempat yang mengundang lalai. Kerana aku mudah lalai orangnya! Jika ia tidak mengundang lalai bagi mereka, silakan bergembira disana. Aku tetap tidak mahu pergi! Kalau aku pergi apa mereka dapat? Kalau aku tak pergi pula, mereka tidak rugi apa-apa! Aku tidak faham apa yang mereka mahu! Aku tidak tahu apa yang boleh buat mulut mereka berhenti dari mengeji!

“ Ahh!” Aku tahu aku orang baru disini!

Tapi mengapa semua orang seakan mahu lepas tangan dalam semua hal? Mengapa segenap-genap perkara dianggap tradisi yang wajib dilalui oleh orang baru? Tidak ada sedikitkah rasa ikhlas dalam diri mereka dalam semua perkara? Atau orang baru menjadi tempat mereka melepas kempunan menjadi ‘orang lama’ disitu? Adakah prinsip mereka akan tetap akan menang dengan prinsip diriku sendiri?

“ Ahh!” Mana mungkin aku bertahan dengan keadaan ini! Adakah sabar sudah sampai ke kemuncak? Atau ini hanya mainan iblis!

Kembali kepada Allah s.w.t

“ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,  padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [2:216]

Banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. Pujuk hati kita dengan ayat ini. Ayat ini apabila dihayati, hati akan rasa benar-benar terpujuk untuk kita tidak terlalu membenci sesuatu, tidak pula terlebih suka pada sesuatu, agar jalan hidup kita dapat diteruskan dengan penuh redha dan senyuman   Aku penat mengeluh! Aku penat menyinis! Sekarang aku redha dengan jalan hidup yang diaturkan untukku.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Ya Allah, aku hidup demi redha-Mu, bukan demi manusia.

Hilangkan sedih di hati ini Ya Allah. Hati ini telah putus asa untuk berusaha memuaskan hati semua manusia. Namun tidak akan berputus asa menjadi saudara terbaik untuk setiap mukmin.

Related posts:

Jalan Hidup (2) : Ujian Hidup

Jalan Hidup (3) : Masa Depan

Jalan Hidup (4) : Takdir

Ingin Lari Dari Sunatullah?
Jikalau setiap ciptaan Allah di muka bumi ini memiliki akal dan fikiran, pasti kehidupan di dunia menjadi kacau bilau.

Hari ini saya melihat setiap ciptaan seolah-olah memiliki hati dan perasaan. Pepohon yang beralun ditiup angin seperti anak-anak kecil bersorak kegembiraan. Kerikil-kerikil jalan yang membahang, terik dilimpahi cahaya matahari petang umpama barisan tentera yang tidak gerun dihujani bom dan peluru. Rerumput menghijau, dihiasi bunga warna-warni dan menghampari muka bumi. Meredupkan setiap pandangan mata. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai wajahku lembut. Memberi ketenangan hati seperti memandang wajah ibu. Semuanya bagaikan berbicara bersamaku. Melebarkan senyuman tatkala melihat lirikan mataku.

Tiba-tiba hatiku berdetik. Kenapa manusia tidak seperti ‘mereka’?

Manusia

Manusia ciptaan Allah yang agung. Manusia diberi kelebihan dengan memiliki akal fikiran. Dengan akal, manusia dapat merungkai pelbagai rahsia alam, yang dulu sesuatu yang mustahil bagi pandangan mata manusia. Dalam kalangan manusia juga, utusan Allah diturunkan. Nabi-nabi dan rasul-rasul diberi ilmu untuk mengajak manusia ke jalan Allah. Sehinggalah nabi terakhir, nabi Muhammad s.a.w. juga seorang manusia biasa. Malah, Allah tidak melantik khalifah dalam kalangan tumbuh-tumbuhan mahupun binatang. Manusia menjadi pilihan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”…

Al-Baqarah ayat 30

Tidakkah anda berasa istimewa di sisi Tuhan? Tetapi kenapa masih ramai di kalangan kita yang ingkar?

Tumbuhan

Setiap tumbuhan memiliki akar yang bersirat dan panjang untuk menyerap air-air di dalam tanah. Tumbuhan diberi daun untuk menyerap cahaya matahari dan menghasilkan glukosa. Daun-daun juga mengurangkan karbon dioksida di muka bumi ini dan menghasilkan oksigen. Tumbuhan hanya ada dahan-dahan dan ranting-ranting yang merendang. Apabila tiba waktunya, ‘mereka’ akan menghasilkan buah-buahan yang di dalamnya terkandung pelbagai vitamin dan khasiat.

Namun, semua kelebihan yang ada pada tumbuhan menjadi manfaat kepada manusia. Air yang diserap oleh kaktus, menghilangkan dahaga si peneroka padang pasir. Dahan-dahan yang rendang menjadi tempat teduhan panas terik dan hujan basah. Buah-buahan menjadi makanan kepada manusia. Dan yang paling penting, oksigen yang dikeluarkan. Tanpanya, manusia tidak boleh hidup di alam ini.

Tapi, cuba bayangkan, tumbuh-tumbuhan semuanya mengingkari sunatullah. Mungkin  tidak ada lagi buah-buahan yang meranum untuk mengalas perut. Tidak ada lagi dahan tempat berteduh dari panas dan hujan. Dan yang paling penting sekali, tiada pertukaran karbon dioksida dengan oksigen berlaku. Jika perkara itu terjadi, bagaimana manusia hendak hidup di muka bumi ini?

Di sini, kita tahu dan sedar betapa pentingnya tumbuhan untuk mengikut sunatullah alam. Tetapi, kenapa ramai manusia yang hidup sesuka hati dengan melanggar setiap sunahtullah yang ditetapkan untuknya? Sedangkan tadi mereka tahu kerosakan akan berlaku sekiranya tumbuh-tumbuhan tidak mengikut sunatullahnya. Bukankah manusia dan tumbuh-tumbuhan itu sama? Kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu hidup mengikut sunatullah masing-masing.

Manusia yang sememangnya istimewa, sering kali lalai dalam kelebihan yang telah diberi. Ketamakan dan kebakhilan menguasai diri.  Akal yang digunakan untuk berfikir kebesaran Allah dirosakkan. Tubuh badan yang cergas dibiarkan lemah. Amanah Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi diabaikan. Manual kehidupan (Al-Quran) ditinggalkan. Tetapi, kepuasan nafsu diutamakan. Kepentingan diri dipertahankan. Inikah yang diharap-harapkan oleh Allah terhadap hamba-hambanya?

Sebagaimana yang telah termaktub dalam manual kehidupan manusia:

Dan sungguh, dalam Al-Quran ini telah Kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tetapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran).

Al-Isra’ ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.

Al-Kahf ayat 54

Maka, berhenti berlari dari sunatullah alam. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.

Related posts:

10 saat lagi!!! LARI!!!!!!!!

Ya Allah, aku ingin berubah…tapi…

Tutorial:Download mp3 dari youtube

Golongan Manusia Yang Didoakan Malaikat
oleh : Naml

Cuti bukan satu halangan untuk aku berkongsi ilmu dengan kawan-kawan diblog yang semakin dikenali ini. Hari Jumaat lalu, aku ada baca satu article dalam Harian Metro. Rasanye article ni sesuai dikongsi dengan rakan-rakan semua.

Percaya kepada malaikat adalah antara Rukun Iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga doa dan sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat adalah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan suci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dan tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu      solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia,sayangilah ia.”

3. Orang yang berada di saf depan solat      berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat      berjemaah(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’      ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika seorang imam membaca( ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya      selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan      Asar sacara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?”

Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa      pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Doa orang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dimakbulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yang berinfak….”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk(melawat)      orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Jika dilihat dan diteliti, sebagai pelajar, tak susah rasanya nak amalkan 11 perkara tu. So, sama-sama la kita beramal dan semoga amalan kita diterima sebagai satu amalan yang ikhlas dan berkualiti di sisi Allah s.w.t. Semoga saya dan rakan-rakan akan sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t agar kita sentiasa berada di atas jalan yang diredhaiNya. InsyaAllah ….

Related posts:

11 Golongan Didoakan Malaikat

Menjadi golongan yang sedikit….

Buktikan Malaikat Silap