azzariyat.com » nilai

Berita Gembira Buat Sabit
SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati. Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti.

“Assalamualaikum,” ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

“Waalaikumsalam,” jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung untuk membuat roti.

“Malam ini kita ada tetamu istimewa,” kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

“Siapakah orang itu?” tanya isterinya pula.

“Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan,” jelas Sabit kepada isterinya.

“Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. ” kata Sabit kepada isterinya.

“Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?” kata Sabit lagi.

“Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?” tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

“Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang,” kata Sabit kepada isterinya.

Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu,” pesan Sabit kepada isterinya.

“Baiklah, saya turuti kata-katamu,” jawab isterinya.

Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.

Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya.

“Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama,” kata isteri Sabit kepada tetamu itu.

Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.

“Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini,” kata Sabit kepada tetamunya itu.

Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.

Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.

Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang.

“Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini,” kata tetamu itu kepada Sabit.

Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, “Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu.”

“Apakah berita gembira itu?” tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.

“Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam,” kata Nabi Muhammad kepada Sabit.

Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada dalam kesusahan.

Related posts:

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…

Tentang Cinta siri 2 : Nota Buat Budak Dakwah

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”
Mungkin seumpama tajuk post ana kali ini, kita melepaskan kemarahan atau kekecewaan saat menempuh ujian.

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Sabar itu sebahagian daripada iman

Benarkah kita tidak patut diuji dalam hidup ini?

Orang motivasi selalu memberikan kata-kata perangsang:

“Gagal sekali bukan gagal selamanya!”

Namun harus kita ingat, hakikat sebuah kehidupan bahawa:

“Berjaya sekali bukan bererti kita akan berjaya seterusnya!”

Firman Allah SWT:

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

Al-Ankabut : 2-3

UJIAN HIDUP. Satu lumrah kehidupan. Mari kita renungkan kembali  kisah Nabi Adam melalui kejadiannya.

Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hamba-Nya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?

Lalu saat kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir antara kita yang cuba mempersoalkan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hamba-Nya. Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.

Anda kita menghadapi ujian, harus kita terima dengan hati yang terbuka kerana sesuatu itu, sama ada positif atau negatif, ia adalah ujian daripada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap baik ada buruknya dan setiap buruk ada baiknya. Inilah hakikat duniawi.

Renungilah firman Allah SWT ini:

”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Al-Baqarah : 216

Semoga dengan ujian-ujian yang kita hadapi, sama ada ringan atau berat, dapat mematangkan kita seterusnya memantapkan keimanan kita kepada Allah. Sahabatku, tabahkan hatimu, la tahzan…

Related posts:

Ketika Diri Diuji..

Doa Untuk Jepun

Ujian Itu Satu Anugerah

Ujian Itu Satu Anugerah
Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda memberi sepenuh kepercayaan kepada kata-kata rakan anda?

Di dunia ini, semua orang boleh dikatakan mempunyai rakan lebih daripada seorang. Dan dalam ramai-ramai rakan yang anda miliki, pasti salah seorang daripada mereka seorang yang anda percaya, jujur tutur kata, sentiasa ikhlas dalam memberi pendapat, memelihara hubungan dengan Allah dan manusia, dan sentiasa melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat.

Lagi sekali saya ingin bertanya. Sekiranya rakan anda menyampaikan sesuatu yang baik, adakah anda akan percaya dengan kata-katanya?

Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, adakah anda percaya dengan kata-kata Allah? Tuhan yang menciptakan segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Tuhan manusia yang memiliki nama-nama yang baik. Yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang memberi memberikan rezeki kepada sekelian mahluknya di muka bumi, yang memiliki seluruh alam, dan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Sekiranya anda beriman, insyaAllah anda akan percaya kepada setiap kata-kata-Nya. Sebab percaya kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu daripada rukun iman.

Alhamdulillah, sekiranya anda percaya kepada kata-kata Allah. Jadi, seandainya saya ingin mengeluarkan kata-kata Allah ini, saya harap anda akan turut percaya kepadanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya

kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah

mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut,29:2-3)

Kenapa manusia diuji? Pernahkan persoalan ini bermain-main di fikiran anda? Atau pernahkah anda tertanya-tanya kenapa ujian Allah itu datang bertali arus, seperti air yang mengalir di sungai? Nah, inilah jawapan kepada semua persoalan anda. Setiap penciptaan Allah pasti ada sebabnya. Maka, ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi khalifah di bumi dan manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri mereka kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

agar mereka beribadah kepadaKu.“

(Surah Az-Zariyat,51:56)

Mari kita sama-sama berfikir seketika. Lihat sekeliling anda. Tenung betul-betul. Betapa luas dan besarnya ciptaan Allah. Merangkumi penciptaan langit dan bumi yang berlapis-lapis sehingga tidak terjangkau oleh teknologi kini. Malah pancaindera yang dikurniakan olehNya juga terhijab daripada menjangkau semuanya.  Di angkasa raya saja sudah ada beribu-ribu bintang yang saiznya berlipat kali ganda lagi besar daripada bumi yang kita duduki ini. Neptune, Zuhal, marikh dan bermacam-macam lagi plenet yang belum diterokai oleh manusia. Subahanallah, betapa luasnya penciptaan Allah di alam semesta ini.

Rakan-rakan. Tidakkah anda sedar  di manakah kedudukan anda di alam jagat ini? Adakah anda signifikan di dunia ini? seandainya alam semesta ini boleh dipetakan, belum tentu kewujudan kita di peta alam semesta ini sebesar titik noktah. Mungkin kita tidak dapat disignifikasikan di dalam peta tersebut kerana betapa kerdilnya manusia berbanding ciptaan Allah yang lain. Namun, tidak sedarkah anda bahawa Allah sentiasa merasai kewujudan hamba-hamba manusianya. Tapi, bagaimana kita tahu? Semuanya kerana ujian, musibah, kesusahan kepayahan dan  segala bentuk masalah yang diberikanNya kepada hamba-hamba manusiaNya ini. Dan dengan ujian yang diberikan itulah menunjukkan betapa Allah sedar akan kehadiran kita di alam ini. Betapa signifikannya manusia di sisi tuhannya.

Tapi, kenapa setiap kali kita di timpa pelbagai kesusahan dan kepayahan, kebanyakan daripada kita tidak bersyukur? Bukankah ujian itu satu penganugerahan yang Allah berikan kepada kita? Anugerah yang menunjukkan bahawa Allah sedar akan hadirnya kita di bumi ini. Anugerah yang melambangkan betapa Allah sayang akan kita.

Nah, rakan-rakan. Seharusnya, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala

kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan

kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan

perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-

daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu

berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran,3: 200)

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dengan segala ujian yang diturunkan kepada kita. harungilah dengan tabah dan sabar semoga sesuatu yang lebih baik itu akan muncul di sebalik kesabaran yang telah kita semai. Semoga ilmu yang sedikit itu dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah.

Related posts:

Sebenar-benar ujian

Ujian dalam ujian [edited]

AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?

Nombor Telefon Allah
Satu perkongsian untuk semua. Semoga kita dapat memetik pengajaran kerana di ladang dunia ini kita semaikan amalan, dan ranuman hasilnya di akhirat kelak…

Budak 7 tahun: Kakak, kakak tau tak nombor telefon Allah?

Kakak: ?? (mengerutkan mukanya)

Budak 7 tahun:  Adik tau nombor telefon Allah! 24434.

Kakak: Ha? (termenung lama, tidak mengerti dan terdiam)

Kakak: Oh… rakaat dalam solat ke? Siapa yang cakap kat adik? (tersenyum)

Budak 7 tahun: Guru besar adik yang cakap waktu perhimpunan tadi.

Lama juga si kakak itu termenung tatkala mendengar patah kata ‘nombor telefon Allah’ kerana memikirkan maksud disebaliknya dalam-dalam. Yang dimaksudkan dengan ‘nombor telefon Allah itu ialah solat 5 waktu yang dilaksanakan tiap-tiap hari. Mungkin sesuai benar perumpamaan ‘nombor telefon Allah’ itu untuk kanak-kanak yang baharu belajar tentang solat. Satu perumpamaan yang saya kira agak menarik.  Anda rasa?

Solat fardu: Satu kewajipan

Perumpamaan tetap perumpamaan. Kewajipan tetap kewajipan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang 5.

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Surah al-Nisa’:ayat 103)

Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang meninggalkan solat? Hari ini tua muda bukan ukuran bagi mereka. Beginilah fenomena zaman ini:

Yang tua merasakan “Aku ni dari dulu lagi tak sembahyang, alang-alang dah tak sembahyang baik….”

Yang muda merungut “Malas ar nak sembahyang. Parent aku tak sembahyang pun….”

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Harus kita ingat, suatu hari nanti, amalan kita akan dihisab oleh Allah s.w.t di mahkamah-Nya. Apakah kita menunaikan kewajipan bersolat? Adakah cukup 5 waktu? Adakah kita khusyuk dalam solat?

Daripada Abu Hurairah r.a, menukilkan sabdaan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Mari Kita Renungkan

Saya cukup tersentuh tatkala membaca sebuah kisah teladan dalam sebuah buku. Suka untuk saya berkongsi kisah itu  di sini.

Suatu ketika, Urwah b. Zubair melakukan perjalanan dari Madinah ke Syam yang sangat jauh dan penuh dengan rintangan. Dia selalu menyelesaikan bacaan al-Qurannya setiap empat hari sekali dan selalu bangun sepertiga malam. Dia ibarat laut yang tak bertepian, itulah gelaran yang disandangkan oleh Zuhry kepadanya.

Sesampai di Syam, dia menginap disebuah rumah, Takdir Allah, dia diserang penyakit akkalah (penyakit seperti kanser) pada kakinya. Penyakit itu menjalar ke pergelangan kakinya hingga terpaksa dipotong. Namun, dia tetap brsabar terhadap dugaan Allah yang menimpanya. Setelah itu, penyakitnya menjalar lagi hingga ke betis dan akhirnya lutut sehingga anggota badan itu terpaksa dipotong. Namun, dia tetap bersabar dengan apa yang dialaminya itu.

Para doktor memberikan minuman khamar (minuman keras) kepadanya agar dia mabuk dan tidak berasa sakit ketika kakinya dipotong. Urwah merupakan seorang yang Zuhud dan takut untuk melakukan maksiat. Doktor memerintahkannya untuk meneguk khamar tersebut. Namun dia menjawab:

“Demi Allah, saya tidak akan meminumnya. Bagaimana boleh saya menghilangkan kesedaran saya dengan meminumkhamar, sedangkan kesedaran yang saya miliki merupakan kurniaan Allah kepada saya? Bagaimana saya akan melakukan sesuatu yang diharamkan Allah? Jika saya dalam keadaan solat saya akan lupa dengan rasa sakit, maka ketika itu potonglah kaki saya.”

Tatkala dia sedang solat, kakinya dipotong. Ketika dia selesai solat,barulah dia sedari bahawa kakinya sudah dipotong. Dan dia tidak sedikitpun merasa sakit.

Begitulah kisahnya. Betapa khusyuknya solat Urwah b. Zaid. Cuba kita renungkan diri kita pula. Apakah sampai kita pada tahap kekhusyukan itu? Saat kita menghadap Allah, saat itulah fikiran diserang dan berperang dengan seribu satu macam perkara. Bertubi-tubi busur panah syaitan menembusi relung fikiran.

“Alamak, report ngan shukudai tak siap lagi! Adoi, laparnye perut… Eh, jap lagi nak makan kat mane ek? Syasya bukak tak hari ni? Mak cik bakso? Alamak, aku rasa macam tertinggal duit kat atas… Ishh, panjang betul imam ni baca… Siapa lalu lalang ni, aku nak sembahyang pun tak senang..”

Begitulah penyakitnya, fikiran kita menerawang jauh saat takbiratul ihram diangkat dan tangan dalam keadaan qiam. Akhirnya, bilangan rakaat entah ke mana, bacaan entah sudah sampai ke mana, dan khusyuk entah tak kunjung tiba.

Kita tak mahu melupakan sejenak duniawi kerana Allah s.w.t. Tuhan yang telah menciptakan kita dan jagat alam seluruhnya. Sedangkan Nabi s.a.w berkata dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan. Justeru, saat kita mengangkat takbiratul ihram, orang Jepun kata: shuuchuu. Atau orang Melayu kata: tumpukan perhatian. Khusyuk. Itulah kunci solat yang diterima Allah s.w.t.

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut, ayat 45)

Intiha

5 kali sehari kita diseru dengan seruan azan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Dan kadang-kadang kita terleka dengan hal-hal dan hiburan dunia lantas meninggalkan tuntutan solat berjemaah.

Katakan:

Dalam sebuah pertandingan Explorace, ada 5 cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta.

Si A membuat kerja secara berkumpulanDia diberikan 27 mata untuk setiap cabaran kerana menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan.

Manakala si B melakukannya seorang diri dan hanya satu mata yang diperolehinya untuk 5 cabaran itu.

Jadi markah penuh si A ialah135 manakala markah si B hanya 5. Jauh berbeza bukan? Sudah tentu, si A yang mencapai kemenangan pada akhirnya.

Itu baru contoh yang maujud. Kita tidak tahu berapa banyak pahala yang Allah kurniakan untuk solat brjemaah. Lebih-lebih lagi ia digandakan dengan 27 kali ganda. Subhanallah!

Sama-samalah kita fikirkan…Sesungguhnya, tiada panggilan sepenting seruan Ilahi!

Related posts:

Usrah Nombor Berapa?

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Allah needs nothing!

Untukmu sahabatku…
Artikel ini ditulis sewaktu saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya. Saya rindukan mereka yang telah pergi jauh dari saya untuk menuntut ilmu, mencari kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk diri masing-masing. Mengenang mereka, membuatkan saya teringat pada kamu semua.

Alangkah indahnya jika kita dapat sama-sama melangkah dan memimpin tangan satu dengan yang lain sambil memasuki syurga Allah SWT. Akhirnya, saya temui juga faktor yang sangat kuat untuk hati ini menyeru kalimah Allah kepada kalian. Walaupun pahit yang ditelan apabila kata-kata tidak diterima, usaha tidak dihargai, pelajaran merosot dan pelbagai lagi dugaan yang Dia datangkan untuk menguji keimanan hambaNya yang lemah ini, saya kuatkan semangat untuk mengharunginya.

Mengorbankan prinsip sendiri yang takut untuk gagal, tidur selewat-lewatnya pukul 12 malam, shukudai kene buat sendiri dan lain-lain demi dakwah ini. Bukan untuk mengangkat diri dan mengungkit segala yang telah dilakukan, tetapi hanya ingin kamu semua rasainya. Saya lakukan ini semua kerana saya sayangkan kamu. Saya nak masuk syurga dengan kamu semua!! Itu impian saya.

Hidup ini singkat dan hanya senda gurau sahaja. Sedarlah kalian tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Sekejap sahaja lagi kita akan ke sana. Melihat kematian ikhwah di Mesir, akh Ammar, benar-benar mengundang keinsafan pada diri ini. Tak lama lagi pasti saya juga akan mengekorinya, cuma tak pasti samada baikkah di akhirnya, atau sebaliknya.

Kalau boleh, saya pinta kalian lapangkanlah dada untuk menerima dakwah ini. Marilah kita sama-sama mengejar redhaNya dalam kehidupan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita boleh sama-sama memasuki syurgaNya pula…insyaAllah…

Langkah kaki ini juga pernah terpesong sebelum ini. Pernah juga tersilap jalan. Saya juga masih berusaha untuk berjalan lurus. God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destined our future. Yang berlalu biarkan berlalu, kita coraklah hidup kita yang mendatang dengan lebih baik. Sejarah buruk itu bukanlah untuk diulang, tapi untuk dielak daripada berulang.

Rasa terbeban dengan dosa itu memang perlu, untuk kita sentiasa merasakan diri ini lemah dihadapanNya. Tapi janganlah kita membiarkan rasa itu meghalang kita untuk beramal di jalan dakwah ini. Kerana sesungguhnya mengenangkan dosa yang banyak terbeban itulah, saya memilih jalan ini. Jalan untuk saya memperbanyak amal, jalan untuk saya menebus kembali kesalahan-kesalahan lampau, jalan untuk saya mencari redha dan cintaNya. Saya juga seperti kamu, malah mungkin lebih teruk daripada kamu. Biarlah segala yang telah berlalu menjadi rahsia antara saya dengan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tapi, itulah kekuatan untuk saya memperbanyak amal kini, sebelum dijemput untuk bertemuNya. Saya yang kesuntukan masa kerana mungkin telah separuh atau mungkin telah 3suku telah digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Kalau saya masih tidak berputus asa menagih ampunanNya, berusaha untuk mendekatiNya, saya harap kamu semua pun begitu juga. Sebab saya nak sangat bersama-sama kamu di syurga nanti. Sahabat, kalau ada di antara kamu yang terasa dengan saya, apabila kesibukan saya dengan belajar dan dakwah menjauhkan saya dengan kamu, saya minta maaf banyak-banyak. Terasa juga dengan post sebelum ini yang menegur budak surau. Mungkin banyak hati-hati yang telah saya lukakan apabila kesibukan itu memenatkan saya, memuramkan wajah saya, menghilangkan masa saya untuk bersama kamu. Maafkanlah saya. Sedaya upaya, saya ingin tunaikan hak kamu sebagai sahabat saya, tapi jika itupun tak mampu saya tunaikan, hanya doa saya mengiringi kamu semua. Sebab tu saya nak bersama-sama kamu di syurga. Agar kita dapat habiskan masa lebih lama untuk berborak dan berbual mesra. Semoga di sana nanti, kita dapat saling menzirahi rumah masing-masing di syurga-syurga yang berbeza. Moga di sana nanti, kita dapat bermandi-manda di sungai-sungai yang indah. Moga di sana nanti kita dipertemukan dengan insan agung, Nabi Muhammad SAW.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak dibumimu. Marilah kita sama-sama betulkan langkah kita. Marilah bersama-sama kenali diri kita. Marilah bersama-sama kenali pencipta kita. Semoga syurga itu menjadi tempat untuk kita reunion kembali suatu masa nanti. Tempat untuk kita mengenang saat-saat indah suka dan duka kita di JAD, di SERATAS, di Convent dan lain-lain.

Sahabat,

Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumabang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya.

Sahabat,

Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.

Sahabat,

Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita. Kerana mereka nak masuk syurga dengan kita. Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Merekalah sahabat-sahabat yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.

Sahabat,

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Jomlah kita amalkan ajaran Islam yang sebenar. Jomlah kita taati Allah dan rasulNya. Jomlah kita perbanyak amal kita sementara masih ada. Jomlah kita menjadi kekuatan satu sama lain untuk terus berada di jalanNya.

Akhir kata, saya sayang kamu semua. Doakanlah kebaikan untul saya di dunia dan akhirat. Kamu juga akan sentiasa dalam doa-doa saya. Sebab, saya nak sangat masuk syurga dengan kamu!!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/FvQGrqQMrEc&feature" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/FvQGrqQMrEc&feature" /></object>

Related posts:

Segulung ijazah untukMU, Ya Rabbi!

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Mahalnya sebuah keredhaan…
Mengungkit kembali kisah yang pernah dibawa oleh ana suatu ketika dahulu tentang seorang insan yang bernama Ibrahim bin Adham.Ketika diminta untuk membayar duit untuk membolehkan dia menggunakan tandas,lantas dia menangis.Apabila ditanya adakah kerana tiada duit lalu dia menangis,dia menjawab tidak.Penjaga tandas itu bertanya lagi lalu kerana apa dia menangis dan akhirnya dia menjawab,jika untuk memasuki tandas,satu tempat yang paling jijik,kotor,tempat tinggal syaitan-syaitan laknatullah pun kena bayar, berapakah pula harga bagi syurga Allah,tempat yang paling mulia,aman,tempat tinggal para ambiyat.Sebenarnya,apa yang cuba disampaikan oleh Abu Ishaq sebenarnya,mahalnya keredhaan Allah.

Syurga dan Keredhaan Allah

Hari ini,ada di antara kita cuba memisahkan antara syurga dan keredhaan Allah secara mutlak.Bagi mereka,masuk ke dalam neraka pun tidak menjadi masalah asalkan mereka dapat menggapai keredhaan Allah dan tiada gunanya masuk syurga jika keredhaan Allah tidak dapat dicapai.Hal ini jelas menentang hukum logik yang ditetapkan oleh Allah.

Mungkin,ayat itu merupakan satu bentuk gaya bahasa yakni metafora bagi menggambarkan betapa tingginya nilai sebuah keredhaan sehingga kenikmatan syurga dan keperitan neraka itu mampu ditolak ketepi.Jika benar ayat itu satu metafora,maka ayat ini ayat yang sahih namun jika tidak, ayat ini ayat palsu,ayat yang salah.

Dalam satu universiti,ada 2 fakulti iaitu fakulti kejuruteraan dan fakulti bahasa.Untuk masuk ke dalam fakulti kejuruteraan,pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan dan untuk masuk ke dalam fakulti bahasa, pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek bahasa.Ahmad mempunyai kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan tetapi dia diletakkan ke dalam fakulti bahasa,logik?

Samalah keadaannya dengan syurga dan keredhaan Allah.Fakulti-fakulti itu adalah syurga dan neraka manakala kelulusan-kelulusan itu pula keredhaan atau kemurkaan Allah.Dan Allah telah menetapkan bahawa untuk masuk ke syurga,kita mesti mendapat keredhaan dari Nya dan untuk masuk ke dalam neraka,kita mesti mendapat kemurkaan dari Nya.Jadi,wajarkah kita mengungkapkan kata-kata seperti sebentar tadi?

Sahabat-sahabat membuktikan bahawa kerana mereka mengejar syurga, maka Allah redha dengan mereka.Ibnu Jabir berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan menangis dan mengadu bahawa bapanya telah gugur syahid dalam peperangan.Rasulullah bersabda yang maksudnya kamu ingin menangis ataupun tidak,itu terpulang kepada kamu tetapi ketahuilah bahawa semua pintu langit telah terbuka untuk ayahmu.Allah bertanya kepada ayahmu bahawa adakah dia mempunyai permintaan.Maka ayahmu menjawab ya dan Allah bertanya apakah permintaan itu.Ayahmu berkata bahawa dia ingin hidup sekali lagi dan ingin mati syahid buat sekali lagi namun Allah berfirman bahawa Aku telah tetapkan yang mati tidak akan hidup buat kali kedua,mintalah yang lain.Ayahmu pun minta kepada Allah supaya Allah meredhainya dan Allah meredhaainya.

Tengah manusia bertungkus-lumus untuk selamatkan nyawa masing-masing dalam perang Uhud,Anas An-Nadho berkata kepada seorang sahabat sambil matanya tajam merenung gunung Uhud, ” ketepi kamu!”Sahabat bertanya, “kemanakah kamu wahai Anas?”Anas menjawab, “aku telah terhidu bau syurga di sebalik Uhud.”Selepas Anas syahid,Anas diberi gelaran Radhiallahuanhu.

Maksudnya di sini,para sahabat berkejar-kejaran,berlumba-lumba dalam mengejar nikmat syurga.Disebabkan syurga tidak boleh dimasuki oleh seseorang tanpa redha Allah,maka sesiapa sahaja yang dapat masuk syurga, pasti mendapat redha Allah.

Mahalnya Sebuah Keredhaan

Manusia adalah sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini.Apabila diperincikan lagi maksud sebaik-baik kejadian,kita akan dapati bahawa comel mana seekor hamster pun,ia tidak akan sama dengan seorang bayi.Pandai mana seekor kancil pun,ia tidak akan segenius Adi Putra.Besar mana seekor gajah pun,ia tidak akan sehebat Arep.Maksudnya,tidak kisahlah apa sahaja yang ada di atas muka bumi ini,manusia adalah yang paling baik.Ahsanul Khaliqin!

Jadi,apabila dinilai melalui satu lagi sudut,kita akan dapati bahawa manusia adalah semulia-mulia makhluk dek kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk.Plankton,ketam,biawak,gajah dan dinosour adalah tidak semulia manusia.Dan hukum logik menetapkan bahawa membandingkan antara 2 jenis benda yang tidak sama adalah tidak adil,seperti membandingkan rasa buah durian dengan rasa buah rambutan,berat sebelah.Namun,jika dibandingkan juga,apa maksudnya?

Maksudnya ada sesuatu yang pada rambutan yang durian tiada.Jika kita perhatikan kisah-kisah orang mendapat keredhaan dan kemurkaan Allah, biasanya kisah-kisah itu akan dikaitkan dengan manusia dan binatang. Contohnya pelacur yang memberi seekor anjing minum dan seorang wali yang menyepak seekor kucing.Hal ini seakan-akan kita cuba mengaitkan manusia yakni sebaik-baik kejadian dengan binatang yang darjatnya jauh lagi bawah daripada manusia.Maknanya di sini,dalam mencari keredhaan Allah, semua tempat wajib diredah,semua amal wajib dibuat.

Amin ditawarkan 2 jenis program persediaan ke luar negara.Program pertama mengkehendaki Amin supaya mendapat markah tidak kurang daripada 80 markah,jika Amin gagal mendapat 80 markah,maka Amin akan disingkirkan.Manakala satu lagi program mengkehendaki Amin supaya mendapat markah penuh tanpa kurang walaupun 1 markah,jika dia gagal mendapatkannya,dia akan disingkirkan.Jadi,di antara 2 program persediaan ini,yang mana lagi mahal harganya?Akal yang rasional akan mengiktiraf program yang kedua kerana adalah program yang lagi bernilai,lagi mempunyai manfaat daripada yang pertama kerana yang kedua lagi susah daripada yang pertama.

Begitu juga dengan keredhaan Allah.Dalam mencari keredhaan Yang Satu, semua manusia harus disatu menyembah Yang Satu,semua haiwan harus dibantu agar Akhirat esok lebih bermutu.

Kisah terbaru yang ana baca dalam majalah kegemaran ana,Solusi,edisi terbaru ada mencatatkan sebuah kisah tentang kerana lalat manusia mendapat keredhaan Allah dan kerana lalat juga manusia mendapat murka Allah.Lihatlah,betapa mahalnya keredhaan Allah sehingga pada makhluk yang kita asyik terlepas pandang itu pun terdapat keredhaan Nya.

2 orang kawan melewati sebuah tempat penyembahan berhala.Untuk melepasi tempat itu,mereka dikehendaki mengorbankan apa-apa sahaja haiwan sebagai tanda penyembahan.Mereka menjawab bahawa mereka tidak membawa apa-apa,lalu ahli rumah ibadat itu mengarahkannya supaya mengorbankan binatang walaupun dengan hanya seekor lalat.Salah seorang daripada mereka membawa lalat untuk disembah,lalu dia lepas tetapi seorang lagi tidak menyembahkan apa-apa untuk berhala itu,lalu dia dibunuh.Dalam kisah itu diterangkan bahawa orang yang mati dibunuh itu dimasukkan ke dalam syurga kerana mendapat keredhaan Allah tetapi seorang lagi dicampak ke dalam neraka kerana dimurkai Allah.Lihat,kerana lalat manusia mendapat kemurkaan dan keredhaan Allah!

Misi Mencari Keredhaan Allah

Di setiap ceruk kebaikan,di situ ada keredhaan Allah dan di setiap ceruk keburukan,di situ ada kemurkaan Allah.Allah tidak pernah menjadikan ibadah seseorang sebagai kayu ukur untuk menghadiahkan keredhaan Nya tetapi Allah menjadikan ikhlas sebagai kayu ukurnya.Satu kisah yang selalu kita dengar tentang seorang abid(ahli ibadah) yang mendirikan solat selama 100 tahun lamanya.Dia ditanya oleh Allah apakah dia ingin masuk ke syurga Allah kerana amalannya atau keredhaan Allah.Seraya abid itu menjawab, “dengan ibadahku.”Lalu Allah meletakkan segala amal ibadahnya di atas sebuah neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di atas neraca yang di sebelah lagi.Lalu diceritakan bahawa neraca itu menjadi seimbang bahkan dalam satu riwayat yang lain dikatakan neraca yang ada nikmat mata itu jauh lagi berat daripada 100 tahun amal ibadah sang abid.

Jadi,kuat mana pun kita beribadah,jangan sesekali menyangka kita telah mendapat keredhaan Allah.Biar besar mana pun serban yang dipakai, biar labuh mana pun tudung yang dipakai,kita belum pasti dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi,jangan sesekali berfikir kalau berserban besar pun belum pasti masuk syurga,bertudung labuh pun belum tentu masuk syurga jadi kita berkata ‘tidak’ pada serban dan tudung labuh.Harus diingatkan bahawa Allah sukakan kebaikan.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM1.Allah suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM10.Allah lagi suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma semuanya.Allah cinta kepada kita!

Suka dan Cinta?Ibarat langit dan bumi,ibarat hitam dan putih,jauh bezanya.

Taqiyuddin adalah seorang yang dermawan,datang sahaja dia ke kelas,pasti dia akan membawa makanan untuk kawan-kawannya.Oleh yang demikian, kawan-kawannya suka akan dia dan memuliakannya.Suatu hari,dia ke kelas dengan membawa makanan,cuma pada kali ini ada sedikit istimewa,dia bawakan kek secret recepy untuk semua orang.Kawan-kawannya bukan lagi suka kepadanya bahkan kawan-kawannya sudah jatuh cinta kepadanya. Sehari sahaja Taqiyuddin tidak datang ke sekolah,semua orang mencarinya. Dia batuk kerana gelojoh makan,semua orang menghulurkan sapu tangan kepadanya.Dia tidak cukup seposen untuk beli cendol,semua orang mengeluarkan duit masing-masing untuk membantu Taqiyuddin.Pendek kata,apa yang boleh diberi,dikorbankan,ditolong,semuanya mereka ingin buat supaya cinta mereka dibalas.Semuanya kerana apa?Kerana cinta!The Power Of Love!

Itu baru cinta manusia,belum cakap tentang cinta Yang Mencipta manusia itu sendiri.Segala nikmat diberi Nya dan segala ujian ditarik.Biasanya,kita apabila berbicara tentang nikmat,kita akan merujuk kepada penglihatan, pendengaran,kekayaan, kejayaan tetapi hari ini,dengan sukacitanya ana ingin berkongsi apa itu nikmat dari satu sudut yang jarang dilihat.Jika Allah mula mencintai hamba Nya,segala kesedihan,kedukaan ,dendam, tekanan, kebencian akan ditarik Nya dan diberinya segala jenis kegembiraan, kesenangan ,kecintaan ,kerinduan ,kesefahaman.Inilah nikmat!

Selalu kita mendengar luahan hati sahabat-sahabat kita, ‘Ish,pressure nye!!!!’, ‘syukudai banyak lagi tak siap,tertekannya!!!!’ atau ‘esok ada kuiz tp malam ni ade usrah, sengal punye naqib,tak pk oram lain!!!’Ha,inilah yang Allah akan tarik apabila Dia mula mencintai hamba Nya atau dalam erti kata lain, apabila keredhaan Nya sudah kita sentuh.

Indahnya keredhaan ini sehingga manusia sanggup berlapar,sakit bahkan mati kerananya!Segala kesenangan dunia ditinggalkan,kesenangan akhirat yang didambakan.Hidupnya mewah sebagai permaisuri ditinggalkan apabila dia sedar bahawa suaminya bukan Tuhan,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa, itulah Asiah.Keredhaan suami sebagai ‘Tuhan’ diketepikan bahkan dinafikan dan keredhaan Allah yang dicari.Matinya dia bukan sia-sia,kuburnya wangi bak kasturi,syurga yang dijanji telah diberi,demi mencari keredhaan Ilahi.

Itu kisah mereka,bukan kisah kita.Itu kisah kelmarin,bukan kisah hari ini. Kelmarin ialah sejarah,hari ini ialah kita,esok belum pasti ada. Maka beramallah untuk hari ini biarpun dulu kita sehebat sang Wali.Ditekankan oleh Rasulullah,hadis ke-4 dalam hadis Arbain yang disusun oleh Imam Nawaw bahawa jika seseorang ditakdirkan untuk masuk neraka,dia tidak akan masuk syurga walaupun jaraknya dengan syurga adalah sehasta dan jika seseorang ditakdirkan untuk masuk syurga,dia tidak akan masuk neraka walaupun jaraknya dengan neraka hanyalah sehasta.

Bukan maksud hadis itu yang ingin ana bincangkan kerana ana bukanlah orang yang faqih dalam bab qadha’ dan qadar,tetapi pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah.Biar baik manapun kita,kita belum tentu masuk masuk syurga sehinggalah kita mati,dan begitu juga jika sebaliknya, walau jahat seperti Firaun pun kita,kita belum tentu masuk neraka jika kita sempat bertaubat sebelum kita meninggal.Ingat,sebelum kita mati,jangan sesekali mengaku iman kita kepada Allah telah sempurna.Kerana apa?Kerana Kal Ho Na Ho!(esok belum pasti ada)

Jadi,keredhaan Allah itu harus dicari setiap masa,setiap ketika dan di mana-mana sahaja.Jangan ditinggalkan walaupun sekecil-kecil ma’ruf.Jumpa sesama muslim atau muslimah,senyum.Jumpa sampah di jalanan,kutip. Jumpa binatang dalam kesusahan,tolong.Jumpa orang tua berdiri dalam keretapi,berikan mereka duduk.Jumpa majlis ilmu,duduk sertai.Jumpa orang baca quran,dengar.Senang kata,apa sahaja perkara yang disebut baik, buat!

Ana berseru kepada diri ana dan juga pembaca sekalian supaya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan Allah kerana kita tidak tahu di manakah harta karun itu sebenarnya.Mungkin pada kulit pisang yang kita jumpa di sebatang jalan atau mungkin pada majlis bacaan mathurat selepas asar.Kita tidak tahu.Jadi,jom lah beramal sebanyak mungkin yang kita mampu kerana sesiapa yang dapat keredhaan Allah,dia sudah dapat cinta dari Allah dan barangsiapa yang mendapat cinta dari Allah,dia akan dapat Allah.Konklusinya,siapa yang dapat Allah,dia akan dapat ?! KESEMUANYA!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/ptdKkFDwIeg" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/ptdKkFDwIeg" /></object>

Related posts:

.:Kegagalan sebuah kejayaan:.

Disitu Terlihat Nilai Sebuah Hidayah

Sebuah kisah tentang kasih

Ada apa dengan Allah..
Isnin malam yang lepas,JAD telah dikunjungi oleh Ustat Ridhauddin dari Intec,berkat usaha saudara Atiq.Tajuk yang dibincangkan ialah ‘Ada apa dengan Allah’.Bunyinya agak pelik sebab kebiasaannya kalau sebut pasal ‘ada apa’,otak kita secara automatik menyambungnya ‘dengan cinta’ tapi berlainan pada kali ini,’ada apa dengan Allah’.Alhamdulillah,aq sempat salin tapi masalahnya aq x taw macamana nak sampaikan kat korang sume,so aq akan ubah sdikit apa yang disampaikan oleh Ustat dan aq tambah skit,moga-moga korang faham..

Aqidah sebagai tunjang yang kukuh..

Pada awal kurun ke-19,dunia digemparkan dengan penciptaan sebuah kapal gergasi yang dilengkapi dengan teknologi-teknologi tertinggi pada ketika itu dan diyakini oleh para jurutera bahawa kapal itu tidak akan tenggelam walaupun dilambung ombak yang besar.Namun begitu,kapal yang diberi nama ‘Titanic’ itu karam akibat terlanggar ‘iceberg’ yang pada pandangan mata,kelihatan begitu kecil dan dipercayai tidak akan dapat mengkaramkan kapal gergasi itu.Persoalannya,mengapa iceberg yang pada pandangan zahirnya itu kelihatan kecil mampu mengkaramkan sebuah kapal gergasi yang berteknologi canggih itu?

Jawapannya kerana iceberg yang kelihatan kecil itu,pada dasarnya mempunyai ‘akar’ yang sangat besar dan akar yang besar ini menjadikan iceberg itu sangat kukuh dan takkan berganjak walaupun dilanggar oleh sebuah kapal gergasi.

IcEberG

Dapat kita simpulkan bahawa di bahagian atas iceberg itu sebagai output yakni amalan-amalan kita,puasa kita,haji kita,solat kita dan zikir kita. Manakala bahagian bawah pula ialah input iaitu aqidah kita.So,apa yang dapat kita belajar daripada peristiwa ngeri ini,biar apa-apapun dugaan atau ujian yang datang kepada kita,jika kita mempunyai tunjang yang kukuh, nescaya kita tidak akan tumbang.Biarlah datang seorang pendakyah kristianpun jika kita mempunyai aqidah yang kukuh,kita akan tetap maintain cool macho dengan Islam yang kita anuti.

Kepercayaan dibuktikan melalui amalan..

Kita beriman kepada Allah tapi mana buktinya?Ustat bagi satu analogi iaitu analogi takutkan hantu.Disebabkan kita telah ditarbiyah dari kecil lagi, hantu ini mengerikan maka apabila orang ramai cakap di tempat itu ada hantu,tidak pasai-pasai bulu roma kita meremang,langkah kaki menjadi laju,dahi dikerutkan,nafas tercungap-cungap.Inilah bukti apabila kita percaya kepada sesuatu,maka hal ini diintrepetasikan dengan perbuatan. Apabila kita cakap kita beriman,kita percaya pada Allah,maka kita sepatutnya mengintrepetasikannya dengan ibadah kita.Makin tinggi kepercayaan kita kepada Allah,makin hebatlah ibadah yang dilakukan.

Apabila kita percaya kepada sesuatu,kita akan sanggup berbuat apa sahaja bagi mempertahankan prinsip kita.Aq lebih suke mengaitkan kepercayaan ini dengan hukum cinta.Apabila kita menyintai seseorang,walaupun badai datang melanda,walaupun onak duri harus diredah,kita akan lakukan juga. Sebab apa?Sebab kita percaya bahawa dialah kecintaan kita dan kita sanggup berbuat apa sahaja deminya.Kadang2 yang dicintai itu tidak la selawa seperti yang digambarkan,tetapi kepada yang mencintai,dialah yang paling lawa,paling sempurna.Inilah prinsip kepercayaan.Kerana kepercayaanlah sahabat sanggup mati kerana Rasulullah,kerana kepercayaanlah Laila sanggup menggadai nyawa demi Majnum dan kerana kepercayaanlah Jepun mendahului negara-negara lain walaupun Jepun tiada barang mentah.

Ustat simpulkan perbentangan tentang kepercayaan ini dengan satu ayat, “sekali sahaja kita percaya,amalan kita akan jadi perfect.”

Jadi,setelah kita yakin,setelah kita percaya,timbul 1 persoalan lain. Sebenarnya perlukah kita percaya kepada Tuhan?Kita duduk solat tak henti-henti,sebenarnya perlu ke tak?

Nilai seorang Sabariah..

sabariah? ( ^-)

Dalam menerangkan hal ini,ustat mulakan dengan 1 soalan yang mana soalan ini betul2 menarik minatku.Dalam surah al-baqarah ayat 30,Allah berfirman kepada malaikat untuk mencipta manusia di atas muka bumi untuk dijadikan khalifah tetapi apabila Adam dicipta,Allah memasukkan Adam ke dalam syurga,kenapa?Aq xtaw jawapan yang paling tepat tetapi pada pendapat aq,itulah nilai seorang manusia.Nilai seorang manusia adalah setanding dengan syurga,bukan bumi mahupun neraka.Sebab itu Allah masukkan Adam ke dalam syurga.Sesiapa yg ada pendapat sendiri, boleh comment sbb aq masih x berpuas ati ngan jawapan yg difikirkan ini.

Kenapa perlu beriman kepada Allah?Analoginya cukup mudah,nilai seorang Sabariah dan nilai seorang Maimunah.Anda mempunyai seorang kekasih,namanya Sabariah dan anda juga mempunyai seorang kawan perempuan yang bernama Maimunah.Bila Maimunah call anda,5minit sekali,anda x rase ingin angkat pom,malah dalam hati anda mengutuk perbuatan Maimunah tu.Tapi,apabila Sabariah yang call,tidak,cukup sekadar misscall,anda menjadi gila.Itulah nilai seorang Sabariah pada diri anda,hanya anda yang tahu nilai seorang Sabariah,aq xtaw,Akmal pun xtaw.Anda seorang sahaja!Jadi,wajarkah Sabariah membiarkan anda begitu sahaja?

Begitu juga dengan Allah,Allah menyintai anda gle2.Selangkah anda kepada Nya,seribu langkah Dia datang kepada anda.Anda berjalan menuju Nya, Dia berlari mencari anda.Inilah cinta Allah pada kita,jadi wajarkah kita mengabaikan cinta Nya?Ingat,orang yang beriman tidak akan mengkhianati Kekasihnya.

Eh..betul ke ada 1 Tuhan je?

gambar hiasan

Yang menariknya,ustat mulakan topik ini dengan mengemukakan satu soalan yang tiada seorang pun dapat menjawabnya dengan tepat.Kata ustat lagi, “sepanjang saya bagi talk,tiada seorang pun dapat jawab soalan saya.” Apakah soalan ustat tu?

“Sape rase dia anak kepada mak dan ayah dia,angkat tangan,”arah ustat. Semua orang mengangkat tangan,tandanya semua orang mengakui bahawa mereka anak kepada parents masing2.

“Buktikan?!”Soal ustat.

“Check DNA!”laung seorang pelajar.

“DNA?K,sepanjang awak hidup,pernah tak awak g jumpa doc untuk check DNA awak dengan ayah awak?”sindir ustat.

“Muka saya sama dengan ayah saya,”jawab seorang pelajar yang lain.

“Jadi,awak katakan awak anak kepada ayah awak disebabkan mukanya sama dengan awak?Awak nak taw,orang cakap muke ustat same dengan Tom Cruise,jadi ustat anak kepada Tom Cruise?”Sindir ustat lagi.

Macam-macam jawapan yang diberikan namun tiada satupun mampu menjadi hujah.Jawapannya,naluri.Naluri kita kata ibu n ayah itulah ibu dan ayah kita.Inilah kuasa naluri,kuasa fitrah.Sebagai contoh,tyme drive kat highway,kalo kete depan kita main lampu,apa yang kita akan buat?Secara automatik kita akan memperlahankan kereta sebab kita tahu ada speedtrack di hadapan.Persoalannya,semasa belajar memandu dulu,ada tak dalam buku peraturan jalan raya tulis, ‘apabila kereta di hadapan anda bermain lampu,tandanya ada speed track dihadapan’?Tak ade.Jadi mengapa anda percaya?Naluri!Naluri semua pemandu kat highway, apabila ada orang main lampu tanda ade speedtrack.Jadi,macamana pulak nak taw adanya 1 Tuhan?

Dalam dunia ni,ada tak kereta Waja yang dicipta di kilang Honda? Mane ade,tidak logik.Kilang Honda akan hasilkan kereta Honda,Waja mestilah daripada Proton.Semua orang tahu hal ini.Bayi satu dunia,lahir je wajib nangis,belum pernah ada bayi yang keluar daripada perut ibu terus mintak air coke.Bagaimana hal ini terjadi?Ye la,satu dunia,bukan satu tempat. Perkara ini membuktikan kepada kita bahawa kita semua ini daripada satu kilang yang sama,daripada Pencipta yang satu.

Tapi,kenapa Allah?Kenapa Islam?

gambar hiasan

Benar bahawa kita sudah dapati bahawa hanya ada 1 Tuhan sahaja di atas muka bumi ini,persoalan seterusnya,mengapa Allah?Mengapa Islam? Mengapa tidak kristian atau yahudi?Jom kaji agama yang ada kat M’sia, satu per satu.

Mulakan dengan Buddha.Buddha tidak mengakui bahawa adanya tuhan. Bagi penganut agama Buddha,alam ini terjadi secara spontan.Anda boleh minta pada mereka, “boleh jadikan duit RM9999k untuk saya?”huhuhu

Hindu.Yang faymous masa kita belajar dulu ialah mencapai tahap karma di mana manusia melakukan kebaikan untuk mencapai tahap Dewa dan Dewa itu akan menolong orang melakukan kebaik untuk mencapai tahap Dewa. Persoalannya,di manakah kesudahan ini?Yang kdua,Hindu mempercayai tuhan mereka daripada bunga lotus dan bunga lotus itu berkembang menjadi lembu.Tak masuk akal.

Yahudi.Yahudi secara amnya tidak beriman kpd konsep neraka.Pada pengikut agama Yahudi,mereka semua akan masuk syurga.Baik atau jahat, semuanya akan dimasukkan ke dalam syurga.Yahudi juga mempercayai konsep jiwa Yahudi.Konsep ini menerangkan,hanya orang yang berdarah yahudi akan masuk syurga.Jadi,bagaimana pula dengan aq yang tidak berjiwa yahudi?Di manakah tempat yang layak bagi aq?Ye la,yahudi tidak mempercayai neraka tetapi aq xley masuk syurga?

Kristian.Konsep trintiy yang dipakai oleh penganut agama kristian,cukup meragukan.Kata mereka,Jesus(nabi Isa) mati untuk membersihkan dosa manusia.Perhatikan perkataan ‘mati’ dan ingat.Berdasarkan konsep trinity, Tuhan itu menjelma kepada 3,Tuhan Ibu,Tuhan anak dan Ruhul-Qudus (bergantung pada mazhab yang dipegang mereka namun aq amik yang general)Perhatikan betul2,1 Tuhan menjelma menjadi 3.Amik balik perkataan ‘mati’ tadi,Tuhan yang menjelma kepada Tuhan Anak telah mati tetapi mengapa Tuhan Ibu n Ruhul-Qudus masih hidup?Analoginya mudah, katakan aq anak kepada En.Jeff,aq juga suami kepada Rachel n aq juga ayah kepada Ezkiel. Jika ayah kepada Ezkiel meninggal,adakah anak kepada En.Jeff masih hidup atau suami kepada Rachel masih hidup?Jawab sendiri..

So,yang tinggal hanyalah Islam.Islam mengesakan Tuhan yang satu.Islam menentang sebarang konsep yang menyekutukan Allah dan hal ini secara tidak lansung membuktikan inilah sifat Tuhan.Yup,semua manusia tidak kira yang Islam atau kafir mengakui bahawa Tuhan itu hebat.Jika Tuhan itu hebat,mengapa Tuhan perlukan pembantu?Jika Tuhan perlukan pembantu, bermakna Tuhan perlukan sesuatu untuk bersandar jadi secara automatik perbuatan ini menyatakan Tuhan itu lemah.Ye la,try perhatikan semua objek yang bersandar,adakah objek2 itu kukuh?Tidak,objek2 itu tidak kukuh melainkan disandar.Objek yang dapat berdiri dengan sendirinya itulah objek yang hebat.Allah mengajar kita mengenali Nya melalui alam sekitar,cuma kita yang tidak berfikir.

Itu perbandingan daripada sudut ketuhanan,kalau ingin dibandingkan dari sudut sains pun Islam mendahului dan membenarkan fakta-fakta sains sekarang.Contohnya teori ‘Big Bang’.Islam telah menerangkan teori Big Bang ini di dalam al-quran secara terperinci dalam surah Al-Anbiyat ayat 30.Dunia secara sebulat suara menolak teori Albert Einstin dan menerima teori big bang yang dikemukan oleh Stephen Hawkin.Padahal,1400 tahun dahulu lagi Islam menjelaskan teori ini secara terperinci.

Satu lagi tentang penciptaan alam.Mengikut al-quran,surah Fussilat ayat 9 -12,Allah menerangkan tentang penciptaan alam semesta selama 6 masa (ayyam).4 hari pertama Allah ciptakan bumi dan hiasinya dengan gunung-ganang serta menentukan bahan-bahan keperluan hidupan di atasnya.2 hari lagi Allah menyempurnakan langit dan bumi.Ini kalo ikut Islam. Logikkan,tiada satu pun yang dapat dipertikaikan.Perhatikan apa yang bible cakap dakam Kejadian 1:1-31.Hari pertama Tuhan menyempurnakan siang dan malam.Hari kedua langit,ketiga Tuhan ciptakan laut,darat dan tumbuh-tumbuhan,keempat Tuhan ciptakan matahari,bulan dan bintang-bintang,kelima binatang-binatang laut,keenam manusia dan binatang barat dan hari ketujuh Tuhan berehat.Perasaan tak,pada hari pertama Tuhan ciptakan cahaya tetapi sumber cahaya Tuhan ciptakan pada hari keempat?

Al-quran sebagai user manual..

al-quran

Bli ape-apepun,anda akan dibekalkan dengan user manual.Supaya apa? Supaya anda dapat menggunakan barang yang dibeli dengan baik.Anda ingin memandu tetapi mengapa anda perlu belajar undang-undang? Ye la, anda nak memandu kereta bukan memandu undang2,tapi kenapa perlu belajar undang2?Supaya anda dan orang lain selamat di atas jalan raya, supaya semua orang ada hak masing2.Samalah sebab al-quran diturunkan, sebagai panduan,sebagai peraturan bagi manusia untuk setiap orang mendapat hak masing-masing.

Specialnya al-quran disebabkan al-quran diturunkan dalam bahasa arab. Apa yang specialnya bahasa arab ni?Perkataan dalam bahasa arab mempunyai maksudnya yang tersendiri,emmm..susah gak nak terangkan sbb bahasa lain pun,perkataan ada maksudnya yang tersendiri,tapi aq try terangkan gak.Eden torai…Perhatikan perkataan yang diguna oleh Allah apabila menceritakan penciptaan manusia daripada setitis mani hinggalah kpd bayi yang comel,cam Aqil. ( ^^) Allah kata,daripada air mani tu jadi darah.Min nutfah ila Mudghoh.Mudghoh pada kasarnya memberi makna darah tetapi apabila dikaji lagi dalam ilmu bahasa,Mudghoh merujuk kepada lintah dan apabila ilmu embriologi ini berkembang,saintis dapati bahawa selepas percantuman antara sperma n ovum,hasil itu akan membentuk embrio yang berbentuk seakan-akan lintah.Perhatikan betapa detailnya al-quran,kalo Allah nak maksudkan darah pada ayat tu,Allah boleh letak ‘dam‘ yang pada maknanya juga bermaksud darah tetapi Allah nak ceritakan kejadian tu secara detail,bagaimana terjadi,apa bentuknya maka Allah menggunakan perkataan ‘mudghoh’.Lagi,Allah gunakan Nutfah yang bermaksud air yang dipancarkan.Allah ingin terangkan bahawa sperma itu dipancarkan bukan mengalir dengan sendiri.Lihatlah betapa agungnya al-quran,kita sahaja belum mengkajinya.Bacaan sekadar bacaan,mulut buka tetapi hati tertutup.

Jadi,apabila Allah sudah tetapkan peraturan,maka peraturan itu WAJIB diikut.Jika anda beli laptop ACER,tibe2 motherboard laptop anda rosak. Adakah anda akan membaikinya di kedai HP atau Fujitsu?Tidak,sebab hanya ACER sahaja tahu masalah ACER dan hanya ACER sahaja dapat mengatasinya.Begitulah dengan kita as Nas atau manusia,kita dihasilkan oleh Allah.Jadi,hanya Allah sahaja yang memahami kita.Peraturan yang ditetapkan oleh Nya sudah pasti adalah peraturan yang paling sempurna. Tetapi mengapa kita masih meraguinya?Mengapa kita masih tidak yakin dengnnya?Mengapa?Mengapa?!!!!!Mengapa kit mencipta peraturan baru untuk mengganti peraturan Nya?

Sedih.Aq cukup sedih mengenangkan hal ini.Bukan ingin berpolitik,ini bukan masalah politik tapi ini masalah agama.Mengapa yang menentang perlaksanaan hukum Allah ini daripada umat Islam sendiri?Sorry emo skit, aq lupe.Care kite dan orang2 dulu dibesarkan cukup berbeza,dan inilah hasilnya.Kita dari kecil lagi dididik supaya mengkhatamkan al-quran laju-laju,kalo darjah 5 belum khatam,maka kita malu.Untuk mengelakkan diri kita daripada dimalukan,kita baca quran laju2.Tiada satupun kita betul-betul hayatinya.

Motif kita membaca al-quran ialah untuk mengkhatamkannya tapi tidak pada para sahabat,saidina Umar contohnya. Selama 2 tahun dia mengamati surah al-baqarah,apabila dia memastikan kesemua ajaran dan suruhan dalam surah itu dilakukannya,barulah dia berpindah kepada surah lain.

Saidina Umar betul2 menggunakan al-quran sebagai user manual dalam hidupnya,sebab itulah dia berjaya.Buktinya?Nabi ada bersabda, “jika ada nabi selepas ku,maka Umar lah orangnya.”Dalam al-quran menerangkan perihal pemimpin yang harus menjaga kebajikan rakyat,maka umar turun padang pada waktu malam.Biarpun bayu sejuk mencabarnya,namun dia redahi disebabkan al-quran menyuruhnya menjaga kebajikan rakyat.Inilah dia insan yang betul2 menggunakan user manualnya sehingga dia berjaya.

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/k1GzNYD_CDs" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/k1GzNYD_CDs" /></object>

Dalam kulit kacang

Dalam kulit kacang,muhasabahlah diri anda..eh silap..jom lah sama-sama kita hisab diri kita sebelum kita dihisab.Mengikut seorang rakan yang berkata mengikut seorang ulamak, “apabila seseorang itu dihisab oleh Allah, maka nerakalah tempatnya kerana Ahli syurga tidak akan dihisab.”

Related posts:

Berpolitik Dengan Allah

Allah bangga dengan kita..

Warnakan hidup anda dengan hiburan

Don’t judge a book by its cover..
“Aq xske tgk muke ko,muke ko macam muke senior aq,”tengking Nudin kepada Anep,pelajar tingkatan 4 yang baru berdaftar 5 hari.

“A’a la nudin,muke die cam Amir.Ape lagi..sepak!”tambahPeyuh.

Lampu bilik rehat ditutup,Anep diganyang habis-habisan oleh senpai-senpai(senior-senior) nya.Mukanya ditampar,perutnya ditumbuk dan pahanya diteranjang.Teruk Anep kena malam tu tapi selaku kouhai (junior),apa yang mampu dia lakukan?Pasrah dan redha sahaja tapi persoalannya,wajarkah Anep diganyang cukup-cukup oleh Nudin n da geng disebabkan mukanya sama dengan muka senpai mereka?

Tak patot,muka itu ciptaan Allah.Tindakan Nudin n da geng itu seakan-akan mempersoalkan kejadian Allah.Tambah2 kite sume memang da taw yang kat atas muke bumi ni ade 7 orang yang muke seiras(orang tue-tue kate),so kenapa kite persoalkan wajah mereka?Ingat,don’t judge a book by its cover.

Dzul ialah seorang alim.Suatu hari datang seorang perempuan yang memakai tudung labuh berjumpa dengan Dzul untuk berborak-borak kosong.Dzul melayannya dengan begitu baik sekali.Ditakdirkan Allah, pada suatu hari,datang seorang perempuan yang freehair dan menanya Dzul perkara-perkara berkaitan dengan agama.Dzul menjawab soalan perempuan itu dengan kasar seolah-olah dia tidak ingin menjawab soalan itu.Betulkah tindakan Dzul ini?Apabila datang perempuan yang tudung labuh,dia melayan perempuan itu dengan baik sekali walaupun perempuan itu datang dengan tujuan yang salah sedangkan apabila datang kepadanya seorang perempuan yang freehair dengan niat untuk menuntut ilmu,dia melayan perempuan itu dengan sikap endah tidak endah.

Menilai manusia disebabkan luarannya bukanlah satu sikap yang positif yang harus ada di dalam diri kita.Islam melarang kita daripada melakukan sedemikian.Apabila Allah menyuruh Azazil(syaitan) sujud pada nabi Adam ,syaitan enggan dan berkata, “aku dijadikan daripada api dan dia(Adam) dijadikan daripada tanah.”Akhirnya syaitan dibuang daripada syurga dan dilaknat oleh Allah selama-lamanya.Daripada peristiwa ini,kita dapati bahawa menilai sesuatu daripada luaran bukanlah satu perbuatan yang akan mendatangkan faedah,malah boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi penilai.

“Kalo la ade mee yang luar die nampak ayam goreng,udang goreng,bau pun sedap,maka mee tu pun sedapla kan.Tapi kalo mee tu,warne luar die ijau, bau busuk,dalam die masih sedap?”-satu analogi bagi yang menyokong judge a book by its cover.

Benar,kadang-kadang kita dapat menilai seseorang daripada luaran tapi ingatlah,hal ini hanyalah kadang-kadang.Analogi makanan itu betul,tiada salah tetapi kadang2 analogi itu tidak boleh diaplikasikan.Ade jega yang makanan pada luarannya nampak seperti tidak sedap tetapi bila dimakan cukup enak,contohnya budu.

“Awaklah cinta pandang pertama saya,saya tidak memerlukan apa-apa alasan lain bagi menyintai awak,”syair seorang Mat Jiwang.

Tanpa mengenali si gadis,Mat Jiwang telah jatuh cinta secara melulu. Mat Jiwang hanya menilai si gadis daripada sudut fizikal,daripada sudut kecantikan luaran.Sebelum berkahwin,apabila si gadis dibasahi air hujan, diludahnya langit.”Hah,amik kau.Berani basahkan buah hati kecintaan aku.” Namun,setelah berkahwin,selepas kenal hati budi si gadis,Mat Jiwang tidak lagi sejiwang dahulu.Apabila hari hujan,dirampasnya payung daripada si gadis,biarlah si gadis basahpun tak apa,asalkan dia terselamat.

Inilah contoh jika anda menilai seseorang daripada luarannya.Apabila anda menilai seseorang daripada sudut luaran,jarang sekali ‘epi ending’ itu terjadi.

Jika beginilah cara anda berdakwah,baik anda gulung tikar,balik ke kampung tanam jagung.Sampai bila-bila pun dakwah anda tidak akan berjaya.Aq bukanlah ahli jemaah tabligh tetapi dalam bab ni aq cukup mengagumi mereka.Tidak pernah aq melihat satu jemaah yang mampu mengumpul penagih dadah,pencuri,perompak duduk satu dulang,makan sambil berbicara tentang kebesaran Allah kecuali jemaah Tabligh.Bagi mereka,muka,pakaian,harta benda tiada darjat di sisi Allah,yang penting apabila seseorang itu ingin berubah,mereka sedia menghulurkan bantuan.

Inilah cara dakwah yang sebenarnya,cara dakwah Rasulullah.Dalam berdakwah,Rasulullah tidak pernah melihat pakaian,paras rupa,perangai dan harta benda.Buktinya,yang memeluk Islam di zaman Rasulullah ada daripada golongan hamba hinggalah kepada golongan atasan,daripada Bilal bin Rabah hinggalah kepada Abdul Rahman Bin Auf.

Ketika saidina Umar datang berjumpa dengan Rasulullah dengan tujuan untuk memeluk Islam,sahabat yang menjaga pintu tidak membenarkannya tetapi Rasulullah menyuruh sahabat itu melepaskan saidina Umar dan akhirnya saidina Umar memeluk Islam.Bayangkan kalau Rasulullah menilai orang melalui rupa dan perangainya,nescaya Rasulullah tidak akan berjumpa dengan saidina Umar yang bengis dan pemarah itu.

Selaku pendakwah,kta seharusnya membuang apa-apa perkara yang bersifat peribadi untuk dakwah kita berjaya.Jangan sesekali mencari keburukan orang lain sebaliknya carilah keburukan diri kita.Mungkin Amy hanya tidak memakai tudung tetapi tuntutan agama yang lain dia tunaikan dan mungkin juga Emy memakai tudung labuh tetapi dia ponteng puasa di bulan Ramadhan.Kedua-dua ada potensi untuk berlaku sedemikian.Jadi jangan cepat menilai manusia,nilailah manusia setelah anda hidup dengannya dan anda sudah berfikir tentangnya.

Untuk hidup dengannya,anda tidak perlu jadi ‘death mate’ nya.Satu analogi, jika anda ke shoping complex yang lengkap dengan cctv,adakah anda akan mencuri atau berbogel di hadapan cctv tu?Kompom la tak kan sebab anda tahu ada yang Pak Guard sedang memerhati anda.Pak Guard memerhati anda bukan secara direct,tetapi melalui perantaraan cctv,tetapi secara kasarnya kita dapat rumuskan bahawa Pak Guard sedang memerhati anda. Samalah dengan mengenal seseorang,anda tidak perlu untuk menjadi ‘death mate’ nya,sebaliknya anda boleh bertanya perihalnya dengan kawan-kawannya.Atau,anda sendiri memerhatikannya daripada jauh,tapi hal ini tidak digalakkan,kalo kat jepun memang da kene cop as ‘stalker’.

Fikir..Fikir..Fikir..Ni la hobi aq.Apabila berlaku satu peristiwa di hadapan aq,aq akan berfikir secara mendalam tentang peristiwa itu.Apabila mengenal seseorang,anda perlu berfikir bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk berdakwah kepadanya.Fikir,jangan tidak fikir.Kaedah hentam kromo bukanlah kaedah dakwah yang berkesan kepada semua orang,kaedah ini hanya sesuai untuk beberapa orang sahaja.Hanya dengan berfikir anda dapat membuatkan orang tertarik dengan anda.

Yup,apabila anda berfikir,anda akan mengubah tingkah laku anda untuk pastikan diri anda dan diri yang didakwah ‘masuk’.Nabi telah buktikan hal ini kepada kita.Suatu ketika,satu daripada kaum yang sudah memeluk Islam menyanyi-nyanyi,saidina Umar dan Rasulullah menyaksikan hal ini. Rasulullah berdiam diri tetapi saidina Umar menjadi tidak tentu arah,dia ingin memberhentikan hiburan ini.Namun begitu,Rasulullah menghalang saidina Umar daripada memberhentikan hiburan itu,kata Rasulullah, “sesungguhnya merekada daripada kaum yang sukakan nyanyian dan biarkan mereka.”Satu kisah lagi,kisah penzina yang ingin memeluk Islam. Rasulullah membenarkannya memeluk Islam dengan syarat jangan menipu. Pemuda itu akhirnya memeluk Islam.

Bayangkan kalo Rasulullah adalah sorang yang judge a book by its cover, kompom pemuda tu takkan masuk Islam.Inilah hikmah apabila kita kenal, fikir dan bertindak.Ingat,don’t judge a book by its cover…

Related posts:

Ceramah Ustat Fairuz: Menghormati Sahabat