azzariyat.com » neraka

Ruginya Orang Beriman Kalau…
Bayangkan,ada sebuah syarikat tawarkan anda dan kawan anda satu kerja,kerja yang janjikan anda kekayaan yang melampau dengan syarat anda tidak boleh beli barang daripada syarikat lain walaupun barang daripada syarikat lain lebih murah.Anda percaya,anda berkerja dengan syarikat tersebut tetapi kawan anda tidak,memang mengujikan sebab kawan anda yang tidak berkontrak dengan syarikat tersebut hidup lebih mewah dan berjaya. Pada hari yang dijanjikan,anda diberi gaji dan anda dibenarkan untuk membeli apa-apa yang anda suka,anda kaya dan lebih kaya daripada kawan anda.

Anda dengan bangganya pergi ke kedai mahal dengan niat untuk berbelanja besar tetapi semasa membayar,wang yang anda guna tidak diterima,wang tersebut hilang nilainya. Anda ditangkap atas alasan menipu dan anda dihumban ke dalam penjara. Apa perasaan anda?

Ya,apakah perasaan anda kalau wang yang anda kumpul penat lelah tapi ketika anda ingin mengguna wang tersebut,wang tersebut tiada nilai? Tertekan? Sedih? Kalau begitu,lebih baik anda ikat kontrak dengan syarikat lain,syarikat yang lebih mudah,tiada peraturan yang ketat kan?

Baiklah,bayangkan di dunia ini,anda beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Anda solat berjemaah di masjid walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 500m di bawah terik matahari,anda berlapar pada hari Isnin dan Khamis untuk puasa sunat, anda tidur malam tidak lena kerana berjaga-jaga untuk qiam,anda buang selimut dari badan anda untuk bangun solat Subuh,anda tolak pelawaan kawan untuk ke kelab malam sebab anda ingin jaga iman anda,anda jaga setiap makanan dan anda tolak semua perkara syubhah,semuanya kerana Islam. Anda juga jalankan dakwah,anda dibenci oleh rakan-rakan yang tidak sekepala,anda habis duit di atas jalannya,pendek kata,segala yang Islam suruh anda buat dan apa yang Allah larang,anda tinggalkan.

Dan sememangnya,di akhirat nanti,anda akan dianugerahkan pahala yang sebesar gunung malah lebih besar kerana anda berusaha keras untuknya. Manakala kawan-kawan kafir anda dihumban ke dalam neraka. Anda tersenyum,dalam hati anda,anda berkata, “tu la,masa hidup kat dunia taknak beriman,sekarang baru menyesal..” Tapi baru selangkah anda ingin ke syurga,segala pahala anda hilang menjadi debu yang berterbangan dan anda juga dihumban ke dalam neraka bersama-sama mereka yang bergembira di dunia, bagaimanakah perasaan anda ketika itu?

Kawan-kawan anda yang telah dihumban ke dalam neraka tadi bila tertengok anda,mereka pasti berkata, “tengok si fulan,di dunia aku ajak bergembira taknak,nak jaga agama katanya tapi last-last,dia masuk neraka sekali dengan kita juga..”

Persoalannya,kenapa? Kenapa amalan yang bergunung-gunung pahalanya,bila di akhirat esok,ianya hilang begitu sahaja?

Hal ini telah disebut oleh Rasulullah dalam satu hadisnya,baginda bersabda;

“Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”

Tsauban berkata,

“Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”(HR Ibnu Majah)

Jujurnya hadis ini agak baru bagi saya,saya membacanya di sini. Ketika membaca hadis ini,saya tersentak seketika. Ya Allah, tiada lagi pahala yang tertinggal buatku,itulah monolog saya ketika itu. Saya rasakan amalan-amalan yang pernah saya buat sebelum ini sia-sia,tiada nilainya di sisi Allah kerana sememangnya ketika berseorangan,saya ada kesempatan melakukan perbuatan haram. Banyak perkara-perkara yang dilarang pernah saya lakukan. Jadi saya tertanya,untuk apa aku beribadah selama ini kalau pada akhirnya, semuanya kosong?

Memang betul,fitrah manusia,bila di hadapan orang lain barulah dia berkelakuan baik. Kadang-kadang tidak terniat lansung untuk riak atau takabbut cuma sudah menjadi perangai kita,bila ada orang yang sedang perhatikan kita,hasil kerja kita meningkat,kita juga segan melakukan kemungkaran. Kita bimbang apa persepsi yang melihat kepada kita,kita bimbang yang melihat menghebohkannya,kita bimbang kita dibenci yang melihatnya dan banyak lagi kebimbangan yang mengganggu kita sehingga menyebabkan kita mampu tinggalkan segala amalan buruk di hadapan kawan kita.

Tapi bila kawan kita tiada,tiada lagi kebimbangan dan tiada lagi masalah. Apa yang kita nak buat,kita boleh buat tanpa runsing. Kita mahu mengejek,ejeklah. Kita mahu baca majalah Mangga,bacalah. Kita mahu mencuri,curilah. Kerana kawan kita tiada,tiada siapa yang akan membuat bising tentang kesalahan kita.

Hakikatnya,kita lupa bahawa Allah sentiasa memerhati kita. Kita lupa bahawa di akhirat kelak,Allah akan tayangkan segala amalan kita dari kecil sampai besar di sebuah skrin yang sangat besar yang mampu dilihat oleh semua manusia dari zaman nabi Adam sehingga manusia yang mati paling akhir. Ketika itu,Farah yang kita selalu hantar tazkirah pun akan tengok perangai sebenar kita. Bukan satu tempat sahaja tahu perangai kita,bahkan seluruh manusia. Bayangkanlah perasaan malu yang bakal kita dapat ketika itu kalau kita sentiasa dalam kemungkaran.

Akhir kata,saya memohon maaf kepada semua pembaca kalau ada hasil penulisan saya yang tidak kena atau tidak tepat,suarakannya di ruang komen. Saya juga menyeru diri saya sendiri dan anda semua supaya kita bertaubat,berjanji untuk tidak buat maksiat di hadapan atau belakang manusia kerana yang menilai dan melihat sebenarnya bukanklah manusia,tetapi Allah Tuhan semesta alam. Semoga pahala yang dibawa di akhirat nanti,tidak hilang bahkan kekal dan menjadi tiket untuk kita berdamping dengan sang bidadari,amin.

Related posts:

Lagi Hina Dari Orang Kafir

Kisah Biawak Yang Beriman

Dia bagi syarat pada orang Jepun….

Lagi Hina Dari Orang Kafir
Kalau bahagikan manusia mengikut kategori keimanan,pastinya kita akan membahagikannya kepada 2 iaitu orang beriman dan orang kafir. Orang beriman akan dianugerahkan syurga yang di bawahnya mengalir air sungai, mengecapi keseronokan tanpa batasan sementara orang kafir akan dihumban ke dalam neraka dan diseksa untuk selama-lamanya. Tapi sebenarnya, bila kita klasifikasikan manusia mengikut kategori keimanan,ada golongan ketiga yang mana golongan ini bukanlah golongan separuh beriman dan separuh kafir tetapi diceritakan oleh Allah,golongan ini adalah golongannya tersendiri. Hal ini dijelaskan oleh Allah di dalam ayat 143 Surah An-Nisa:

[143]

Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Siapakah golongan ‘istimewa’ ini? Dia bukan Mukmin dan bukan juga Kuffar,jadi dia siapa? Undur satu ayat:

[142]

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ya,golongan ketiga ini adalah golongan Munafik. Sifat-sifat orang munafiq yang paling jelas diterangkan dalam ayat sebelumnya:

[141]

(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.

Mungkin,kita tidak tergolong dalam ciri di atas disebabkan belum ada satu peperangan besar antara Islam dan Kafir sepertimana di zaman Rasulullah,jadi kita tidak ‘berpeluang’ untuk lakukan ciri-ciri di atas. Tapi jangan lega sebab ada ciri-ciri basic orang Munafiq yang diterangkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang sahih:

Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas“

[Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Jadi macamana? Ada salah satu ciri-ciri di atas? Siapa yang dalam hidupnya tidak pernah berbohong? Satu hari kawan hantar mesej ajak keluar tapi kita tengah asyik layan drama Korea. “Sry la,tak sehat la ari ni,lain kali la ye…” Walaupun kesihatan kita berada pada tahap maksimum.

Siapa yang tak pernah mengkhianati persetujuan yang dibuat? Sebagai contoh,dulu pelajar JAD dalam persetujuan yang dibuat,tidak dibenarkan membawa masuk orang luar ke dalam rumah tetapi berapa ramai yang jadikan rumah masing-masing sebagai rumah tumpangan kawan-kawan sekolah lama?

Siapa yang tak pernah berjanji tapi menyalahi? Hujung minggu janji mahu keluar dengan kawan-kawan di Mid Valley. Tiba-tiba, bila minta izin ayah,ayah tak bagi. Rasa bersalah kalau tak keluar dengan kawan-kawan sebab bukan selalu dapat jumpa, semua sibuk belajar di Universiti masing-masing,jadi buat keputusan keluar juga dengan kawan walaupun langgar janji dengan ayah untuk tidak keluar.

Siapa yang tak pernah melampau dalam perbalahan? Kereta kita dilanggar oleh kereta kancil yang dipandu oleh pemandu ‘P’. Kita keluar kereta caci maki pemandu tersebut,talefon kawan-kawan kita suruh datang ke tempat kejadian, kita minta duit pampasan yang melampau walaupun kerosakan pada kereta tidak lah teruk sangat. Bukankah ini melampau?

Mungkin dalam 4 ciri-ciri di atas,ada satu yang pernah kita buat.Jadi bila kita terbuat perkara di atas,maka kita ada potensi besar untuk dilabel sebagai orang munafiq. Kalau orang beriman tempatnya di syurga,orang kafir tempatnya di neraka,bagaimana pula orang Munafiq? Allah menceritakan perihal ini dalam ayat di bawah,surah An-Nisa:

[145]

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Sebetulnya ayat bergaris itu diganti dengan nama kita kalau kita tergolong dalam golongan Munafiq. Orang munafiq tempatnya lagi teruk dari orang Kafir penyembah berhala,mereka ditempatkan di neraka yang paling bawah yang mana neraka sifatnya semakin bawah semakin teruk azabnya,jadi kalau Allah kata bawah sekali? Nauzubillah.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya bermuhasabahlah,jangan dekati sifat-sifat orang Munafiq kerana golongan ini bakal ditempatkan di dalam neraka yang paling bawah. Azab neraka yang paling seksa satu perkara,malu pula satu perkara. Mana tidaknya,bayangkan di dunia kita beriman,kita pergi ke masjid walaupun sekali seminggu untuk solat Jumaat,orang kafir tahu kita Islam,kadang-kadang terlintas di dalam hati kita, “ya Allah,kasihannye dia, kat dunia ni dah buat baik tapi akhirat esok masuk neraka” tapi disebabkan kemunafiqan yang telah kita lakukan, di akhirat,kita  lagi teruk daripada mereka,kita lagi bawah dari mereka,andai tingkat-tingkat neraka itu lutsinar,orang kafir nampak kita diseksa di bawah mereka,bukankah itu sungguh memalukan?

Renung-renungkanlah.

Related posts:

ori lagi power dari clon!

Ruginya Orang Beriman Kalau…

Orang lalai lebih buruk dari pelaku maksiat

Kamu takut mati??
Persoalannya?

Usrah diteruskan. Kak Solehah terus berceloteh, dari satu topik ke satu topik yang lain. Santai tapi berisi. Itu yang membuatkan Aliyah Sumayyah dan rakan-rakan yang lain-lain terus khusyuk mendengar walaupun sudah hampir sejam mereka berkumpul. Setelah penat bercakap, Kak Solehah mengajukan satu soalan kepada mereka semua. Semua orang bebas menjawab dengan pendapat masing-masing. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah, setiap pendapat yang diberi akan dibincangkan sehingga semua memahami apa yang mahu disampaikan. Seorang demi seorang rakan-rakan Aliyah Sumayyah menjawab, dan pabila tiba gilirannya, Aliyah Sumayyah terdiam sebentar. Sukar baginya untuk menjawab persoalan yang diajukan. Baginya ini bukan soalan matematik yang sudah tetap jawapannya. Mahu tahu apakah soalan itu? Soalannya adalah,

“Adik-adik takut mati tak?”

Walaupun soalan ini ditanya oleh Kak Solehah dengan senyuman, ia tetap tidak mengurangkan sedikit pun ketegasan soalan itu. Tapi apakah jawapan Aliyah Sumayyah setelah lama dia membisu?

Jawapannya…

Tidak kiralah apapun jawapan yang diberikan, ia tidak penting sebenarnya. Ia hanyalah bait-bait perkataan yang keluar dari mulut kurniaan ALLAH. Yang menjadi ukuran adalah sejauh mana jawapan itu memberi kesan kepada penjawabnya. Jawapannya yang akan diperolehi pastinya berbeza mengikut tahap keimanan masing-masing. Bagi yang menganggap kematian itu hanyalah sebuah pengakhiran yang menyakitkan, takut adalah jawapan yang sesuai.

Tapi bagi mereka yang yakin pada ganjaran syurga mungkin perkataan rindu pada kematian lebih sesuai dipilih untuk menjadi jawapan. Seperti para sahabat dan solihin yang rindukan syahid di jalan ALLAH. Mereka tidak gentar untuk menggadaikan nyawa demi agama yang suci ini kerana mereka yakin pada ganjaran syurga yang dijanjikan ALLAH. Kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kematian adalah penghubung kepada kehidupan yang abadi. Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai rasa seperti ini dalam hati.

Takut pun salah, tak takut lagi salah!

Satu rasa yang mampu membawa kesan berbeza. Ada yang takut pada mati sehingga menjadi terlalu berhati-hati menjaga kesihatan berbanding yang lainnya. Kerana pada mereka, kematian itu hanya pada jasad bukan pada roh yang sebenarnya akan merasai semuanya sepanjang perjalanan ke sana. Rasa takut yang kadang-kadang membuat kita seakan-akan lupa pada janji ALLAH bahawa mati itu pasti. Tidak akan lewat atau cepat walau sesaat. Namun ada juga yang bijak dengan memilih rasa takut pada mati itu sebagai perantaraan dalam mendekatkan diri pada ALLAH. Dia yakin untuk menghilangkan rasa takut itu bukanlah dengan memberi perhatian lewah pada kesihatan semata, tapi pada perhubungan dengan ALLAH, manusia dan alam. Yakin untuk menghilangkan rasa takut itu hanyalah dengan mengingati kebenaran ganjaran yang telah dijanjikan.

Tapi, adakah tidak takut pada mati adalah rasa yang terbaik? Ia bergantung pada kesan rasa tidak takut itu sendiri. Jika ianya menjadikannya rindu pada kematian seperti jejak sahabat dan para solihin, Alhamdulillah. Tapi jika rasa ‘tidak takut mati’ itu diiringi tindakan yang berbeza, ia sangat bahaya! Jika rasa takut itu tiada, nafsu akan menggenggam jiwa. Membisikkan keseronokan dunia adalah segala-galanya. Akhirnya iman tersungkur dan menurut segala kehendak hati. Maksiat itu perkara biasa. Solat menjadi sangat berat untuk dilaksanakan. Menutup aurat itu satu kesalahan dan bercouple itu satu kewajipan! Mungkinkah ini yang terjadi pada remaja zaman sekarang? Remaja yang sepatutnya menjadi tonggak kekuatan agama. Saya, kamu, dia dan semua. Jadi apakah rasa yang sepatutnya hadir bila persoalan tentang takut pada mati itu timbul?

Maaf, itu bukan hak saya

Benar, bukan hak saya untuk menentukan apa yang sepatutnya anda rasa. Takut pada kematian? Rindu? Tidak takut? Biasa sahaja? Terpulang pada anda. Namun apa yang pasti, syurga itu adalah milik setiap jiwa yang seperti ini, bagi jiwa yang seperti ini, mereka akan mewarisi syurga;

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,

dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

dan orang-orang yang menunaikan zakat,

dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,

dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.[Al Mukminun, 1-11]

Jadi tepuk dada, tanyalah iman anda. Saya tiada jawapannya, tetapi bagi Aliyah Sumayyah, inilah jawapan yang keluar dari mulutnya untuk menjawab soalan cepu cemas Kak Solehah itu.

“Nak kata saya langsung tak takut pada mati, tipulah. Rasa takut itu tetap ada. Tapi saya harap jika saya dalam keadaan untuk memilih antara mati atau menggadaikan agama ALLAH, saya sangat berharap pada waktu itu saya mampu untuk memilih syahid pada jalan ALLAH. Mungkin dalam hidup saya, saya banyak lalai dan leka tapi saya mahu pengakhiran hidup saya dalam keadaan mengangungkan pencipta saya. Dan jika saya rasa takut pada mati, saya harap rasa takut itu membawa hati saya pada jalan yang sepatutnya. Walaupun sukar, saya mahu jadi antara remaja yang rindu pada kematian sepanjang perjuangannya.”

-What we do here, counted in hereafter-

Related posts:

Saya Takut Illuminati

Review : Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

Bukan Setakat Mati “Pucuk”

Re:Allah tak nak kita masuk neraka…
Era millenium ini, ada di antara kita; penganut agama Islam, sendiri berburuk sangka dengan Allah, rasul dan agamanya sendiri. Kata mereka, “Islam adalah agama yang mengharamkan  kegembiraan. Arak diharamnya, babi diharamnya, zina diharamnya, judi diharamnya, pendek kata  semua yang best Islam dah haramkan. Jika buat juga, kufur, masuk neraka.” Tambah mereka  lagi,memang betul kata nabi, “Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan  syurga bagi orang kafir.” Persoalannya, adakah benar akan segala tohmahan  ini? Jika difikirkan secara logik akal, secara rasionalnya, ada benarnya tohmahan-tohmahan tersebut. Tapi ingat, agama itu tidak berdiri dengan logik akal, agama berdiri berpandukan wahyu Allah s.w.t.

Jadi, tidak hairanlah kalau akal manusia yang terhad ilmunya ini tidak  dapat menjangkau kehendak Tuhan melalui suruhan dan larangan-Nya itu. Atas sebab itu jugalah junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan ke muka bumi ini untuk menerangkan apa-apa yang kabur tentang Islam kepada kita. Namun, masih ramai antara kita; umat Islam, yang tidak mahu mengikut tunjuk ajar Muhammad bin Abdullah, pesuruh Allah ini secara total. Larangan yang menghalang nafsu kita untuk berseronok, kita tolak. Suruhan yang menyebabkan kita terpaksa bersusah payah untuk melaksanakannya, kita tolak. Yang tidak membebankan kita sahaja kita laksanakan. Mengapa kita mewujudkan pembahagian tersebut?? Kalau bukan Muhammad ini yang kita ikut, tunjuk ajar siapa lagi yang ingin kita turuti?? Hanya anda ada jawapannya…

Kisah  Orang Buta dan Gajah

Kisah  orang buta dan gajah,cukup terkenal.Hampir kesemua orang pernah  mendengarnya namun kisah ini belum habis.Ada hikmah yang cuba  disembunyikan.Seorang buta terpegang ekor gajah,maka diberitahu kepada  rakan-rakannya yang lain bahawa gajah itu bentuknya seperti tali.Tetapi  pendapatnya dicanggah oleh seorang buta lain yang terpegang badan gajah.  Katanya, “bukan,gajah itu seperti dinding,besar.”Seorang buta yang lain  pula terpegang kaki gajah,lalu diumum bahawa gajah itu bukan seperti  tali ataupun dinding,tetapi gajah itu seperti sebatang pokok balak.

Apa  yang dinilai oleh orang-orang buta itu,semuanya salah.Tiada seorang pun  dapat mendiskripsikan gajah itu dengan bentuk yang sebenar.Kerana  apa?Kerana penglihatan mereka terhad,penglihatan mereka terbatas maka  apa yang dilakukan oleh mereka juga terbatas.

Disambungkan  cerita itu,semua orang buta itu kehairanan,bagaimana sebenarnya seekor  gajah.Kalau gajah itu bukan seperti tali,bukan seperti dinding dan bukan  juga seperti sebatang balak,gajah itu bagaimana? Tiba-tiba tangan  mereka ditarik oleh seorang yang celik,seorang yang diberi penglihatan  oleh Tuhannya untuk mengenal bentuk sebenar gajah. Si buta yang pegang  ekor gajah tadi dibawa untuk pegang badan dan kaki gajah, begitu juga  yang lain.Lalu mereka berkata, “Owh,rupanya inilah gajah.”

Si buta yang perbuatannya, penilaiannya terbatas itulah kita. Manusia biasa  dengan akal yang terbatas untuk memikirkan perkara-perkara ghaib.  Keterbatasan inilah yang menyebabkan manusia menyembah air, api, matahari  bahkan kemaluan pasangan masing-masing! Dalam beragama, akal yang logik bukanlah satu alat yang sesuai. Benar, kadang-kadang akal yang logik dan rasional perlu,tetapi ingat bahawa itu hanyalah kadang-kadang. Akal ini  bukan sahaja terbatas dalam berfikir hal-hal ghaib, bahkan dalam hal-hal kehidupan seharian pun akal ini terbatas. Jika tidak percaya,cuba jawab soalan di bawah:

54 X 54  = ?

Insya  Allah anda dapat menjawabnya,tapi bagaimana pula dengan yang di bawah:

5938474903  X 8937575482923748923 = ?

Pasti  tanpa bantuan kalkulator anda tidak mampu menjawabnya.

Bantuan  kalkulator,apa maknanya?Akal kita terbatas!Jadi,jangan gunakan akal  dalam menghakimi hukum Allah,pasti anda sesat!

Allah Tidak  Mahu Hamba Nya Masuk Ke Dalam Neraka

Islam  agama yang menyekat kebebasan?Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan  penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang  daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang  kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat  kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan  nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat  pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang  baik,pasti pahala adalah ganjarannya.

Berbeza  pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat  Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu  sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat,  Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan  semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi  diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1  kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu  dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah  beliau dengan sahabat-sahabat.

Suatu  hari,Ibnu Umar masuk ke dalam masjid dan mendapati ada sekumpulan  sahabat yang sedang mengira dengan anak-anak batu.Maka Ibnu Umar  bertanya, “apakah kalian sedang lakukan?”Salah seorang sahabat menjawab,  “kami sedang mengira dosa-dosa yang telah kami lakukan.” Mendengarkan  jawapan daripada sahabat,Ibnu Umar membalas, “berhenti lah kalian  daripada mengira dosa-dosa kalian kerana dosa-dosa kalian pasti  hilang.Sebaliknya berzikirlah kerana pahalanya kekal abadi.”

Dilambangkan  oleh ulama’ betapa Allah tidak mahu hamba Nya masuk ke dalam neraka  dalam satu kisah.Kisah ini bukanlah kisah yang sahih tetapi kisah ini  merupakan satu metafora untuk menunjukkan betapa Ehsan, Pemurahnya  Allah.Di akhirat esok,seorang ditakdirkan untuk masuk ke dalam  neraka.Apabila dia mendengar bahawa dirinya Ahli neraka,dengan pantas  dia berlari ke neraka.Maka Allah bertanya walaupun Allah sudah tahu  jawapannya, “Wahai hamba Ku,kenapa kamu berlari ke neraka?”Orang itu  menjawab, “Ya Tuhan ku,semasa aku hidup,aku tidak pernah menunaikan  perintah Mu walaupun satu.Maka pada hari ini aku nekad untuk tunaikan  perintah Mu dengan bersungguh-sungguh.”Maka dengan nekadnya itu, Allah  memasukkannya  ke dalam syurga.Pengajaran daripada perlambangan ini  ialah betapa Allah tidak ingin hamba Nya masuk ke dalam neraka sehingga  di akhirat esok pun,Allah akan beri keampunan Nya.(Perlambangan)

Islam  Ada Penyelesaiannya

Islam  adalah satu cara hidup yang menjamin keselamatan penganutnya.  Malah,apabila didefinisikan Islam secara bahasa pun,maksudnya selamat.  Inilah istimewanya Islam,namanya pun tidak bersandar kepada sesiapa.  Berbeda dengan Yahudi yang merujuk kepada Yahuda,Kristian yang berkait  dengan nama Yesus Christ dan Buddha yang mengguna pakai nama  pengasasnya,Gautama Budda.Tetapi Islam?Islam bebas daripada mana-mana  nama,Muhammad mahupun Allah.

Apabila  Islam melarang sesuatu,maka ada hikmahnya.Pasti apa yang dilarang itu  banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Kita tidak nafikan,arak  contohnya,arak ada kebaikannya tapi perlu ditulis kembali apa yang ada  di dalam al-quran dalam surah al-baqarah 219:

Mereka  bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:  “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi  manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan  mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan  (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari  keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya  (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir

Al-Quran  sendiri mengakui bahawa arak itu ada kebaikan tetapi keburukannya  melebihi kebaikan,maka ia diharamkan.Semuanya demi manfaat siapa?Demi  manfaat kita sendiri.Jika kita minum arak,adakah Allah yang akan  sakit?Atau Malaikat Nya yang akan mabuk,lalu runtuh Arasy yang dipegang  mereka?Tidak,yang mabuk itu kita,yang sakit itu pun kita.

Allah  tahu apa fitrah ciptaan Nya maka Dia ciptakan alternatif untuk  hamba-hamba Nya.Alternatif itu apa?Alternatif itu Islam.Allah  mengharamkan arak tetapi Dia benarkan air cofee,jus epal,horlick tabur  milo dan kopi anak jantan. Allah haramkan babi tetapi Allah benarkan  kita makan ayam,ayam belanda,ayam israil dan kambing.Allah haramkan zina  tetapi Allah halalkan perkahwinan sehingga 4 orang bagi lelaki.Semua  yang diharamkan,ada jalan keluarnya.Masalahnya,kita yang tidak  tahu.Kenapa kita tidak tahu sedangkan kita Islam?Kita ego,kita tidak  mahu belajar,kita merasakan diri kita sudah cukup dengan ilmu-ilmu.

Islam  Bukan Agama Yang Rigid

“Kamu  gerak lebih daripada 3 kali,batal solat!”

“Kamu  telan air liur banyak sangat,batal puasa!”

“Kamu  sentuh babi,haram!”

“Kamu  kawan dengan bukan Islam,neraka!”

“Kamu  couple,tak masuk syurga!”

“Kamu  tertinggal solat,kufur!”

Wah,wah,wah.Strict  betul Islam yang kita anuti.Tidak boleh lakukan satu kesalahan walaupun  kesalahan itu bukan kesalahan yang disengajakan. Ini kena dapat  keistimewaan maksum dahulu baru boleh peluk Islam,barulah tidak  kufur,tidak masuk neraka.

Silap,ini  merupakan satu kesilapan yang sangat besar.

Islam  bukanlah satu peraturan,tetapi Islam merupakan satu cara hidup. Apabila  berbicara tentang cara hidup,ia mestilah bersesuaian dengan subjek yang  dibicarakan.Contohnya apabila kita berbincang tentang cara hidup  kambing.Maka dalam topik ini,kita akan bincang bagaimana kambing makan  bukan bagaimana lembu makan.Kita akan bincang apakah kelemahan kambing  dan bukan apakah kelemahan hamster.Maksudnya,apabila kita mengatakan  Islam adalah cara hidup manusia,maknanya,Islam membicarakan tentang  manusia,bukan tentang kambing.

Allah  menciptakan manusia sebaik-baik kejadian,bukan sesempurna kejadian maka  tidak pelik jika ada di antara manusia yang melakukan kesalahan kerana  kita bukanlah sempurna.(rujuk:Yang Sempurna Bukanlah Yang Terbaik) Malah dikuatkan  lagi dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang  bermaksud:

“Semua  anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu  ialah mereka yang bertaubat”

Dengan  mengambil kira kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia, terbitlah  Islam sebagai satu agama yang sempurna.Kenapa Islam sempurna? Kerana  tidak kira siapa,tanpa mengira apa jenis kelemahan manusia ada,tanpa  mengira apa jenis kelebihan manusia ada,Islam sesuai untuk mereka,untuk  kita semua.Contohnya,Islam suruh umatnya solat,yang sempurna kena solat  berdiri,yang sakit kaki pula boleh solat secara duduk,yang tidak boleh  duduk pula boleh solat secara baring.Maka dengan itu,Islam adalah agama  yang sempurna.

Ana  secara jujur begitu sedih apabila mendengar kisah-kisah saudara-saudara  baru ketika mereka ingin memeluk Islam.Ada yang berjumpa dengan Imam  masjid,pak Imam cakap kalau nak peluk Islam kena daftar di pejabat  agama.Maka si muallaf ini pergi ke pejabat Islam.Di pejabat Islam,ustaz  suruh isi borang itu,borang ini,baru lah dapat masuk Islam.Yang lebih  teruk, pak ustaz tanya, “dah bersunat?Kalau belum,kena bersunat dulu  baru dapat masuk Islam.” Penat. Susah. Payah.Adakah ini Islam yang  diajar oleh baginda?

Suatu  ketika seorang lelaki datang berjumpa dengan baginda dan menyatakan  hasratnya untuk memeluk Islam tetapi lelaki itu tidak ingin meninggalkan  zina.Rasulullah mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia masuk  Islam.Dia bertanya kepada Rasulullah adakah dia kena tinggalkan  zinanya?Maka Rasulullah membalas, “jangan menipu.” Dipendekkan  cerita,lama-kelamaan si penzina itu bertaubat dan tidak lagi  berzina.Inilah yang Rasulullah ajar!

Fulan  seorang peminum arak yang tegar dan ditakdirkan suatu hari dia ingin  berubah.Dia berjumpa dengan Imam untuk mengajarnya untuk bertaubat. Pak  Imam tua yang berserban sebesar pasu bunga itu menegaskan, “haram minum  arak.Jangan minum walaupun setitis.”Si Fulan yang sememangnya kamcing  dengan arak tidak dapat berpisah dengan arak,lalu dibuat pilihan antara  berubah dan arak,dia pilih arak.Adakah ini yang Allah ajar?

Arab  jahiliyah adalah satu bangsa yang tidak boleh berenggang dengan arak  sehingga dalam syair-syair mereka diceritakan tentang arak.Perbualan  harian mereka tidak sah kalau tidak menyebut perkataan arak.Allah ingin  mengharamkan arak tetapi Allah tahu bahawa arak itu darah daging bangsa  arab,maka Allah tegur sikit demi sedikit dan pada akhirnya,turun ayat  mengharamkan arak.Inilah yang Allah ajar!

Islam  bukan agama yang mencari kesalahan orang lain.Terkadang ada sesuatu yang  diri ini tidak dapat lakukan,maka Islam memberi kita kemudahan.Tetapi  perlu diingatkan,jangan sesekali memudahkan Islam yang sememangnya  mudah.Islam membenarkan jamak dan qasar,maka dijamaknya solat  subuh,zohor,asar,magrib dan isyak ke dalam solat subuh dan semua  dijadikan 2 rakaat kerana perjalanannya pada hari itu masih tinggal  teka-teki.Jangan!Haram!Mudahnya Islam bertempat dan bersyarat.

Pohonlah  Ampun Dari Yang Maha Pengampun

Diriwayatkan  oleh Imam Tarmizi bahawa suatu hari Rasulullah mendengar seorang  sahabat telah berzina dengan seorang gadis.Maka Rasulullah memanggil  sahabat tersebut.

“Apakah  benar berita yang aku dengar?”Tanya baginda.

“Berita  apa yang engkau dengar ya Rasulullah?”Tanya sahabat balik.

“Apakah  benar engkau telah bersetubuh dengan si fulan binti si fulan?”Soal  Rasulullah dengan sedikit hiba di hati baginda.

“Ya  Rasulullah,”jawab sahabat yang dalam ketakutan.

Maka  Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama sebanyak 2 kali dan sahabat  membalas dengan jawapan yang sama,juga 2 kali.Lalu Rasulullah  memalingkan mukanya ke kanan,sahabat pergi ke kanan,Rasulullah  memalingkan muka baginda ke kiri.Begitulah sebaliknya sehingga sahabat  tadi berkata ,”apakah engkau tidak sudi melihat muka ku?”

Rasulullah  menjawab, “adakah engkau gila?”

Terdapat  2 pendapat ulama’ tentang hadis di atas berdasarkan pandangan dari 2  sudut,dari sudut Rasulullah dan dari sudut sahabat.Pada pendapat  sahabat,jika dia dihukum di dunia,dia tidak akan dihukum lagi di  akhirat. Oleh sebab itu dia mengaku kesalahannya.Pada pendapat  Rasulullah pula, jika dosa itu antara manusia dan Allah,cukuplah dengan  bertaubat, insya Allah,Allah ampunkan.

Tidak  kisahlah besar mana dosa kita,jahat mana pun diri kita,ingatlah bahawa  Allah sentiasa ada untuk kita.Dia melihat kita walaupun kita tidak  melihat Nya.Dia meminati kita walaupun kita tidak meminati Nya.Dia  mencintai kita walaupun kita tidak mencintai Nya.Dia ada untuk kita.

Allah  sangat sukakan hamba-hamba yang menyesal,yang mengaku kesalahan diri  sendiri.Sudah menjadi fitrah manusia suka menyalahkan orang lain,jadi  Allah sangat gembira apabila manusia itu mengaku bahawa kesalahan itu  berpunca daripada diri sendiri.Allah sukakan hamba-hamba yang ketepikan  ego mereka.

Dalam  sebuah negeri,tinggal seorang pembunuh yang telah membunuh 99  orang.Ditakdirkan bahawa dia ingin berubah,jadi dia pergi berjumpa  dengan seorang imam dan meluahkan perasaannya yang dia ingin berubah  tetapi Imam memberi satu jawapan yang tidak enak didengar.”Kamu sudah  bunuh 99 orang,kalau bertaubat pun sudah tiada guna,terlambat!”Marah  Imam. Dek kerana tidak senang dengan jawapan Imam,lalu dia membunuh  Imam,lantas mencukupkan koleksi nyawanya menjadi 100 orang.Suatu  hari,dia terdengar cerita jika ingin bertaubat,pergilah berjumpa dengan  syeikh di Timur Tengah. Dalam perjalanannya ke Timur Tengah,dia  meninggal dunia dan dia adalah ahli syurga kerana dia mati dengan niat  ingin berubah.

Pintu  taubat sentiasa terbuka untuk kita,bila-bila masa dan di mana jua. Jika  anda rasa ingin menangis kerana takutkan Allah,menangislah segera.Jangan  ditunggu waktu qiamullail baru anda ingin menangis,nanti sampai  bila-bila pun anda tidak akan menangis.

Biasa  kita terima,apabila kita ingin berubah menjadi baik,manusia di  sekeliling akan menghina kita,membenci kita malah ada yang memulaukan  kita.Satu perkara yang tersangat biasa.Nabi juga dihina,dibaling tahi  dan dipulau oleh kaumnya sendiri tetapi nabi terus mara ke hadapan dan  hasilnya,kita bernama Ahmad,Aida,Atiqah,Alia,Asraff.Andaikata nabi  berundur seperti kita berundur,pasti nama kita Ah Chong,Mutusami, Fei  Mau dan Florance.Bersyukurlah kerana nabi bukan macam kita,senang  mengaku kalah apabila dihina.

Konklusinya,jadilah  Insan seperti nabi,apabila baginda merasakan diri baginda perlu  berubah,ditinggalnya kemewahan,ditinggalnya isteri,demi memikirkan nasib  kaumnya.Usah dipedulikan apa kata orang,tetapi pedulilah apa yang Allah  kata.

Related posts:

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Dia Tarik Kita Masuk Neraka?

Orang Lain Masuk Neraka,Saya Pun Nak Masuk Neraka!

“Kenapa Tuhan Buat Neraka? Kenapa Tak Buat Syurga Je?”
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi  cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri  yang  melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak  berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis   perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di  premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah  denda yang   dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi  selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda  jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.  Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama  dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk  menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda  semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam   satu  insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,  seorang gadis  yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya XXX  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.  Maka dia pun  kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz  ni pun bagi la nasihat:

“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat  mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan  majlis  perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,  kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di  syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya,takut nanti tak sempat  bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang,  Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis  tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:

“Kalau  Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ?  Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”  Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat  ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz  tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah  dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau  Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi   ustaz. Berapa sen sangat gaji  saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,  lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni  pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya  bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat  syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang  ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused,  ustaz tu pun jelaskan:

“perkara   macam tadi akan berlaku kalau Tuhan  hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka  apa guna jadi orang baik? Jadi   orang jahat lebih seronok. Manusia tak  perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan  jumpa orang yang dibunuh   dalam syurga..perogol akan bertemu lagi  dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..   takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan  macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”tanya ustaz.

“Ah..mana  adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si  gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

“Bila Tuhan tak adil,  boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Seindah hiasan adalah wanita solehah...

Ustaz  mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih  sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.  Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang  derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak  dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita  bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian  sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah  dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala  perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga. Assalamu’alaikum.”

sumber kisah: http://mr-tazkirah.blogspot.com/

Related posts:

Syurga Di Pintu Neraka

Aku Gerenti Masuk Syurga!!!

Re:Allah tak nak kita masuk neraka…

Nombor Telefon Allah
Satu perkongsian untuk semua. Semoga kita dapat memetik pengajaran kerana di ladang dunia ini kita semaikan amalan, dan ranuman hasilnya di akhirat kelak…

Budak 7 tahun: Kakak, kakak tau tak nombor telefon Allah?

Kakak: ?? (mengerutkan mukanya)

Budak 7 tahun:  Adik tau nombor telefon Allah! 24434.

Kakak: Ha? (termenung lama, tidak mengerti dan terdiam)

Kakak: Oh… rakaat dalam solat ke? Siapa yang cakap kat adik? (tersenyum)

Budak 7 tahun: Guru besar adik yang cakap waktu perhimpunan tadi.

Lama juga si kakak itu termenung tatkala mendengar patah kata ‘nombor telefon Allah’ kerana memikirkan maksud disebaliknya dalam-dalam. Yang dimaksudkan dengan ‘nombor telefon Allah itu ialah solat 5 waktu yang dilaksanakan tiap-tiap hari. Mungkin sesuai benar perumpamaan ‘nombor telefon Allah’ itu untuk kanak-kanak yang baharu belajar tentang solat. Satu perumpamaan yang saya kira agak menarik.  Anda rasa?

Solat fardu: Satu kewajipan

Perumpamaan tetap perumpamaan. Kewajipan tetap kewajipan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang 5.

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Surah al-Nisa’:ayat 103)

Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang meninggalkan solat? Hari ini tua muda bukan ukuran bagi mereka. Beginilah fenomena zaman ini:

Yang tua merasakan “Aku ni dari dulu lagi tak sembahyang, alang-alang dah tak sembahyang baik….”

Yang muda merungut “Malas ar nak sembahyang. Parent aku tak sembahyang pun….”

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Harus kita ingat, suatu hari nanti, amalan kita akan dihisab oleh Allah s.w.t di mahkamah-Nya. Apakah kita menunaikan kewajipan bersolat? Adakah cukup 5 waktu? Adakah kita khusyuk dalam solat?

Daripada Abu Hurairah r.a, menukilkan sabdaan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Mari Kita Renungkan

Saya cukup tersentuh tatkala membaca sebuah kisah teladan dalam sebuah buku. Suka untuk saya berkongsi kisah itu  di sini.

Suatu ketika, Urwah b. Zubair melakukan perjalanan dari Madinah ke Syam yang sangat jauh dan penuh dengan rintangan. Dia selalu menyelesaikan bacaan al-Qurannya setiap empat hari sekali dan selalu bangun sepertiga malam. Dia ibarat laut yang tak bertepian, itulah gelaran yang disandangkan oleh Zuhry kepadanya.

Sesampai di Syam, dia menginap disebuah rumah, Takdir Allah, dia diserang penyakit akkalah (penyakit seperti kanser) pada kakinya. Penyakit itu menjalar ke pergelangan kakinya hingga terpaksa dipotong. Namun, dia tetap brsabar terhadap dugaan Allah yang menimpanya. Setelah itu, penyakitnya menjalar lagi hingga ke betis dan akhirnya lutut sehingga anggota badan itu terpaksa dipotong. Namun, dia tetap bersabar dengan apa yang dialaminya itu.

Para doktor memberikan minuman khamar (minuman keras) kepadanya agar dia mabuk dan tidak berasa sakit ketika kakinya dipotong. Urwah merupakan seorang yang Zuhud dan takut untuk melakukan maksiat. Doktor memerintahkannya untuk meneguk khamar tersebut. Namun dia menjawab:

“Demi Allah, saya tidak akan meminumnya. Bagaimana boleh saya menghilangkan kesedaran saya dengan meminumkhamar, sedangkan kesedaran yang saya miliki merupakan kurniaan Allah kepada saya? Bagaimana saya akan melakukan sesuatu yang diharamkan Allah? Jika saya dalam keadaan solat saya akan lupa dengan rasa sakit, maka ketika itu potonglah kaki saya.”

Tatkala dia sedang solat, kakinya dipotong. Ketika dia selesai solat,barulah dia sedari bahawa kakinya sudah dipotong. Dan dia tidak sedikitpun merasa sakit.

Begitulah kisahnya. Betapa khusyuknya solat Urwah b. Zaid. Cuba kita renungkan diri kita pula. Apakah sampai kita pada tahap kekhusyukan itu? Saat kita menghadap Allah, saat itulah fikiran diserang dan berperang dengan seribu satu macam perkara. Bertubi-tubi busur panah syaitan menembusi relung fikiran.

“Alamak, report ngan shukudai tak siap lagi! Adoi, laparnye perut… Eh, jap lagi nak makan kat mane ek? Syasya bukak tak hari ni? Mak cik bakso? Alamak, aku rasa macam tertinggal duit kat atas… Ishh, panjang betul imam ni baca… Siapa lalu lalang ni, aku nak sembahyang pun tak senang..”

Begitulah penyakitnya, fikiran kita menerawang jauh saat takbiratul ihram diangkat dan tangan dalam keadaan qiam. Akhirnya, bilangan rakaat entah ke mana, bacaan entah sudah sampai ke mana, dan khusyuk entah tak kunjung tiba.

Kita tak mahu melupakan sejenak duniawi kerana Allah s.w.t. Tuhan yang telah menciptakan kita dan jagat alam seluruhnya. Sedangkan Nabi s.a.w berkata dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan. Justeru, saat kita mengangkat takbiratul ihram, orang Jepun kata: shuuchuu. Atau orang Melayu kata: tumpukan perhatian. Khusyuk. Itulah kunci solat yang diterima Allah s.w.t.

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Intiha

5 kali sehari kita diseru dengan seruan azan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dan kadang-kadang kita terleka dengan hal-hal dan hiburan dunia lantas meninggalkan tuntutan solat berjemaah.

Katakan:

Dalam sebuah pertandingan Explorace, ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta.

Si A membuat kerja secara berkumpulanDia diberikan 27 mata untuk setiap cabaran kerana menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan.

Manakala si B melakukannya seorang diri dan hanya satu mata yang diperolehinya untuk 5 cabaran itu.

Jadi markah penuh si A ialah135 manakala markah si B hanya 5. Jauh berbeza bukan? Sudah tentu, si A yang mencapai kemenangan pada akhirnya.

Itu baru contoh yang maujud. Kita tidak tahu berapa banyak pahala yang Allah kurniakan untuk solat brjemaah. Lebih-lebih lagi ia digandakan dengan 27 kali ganda. Subhanallah!

Sama-samalah kita fikirkan…Sesungguhnya, tiada panggilan sepenting seruan Ilahi!

Related posts:

Usrah Nombor Berapa?

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Allah needs nothing!

Belajar Jadi Isteri Menyenangkan Dari Ummu Dahdah
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:

“Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Saya pasti anda semua, wanita di luar sana turut berperasaan seperti saya. Risau memikirkan kitalah kelak yang akan menjadi penambah golongan kita di neraka kelak. Wanita terkenal dengan sifat yang penuh emosi, cepat merajuk dan sebagainya yang kadang-kadang menjadikan kita seorang yang menafikan segala kebaikan dan nikmat yang diterima sebelum ini. Maka, marilah kita bersama-sama menyelusuri perjalanan hidup Ummu Dahdah, isteri yang sangat menyenangkan suaminya.

Kehidupan Ummu Dahdah

Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib(Nama lama Madinah) merupakan sebuah rahmat yang besar buat warga Madinah. Penghantaran Mus’ab bin Umair sebagai duta besar Rasulullah SAW untuk menyampaikan Islam di negeri ini juga menyumbang kepada penerimaan Islam secara beramai-ramai oleh penduduk Madinah.

Dan antara ramai yang memeluk Islam itu, salah satunya adalah keluarga Abu Dahdah Thabit Ibn Dahdah Ibnu Nuaim Ibn Ghunmin ibn Iyyas, isterinya Ummu Dahdah dan juga seluruh keluarganya. Keluarga yang agak berada ini memiliki berbidang tanah dusun kurma yang memberikan banyak keuntungan kepada mereka.

Ummu Dahdah merupakan contoh isteri yang setia dan menyenangkan apabila beliau sentiasa menyokong usaha suaminya. Apabila suaminya mengambil keputusan untuk memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah SAW sebagai tentera kaum muslimin, tiada langsung keluhan dan kekesalan yang ditunjukkan.

Menafkahkan Kebun

Ketika turunnya firman Allah SWT yang bermaksud,

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak…” (QS Al-Baqarah:245)

Abu Dahdah tertarik dengan tawaran tersebut dan berkata kepada Rasulullah SAW,

“Saya ingin jadikan ayah dan ibu saya sebagai tebusan, adakah Allah akan meminjam daripada kita padahal Allah tidak memerlukan pinjaman daripada sesiapa pun?”

Balas Rasulullah SAW,

“Ya, dan Allah akan memasukkan kamu ke dalam syurga dengan pinjaman tersebut.”

Abu Dahdah bertanya lagi,

“Apabila saya berikan pinjaman kepada Allah, adakah Allah akan menjamin syurga untukku dan anak-anakku?”

“Ya.” Jawab Rasulullah.

Maka Abu Dahdah pun membuat keputusan dan pintanya,

“Jadi Rasulullah, hulurkanlah tanganmu kepadaku.”

Rasulullah pun menghulurkan tangannya dan Abu Dahdah menyambutnya dan berkata,

“Saya memiliki dua bidang tanah dusun kurma. Salah satunya di tanah rendah Madinah dan satu lagi di tanah tinggi Madinah. Demi Allah, saya berikan kedua-duanya untuk jalan Allah.”

“Abu Dahdah, jadikanlah salah satunya untuk Allah, dan satu lagi sebagai sumber kehidupan keluarga kamu.” Kata Rasulullah.

Namun balasnya,

“Aku bersaksi di hadapanmu, ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan jadikan semua kebaikan kedua-dua kebun ini untuk Allah. Kebun tersebut dikelilingi sebanyak 600 pohon kurma.”

“InsyaAllah, Allah akan membalas syurga untukmu,” kata Rasulullah SAW.

Ummu Dahdah yang menyenangkan

Lantas Abu DAhdah pun meninggalkan Rasulullah SAW lalu menuju ke arah kebunnya. Saat itu, Ummu Dahdah beserta anak-anak mereka sedang berada di kebun. Lalu Abu Dahdah pun mendendangkan syair yang menerangkan maksud bahawa beliau telah mewakafkan kebun tersebut untuk jalan Allah dan berharap isterinya mengerti dan merestui tindakan beliau.

Isterinya lalu membalas,

“Engkau telah beruntung dalam perniagaanmu. Semoga Allah memberkati apa yang telah engkau belanjakan ke jalanNya.”

Ummu Dahdah kemudiannya merapati anak-anak mereka. Beliau kemudian mengeluarkan kurma yang sedang dimakan oleh anak-anaknya dan kurma yang berada di dalam baju anak-anaknya. Semua kurma itu dilemparkan semula ke dalam kebun tersebut.

Melihat kelakuan pasangan suami isteri tersebut, Rasulullah SAW lalu berkata,

“Alangkah benyaknya tanda pokok yang besar di syurga milik Abu Dahdah.”

Syahid Di Medan Uhud

Abu Dahdah juga menawarkan dirinya sebagai tentera Islam untuk berjuang di Medan Uhud. Sewaktu tentera Islam kucar-kacir de mdean perang, Abu Dahdah menyeru mereka dengan lantang,

“Semua orang Ansar, dekat padaku. Abu Thabit ibn Dahdah. Jika Muhammad terbunuh, sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak akan mati. Berjuanglah kamu untuk mempertahankan agama, nescaya Allah akan menolong kamu.”

Mereka mendekati beliau dan bersama-sama melancarkan serangan ke atas kafir Quraisy. Akhirnya, Abu Dahdah ditakdirkan mati di tangan Khalid al-Walid yang merupakan tentera musyrikin saat itu. Kematian beliau diterima dengan hati terbuka oleh Ummu Dahdah. Ummu Dahdah begitu tenang menerima khabar tersebut, beliau tidak menangis, meraung mahupun memukul-mukul wajah seperti perempuan jahiliah yang lain. Yang keluar dari mulutnya hanyalah, “Allahuakhbar” dan “Innalillahi wainna ilayhi rajiun” berkali-kali.

Walaupun suaminya terkorban, Ummu Dahdah gembira mendapat tahu Rasulullah SAW selamat kembali ke Madinah. Semuanya kerana beliau telah merelakan dirinya menerima Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Related posts:

Ramadan : Belajar Taqwa Dari Seekor Anjing

Ummu Salamah : Wanita Tabah Yang Diangkat Darjatnya~

Ini Lebih Baik Dari Persatuan Isteri Setia

Better Late Than Never
Musim peperiksaan tiba lagi, secara automatik, ahli surau akan bertambah. Itulah fitrah musim peperiksaan, bukan di JAD sahaja malah di mana-mana Instituti pelajaran di dunia ini. Ketika musim peperiksaan, barulah mula cari sejadah, barulah mula bangun malam, barulah mula turun ke surau, semuanya semata-mata inginkan markah yang tinggi dan cemerlang. Perkataan-perkataan seperti Tawakkal, Redha, Man Jadda Wa Jadda, yang sebelum ini tidak pernah disebut malah tidak ingin didengari, mula bermain-main di bibir pelajar-pelajar JAD. Ya, apabila musibah mula melanda, bukan JAD sahaja tapi manusia umumnya, mula mencari Tuhan.

“Dekat xm baru nak solat, takyah la weeeii, tak berkesan pun..”

“Dekat xm baru nak pegi surau, sbelum ni solat pun tak pernah.Mebazir je dowh..”

“Ala,tyme susah baru nak sujud..Dia tak pandang ko la weh..”

Minta Dan Terus Minta

Saya setuju, lambat memang lambat tapi berkesa atau tidak, siapa tahu selain Dia? Siapa dapat jamin bahawa Solat Isya’ nya semalam diterima Allah? Siapa berani mengaku bahawa zikir-zikirnya selama ini diterima Allah? Bayangkan kalau seorang Abid(ahli Ibadah) yang solat seribu tahun pun masuk ke dalam syurga bukan kerana solatnya, bagaimana pula kita yang solat Subuh pun tidak di surau?

Seorang pelacur masuk ke dalam syurga disebabkan memberi minum kepada seekor anjing di dalam kehausan dan seorang ahli Ibadah dicampak ke dalam neraka kerana tidak memberi makan kepada seekor kucing. Saya kira ini merupakan 2 contoh yang terbaik bagi mengupas isu cari Tuhan ketika peperiksaan. Siapa sangka dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing, binatang yang dianggap jijik oleh sesetengah orang, pelacur yang tidak beramal, itupun dimasukkan ke dalam Syurga dan seorang ahli Ibadah yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dicampakkan ke dalam neraka disebabkan hanya 1 perbuatannya sahaja. Dalam erti kata lain, kita tidak tahu bahawa Ibadah kita yang mana Allah terima. Solat Subuh berjemaah? Zikir pagi dan petang? Bacaan ayat suci al-quran? Kita tidak tahu.

Minggu depan kertas Lukisan Kejuruteraan, lalu kita pun sibuk mengulangkaji kertas tersebut. Semua rumus yang ada dihafal, kalau ada 100 rumus maka 100 rumuslah yang kita hafal. Semua soalan latihan kita jawab dan hafal, moga-moga apa yang dijawab keluar ketika kertas sebenar. Kita bangun pagi-pagi, tidak tidur malam untuk ulang kaji pelajaran walaupun kita tahu, bukan 1 buku yang ditanya ketika peperiksaan, hanya 8 soalan sahaja tapi kita berusaha keras untuknya, kerana apa?

Kerana kita tidak tahu bacaan yang mana terpilih, soalan mana yang akan keluar.

Jadi,siapa tahu usaha kita di akhir-akhir itu ditolak atau diterima oleh Allah?  Siapa berani cakap yang usaha di akhir-akhir dikira terlambat oleh Allah? Makbul atau tidak itu bukan hak kita, itu hak Allah secara mutlak. Dia bagi kita bersyukur, Dia tidak bagi, kita redha. Itu hak Dia dan kita pun ada hak iaitu hak untuk berusaha, jadi jangan tunggu lagi, cepat berusaha dan pintalah daripada Nya kerana tiada istilah terlambat dalam Islam kecuali pabila nyawa di halkum dan matahari terbit dari barat.

Selagi masih bernyawa, pintalah apa-apa sahaja daripada Allah dan yakinlah Dia akan perkenankan apa sahaja doa kita walaupun kita di saat-saat akhir. Berdoalah walaupun 10 minit lagi kita akan masuk ke dalam dewan peperiksaan, berdoalah walaupun 1 minit sahaja lagi kita akan menjawab kertas soalan dan berdoalah walaupun  sekejap sahaja lagi keputusan peperiksaan kita akan diumum. Percayalah, walau dengan 10 minit, 1 minit bahkan 1 saat sekali pun, Allah mampu lakukan keajaiban asalkan kita pinta dari Nya.

Doa Tidak Makbul

“Aku da usaha,aku da berdoa,solat hajat,qiam malam tapi tak dapat gak..”Keluh Haziq selepas menerima keputusan SPM.

“Ala,percayalah apa yang kau dapat tu adalah yang terbaik buat kau..”Pujuk Masri.

“Terbaik ko kata? 10 C lagi baik dari 10 A?Common la, budak umur 10 tahun pun tahu 10 A lagi baik dari 10 C.”Marah Haziq.

Apabila doa kita tidak dimakbulkan, adakah Allah tidak makbulkan doa kita atau Allah tangguhkan? Kalau Allah tangguhkan, persoalannya bila dan bagaimana? Kalau bab jodoh ada logiknya. Katakan saya sukakan si A,lalu saya berdoa kepada Allah, saya minta agar saya dijodohkan dengan si A tapi tiba-tiba si B muncul dan dia rampas si A daripada saya. Kemudian saya kahwin dengan si C. 10 tahun selepas itu, si A muncul kembali dan saya pun kahwin dengannya sebagai Isteri kedua. Logik!

Tapi,kalau dalam bab keputusan peperiksaan contohnya, bagaimana ditangguhkan? Mula-mula kita dapat 10 C dan apabila kita sudah berkerja, dah ada anak, baru kita dapat 10 A? Tidak logik dan tidak masuk akal.

Saya tahu, maksud 10 C itu lagi baik daripada 10 A ialah mungkin dengan 10 C itu rezeki kita dipermudahkan dan dengan 10 C itu kita akan sedar hakikat diri kita, kita tidak akan sombong tapi saya tidak ingin gunakan pendekatan ini.Cuba pilih pilihan kedua iaitu apabila kita tidak dapat sesuatu yang dipinta, bukan Allah tangguhkan tapi memang Allah tidak makbulkan doa kita.

Memang benar, dalam Al-Quran ada ayat menyatakan bahawa berdoalah pasti dimakbulkan tapi adakah kita benar-benar faham akan ayat ini? Adakah kita tahu apa itu berdoa yang sebenar? Berdoa ertinya meminta tapi doa tidak akan dianggap sebagai doa selagi orang yang berdoa tidak memenuhi syarat-syarat doa. Analoginya mudah, nasi boleh dimakan tapi adakah nasi basi atau nasi mentah boleh dimakan oleh seseorang yang normal? Sama keadaannya dengan doa, kita doa Allah makbul tapi andai doa kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa, adakah doa itu boleh dianggap sebagai doa?

Sebuah hadis yang mengisahkan seorang yang sesat di padang pasir, dia berdoa tapi Allah tolak doanya disebabkan makanannya daripada makanan yang haram, minumnya daripada minuman yang haram, pakaiannya haram dan hartanya haram.Maksudnya, memang ada keadaan Allah akan menolak permintaan kita iaitu ketika kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa.

Kesimpulannya, berdoalah kepada Allah ketika dekat dengan peperiksaan kerana tiada istilah lambat dalam Islam dan berdoalah dengan sebenar-benar doa.

Related posts:

Aku Gerenti Masuk Syurga!!!

Biar Saya Jadi Perogol!
Orang yang tidak beragama sekalipun sangat marah apabila kita katakan kepada mereka bahawa mereka adalah ahli neraka, kalau tidak percaya, cuba lakukan. Mahu dilempangnya kepala kita, disepaknya perut kita. Percaya atau tidak, itulah fitrah, semua orang inginkan sesuatu yang baik dan menolak sesuatu yang buruk.Ya, saya pernah berjumpa dengan manusia-manusia pada lisannya tidak kisah untuk masuk neraka tapi saya percaya bahawa jauh di sudut hatinya bahawa dia sesekali tidak ingin dirinya dicampak ke neraka.

“kalau semua orang nak masuk syurga, sapa nak masuk neraka?” Jawab dia yang suka bergurau.

“biarlah syaitan dan kuncu-kuncunya masuk ke dalam neraka!” Balas saya balik, dia terus terdiam.

Minggu yang lepas, kami(pelajar JAD batch8) menghadiri satu kem ibadah dan rehlah yang dianjur oleh Yayasan Ilmuan dan JAPEMA. Pengisiannya cukup menyeronokkan. Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah satu ayat daripada seorang motivator kem tersebut. Katanya, “di akhir zaman,akan lahir orang-orang fasik yang petah berbicara tentang agama.” Ayat yang biasa didengar, cuma kali ini ayat biasa ini terus menempelak diri yang kerdil ini.

Kebelakangan ini, penulisan baru sekerat jalan, saya sudah kebuntuan, akhirnya semua disimpan ke dalam draft. Saya cuba muhasabah diri ini, apakah diri ini ada lakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh seorang pendakwah? Subhanallah, alangkah terkejutnya saya pabila bermuhasabah, begitu banyak dosa yang dilakukan oleh diri ini dalam sedar atau tidak. Tidak hairanlah, mutu penulisan(seni berdakwah) semakin merosot.

Gari:Peserta dikehendaki melepaskan ikatan tanpa memutuskan tali

Kadang-kadang, apa yang saya larang di Azzariyat pun saya lakukan dan apa yang saya suruh, saya tidak lakukan. Astagfirullah, moga Allah mengampunkan diri ini. Saya terus berfikir, kalau beginilah cara hidup saya, pasti neraka milik saya. Mana tidaknya, saya larang orang lakukan maksiat tapi dalam masa sama, itulah kehidupan saya dan saya suruh orang lakukan kebaikan tapi saya sendiri tidak lakukannya. Fikirkan tentang neraka, hati ini mula berdebar-debar. Saya tidak fikir tentang azab neraka yang panas menggelegak tapi azab yang saya fikir ialah malu ketika dilewati oleh mereka yang masuk ke dalam syurga berkat dari penulisan saya di Azzariyat.

Tidak, saya tidak mahu masuk ke dalam neraka. Kemudian terlintas di kepala, Allah kan maha penyayang tapi kenapa Dia ciptakan neraka? Kan senang kalau Allah ciptakan syurga, jadi semua manusia akan ke syurga, tidak kira baik ataupun tidak. “Ah, dunia inikan cubaan, jadi syurga dan neraka itu keputusan bagi cubaan!” monolog insan kebingungan. Walaupun jawapan itu tidak memuaskan hati saya kerana tidak berapa kukuh tapi saya cuba bertenang dengannya.

Alhamdulillah, ketika membuka email petang tadi, saya dapat satu ‘forward’ mesej dari sahabat satu jemaah yang bertajuk, “kalau tuhan itu baik kenapa sediakan neraka?” Email tersebut adalah seperti yang dibawah:

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun

Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah…

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.

Lazimnya dlm setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab.

Ustaz tu terkedu/terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused..

Ustaz tu pun jelaskan .”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok/senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je.” Rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. “

Pembaca sekalian, dunia ini adalah cubaan,peperiksaan kepada kita, kalau kita baik di dunia, Allah sediakan sesuatu yang baik untuk kita di akhirat kelak tapi kalau kita jahat di dunia, buruk jugalah pengakhiran kita nanti. Betapa adilnya Allah, Dia sediakan kepada kita syurga dan neraka supaya kehidupan kita di dunia berjalan dengan lancar mengikut kehendak Nya.

“kalau macam tu,baik buat syurga je..eerrr,maksud saya,yang baik ke syurga dan yang jahat hilang terus. Kirenye bonuslah buat mereka yang berbuat baik di dunia, lagi baik dan adil coz takde yang akan diseksa.”

Logik!Tapi saya bagi anda semua sebuah analogi.

Katakan ada 3 orang pelajar, Budin, Cudin dan Dudin.

Budin dijaga dan dimanja oleh ibu bapanya. Kemahuannya dituruti walaupun kehendaknya itu membazir. Dia diberi segala kesenangan dan kasih sayang. Ibu bapanya tidak pernah terlepas daripada menghadiri mesyuarat PIBG dan majlis graduasinya.

Cudin diberi makan oleh ibu bapanya namun ibu bapanya sibuk berkerja sehingga dia selalu kesepian. Dia dimarahi dan didenda jika tidak berjaya untuk mendapat markah tertinggi di dalam kelas dan dia juga dipaksa untuk mengemas rumah dan menjaga adiknya ketika ketiadaan ibu bapanya. Pendek kata, hidupnya walaupun kaya raya namun penuh dengan kesedihan.

Dudin ada ibu bapa namun ibu bapanya sesekali tidak pernah ambil kisah tentangnya. Dia dipinggirkan,kewujudannya dinafikan.

Baiklah,antara ketiga-tiga pelajar ini, yang mana paling baik? Mestilah Budin kan sebab dia bagaikan berada di Syurga, penuh dengan nikmat dan kasih sayang. Yang paling teruk? Mungkin ada yang jawab Cudin sebab dia diseksa, dirotan oleh ibu bapanya tapi yang paling teruk sebenarnya adalah Dudin  kerana kewujudannya dinafikan. Kerana kasih dan sayanglah Allah ciptakan Syurga dan Neraka, Allah tidak biarkan umat manusia hilang begitu sahaja kerana itu lagi teruk daripada diseksa di dalam api neraka.

Ingatlah, kerana kasih dan sayanglah, Allah ciptakan syurga dan neraka, maka saya menyeru kepada diri saya dan pembaca, beramallah supaya syurga menjadi milik kita. Kata Abraham Lincoln, “jangan ditanya apa yang Amerika bagi kepada mu,sebaliknya tanyalah apa yang kamu bagi kepada Amerika. “Usahlah ditanya kenapa mesti beriman kepada Allah, kenapa Allah buat itu, buat ini, kenapa dan kenapa sebaliknya tanyalah kenapa diri ini masih tidak beriman kepada Allah.

Related posts:

Kalau Google Jadi Ustaz

Biar Allah Suapkan Nasi…

Belajar Jadi Isteri Menyenangkan Dari Ummu Dahdah

Apabila Pahala Berdialog Dengan Dosa
Setelah sempurna tempat yang diberi nama Syurga,Allah mengarahkan malaikat untuk menjenguk ke dalamnya dan Tanya komen malaikat tentangnya.”Ya Allah,andai inilah syurga,pasti tiada seorang pun manusia yang tidak ingin masuk ke dalamnya,terlampau indah Ya Allah,”komen malaikat. Lalu Allah menyuruh malaikat melihat jalan-jalan ke syurga dan malaikat berkata, “ya Allah,jika inilah jalan ke syurga,pasti tidak ada yang akan sampai ke dalamnya.”

Kemudian Allah menyuruh malaikat melihat neraka dan malaikat komen, “ya Allah,andai beginilah neraka,pasti tiada seorang pun manusia yang ingin masuk ke dalamnya.”Lalu ditunjukkan jalan-jalan ke neraka dan malaikat berkata, “jika inilah jalan-jalan ke neraka,pasti semua orang akan masuk ke dalam neraka.”*

Apa yang dimaksudkan malaikat bukanlah kesusahan atau kesenangan yang nyata,tetapi kesusahan dan kesenangan yang tidak nampak atau kita panggil ia sebagai perasaan.Kita ikuti dahulu dialog antara pahala dan dosa.

Dosa      :ko taw,senang je manusia nak dapat aq..

Pahala   :Oh ye?Buktikan..

Dosa      :ye la,sape tak suka zina?lelaki mana tak suka tengok perempuan bogel?Bila dorang tengok suma tu,dorang dapat aq la..

Pahala   :Oh ye?Tapi,macamana nak dapat tengok pompuan bogel tu?

Dosa      :senang je,bukak tenet or sms je awek die,then cakap , “if u love me,give me all u have..if u don’t want,we break!” Kompom pompuan tu bagi nye lah!

Pahala   :Oh ye?Nak main tenet or mesej tu,kene pakai apa?

Dosa      :duit la,samdol betul la ko ni..

Pahala   :Oh ye?Nak dapat duit wat camna?

Dosa      :Lor,kene usehe la..Mencuri ke,merompak ke,ayat awek ke..Tu pon tak taw?

Pahala   :Oh ye?Susah la camtu..

Dosa      :Kenapa lak?Susah ape nye..Senang je,masok umah orang then curi duit..ala,curi duit mak sendiri pok ok dowh!

Pahala   :Oh ye?Kalo kene tangkap polis?

Dosa      :Sendiri tanggung la..nak zina sangat..

Pahala   :Oh ye?Kalo camtu,aq lagi senang la dorang nak dapat..

Dosa      :Nape lak?

Pahala   : Dorang takyah guna duit untuk dapat aq..

Dosa      :uso da to itte yo..Joe (pls don’t lie..Joe)

Pahala   :betul,tak tipu lansung..Ok,katakan sorang budak,nama dia akmal,duduk di tingkat 8..Die dengar azan,die ambil wudhu’ n turun ke surau..Ko taw ape yang die dapat dengan hanya berjalan kaki ke surau?

Dosa      :dapat ko la kot..

Pahala   :Haaa,pandai!!! Die dapat aq,die tolak ko n die nye martabat naik satu..hebat dowh..

Dosa      :ala,tapi die kene amik wudhu kan?Nak amik wudhu kene ade air,nak ade air kena ade duit..same lah ngan aq..hahaha

Pahala   :Uish,tak same dowh…Katekan takde air,die gune debu pun boley!

Dosa      :Uso!!(tipu)

Pahala   :Betul,tu namenye tayammum,ko tak taw ke?Dasar dose..

Dosa      : Dose,dose jangan sebut..Tak baik..

Pahala   :n ko taw,susah dorang nak dapat ko selagi aku ade..

Dosa      :ape maksud ko?

Pahala   :katakanan dorang wat sesuatu yang patut dapat ko..zina ke..tikam orang lain sampai mati ke.. Malaikat tak akan terus tulis dalam buku yang dorang dapat ko..Malaikat tunggu sampai kali ke 10,kalo die x tobat,barulah die ditulis yang die dapat ko..tapi tu pun 1 je..susah..andaikata die wat salah 9 kali.. nak wat kali ke 10,die insaf..die tak dapat ko pon,die dapat aku..wek!!!

Dosa      :em..betoi2..

Pahal     :lain lak ngan aq..andaikata die wat baik 1,die dapat aq secara pukal..die dapata aq,ayah aku,adik aku,mak aku,mak su aku..ahhhh,die dapat sume!

Dosa      :jangan blagak la weh,buktikan

Pahala   :mana taknya,Allah sentiasa gandakan kebaikan yang manusia wat..contohnye,die bace quran..die bace quran tu da dapat 1 pahala,setiap huruf yang dibace pun dapat pahala,jika ada yang mendengar,die dapat pahala lagi…..huhuhuh…andaikata Allah wat populasi aku ni limited,memang pupus la..haahha

Dosa      :logik2..

Pahala   :Tapi senanye,aq bingung…

Dosa      :apsal lak?

Pahala   :walopon aq senang dorang nak dapat,dorang lebih minat ko dari aq..

Dosa      :ye la,sebab sume bende yg dapat aq,nikmat dowh…n sume bende nak dapat ko,  sumenye booooooorink!

Pahala   :senanye,takdela borink sangat..tapi musuh dorang,setan yang bisik dot kate borink…

Dosa      :logik2..

Betul,jalan untuk buat kebaikan terlalu banyak tapi kita yang menyusahkannya..Dan angkara kita juga, jalan itu berbelit-belit dan kita pening,lantas kita pilih jalan senang dan mengasyikkan,kita pun pilih jalan ke neraka..Ya,jalan yang nampak senang dan nikmat di mata kasar namun pada hakikatnya,mengundang seribu satu nestapa…

*diubah mengikut ingatan sendiri

Related posts:

Rantaian Dosa Dan Pahala

Artikel Pilihan:Dosa-Dosa & FB -By UZAR

Multi Level Marketing – Dosa