azzariyat.com » pengorbanan

Berita Gembira Buat Sabit
SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati. Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti.

“Assalamualaikum,” ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

“Waalaikumsalam,” jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung untuk membuat roti.

“Malam ini kita ada tetamu istimewa,” kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

“Siapakah orang itu?” tanya isterinya pula.

“Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan,” jelas Sabit kepada isterinya.

“Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. ” kata Sabit kepada isterinya.

“Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?” kata Sabit lagi.

“Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?” tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

“Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang,” kata Sabit kepada isterinya.

Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu,” pesan Sabit kepada isterinya.

“Baiklah, saya turuti kata-katamu,” jawab isterinya.

Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.

Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya.

“Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama,” kata isteri Sabit kepada tetamu itu.

Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.

“Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini,” kata Sabit kepada tetamunya itu.

Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.

Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.

Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang.

“Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini,” kata tetamu itu kepada Sabit.

Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, “Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu.”

“Apakah berita gembira itu?” tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.

“Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam,” kata Nabi Muhammad kepada Sabit.

Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada dalam kesusahan.

Related posts:

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…

Tentang Cinta siri 2 : Nota Buat Budak Dakwah

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…
Suasana ketika itu cukup genting.

Sedetik sahaja membezakan antara hidup dan mati.

Tentera diasak dari kiri dan kanan. Kemudian terdengar pula jeritan,

“Rasullullah telah terbunuh!”

Tentera makin kucar-kacir. Apa lagi yang hendak dipertahankan, ketika pemimpin tercinta telah pergi selama-lamanya. Tentera menghadapi dua peperangan yang besar. Di depan mata, mereka diasak dengan peperangan fizikal yang dahsyat yang boleh merampas nyawa. Di hati mereka diasak dengan perang emosi kesedihan yang boleh merampas iman. Di saat itu, bangkit suara-suara;

Anas bin al-Nadhr : Apa yang kamu tunggukan ini?

Tentera                       : “Rasulullah sudah terbunuh”. Jawab beliau:

Anas bin al-Nadhr : Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan musyrikin.

Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam medan pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz.

Muaz: Ke mana wahai Abu Umar?

Anas: Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di perkarangan Uhud ini.

Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.

Thabit bin Dahdah : Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu.

Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain.

Muhajirin : Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?

Ansar: Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.

Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam.

Suasana Lebih Genting!

Rupa-rupanya di suatu sudut yang lain, suasana lebih genting. Rasullullah belum wafat, tetapi sedang diancam bahaya kematian.

Rasulullah menyeru kaum muslimin: Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah!

Namun seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu (di samping Rasullullah ketika itu hanya sembilan orang).

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:

“Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga”.

Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua. Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.

Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas

Maka tinggallah hanya Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin. Peluang ini tidak dibiar berlalu sia-sia, mereka sebulat untuk melenyapkan Rasulullah.

Utbah bin Abi Waqqas telah melontar Rasulullah dengan seketul batu hingga terjatuh ke atas diri Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka.

Abdullah bin Syihab meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka, datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda.

Walau bagai manapun oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah mengadu .kesakitan beberapa bulan’ selepas kejadian itu, sekali lagi Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah. Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya:

“Aqma’aka Allah” bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: “Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu”

Di dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah pun mengalir.

Namun usaha kafir Quraisy untuk membunuh Rasullullah terhalang dek serangan Saad bin Abi Waqqas dan Talhah.

Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda: “Panahkan mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu”. Ini menunjukkan kehandalan beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini dengan melafazkan perkataan dua ibu bapanya selain dari Saad ini.

Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai sembilan orang musyrik, hingga terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan menyebabkan tercantas jarinya, maka kata Talhah; “Itu adalah baik”. Jawab Rasulullah: “Sekiranya kau kata: Bismillah” nescaya para malaikat mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu”.

Sahabat Mula Berkumpul

Kesemuanya berlaku dalam masa yang terlalu singkat, para sahabat yang berada di saf hadapan mendengar laungan Rasulullah (s.a.w),  lalu terus mereka meluru ke sisi Rasulullah. Namun agak terlewat mereka sampai ke sisi Rasulullah, kerana Baginda sudah pun luka-luka, enam orang Ansar sudah terkorban dan yang ketujuh sudah terlalu parah lukanya hingga sukar untuk bangun. Ketika Saad dan Talhah berjuang habis-habisan, para sahabat yang baru tiba dari saf depan terus memagari Rasulullah dengan jasad-jasad dan senjata-senjata mereka, mereka bersungguh-sungguh mempertahankan diri Rasulullah dari ancaman musuh dan menangkis setiap serangan.

Abu Bakar:

Beliau orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah, dan mendapati Talhah sedang bergelut mempertahankan Rasulullah. Bila beliau terkena anak panah dan sudah terlalu parah, kami pun meletakkannya ke sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah.

Abu Ubaidah:

Ketika itu, Rasulullah telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi Baginda, dan Abu Bakar cuba menarik keluar rantaian itu. Abu Ubaidah berkata:

“Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan untuk ku seorang menguruskannya”.

Abu Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu, hingga terserpih gigi Abu Ubaidah.

Abu Talhah:

“Bapaku dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba”.

Abu Dujanah :

Beliau bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.

Hatib bin Abi Baltaah :

Beliau telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya. Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saudaranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan hasratnya itu.

Sahl bin Hanif:

Salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam mengundurkan tentera musyrikin.

Qutadah bin al-Nukman:

Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

Abdul al-Rahman bin Auf:

Beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

Malik bin Sinan:

Beliau menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Ummu ‘Ammarah:

Beliau berperang, dan sempat beliau menentang Ibnu Qami’ah bersama beberapa orang kaum muslimin, Ibnu Qami’ah telah menetak tengkok Ummu ‘Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu Qami’ah tetapi oleh kerana beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu ‘Ammarah terus berjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan.

Mus’ab bin Umair:

Panji Islam di tangan Mus’ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibnu Qami’ah yang menyangkanya Rasulullah, kerana beliau hampir menyerupai Baginda.

Wahai para pembaca,

Sekalian kisah ini, berlaku serentak, dalam suasana penuh genting di medan Uhud. Perhatikan betapa kasih dan cintanya para sahabat kepada baginda sehingga sanggup berkorban segalanya. Namun tahukah anda, di sebalik segala pengorbanan sahabat itu, Rasullullah tetap mengiktiraf anda, saya dan kita semua (umat selepas Rasullullah sebagai saudara.

”Rasulullah s.a.w. datang ke kawasan perkuburan lalu memberi salam : Salam sejahtera kepada kamu negeri kaum mukminin dan kami insyaAllah akan mengikuti kami, lalu nabi berkata,

“aku ingin sekali melihat saudara-saudara ku”

Sahabat bertanya : ”Tidakkah kamu saudara-saudaramu wahai Rasulullah.

Nabi menjawab ”Kamu adalah sahabatku, saudara-saudaraku ialah mereka yang masih belum datang lagi…. (petikan hadir riwayat Muslim no. 367)

Jika ini pengorbanan yang melayakkan Umat Islam terdahulu digelar sahabat, apakah pula yang sanggup kita korbankan untuk layak digelar saudara Rasullullah?

Salam Muhasabah.

Salam Maulidur Rasul.

Related posts:

Berita Gembira Buat Sabit

dedikasi buat sahabat

Dari sahabat untuk sahabat: Jangan Lupa Berhenti! 2

Antara Dua Kisah
Kisah 1

Petang itu, selepas solat zohor, saya dijemput oleh seorang teman untuk menuju ke tapak program. Saya diminta untuk menjadi AJK dalam sebuah program kepimpinan (dakwah) yang melibatkan pelajar-pelajar universiti sekitar Shah Alam. Objektif program untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang komitmen mereka kepada agama.

“Lapar?”

“Eh tak lah, dah makan dah tadi” (walaupun sebenarnya memang lapar : orang melayu memang macam tu kan?)

“Ye ke? Kami rasa tak sempat nak berhenti makan ni. Kitorang pun belum makan lagi. Ada roti kat belakang tu buat alas perut!”

Saya tersenyum.

Dalam hati rasa sebak, kerana saya tahu, untuk menguruskan program ini, tentu sahaja daripada pagi lagi mereka perlu berkejar-kejar fotostat bahan, membeli barang dan sebagainya, hingga makan pun tak sempat.

Kami tiba agak lewat daripada yang dijangka. Selesai memunggah barang-barang dari kereta, kami mengemas tempat dan menyediakan ruang untuk para peserta solat asar. Peserta tiba agak lewat, dan selesai solat asar mereka diberikan taklimat ringkas tentang perjalanan program selama 3 hari 2 malam ini.

Rata-rata peserta menunjukkan wajah ceria. Namun dari mata mereka saya dapat melihat garis-garis kepenatan yang cuba diselindung di sebalik senyum mesra. Saya tahu ada antara mereka yang baru sahaja tiba dari kampung, terus menaiki teksi, berkumpul dan menaiki bas ke tapak program. Sedangkan, jika mereka mahu, mereka boleh sahaja memilih untuk tidak datang ke program, menghabiskan saki baki cuti yang jarang-jarang diperoleh, berehat santai di rumah, dan hanya menghantar sms kepada penganjur program,

‘Maaf bang, tak dapat datang, ada hal keluarga!’

Pada waktu malam, sesi ceramah bermula. Hampir setengah jam ceramah berjalan, seorang AJK telah lena di bahagian belakang dewan. Dalam hati terdetik juga rasa risau, kalau peserta terlihat dan memandang negatif kepadanya. Baru berniat nak mengejut beliau, tiba-tiba saya terdengar perbualan AJK di sebelah :

“Ish, tengok tu! Pergilah kejut abang xxx tu”

“Ish jangan kejut, biarkan dia tidur. Dia kerja shift malam, semalam. Lepas tu dari pagi lagi sibuk bekejar ke sana ke sini, nak uruskan tempat penginapan. Daripada semalam lagi dia tak tidur, biarlah dia rehat sekejap”

Sekali lagi hati saya dilanda sebak.

Malam itu, selepas semua peserta tidur, para AJK bermesyuarat sehingga jam 2.30 pagi. Masing-masing dengan wajah yang letih. Masing-masing dengan masalah tersendiri. Namun semuanya tetap bersemangat, untuk menjayakan program, mendidik ummat mendekatkan diri kepada agama.

Akhirnya program tamat.

Saya rasa sungguh letih, mengantuk dan terlalu rindukan katil saya.

Selesai memunggah semua barang program masuk ke dalam kereta, kami menuju pulang. Dalam hati saya terfikir.

Mengapa agaknya, para penceramah kami, sudi mengorbankan masa bersama keluarga di hujung minggu cuti begini untuk bersama kami? Meninggalkan anak dan isteri sendiri, untuk bersama dengan anak siapa-siapa entah. Kalau nak kata kerana duit, kami tak bayar sesen pun pada penceramah, sekadar cenderamata kecil sebagai kenang-kenangan. Jadi kerana apa? Adakah kerana mereka memang sangat lapang, tidak tahu hendak berbuat apa dengan masa-masa mereka, lalu datang ke program kami berhempas pulas menyediakan slide dan bahan ceramah untuk mengisi masa lapang?

Mengapa agaknya, para AJK sudi bersengkang mata menghabiskan masa dan tenaga menjayakan program? Sedangkan pada masa yang sama assignmen berlambak untuk disiapkan. Ada yang perlu menyiapkan final project untuk semester akhir. Ada yang perlu minta cuti daripada tempat kerja. Ada yang sedang menghadapi peperiksaan. Adakah mereka juga sekadar ingin mengisi masa lapang?

Kemudian, selepas beberapa ketika tiba di rumah, saya mendapat sms, salah seorang AJK kami kemalangan dan retak kakinya.

Innalillahiwainnalillahirajiun…

Ini kes kemalangan yang kesekian kali terjadi kepada teman-teman dakwah saya ini. Dulu, seorang pelajar UNISEL kemalangan, juga ketika dalam perjalanan menguruskan aktiviti dakwah, sehingga beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama satu semester. Baru sebentar tadi saya mendapat emel, pelajar UiTM kemalangan sehingga retak tangannya, dan kemungkinan perlu menangguhkan pengajian satu semester. Ditambah dengan berapa banyak lagi kemalangan kecil dan besar, yang mengorbankan banyak wang, masa dan keupayaan mereka, sepanjang meniti jalan dakwah ini.

Namun mereka semua tidak pernah kesal, kecewa atau marah dengan jalan dakwah ini, jauh sekali menjadikannya alasan untuk tidak lagi bergiat aktif menghidupkannya. Malah AJK yang retak kakinya itu, masih lagi istiqamah menghadiri mesyuarat dan program, walaupun dengan bertongkat.

Kisah 2

Saya melangkah masuk ke rumah. Beberapa rakan serumah, dan teman-teman dari rumah lain sudah sedia berkumpul di ruang tamu, berbual-bual kosong. Alhamdulillah, semuanya teman-teman seusrah saya. Maka saya mengeluarkan handphone dari kocek, dan membaca dengan kuat sms yang baru diterima dari senior sebentar tadi, memaklumkan tarikh pertemuan bagi minggu ini.

Pelbagai respon. Namun satu yang mencuit hati,

“Mal, camne nak bagi alasan terbaik, nak ponteng usrah?”

Saya terkedu.

Adakala berdiam diri itu lebih baik.

Kesimpulan :

Bacalah kisah-kisah di atas. Ada nama, watak, istilah-istilah, yang digelapkan, diolah, ditambah dan dikurangkan, namun insiden-insiden yang berlaku adalah benar-benar belaka.

Ambillah pengajaran mengikut acuan masing-masing!

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hadid: 16)

Related posts:

PRISMA: kisah Kak Ayu~!!

KISAH FAIZAL TAHIR DAN TONGKATNYA….terselit satu iktibar

Ingat lagi kisah-kisah Nabi??

Untukmu sahabatku…
Artikel ini ditulis sewaktu saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya. Saya rindukan mereka yang telah pergi jauh dari saya untuk menuntut ilmu, mencari kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk diri masing-masing. Mengenang mereka, membuatkan saya teringat pada kamu semua.

Alangkah indahnya jika kita dapat sama-sama melangkah dan memimpin tangan satu dengan yang lain sambil memasuki syurga Allah SWT. Akhirnya, saya temui juga faktor yang sangat kuat untuk hati ini menyeru kalimah Allah kepada kalian. Walaupun pahit yang ditelan apabila kata-kata tidak diterima, usaha tidak dihargai, pelajaran merosot dan pelbagai lagi dugaan yang Dia datangkan untuk menguji keimanan hambaNya yang lemah ini, saya kuatkan semangat untuk mengharunginya.

Mengorbankan prinsip sendiri yang takut untuk gagal, tidur selewat-lewatnya pukul 12 malam, shukudai kene buat sendiri dan lain-lain demi dakwah ini. Bukan untuk mengangkat diri dan mengungkit segala yang telah dilakukan, tetapi hanya ingin kamu semua rasainya. Saya lakukan ini semua kerana saya sayangkan kamu. Saya nak masuk syurga dengan kamu semua!! Itu impian saya.

Hidup ini singkat dan hanya senda gurau sahaja. Sedarlah kalian tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Sekejap sahaja lagi kita akan ke sana. Melihat kematian ikhwah di Mesir, akh Ammar, benar-benar mengundang keinsafan pada diri ini. Tak lama lagi pasti saya juga akan mengekorinya, cuma tak pasti samada baikkah di akhirnya, atau sebaliknya.

Kalau boleh, saya pinta kalian lapangkanlah dada untuk menerima dakwah ini. Marilah kita sama-sama mengejar redhaNya dalam kehidupan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita boleh sama-sama memasuki syurgaNya pula…insyaAllah…

Langkah kaki ini juga pernah terpesong sebelum ini. Pernah juga tersilap jalan. Saya juga masih berusaha untuk berjalan lurus. God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destined our future. Yang berlalu biarkan berlalu, kita coraklah hidup kita yang mendatang dengan lebih baik. Sejarah buruk itu bukanlah untuk diulang, tapi untuk dielak daripada berulang.

Rasa terbeban dengan dosa itu memang perlu, untuk kita sentiasa merasakan diri ini lemah dihadapanNya. Tapi janganlah kita membiarkan rasa itu meghalang kita untuk beramal di jalan dakwah ini. Kerana sesungguhnya mengenangkan dosa yang banyak terbeban itulah, saya memilih jalan ini. Jalan untuk saya memperbanyak amal, jalan untuk saya menebus kembali kesalahan-kesalahan lampau, jalan untuk saya mencari redha dan cintaNya. Saya juga seperti kamu, malah mungkin lebih teruk daripada kamu. Biarlah segala yang telah berlalu menjadi rahsia antara saya dengan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tapi, itulah kekuatan untuk saya memperbanyak amal kini, sebelum dijemput untuk bertemuNya. Saya yang kesuntukan masa kerana mungkin telah separuh atau mungkin telah 3suku telah digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Kalau saya masih tidak berputus asa menagih ampunanNya, berusaha untuk mendekatiNya, saya harap kamu semua pun begitu juga. Sebab saya nak sangat bersama-sama kamu di syurga nanti. Sahabat, kalau ada di antara kamu yang terasa dengan saya, apabila kesibukan saya dengan belajar dan dakwah menjauhkan saya dengan kamu, saya minta maaf banyak-banyak. Terasa juga dengan post sebelum ini yang menegur budak surau. Mungkin banyak hati-hati yang telah saya lukakan apabila kesibukan itu memenatkan saya, memuramkan wajah saya, menghilangkan masa saya untuk bersama kamu. Maafkanlah saya. Sedaya upaya, saya ingin tunaikan hak kamu sebagai sahabat saya, tapi jika itupun tak mampu saya tunaikan, hanya doa saya mengiringi kamu semua. Sebab tu saya nak bersama-sama kamu di syurga. Agar kita dapat habiskan masa lebih lama untuk berborak dan berbual mesra. Semoga di sana nanti, kita dapat saling menzirahi rumah masing-masing di syurga-syurga yang berbeza. Moga di sana nanti, kita dapat bermandi-manda di sungai-sungai yang indah. Moga di sana nanti kita dipertemukan dengan insan agung, Nabi Muhammad SAW.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak dibumimu. Marilah kita sama-sama betulkan langkah kita. Marilah bersama-sama kenali diri kita. Marilah bersama-sama kenali pencipta kita. Semoga syurga itu menjadi tempat untuk kita reunion kembali suatu masa nanti. Tempat untuk kita mengenang saat-saat indah suka dan duka kita di JAD, di SERATAS, di Convent dan lain-lain.

Sahabat,

Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumabang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya.

Sahabat,

Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.

Sahabat,

Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita. Kerana mereka nak masuk syurga dengan kita. Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Merekalah sahabat-sahabat yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.

Sahabat,

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Jomlah kita amalkan ajaran Islam yang sebenar. Jomlah kita taati Allah dan rasulNya. Jomlah kita perbanyak amal kita sementara masih ada. Jomlah kita menjadi kekuatan satu sama lain untuk terus berada di jalanNya.

Akhir kata, saya sayang kamu semua. Doakanlah kebaikan untul saya di dunia dan akhirat. Kamu juga akan sentiasa dalam doa-doa saya. Sebab, saya nak sangat masuk syurga dengan kamu!!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/FvQGrqQMrEc&feature" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/FvQGrqQMrEc&feature" /></object>

Related posts:

Segulung ijazah untukMU, Ya Rabbi!

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Dia Seorang Ayah
Selalu kita perkatakan soal ibu sehingga jarang sekali kita mendengar cerita tentang seorang ayah.Padahal Rasulullah sendiri ialah seorang ayah,bukan seorang ibu.Kita terlupa tanpa seorang ayah,tiada kita di hadapan komputer ini. Tanpa keringat yang dikeluarkan oleh seorang ayah dengan bersungguh-sungguh, pasti kita tidak akan hidup sesenang ini.Kalau kita hidup susah pun, ketahuilah ayah kita sentiasa pening memikirkan masalah keluarga. Terkadang memang insan yang bergelar ayah ini tidak nampak sayangnya dia kepada kita tapi pada dalamannya,siapa tahu insan ini begitu menyayangi kita cuma insan ini malu untuk menterjemahkannya.Baru-baru ini ana terima satu artikel daripada choukouhai,artikel tentang pengalaman hidup kawannya dan secara jujurnya,ana memang tersentuh dengan kisahnya.Jom sama-sama baca. (Ana tidak ubah penulisannya supaya mesejnya sampai)

Aku tak ingat bile tarikh kene daftar kat wisma belia untuk kursus intensif tuh…tapi yang aku ingat, aku naik bas malam…dengan bapak aku….dalam pukul 10 lebih ar….esok nye tarikh daftar kat sini…tapi ayah aku cakap bertolak malam ar senang…lagipun ayah aku xde modal nak naik kereta dengan minyak yang mahal dan harga tol yang x berpatutan…

Ape lagi..aku ikot je ar…dengan beg berat tuh…kitorang pon nek la bas…sampai sane dalam pukul due pagi…huh…x tau nak buat apekat pudu tuh…aku dah ar ngantok gle…..and then..ayah aku cakap tido je kat pudu…nak tau x macamane keadaan pudu tuh bile pukul 2 pagi?? Memag ar sume kedai tutup..tapi yang aku terkejut nyer tuh, kerusi yang biase orang duduk untuk tunggu bas tu penuh dengan orang tgah tido dengan nyenyaknye kot…sebab xder nyamuk langsung….

Bapak ku dan aku pon merayau-rayau cari tempat untuk tido….akhirnye jumpe tempat yang dekat dengan kedai makan…kitorang tido atas meja makan tuh…kepala la atas meja, bukan dengan badan sekali…bayangkan macamane nak tdo…aku pon tdo2 ayam je..tapi ayah aku tido nyenyak gile macam baby….aku x kisah….aku xleh tdo…tau ape aku buat?? Aku tulis pasal the whole night kat dalam diari aku…

Dalam pukul 4, 5 pagi ar aku tersedar dari tido….aku nampak orang dah stat bukak kedai…bukak warung…untuk sarapan pagi….ayah aku bangun, pastu cari toilet and find the way macamane nak pegi tempat aku kursus tuh, kat wisma belia….maklumlah..ayah aku bukannye tau bandar kl sangat….ayah datang je kat aku..terus offer aku makan breakfast kat kedai sebelah je…awal nye diorang bukak kedai..kengkadang aku terpikir….entah ar….aku terpikir adakah hidup diorang lagi interesting dari aku nih?? Entah ar…aku order nasi lemak and air milo…tapi tu pun x abis walaupun aku lapar tahap cipan..entah ar, aku x lalu ar nak makan…

Lepas tu…kitorang kuar dari pudu raye tuh…amik teksi berbayar 15 ringgit terus sampai wisma belia…sampai sane dalam pukul 5 lebih…x tau nak wat pe…duduk kejap..akhirnye azan subuh pon berkumandang….cari surau and pegi la sembah yang esa…

Lepas tuh kene tggu orang ramai datang dulu untuk mendaftar…lambat gile..memang janji melayu betol la….excited gak ar bile tgk sume budak2 datng berbaju kurung dan bertali leher bagi pemuda-pemuda kacak….huhu….lepas daftar tuh, ade ar taklimat sikit untuk student and parents….

Ayah aku pon ade…kesian die…bukan dengar taklimat, tapi tido..memag sedih aku tengok..pengorbanan seorang ayah demi anak nye…sebelum ni pon penah gak die antar aku pegi kl sebab aku ade kem motivasi…and mase tuh ayah antar gune kereta….beberape kali kereta yah aku breakdown sebab entah ape masalahnye….yang aku sedih, die breakdown kat tengah-tengah jalan….byk kereta lagi kat belekang…kitorang sekeluarga bertuah sebab ayah aku tu seorang mekanik….dia pon try ar fix what that can be fix….

Aku tengok je dari dalam kereta…kesian aku tengok ayah aku..berpeluh-peluh…dengan tangan hitam berlumur minyak…sedih, hiba, sayu….sume ade…

Dekat JAD pulak, aku hidup agak berdikari ar….ade sekali tuh….aku balik dari cuti, xde tiket pegi right away terus ke shah alam….so, beli ar tiket terus ke pudu raya…aku dah la x tau ape2 pasal nak naik ape baru sampai tbp….aku buat kajian, research, bancian, tanye orang beberape direction…and finally, berbekalkan sume tuh…aku seorang diri berjaye tibe di tbp dari pudu dengan selamatnye…walaupun bekal yang mak aku kasi…pecah sebab berhimpit dengan orang ramai…taubat aku nak balik hari ahad…aku x sanggup dah ditelan beribu-ribu orang untuk masuk lrt or komuter tuh…

Ana pun jarang sangat call ayah ana,jadi ana seru diri ana dan yang membaca supaya kita rajin-rajinkan diri menelefon ayah kita..Wallahua’lam..

Related posts:

Santai: Lagu Untuk Ayah~

Menginsafi Hakikat Seorang Anak

Kenapa Sayang Mak dan Ayah?

Guru Jasamu Dikenang
Teringat satu cerpen semasa berada di bangku sekolah menengah rendah,cerita tentang seorang pelajar yang miskin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi hadiah kepada seorang gurunya akhirnya dia menghadiahkan pucuk-pucuk ulam kepada gurunya.Walaupun pemberian yang tidak seberapa,namun hadiah yang tidak bernilai itu mampu mengalirkan air mata si guru.Sungguh menyentuh hati.

Semua manusia perlukan guru kerana sifat azali manusia ialah jahil dan untuk mengatasi kelemahan ini manusia kena belajar.Secara automatik,apabila manusia kena belajar,manusia perlukan insan bergelar guru hatta nabi Muhammad sendiri memerlukan Jibrail sebagai guru peribadi baginda.

Imam Syafie,seorang manusia yang kepandaiannya,kecerdikannya, kehebatannya dalam berfikir yang sering menjadi buah mulut manusia juga mempunyai ramai guru dan antaranya Imam Malik.Betapa insan yang genius ini menghormati gurunya,apabila berada di kawasan gurunya,dia akan mengikut tata cara gurunya walaupun dia mempunyai pendapatnya sendiri.

Namun begitu,satu fenomena baru melanda negara kita apabila profession perguruan dijadikan profession penyelamat daripada pengangguran oleh beberapa pihak.Seorang pelajar yang belajar undang-undang,setelah dia grad, dunia undang-undang tidak memerlukannya,lalu dirayunya ke dalam jabatan pendidikan.Akhirnya,seorang yang pengkhususan di dalam undang-undang menjadi seorang guru bahasa inggeris di sekolah.Persoalannya, adakah sama orang yang belajar untuk mendidik dan dia mendidik dengan orang yang belajar undang-undang tetapi dia mendidik?

Antara Mendidik dan Mengajar

Berkali-kali Jabatan Pendidikan Malaysia bertukar nama,sekejap jabatan pendidikan dan sekejap jabatan pelajaran.Kalaulah mendidik dan mengajar ini sama,mengapa nama pun menjadi satu isu besar sehingga terpaksa diubah berkali-kali?

Mendidik secara mudah dapat disamaerti dengan mengajar secara amali manakala mengajar pula adalah sekadar memberitahu sesuatu pengetahuan. Sebagai contoh,ayah mendidik anak menjadi orang yang beriman bermakna ayah itu sendiri kena tunjuk macamana nak jadi orang yang beriman. Berlainan pula jika kita katakan ayah mengajar anak untuk menjadi orang beriman yang mana membawa maksud ayah memberitahu ciri-ciri orang beriman kepada anaknya tanpa menunjukkan macamana sifat orang beriman.Inilah perbezaan antara mendidik dan mengajar.

Mengajar kebiasaannya dikaitkan dengan permasalahan akal manakala mendidik pula sememangnya dikaitkan dengan permasalahan akal dan hati. Seorang pendidik sememangnya inginkan anak didikannya faham dan berjaya manakala seorang pengajar kebiasaannya inginkan anak ajarannya faham.

Guru yang hebat adalah guru yang mendidik bukan guru yang mengajar.  Jika kita perhatikan sistem sekolah pondok,para ustaz menjadi qudwah hasanah bagi anak didik mereka berbanding di sekolah-sekolah kerajaan.Guru yang menegur jangan hisap rokok tetapi apabila tiba waktu rehat,guru itu pergi ke belakang kelas untuk hisap rokok.Tidak salah,tetapi itu mengajar bukan mendidik.

Masalah-masalah yang timbul antara murid dan guru selalunya timbul apabila guru itu mengajar bukan mendidik.Seorang guru cuba mengajar murid-muridnya supaya berdisiplin,lalu disuruhnya buat itu buat ini sehingga membebankan si murid.Sesiapa yang melanggar peraturan akan dirotan.Maka murid itu memberontak,hasilnya kes-kes guru rotan murid terpapar di dada-dada akhbar.

Namun berbeza apabila guru itu cuba mendidik murid-muridnya supaya berdisiplin.Pendidik akan mengenal siapa anak didiknya dan dia akan ubah cara pendidikannya bersesuaian dengan anak didiknya. Jika pendidik ini gagal,pasti mereka akan cuba lagi dengan cara yang berbeza tanpa mengenal erti putus asa.Kegagalan anak didiknya mengikut peraturan yang ditetapkan, bukanlah salah anak didiknya,tetapi pada fikirannya,masih terdapat kekurangan pada dirinya yang harus diubah.

Memuliakan Insan Bergelar Guru

Biarpun guru kita itu ialah pendidik atau pengajar,yang pasti kita terhutang ilmu dengannya.Adakah anda masih ingat guru-guru di tadika anda dahulu? Ketahuilah mereka adalah insan yang paling berjasa di dalam hidup anda. Mereka mengajar anda sehingga anda tahu membaca ‘abc’ dan ‘abc’ ini anda gunakan untuk dapatkan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.Pernah anda berterima kasih kepada mereka?Picit dahi,tanya iman.

Jika dibuat satu hieraki kemuliaan,guru berada di tempat paling atas. Pada pandangan Islam,profession perguruan adalah profession yang paling mulia. Jika kita makan bersama guru kita,wajib ke atas kita mendahulukan mereka. Jika di atas meja ada seketul sahaja ayam,Islam menyuruh kita memberi ayam itu kepada guru kita.

Apabila berjumpa,hulurkan salam dan lontarkanlah senyuman kepada mereka. Walaupun terkadang mereka tidak menjawab salam yang diberi dan membalas senyuman yang dilontarkan,namun jauh di lubuk qalbu mereka yang mereka gembira dengan kita.Mungkin pada masa itu,mereka sibuk memikirkan keputusan peperiksaan kita yang teruk,siapa tahu?

Islam kah guru kita,kafir kah guru kita,mereka tetap guru kita.Islam menyuruh umatnya menghormati insan yang bergelar guru tanpa memandang agama dan ilmu yang diberi.Tanpa mereka, dari mana kita dapat semua ilmu?

Jika kita meminjam kayu ukur Saidina Ali dalam melabelkan seseorang sebagai guru,nescaya ramai guru yang kita terlepas pandang.Pada Saidina Ali, sesiapa sahaja yang mengajarnya walaupun satu ayat,mereka ialah gurunya.Inilah tahap seorang sahabat dalam menghormati insan bergelar guru.

Di dalam doa anda,anda mendoakan kebahagian mereka?Jika tidak,mulai sekarang,masukkanlah mereka ke dalam doa anda.Doa lah supaya Allah merahmati mereka di dunia dan di akhirat.Benar,ada sesekali mereka terkasar bahasa dengan kita tetapi pernah tak kita fikir berapa kali kita tidur di dalam kelas dia sehingga dia seakan-akan mengajar tunggul kayu?Satu kelas tidur kecuali seorang tetapi dia tetap bersemangat mengajar kita, pernahkah anda terfikir perasaan mereka?

Aq tidak menafikan,aq jaguh tidur di dalam kelas.Namun persoalan yang cuba aq ketengahkan,adakah kita berterima kasih dengan guru-guru kita? Sahih,memberi mereka hadiah dan mengucapkan selamat hari guru melambangkan tanda terima kasih kita kepadanya,namun adakah anda mesra dengan mereka?Anda senyum tika bertemu?Anda memberi salam pabila berjumpa?Anda berbual dengannya semasa makan?

Sememangnya ada hijab di antara kita dengan guru kita,aq tidak dapat nafikan.Namun,kita mampu kurangkan hijab itu,kita mampu merapatkan hubungan kita dengan mereka supaya mereka berasa senang dengan kita.

Selamat Hari Guru

Istimewanya Malaysia kerana mempunyai sambutan yang penuh dengan makna ini berbanding negara-negara lain.Negara kita mengangkat profession perguruan ini sehingga mewujudkan satu hari untuk meraikan para guru. Berlainan di Jepun,guru hanyalah sebelum grad.

“Dulu,semasa graduation day,kami jumpa dengan sensei yang mengajar kami,” ujar Sakurai Sensei.

“Semua orang minta maaf daripada sensei dan sensei pun minta maaf daripada kami.Seorang kawan saya cakap dia tidak maafkan sensei dan dia ingin menampar muka sensei.Alangkah terkejutnya saya,sensei membenarkannya dan dia pun menampar muka sensei,”ujarnya lagi.

“nande?(kenapa?)”Kami bertanya.

“Kawan saya cakap kat sensei tu,semasa dia mengajar kawan saya,sensei tu penah baling kapur semasa kawan saya tidur.Kawan saya tidak berpuas hati jadi dia berdendam dengan sensei dan dia tunggu hari ini untuk balas balik, ” jawab Sakurai Sensei.

Itulah realiti yang berlaku di Jepun.Sensei tidak dihargai seperti di Malaysia. Kita patut bersyukur kerana menjadi warganegara kepada sebuah negara yang memuliakan profession perguruan.

Ingatlah,teruk mana sensei kita,bagus mana sensei kita,mereka tetap berjasa kepada kita.

“Selamat Hari Guru”

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/kP8RJw5mHaQ" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/kP8RJw5mHaQ" /></object>

Related posts:

Tokoh:Tuan Guru Haji Nik Aziz

Sedangkan Monyet Pun Boleh Jatuh Dari Pokok

Natrah Bukan Maria

Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog Az-Zariyat™.

Pada 12 Mei lalu, Malaysia menyambut Hari Ibu.  Walaupun agak lewat, kami krew Az-Zariyat ingain mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di seluruh dunia..

Para pembaca sekalian, sempena hari ibu ini, berikanlah hadiah yang istimewa kepada ibu anda; sekuntum bunga ros merah, sebuah kotak barang kemas, jam tangan atau makan malam di restoran. Tetapi, ingatlah bahawa doa anda adalah hadiah terbaik dari seorang anak untuk insan yang telah mengandungkan, melahirkan, dan membesarkan diri kita. Ucapkanlah selmat hari ibu kepada ibu anda.  Katakanlah kepada mereka bahawa anda sangat bertuah kerana memiliki ibu sepertinya.  Luahkan kasih sayang anda kepada ibu anda.  SELAMAT HARI IBU!!

Related posts:

Selamat Hari Kematian Duhai Sahabat~

Permulaan Baru

Selamat Bercuti!