Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…
Friday, February 26, 2010
Suasana ketika itu cukup genting. Sedetik sahaja membezakan antara hidup dan mati. Tentera diasak dari kiri dan kanan. Kemudian terdengar pula jeritan, “Rasullullah telah terbunuh!” Tentera makin kucar-kacir. Apa lagi yang hendak dipertahankan, ketika pemimpin tercinta telah pergi selama-lamanya. Tentera menghadapi dua peperangan yang besar. Di depan mata, mereka diasak dengan peperangan fizikal yang dahsyat [...]


