azzariyat.com » Ramadhan

Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!
Syawal sudah lebih seminggu menjelma bermaksud sudah lebih seminggu jugalah Ramadhan al-Mubarak tahun ini pergi jauh meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana dengan mutu amal ibadah kita di bulan syawal ini? Adakah kita masih mampu untuk meneruskan tadarus Al-Quran serta qiamulail sekurang-kurangnya sepertimana yang telah kita laksanakan semasa Ramadhan bertamu sebelum ini? Kalau kita masih mampu bertahan dengan godaan syaitan yang menggila, insya’Allah itu adalah petanda amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah S.W.T.

Post kali ini bukanlah ingin bercerita mengenai fadhilat Ramadhan yang telah pergi mahupun kelebihan Syawal yang kita sedang harungi, post kali ini hanya cuba ingin mengajak para pembaca mengimbau kembali perkara-perkara yang telah berlaku di sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini di samping cuba untuk mengupas sedikit sebanyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku itu.

Sejak bermulanya Ramadhan, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai cerita duka dengan bermulanya kes pembuangan bayi pada subuh 1 Ramadhan, diikuti pula kes bazaar Ramadhan dilanda taufan di Jasin,Melaka yang telah meragut 3 nyawa dan 18 yang lain cedera. Seterusnya, kita dikejutkan pula dengan kes penangkapan pasangan yang berkhalwat semasa menyambut malam kemerdekaan tahun ini yang amat mencemarkan kemuliaan Ramadhan, dan selepas itu, negara digemparkan pula dengan iklan iluminati yang berkait rapat dengan perayaan krismas. Dan semakin menghampiri Syawal pula, negara kita digemparkan dengan kes yang masih hangat lagi-kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan juga 3 yang lain.

Di luar negara pula, 2 cerita duka yang perlu diberi perhatian oleh setiap insan bergelar muslim ialah kisah saudara mara kita di Pakistan yang dilanda bencana banjir paling teruk dalam sejarah yang telah menyebabkan hampir 4 juta korban banjir kehilangan tempat tinggal di samping kisah pencerobohan berterusan laknatullah Israel terhadap tanah Palestin yang tidak ada petanda akan berakhir.

Daripada beberapa peristiwa di atas, kita dapat lihat sendiri bagaimana Allah S.W.T. menguji setiap hambaNya untuk melihat siapakah antara hambaNya yang lebih tinggi takwanya. Jika di Palestin, Iraq dan beberapa negara lain Allah uji dengan serangan dari pihak kuffar serta bencana alam, di Malaysia pula Allah uji juga dengan serangan dari pihak kuffar, namun bukan melalui serangan bersenjata tetapi melalui serangan akidah yang lebih teruk kesannya terhadap usaha membentuk semula kedaulatan sistem KHILAFAH.

Proses penjajahan minda melalui rancangan-rancangan hiburan di TV serta lambakan gambar-gambar porno di internet, ditambah pula dengan program-program seperti Jom Heboh, sambutan tahun baru dan juga sambutan kemerdekaan negara yang menggalakkan lagi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim yang akhirnya membawa kepada zina dan telah menyebabkan rosaknya keturunan serta meningkatnya kes pembuangan bayi setiap tahun. Statistik menunjukkan pusat-pusat pemulihan serta perlindungan bayi luar nikah akan ramai penghuninya 8-9 bulan setelah sambutan hari valentine, sambutan kemerdekaan negara, serta sambutan tahun baru. Apakah maksud semua itu?? Anda sendiri ada jawapannya.

Pada akhir Ramadhan yang lalu juga hinggalah menjelang Syawal, untuk ke sekian kalinya umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. Kali ini adalah angkara rancangan biadab sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa). Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan “Islam is Of The Devil” (Islam adalah syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. “Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan”, katanya ketika diwawancara dengan CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, Al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Barat. Rancangan gila Jones ini mengundang kritikan hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak mahu bertegas dengan Jones atas alasan ‘kebebasan’ di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Jones bagaimanapun membatalkan rancangannya di saat akhir. Tetapi, adakah kekecohan itu akan berhenti setakat di sini sahaja?? Kemungkinan besar jawapannya TIDAK!!

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu  bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador – or the fear of it – causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.’ [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Ini adalah kerana kita tidak lagi berlindung di bawah Khilafah. Kita tidak lagi berada di bawah Imamah yang akan melindungi kita secara fizikal, politik dan intelektual. Bangunlah umat yang terpilih!!! Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik” [TMQ Ali-‘Imran (3): 110]

Dalam ayat 110 daripada surah Ali-Imran yang membawa maksud, kita (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang Allah Ta’ala utuskan di kalangan umat manusia disebabkan kita melaksanakan tiga perkara; yang pertama, kita menegakkan kema’rufan. Yang kedua, kita mencegah kemungkaran. Dan yang ketiga, kita tetap dalam keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Namun pada hari ini, tanggal 9 Syawal 1431H, saya ingin bertanyakan kepada para pembaca sekalian, adakah kita semua berada di kedudukan yang sebenar sepertimana yang Allah sebutkan di dalam ayat ini? Atau adakah kita telah terkeluar daripada tuntutan yang terdapat padanya? Marilah sama-sama kita renungkan dan memuhasabah diri masing-masing.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, mutakhir ini, Islam dan umatnya masih terus menerus dihina oleh musuh-musuh Islam. Bahkan unsur penghinaan juga muncul dari kalangan umat Islam sendiri, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Kita dapat melihat apa yang berlaku di New York baru-baru ini, sekumpulan manusia yang anti-Islam telah melaungkan slogan-slogan kufur yang menghina Islam dan umat ini. Begitu juga di Bradfrod, England. Yang terbaru, kita mendapat penghinaan yang keji daripada pengguna laman sosial Facebook dan yang seumpama dengannya. Apakah punca sebenar kepada permasalahan ini? Adakah kita redha dengan hanya berdiam diri dan menyembunyikannya di dalam hati? Inilah keadaan realiti umat Islam pada hari ini, kita dihina oleh musuh-musuh kita, tetapi kita tidak mampu untuk bergerak menghadapi mereka.

Di Palestin, senjata-senjata Israel tidak pernah sunyi daripada meletus dan mengorbankan saudara-saudara kita di sana. Rundingan demi rundingan yang diketuai oleh para pemimpin pengkhianat terus mendapat liputan media massa di seluruh dunia. Namun, itu semua tidak pernah menghentikan pembunuhan di sana sini. Tangan-tangan kita terus menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, tetapi adakah itu semua dapat ataupun telah menghentikan kebiadaban makhluk terkeji rejim Israel laknatullah itu? Sama juga halnya di Iraq, adakah telah selesai pertumpahan darah suci kaum Muslimin daripada serangan kejam tentera kuffar Amerika Syarikat? Sedangkan kita masih lagi dapat mengikuti berita-berita duka di kaca TV dan di dada-dada akhbar mengenai kematian umat Islam di sana akibat penjajahan negara pengganas nombor satu di dunia itu sejak perang Teluk pada tahun 1989. Turut mewarnai berita-berita duka kaum Muslimin; di Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Mindanao, Selatan Thai termasuk di Pakistan yang masih tenat dengan musibah banjir! Tentera-tentera musuh terus mara membedil dan menyembelih kaum Muslimin tanpa simpati. Tetapi kehinaan ini masih belum dapat ditebus dan dibalas!

Segala permasalahan yang disebutkan tadi terus berlaku dan memuncak akibat daripada 3 sebab;

Yang pertama, ia adalah akibat daripada kelalaian kita sendiri sebagai umat Islam terhadap peraturan hidup. Kita telah dibius dengan cara hidup sekular, melalui cara hidup barat yang memisahkan agama daripada kehidupan. Kehidupan jenis ini sangat rosak lagi merosakkan kerana ia tidak diatur oleh wahyu yang diturunkan kepada umat manusia melalui Al-Quran dan Sunnah RasulNya. Kita tidak mengambil syariah itu secara sepenuhnya,  tetapi sebaliknya kita memisah-misahkannya lalu menjadikannya berjuzuk-juzuk. Disebabkan sekularisme, dakwah yang berlaku di kalangan kita pada waktu ini  bukan lagi merupakan dakwah yang menyeluruh, tetapi hanya tertumpu dalam hal-hal tertentu sahaja iaitu aqidah, ibadat (seperti thaharah, solat, puasa, sedekah, zakat, haji) dan juga akhlak. Sedangkan soal politik, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem sosial, jihad dan sebagainya tidak lagi dilihat sebagai suatu kewajiban yang wajib untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kerana itu semua telah dipisahkan oleh sekularisme melalui ejen-ejennya. Kesannya, kita mengamalkan Islam secara sebahagian dan mengambil peraturan hidup kufur untuk menampung sebahagian kehidupan kita yang lain.

Yang kedua, adalah akibat daripada munculnya para pemimpin khianat yang sentiasa mengkhianati kita umat Islam. Dalam segenap perkara kita dapat menyaksikan sendiri pengkhianatan mereka dengan mata kepala kita, sepertimana yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan wilayah-wilayah Islam yang lain yang sedang diserang dan diperangi oleh musuh-musuh Islam, para pemimpin pengkhianat ini masih merantai dan memenjara kekuatan tentera umat Islam daripada berjihad dalam menentang kekuatan kuffar di luar sana!  Begitu juga dengan penerapan ekonomi kapitalisme, para pemimpin pengkhianat ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meningkatkan kekayaan dan kemakmuran ekonomi di kalangan kroni-kroni mereka sahaja, sedangkan rakyat terus menerus dibiarkan menderita dan dihimpit dengan tekanan hidup yang bersangatan. Harta kekayaan umat terus dirompak dengan cara yang profesional serta mereka mencabuli hak hidup jamaah kaum Muslimin. Itulah jiwa mereka, menindas dan mengkhianati rakyat! Selain itu, mereka juga terus membiarkan gejala sosial meningkat kerana itulah peluang untuk mereka membentuk projek-projek pembaikan yang memakan kos yang tinggi! Demi Allah, merekalah pengkhianat yang mengkhianati umat Islam. Mereka redha dengan kuffar barat tetapi mereka memusuhi Islam dan umatnya, biarpun wajah dan nama mereka sama seperti kita! Kepimpinan mereka perlu segera ditolak agar pengkhianatan mereka ini dapat dihentikan dengan serta-merta.

Yang ketiga, adalah akibat daripada kehilangan pelindung dan perisai, yakni negara Islam, Khilafah. Sepertimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya, bahawa “Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana daripada belakangnya umat berperang, dan dengannya umat berlindung (riwayat Ahmad). Sejak daripada tahun pertama Hijriyah, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. telah bersama-sama berjuang dan membina sebuah negara Islam di Madinah. Pemerintahan negara Islam ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, dan kemudian disambung dan diteruskan pula oleh para Khalifah sesudah mereka melalui Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, sehinggalah akhirnya diruntuhkan pada tanggal 28 Rejab 1342H di Turki. Dahulu, negara Islam Khilafah memayungi kehidupan umat Islam dan seluruh manusia dengan penuh keadilan dan kemakmuran. Tetapi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyah yang terakhir di Turki, maka bermulalah detik hitam yang mengundang segala kesengsaraan hidup bagi seluruh umat manusia, khususnya umat Islam, sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Umat Islam telah hilang pelindung dan perisainya, syariah Islam sudah tidak lagi menjadi sistem dan peraturan hidup yang mampu  membahagiakan kita semua.

Satu-satunya jalan keluar daripada seluruh permasalahan besar umat ini adalah dengan kita kembali menempatkan semula syariah dan Khilafah dalam kehidupan kita. Inilah satu-satunya sistem yang yang sempurna yang telah dikurniakan oleh Allah melalui RasulNya kepada kita. Usahlah kita berlengah lagi daripada berusaha untuk mengembalikannya. Yakinlah saudara-saudara, bahawa dengan cara ini sahajalah kehidupan kita kembali menjadi mulia dan diredhai oleh Allah SWT. Ini juga merupakan janji daripada Allah dan RasulNya. Kita wajib untuk kembali menghayati tsaqafah Islam melalui kelas-kelas pembinaan serta menyebarluaskannya kepada umat agar ia kembali menjadi peraturan hidup kita. Kita juga wajib untuk membai’at seorang Khalifah daripada kalangan kita umat Islam, di mana dengan keberadaannya, ia akan menerapkan seluruh hukum-hukum Allah serta membuang segala peraturan kufur daripada kehidupan kita. Demi Allah, usaha ini bukan suatu pilihan dan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Ia merupakan suatu kewajipan yang utama di samping kewajipan fardiyah yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan RasulNya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisaa' (4) : 59]

Related posts:

1 Syawal Vs 1 Ramadhan

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~

Ramadhan dah dekat!

1 Syawal Vs 1 Ramadhan
Di bulan Ramadhan,kita bangun malam, berwudhu’ dan berdiri sambil cuba menangisi dosa-dosa terdahulu. Setakat mana surah dihafal,semuanya dibaca dan selama itulah kita berdiri solat Tahajjud. Ketika sujud kita menangis, kita bersyukur dikurniakan keluarga yang penyayang. Biar mereka kurang faham dengan agama tapi mereka tidak pernah membantah kita belajar agama. Terima kasih ya Allah.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="560" height="340" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/VADy79aa930?fs=1&hl=en_US&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="340" src="http://www.youtube.com/v/VADy79aa930?fs=1&hl=en_US&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Raya jangan sedih-sedih,mesti gembira,kita berjaya puasa! =D

Malam diimarahkan lagi dengan bacaan Al-Quran. Biar mata mengantuk, selagi tidak habis 1 juz, selagi itu kita tidak berhenti. Biarpun kadang-kadang ayat 3 yang dibaca, sedar-sedar sudah ayat 10,kita ulang balik dari ayat 3,takut-takut terlompat ketika kita mengantuk,bimbang ada ayat tertinggal dalam 30 juz. Subhanallah,moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Tidur kita bukan tidur sebarangan, tidur kita didahului dengan ayat Qursy, doa-doa dipanjat tanda kesyukuran, mati sentiasa bermain di kepala. Kadang-kadang, ada juga terniat, “Ya Allah alangkah indahnya mati sekarang..” Mana tidaknya,di dalam bulan Ramadhan dan dalam 12 bulan, dalam bulan inilah amalan kita berada di tahap maksimum. Bukan setakat terniat untuk mati,kadang-kadang, lansung terbayang di fikiran kita wajah ahli keluarga yang mendapat berita kematian kita,lebih terharu bila kita mati di atas sejadah. Angan-angan. Tidak apa,semuanya indah dan menggembirakan.

Bila keluar rumah,di hadapan kita perempuan seksi dan lawa bak bidadari, ingin benar hati melihatnya,tapi kita tahan. “Aku berpuasa,aku berpuasa,aku berpuasa.” Lepas perempuan itu berlalu, “aduh..Ruginya..” Tapi tidak apa, rugi kita di dunia tapi untung di Akhirat nanti,Insya Allah,moga Allah menghadiahkan kita bidadari-bidadari Nya yang sentiasa dara.

Wah,di bulan Ramadhan,hampir benar amalan kita dengan saranan Rasulullah. Boleh kata hampir semua amalan kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh.

Tapi hari ini,1 Syawal,adakah amalan Ramadhan kita teruskan? Jom kita bandingkan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan dengan amalan kita di bulan ini. Tak perlu sebulan, bandingkan dengan hari ini sahaja. Tak perlu banding dengan baca Quran 1 Juz tapi bandingkan adakah hari ini kita pegang naskah al-quran dan baca walaupun sehelai?

Bandingkan,adakah solat Magrib dan Isya’ kita berjemaah sedangkan di bulan Ramadhan,Magrib dan Isya’ itu berjemaah satu kepastian?

Usah bandingkan Qiam lama-lama, bandingkan adakah mampu untuk kita bangun malam dan berdoa walaupun di atas katil?Tak perlu doa panjang-panjang,tak perlu doa untuk keluarga tapi doa untuk diri sendiri,doa untuk jadi kaya,dapat isteri solehah dan lawa, doa untuk berjaya dunia akhirat, adakah kita mampu?Kadang-kadang,lepas solat terus dilipatnya sejadah dan lansung kembali bermain game,bukan anda,saya sendiri. Moga Allah memberi hidayah Nya kepada kita.

Itulah hakikatnya teman. Bila Ramahan habis,amalan-amalan kita pun turut habis. Qiam kita hilang entah ke mana,Quran 1 juz 1 hari tapi sekarang 1 ayat 1 hari,itupun kalau ingat. Kalau dulu hampir kelima-lima solat Fardhu kita berjemaah tapi sekarang solat Jumaat sahaja yang berjemaah.

Ya,itulah beza bila diri kita sahaja atau bertemankan syaitan. Biarpun kadang-kadang di bulan Ramadhan,rasa malas tetap ada. Kalau terawih,imam baca panjang,hati mula mengutuk imam, “tunjuk terer la”,”takabbur la”,”baru lepasan pondok dah baca panjang-panjang la” dan macam-macam lagi. Betul,tak dinafikan kita kutuk imam tapi kita tetap solat juga kan? Sebab diri kita senang lakukan kebaikan,yang malas itu nafsu tapi disebabkan iman kuat,nafsu tak jadi rintangan. Tapi bila Syawal,solat subuh Imam baca Al-Ikhlas pun taknak buat,sebab apa? Sebab,kita kalah dengan nafsu dan godaan syaitan.

Jadi,syaitan patut disalahkan dalam hal ini? “Syaitanlah yang menggoda ana untuk tidak solat berjemaah,syaitanlah yang melupakan ana dari membaca quran,syaitanlah yang memujuk ana melihat perempuan-perempuan seksi,maka ampunlah dosa ana Ya Allah..”Rayu kita bila Allah ingin masukkan kita ke dalam neraka di akhirat kelak.

Adakah Allah menerima wake(alasan) itu?

Saya tanya anda,kalau ayah anda seorang polis,ada seorang penjenayah di hadapannya, lantas dia mengambil pistol dan menembak pencuri tersebut,salahkah dia kerana menembak pencuri tersebut?

Tidak,ayah anda tidak bersalah kerana dia seorang polis dan MEMANG tugas seorang polis menembak pencuri.Bagitu juga dengan syaitan,setelah dihalau keluar dari syurga, diminta dari Allah untuk menghasut anak Adam untuk meramaikan neraka lalu Allah perkenankan.Maksudnya,menghasut kita untuk tidak melakukan kebaikan adalah tugas syaitan laknatullah,maka syaitan tidak bersalah kalau kita terikut dengan hasutannya.

Pasti,Allah takkan menerima alasan di atas. Kita sebagai makhluk yang terbaik sepatutnya mampu menangkis segala godaan dan hasutan syaitan.Saya tidak nafikan,diri saya sendiri mempunyai seribu satu kelemahan dan keburukan,tapi marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikan. Allah tak memasukkan seseorang ke dalam syurga dengan jumlah amalannya tapi Allah memasukkan seseorang ke dalam syurga dengan redha Nya. Bagaimana cara paling banyak orang dapat redha Allah? Dengan cara berniat dan berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikan.

Jadi,apa yang ditunggu lagi? Ayuh wahai muslimin,muslimat,di sempena Syawal ini,kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan,kita kekalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan, jadikan power yang dicharge di bulan Ramadhan berguna,jangan biarkan ia lenyap dek masa dan dosa.

Jom,kita berubah ke arah kebaikan!

Related posts:

Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!

Ramadhan dalam kenangan…

Ramadhan:Semarakkan Taqwa

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~
Situasi 1 : Salina ingin berubah. Daripada tidak bertudung menjadi seorang wanita bertudung. Namun dia hairan melihat akhlak kawan-kawan yang bertudung litup. Suka benar bercerita keburukan orang lain. Pantang lihat orang buat silap, terus dikritik. Itu tidak kena, ini tidak kena. Seakan-akan mereka memandang rendah kepada orang lain dan merasakan diri mereka cukup sempurna hanya bila mereka lengkap menutup aurat. Bukankah bertudung itu perintah Allah? Kalau mereka boleh mengikut perintah bertudung, mengapa mereka tidak boleh mengikut perintah Allah supaya sentiasa bersangka baik dan menutup aib saudara seislam?

Situasi 2: Zahid teringin menyertai rakan-rakan yang berdakwah. Kalau selama ini dia seorang yang tidak ambil peduli dengan aktiviti-aktiviti dakwah ini, sekarang dia begitu bersemangat untuk berdakwah menyebarkan agama Allah. Namun dia hairan melihat akhlak rakan-rakannya yang bersemangat dalam berdakwah. Mereka cukup bersemangat bila berdakwah, apabila tiba waktu peperiksaan, mereka malas belajar. Didalam kelas pula selalu tidur. Kerja sekolah pun selalu mereka buat lambat dan meniru. Bukankah dakwah itu sangat dituntut bagi setiap umat Muhammad s.a.w? Bukankah belajar dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang juga alat kepada dakwah? Apabila pendakwah-pendakwah mencapai kecemerlangan didunia ini, sudah pasti orang yang masih jahil semakin yakin dengan keindahan islam.

Situasi 3: Mawi ingin berubah menjadi seorang insan yang baik. Jika dulu dia seorang yang sangat jahil, kini pintu hatinya terbuka untuk menjadi seorang yang elok akhlaknya. Dia cuba mendampingi rakan-rakan yang selalu solat berjemaah dimasjid. Namun dia hairan melihat akhlak ‘budak-budak surau’ ini. Kadang-kadang mereka memandang rendah kepada rakan-rakan yang jarang turun solat disurau. Kalau ada yang turun ke surau ketika musim peperiksaan, mulalah mereka memandang sinis. Kalau bercakap hal sedekah, mulalah mereka banding-bandingkan nilai wang yang mereka sedekahkan.

Mengapa saya wujudkan tiga situasi diatas?

Kerana saya rasa terpanggil untuk  mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekalian tentang perkara-perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Kerana kita manusia, maka kita tidak lari dari sifat pelupa. Menjadi manusia yang berada dalam tarbiyah kadang-kadang menguji kita. Dan ujian ini lebih berat dari ujian-ujian lain kerana ujian ini adalah ujian didalam hati manusia. Menjadi seorang yang berada didalam tarbiyah membuat kita mudah rasa ‘cukup’ baik dan orang lain ‘tidak cukup’ baik dimata kita. Itu yang membuat kita mudah memandang rendah perbuatan orang lain.

Kerana saya rasa terpanggil untuk memuhasabah kembali fitrah hidup sebagai manusia biasa. Memasuki ‘dunia dakwah’ merupakan satu tiket untuk kita menjadi seorang hamba Allah yang punya akhlak yang mulia, menjadi hamba Allah yang akidah dan ibadahnya mantap. Namun seringkali rasa bangga dalam diri itu menjerat kita menjadi sebaliknya. Akhlak kita rosak kerana selalu saja mengkritik akhlak orang lain. Akidah dan ibadah kita hilang kualitinya bilamana kita merasa bangga dan cukup dengan amalan-amalan kita.

Penat lelah kita beribadah, habis masa kita terisi dengan kerja dakwah, akhirnya ia menjadi seakan sia-sia hanya kerana satu penyakit hati bernama riya’.

“Sesungguhnya  yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik yang  paling kecil. Mereka bertanya: Apakah itu syirik yang paling kecil ya  Rasulullah? Beliau menjawab: Riya! Allah berfirman pada hari kiamat,  ketika memberikan pahala terhadap manusia sesuai perbuatan-perbuatannya:  Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu pamerkan perilaku  amal kamu di dunia. Maka nantikanlah apakah kamu menerima balasan dari  mereka itu.” Hadith Riwayat Ahmad.

“Hai orang-orang yang beriman,  janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan  menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang  yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan dia tidak  beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu  seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa  hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). mereka tidak  menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak  memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” Surah Al-Baqarah ayat 264.

Inilah masa kita bermuhasabah. Pernah atau tidak ketika beramal ibadah, kita rasa diri kita sudah banyak beramal, kita sudah banyak melakukan solat-solat sunat, sehingga kita rasa kita layak memandang rendah kepada amal ibadah orang lain?  Pernah atau tidak kita bersedekah dan kita rasa kita sudah cukup pemurah sehingga kita sentiasa terbayang-bayang jumlah wang yang telah kita sedekahkan? Pernah atau tidak kita rasa kita sudah cukup sempurna apabila kita lengkap menutup aurat sehingga kita rasa kita layak mengkritik akhlak orang lain?

Sedangkan yang memberi kita daya upaya untuk beribadah itu adalah Allah s.w.t. Yang memberi rezeki untuk kita bersedekah itu Allah s.w.t jua. Yang membuka pintu hati kita menutup aurat dengan sempurna itu Allah s.w.t juga. Tidak berlaku semua perkara tanpa izin Allah s.w.t. Sebanyak mana kita beramal, sebanyak mana kita bersedekah belum tentu menjamin kita ke syurga Allah kerana layaknya manusia ke syurga Allah dengan izin dan rahmat dari Allah jua.

Wahai sahabat, kita adalah orang Islam dan kita adalah umat yang terbaik. Maka dimana pun kita berada, nama islam bersama-sama kita. Elok akhlak kita, maka eloklah nama islam yang dibawa. Dan jika buruk akhlak kita, maka renung-renungkan apakah tafsiran orang-orang yang masih jahil tentang islam.

Masa yang kita gunakan ke jalan Allah ini pastikan tidak sia-sia hanya kerana perasaan bangga diri dalam hati. Janganlah biarkan perasaan bangga diri ini membuat akhlak kita menjadi buruk dan amal ibadah kita menjadi sia-sia.

Kenapa saya bicara soal ini ketika bulan Ramadhan? Kenapa tidak saya bicara kisah malam lailatul qadar? Kenapa tidak saya bicarakan kisah hari raya yang bakal tiba? Kerana Ramadhan tidak lama lagi bersama kita. Kerana Ramadhan sudah tinggal kurang 10 hari akan meninggalkan kita. Dan ada apa dengan Ramadhan?

Kerana Ramadhan ini bulan yang cukup mulia, diikat syaitan yang telah banyak menggagalkan kita dari terus menjadi hamba Allah yang diredhai. Maka inilah masanya kita berusaha mensucikan hati kita dan memulakan kembara kehidupan ini dengan gaya hidup yang dituntut syariat.  Kerana saya menyeru kepada diri sendiri dan pembaca untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik mula untuk kita melakukan perubahan.

Apakah perubahan yang telah kita lakukan dibulan Ramadhan ini? Jika kita berjaya menghabiskan 30 juzuk al-Quran, maka teruskanlah sebegitu dibulan-bulan lain. Jika kita berjaya menahan diri daripada mengumpat, maka teruslah menahan diri sebegitu dibulan-bulan lain. Dan jika kita masih belum menjadikan hati kita ikhlas beribadah, maka mulalah ikhlaskan hati dari sekarang. Sekiranya kita masih belum menangkis sifat ujub, riya’ dan takbur, maka tangkislah sifat itu sekarang agar diri kita suci dari sebarang dosa bermula bulan Ramadhan ini sehingga kita berhenti bernafas dibumi Allah ini

Related posts:

Kita Sudah Tiada Masa

Jangan Kerana Kita Tidak Tahu

Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!

Ramadhan dah dekat!
Ia hampir tiba lagi. Hati berdebar-debar, berbunga-bunga menanti. Ramai yang tak sabar menanti kehadiran ia. Ramai juga yang tak putus berdoa.

” Ya Allah pertemukan aku dengan ia.”

Ia hampir tiba lagi. Ya, Ramadhan tiba tak lama lagi. Hari-hari tengok kalendar menghitung bila nak tiba Ramadhan. Ternyata, fitrah manusia itu, jiwanya cenderung kepada bulan mulia itu.

” Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [ surah Al-baqarah: 183 ]

Mungkin ramai yang sudah mula berpuasa seawal umur 5 tahun lagi. Ada yang masa kecik-kecik, kalau puasa sehari mak ayah bagi seringgit. Kalau cukup 30 hari maknanya RM30 la duit kita dapat. Ada yang kalau puasa penuh dapat baju raya banyak-banyak. Tapi masa tu kita kecil lagi. Tak tahu lagi kenapa kita puasa sebenarnya.

Kalau disekolah dulu, ditempat lain ana tidak pasti. Tapi kalau di sekolah ana dulu, masuk saja bulan Ramadhan, dekat dalam musalla tertampal kertas hadith yang ceritakan tentang fadhilat-fadhilat solat terawih. Kalu solat terawih hari pertama dapat pahala begitu. Kalau solat terawih hari kedua dapat pahala begini. Siap boleh pilih-pilih lagi nak solat terawih hari ke berapa. Tu kita masa belasan tahun dulu. Kita tak tahu lagi hadith tu sahih ke tidak. Yang kita tahu nak dapat pahala banyak-banyak.

Kalau tahun lepas, puasa kita masih di Malaysia. Kalau dekat JAD aktiviti iftar jama’ie memang popular. Hari-hari sepanjang bulan ramadhan akan disediakan makanan-makanan enak untuk berbuka beramai-ramai. Rasa meriah sungguh puasa ketika itu. Kalau pulang ke rumah, makan pula masakan ibu. Itu puasa kita beberapa tahun lalu.

Dan, Ramadhan kini bagaimana? Berapa umur kita sekarang, dimana kita berada sekarang bukan persoalan. Yang harus ditanya adalah bagaimana nilai ibadah kita di Ramadhan kali ini. Persoalannya lagi, bagaimana keberkatan Ramadhan ‘memandu’ keimanan kita untuk sampai ke Ramadhan akan datang. Mungkin ramai yang tahu dan peka dengan kemuliaan Ramadhan.

” Alaa, nanti bulan Ramadhan aku mengaji la banyak-banyak.”

“Alaa, nanti bulan Ramadhan aku bangun la solat malam.”

” Alaa relek la dulu. baru bulan Sya’ban, nanti masuk Ramadhan aku berhentilah merokok.”

Kita memandang Ramadhan hanya pada sebulan yang bernama Ramadhan. Kita tunggu Ramadhan baru nak khatam al-Quran, kita tunggu Ramadhan baru nak solat tahajud. Namun jika difikir logik akal sekalipun,analoginya mudah, mampukah kita memenangi pertandingan marathon 30km jika sekali pun kita tidak pernah berlatih berlari. Mampukah juga tiba-tiba kita menjadi sangat kuat untuk bangkit dari tidur pukul 3 pagi untuk bertahajud sepanjang 30 malam andai hari-hari sebelum itu pukul 3 pagi itu kita masih lena dikatil empuk.

Mari sahabat kita duduk dan muhasabah. Bagaimana persediaan kita menyambut bulan mulia ini. Bulan Sya’ban bukanlah bulan kita ‘menunggu’ kehadiran Ramadhan, tapi bulan Sya’ban ini bulan paling semangat persediaan ibadah kita menyambut kehadiran Ramadhan.

Suatu hari Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata;

” Wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin.”

Dan Rasulullah s.a.w mengaminkannya. Bagaimana Ramadhan kita sebelum ini ya? Adakah kita dalam golongan yang dijauhkan dari Allah itu? Nauzubillah.

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, kita dah tak tahajud lagi?

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, jarang-jarang pula kita baca al-Quran Kalam Allah itu?

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, pemudi-pemudi tidak lagi berjemaah di masjid?

Duduk sejenak, renung-renungkan dan muhasabah kembali diri kita.

Ramadhan kali ini entah sempat entah tidak kita lalui. Bukankah mati itu bila-bila masa datangnya?

” Ya Allah sampai kami pada Ramadhan kali ini.” Amin~

Kalau masa kecil dulu kita puasa sebab nak dapat duit banyak. Kalau ketika belasan tahun dulu kita puasa sebab nak dapat pahala banyak, biarlah puasa kita kali ini adalah puasa untuk mendapat redha dan ampunan Allah semata-mata.

” Barangsiapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira-kira ( bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu.” [Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad.]

Kerana keredhaan Allah itu lebih besar dari pahala. Kerana keampunan Allah itu lebih besar dari pahala. Siapa kita mahu menghitung-hitung pahala amal kita sedangkan pahala dan dosa itu rahsia Allah. Siapa kita nak rasa senang dan lapang dengan pahala amalan kita sedangkan pahala itu boleh terhapus dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Damba dan letakkan harapan hanya pada redha dan keampunan Allah kerana keampunan Allah itu menghapus dosa-dosa malah menggantikan kebaikan pada diri kita. Subhanalah.

Ramadhan ini bulan yang dinanti ramai.

“Apabila masuk sahaja malam pertama dari bulan ramadhan, terikatlah syaitan dan terpenjaralah jin, dan tertutuplah segala pintu neraka, dan tidak terbuka daripadanya walau satu pintu, dan terbukalah pintu-pintu syurga, dan tidak tertutup daripadanya walau satu pintu, dan menyerulah penyeru: Wahai orang yang mencari kebaikan, carilah! Wahai orang yang mencari keburukan, cukup-cukuplah dan Allah menjauhkan kamu dari neraka. Begitulah setiap malam” [Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai Sohih oleh Al-Albani.]

Dan kerana bulan ini juga ada malam istimewa.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” Surah Al-Qadr, ayat 1-5.

Kerana itu kita mengharap pertemuan dengan bulan yang mulia ini. Kerana yang besar dalam bulan Ramadhan bukanlah pahalanya. Tapi besarnya pada rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah Azza Wajalla.

Dibulan Sya’ban ini kita bagaimana ya? Bagaimana diri kita nak sambut kehadiran Ramadhan tak lama lagi? Moga kita terpilih dalam golongan hamba yang bersungguh-sungguh  menanti cahaya Ramadhan. Moga kita terpilih dalam golongan yang mendapat keberkatan Ramadhan akan datang. Moga kita juga terpilih menjadi hamba yang masih bernafas saat Ramadhan berkunjung tiba. Katakan amin wahai pembaca

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/mKVmHYcp7Ao&hl=en_US&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube.com/v/mKVmHYcp7Ao&hl=en_US&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Related posts:

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~

Ramadhan dalam kenangan…

Ramadhan:Semarakkan Taqwa

Kenapa lebih BAIK, bukan lebih BANYAK????
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(67:2)

Tertarik untuk mengulas tentang ayat ini. Walaupun pendek saya nampak sesuatu yang penting disitu. Allah menekankan tentang amalan yang lebih baik dan bukan lebih banyak.Sebagai manusia seringkali akal disogok dengan hujah bahawa banyak amalan menjamin syurga. Mana tidaknya,duit berjuta-juta menjamin anda untuk ke mana-mana sahaja di dunia ini,bukan duit yang lebih baik tapi sikit. Namun kita sebenarnya tertipu dengan sogokan akal tersebut. Sebenarnya dalam ghairah mengejar amal, perkara pertama yang perlu kita titikberatkan adalah kualitinya bukan kuantiti. Setiap hari kita tidak lepas membaca Al-mathurat pagi dan petang, tidak kira apa keadaan sekalipun, dalam bas, dalam lif, naik tangga, mulut lancar membaca Al-mathurat yang rata-rata telah ramai yang berjaya menghafalnya. Namun bagaimana kualiti bacaan al-mathurat itu tadi. Adakah ketika naik tangga, hati kita benar-benar menghayati setiap zikir itu? Adakah ketika didalam bas yang bergema-gema lagu 90-an itu, kita berjaya menghayati makna-makna zikir kita? Sama-sama kita renungkan kembali.

Sebenarnya telah ‘tersetting’ di minda kita, “hari ini aku kene baca Al-mathurat pagi dan petang”, “ aku kene solat hari ini”,maka walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kita akan pastikan kita melakukannya dan soal kualitinya tidak dipandang sebagai satu perkara utama.Saya tidak nafikan,perkara itu jelas ada kebaikannya,cuma ada kekurangan dalam kebaikan.

Apabila melihat orang lain solat berjemaah, cepat-cepat kita berlari, bimbang tertinggal rakaat bersama imam, tapi apabila kita mengangkat takbir, adakah betul-betul ditetapkan niat solat kita itu untuk Allah s.w.t semata-mata? Atau sekadar berasa lega kerana kita telah berjaya solat seiring dengan imam, tidak tertinggal satu rakaat pun. Apabila Allah telah berpesan dalam Al-Quran, itu maknanya ia sesuatu yang memberi kebaikan kepada hambaNya dan wajib ditaati. Ya, amalan yang baik itu pastilah amalan yang diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata dan dengan izin Allah jika amalan itu diterima Allah,pasti ia jadi pembela kita di akhirat kelak.

Berbalik kepada ayat tadi, kenapa Allah menekan amalan yang lebih baik bukan lebih banyak? Pastinya amalan yang lebih baik itu memberi kesan dalam jiwa kita, sebaliknya amalan yang banyak semata-mata tanpa penghayatan tidak memberi apa-apa kesan dalam jiwa malah boleh timbul rasa riak dalam amalan yang banyak itu. Nauzubillah.

Artikel ini bukanlah menyeru anda untuk ‘mengurangkan’ kuantiti amalan anda tetapi jadikan ia satu pendorong untuk kita lebih menghayati amalan kita. Amalan yang lebih baik itu  dituntut, tapi jika kita memilih amalan yang lebih baik DAN lebih banyak,bukankah itu lebih disukai Allah s.w.t. ? Sempena Ramadhan yang bakal bertandang tidak lama lagi, inilah masanya untuk kita membuat persediaan hati menyambut kedatangan Ramadhan agar dapat kita lalui Ramadhan kali ini dengan penuh penghayatan dan memberi kesan yang kekal dalam jiwa. Dan jadikan kualiti amalan itu menjadi perkara paling utama dalam amalan kita. Selaras dengan apa yang dituntut, carilah amalan yang lebih baik.

Related posts:

Semoga esok lebih baik…

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Pilihan Kedua Mungkin Lebih Baik

Harapan Ramadhan
Sabtu,hari kedua Ramadhan dan masih dalam sepuluh hari pertama,sepuluh hari yang di dalamnya terkandung berjuta Rahmah.Cuba tanya diri kita, sudah lengkapkah persedian kita untuk Ramadhan kali ini terutamanya untuk 10 malam terakhir? Cuba tanya diri kita, lengkapkah 2 hari kita solat sunat tarawikh? Cuba tanya diri kita adakah kita melambatkan bersahur dan mempercepat berbuka atau sebalinya? Cuba tanya diri kita,pada hari kedua ini, sudah berapa juzu sudah kita baca? Jika semuanya tidak,apakah yang kita harapkan untuk Ramadhan pada kali ini?Sekadar berlapar dan berdahaga sahaja? Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita,di manakah kita dalam spektrum orang yang beriman,adakah golongan yang dibawah, ditengah atau yang di atas.Tiada orang boleh mengatakan bahawa kita berada dalam golongan di bawah melainkan kita sendiri mengakuinya dan tiada orang boleh menentukan bahawa amalan seseorang itu diterima Allah ataupun tidak.Jadi,sempena Ramadhan yang dipenuhi dengan kemuliaan ini, marilah kita bersama-sama bangkit beribadah dan jangan malas-malas lagi.Jika pada tahun lepas kita solat suant tarawikh 8 rakaat,cuba tambah 2 rakaat lagi.Jika pada tahun lepas kita boleh habiskan 30 juzu al-quran,cuba habiskan 31 juzu pada tahun ini.Sama-samalah kita fikir dan amalkan supaya harapan pada Ramadhan pada kali ini menjadi kenyataan.

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/RaeS-DDl6Qw" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/RaeS-DDl6Qw" /></object>

Related posts:

Ramadhan dah dekat!

Ramadhan:Semarakkan Taqwa

1 Syawal Vs 1 Ramadhan

Ramadan Yang Sungguh Meletihkan…
Saje tulis tajuk sebegitu. Tapi jujurnya, memang begitu.

Saya kelelahan.

Saya mencuri sedikit masa dan menyabarkan hati, menekan papan kekunci ini, menunaikan amanah untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (serta berpesan-pesan dengan kasih sayang).

Sebentar tadi saya solat tarawih di surau Unisel, dengan masih berbaju kemeja, tidak sempat pulang ke rumah selepas tamat kelas kerana menguruskan beberapa urusan. Sebetulnya rasa letih, lapar dan tidak selesa kerana belum mandi, sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya ketika solat. Kemudian bergegas pulang ke Taman Bukit Pelangi, terus menuju ke kedai runcit, membeli beberapa alatan untuk masakan Iftar esok. Saya tiba ke rumah, mandi ala kadar, makan malam (Alhamdulillah rakan serumah telah sediakan makan malam) dan memulakan operasi menyediakan Iftar untuk esok hari. Kerana kelas esok tamat lewat, maka Iftar harus disediakan malam ini juga, waktu yang berbaki petang esok diperuntukkan untuk membuat air pula. Sambil-sambil sediakan makanan, saya perlu berbincang dengan senior di Jepun berkenaan program Jom Surau akan datang yang dilanda sedikit masalah teknikal.

Sambil-sambil sedang menyiapkan makanan (makanan ringan je pun sebenarnya), saya mencuri masa untuk duduk seketika dan meneliti list tugasan yang perlu disiapkan hari ini. Nampaknya masih banyak lagi belum terlaksana. Tiba-tiba teringat sesuatu, “Alamak giliran aku tulis Azzariyat!”.

Saya mohon keampunan Allah dari sifat pelupa saya. Saya menarik nafas panjang-panjang dan mula menaip.

Pertamanya, saya tidak menulis untuk menarik simpati atau menunjuk-nunjuk, bahkan semoga di bulan Ramadan ini anda mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan. Keduanya, saya memang tiada idea, maka apa yang saya rasa di saat ini sahaja dapat saya kongsikan.

Dalam keletihan menguruskan segala kerja-kerja dakwah dan akademik yang menekan jiwa dan masa ini, saya terduduk seketika. Saya mengimbau kembali, bagaimana Ramadan-ramadan lalu yang telah saya lepasi. Tahun lalu, keadaannya begini juga, setiap hari sibuk dengan iftar dan urusan Ramadan ditambah dengan urusan akademik. Sehinggakan, keletihan itu sangat menggugat keimanan, untuk bangun malam beribadat di hujung malam. Bahkan saya kira, kalau dapat bangun solat dua rakaat itu pun dah untung.

Saya berkira-kira pula, tahun ini lebih banyak tanggung jawab, lebih banyak urusan perlu diselesaikan. Ditambah dengan jadual kelas yang sangat padat. Apakah mampu diri ini bertahan? Untuk terus beribadat dan menambah amal dalam keadaan tubuh yang sangat lesu dan fikiran yang sangat bercelaru? Apakah Ramadan kali ini akan saya sia-siakan dengan tidur sahaja di penghujung malam?

Walaupun syaitan diikat, bisikan-bisikan hati ini cukup menggoda untuk saya meninggalkan segala tanggungjawab ini dan fokus kepada ibadat seorang diri.

Khatamkan al-Quran.

Qiamullail.

Namun sejenak saya terfikir kembali. Adakah tanpa segala urusan-urusan agama (dakwah) yang mencengkam masa ini, saya akan lebih beramal? Adakah semakin jauh saya dengan urusan ini akan menjadikan saya semakin dekat dengan Allah?

Saya kira tidak.

Kerana dua tahun yang lalu, serta tahun-tahun sebelumnya, saya ialah orang yang sangat bebas dari tanggungjawab agama. Nak sebut perkataan dakwah pun, tergagap-gagap lidah ini. Jangan kata nak solat sunat, nak solat fardhu pun bertatih-tatih melawan nafsu. Dapat turun surau sekali-sekala solat berjemaah tu, saya kira dah cukup alim, dan boleh dibanggakan kepada rakan-rakan. Jangan kata nak qiam, nak sahur pun tak bangun, lagi teruk kalau terlajak subuh sampai matahari dah terik (kalau hari cuti).

Begitulah Ramadan saya seketika dahulu.

Saya kira, kini biarlah badan letih menunaikan janji untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Kerana di atas keletihan itu, saya terjumpa ikatan yang menghubungkan saya dengan Tuhan. Kerana saya tahu segalanya untuk Dia!

Saya menoleh sekitar orang-orang yang saya kenali. Mereka diuji dengan cabaran yang jauh lebih besar daripada saya. Sahabat saya di Unisel lagi hebat dugaannya, mahu mengajak manusia yang pelbagai ragam mencari jalan Tuhan. Saya dan rakan-rakan di JAD ni, saya rasa amat beruntung kerana dikurniakan persekitaran dan sahabat-sahabat yang sangat baik akhlaknya, mudah menjalankan urusan agama. Bahkan pak cik-pak cik yang telah bekerja dan berkeluarga, masih lagi menyibukkan diri, sehingga jatuh sakit kerana hendak menghidupkan usaha dakwah ini.

Namun di sebalik ujian mereka yang berkali-kali ganda itu, mereka lebih tabah menambah amal sempena Ramadan ini. Mereka lebih lagi ghairah untuk mengejar segala fadhilat dan kelebihan Ramadan. Bahkan tidak pula mereka mengeluh kepenatan (sepertimana saya).

Maka saya memohon kepada Allah agar Ramadan kali ini saya diberi peluang untuk ditarbiyyah (dididik) sekali lagi, melalui ujian-ujian yang menekan diri. Agar apabila saya tersungkur jatuh tersembam bumi, saya mula tunduk pada aturan Ilahi. Fitrahnya manusia bila tidak merasa lemah, tidak akan merasa perlu kepada Tuhan yang Maha Kuat dan Maha Besar. Semoga madrasah Ramadan ini menjanjikan seribu satu kebaikan yang boleh saya ambil pengajaran daripadanya. (silap, memang dah dijanjikan pun. Semoga Ramadan ini saya dimudahkan jalan untuk mengambil pengajaran darinya.)

Biarlah saya menyambung sisa-sisa kehidupan yang singkat ini dengan keletihan dan kesusahan di jalan ini. Janganlah saya menjadi golongan yang minta dibangkitkan semula selepas mati, untuk menambah amal di dunia kembali.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

[Sajdah:12]

Dan saya mohon Ramadan kali ini, akan menjadi lebih bermakna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga Ramadan ini menjadi titik mula, perubahan-perubahan positif dalam diri kita.

Akhirnya inilah kisah Ramadan saya dulu, kini dan harapan Ramadan kali ini.

Anda pula bagaimana?

Adakah Ramadan ini sibuk beramal? Atau sibuk menempah baju dan kuih raya?

Atau anda sedikit pun tidak kisah dengan segala tawaran dan ganjaran Ramadan, bahkan ditawarkan pelepasan dari neraka?

Jangan begitu, jangan lah kita melupakan Allah, nanti kelak Allah melupakan kita.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.

[al-Hasyr : 19]

Mari kita semak amal dan ibadat kita, moga-moga kita mendapat manfaat Ramadan kali ini.Semoga segala amal kebaikan yang kita lakukan mendapat balasan daripada Allah. Biarpun amal kita sekecil biji sawi yang tersembunyi di langit atau di bumi atau di dalam hati, kerana Allah sentiasa memerhati setiap langkah dan gerak geri. Renung-renungkan dan selamat beramal!

Related posts:

Ramadan…

Ramadan : Belajar Taqwa Dari Seekor Anjing

Semalam Yang Hilang…

Ramadhan:Semarakkan Taqwa
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang berbunyi antara Jumaat dengan Jumaat,Ramadhan dengan Ramadhan ialah keampunan selagi tidak melakukan dosa yang besar.Berdasarkan hadis ini dapatlah kita rungkaikan betapa Pemurah nya Allah dalam mengampunkan hamba-hamba Nya yang sememangnya tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa kecil.Ada kalanya kita terlepas cakap sehingga terkeluar perkataan-perkataan yang tidak enak didengar,Allah ampunkan.Ada kalanya kita terdetik di hati bahawa kita lah yang paling hensem,Allah ampunkan.Semua dosa-dosa kecil Allah ampunkan kerana apa?Kerana mulianya satu bulan yang diberi nama Ramadhan.Analoginya mudah,jika seorang pembesar ingin datang ke tempat kita,pasti kita akan mengemas dan mencantikkan tempat kita walaupun dia belum tiba,kerana apa?Kerana mulianya dia di pandang mata kita.Begitu juga Ramadhan,bukan sahaja mulia di mata kita tapi sangat mulia di sisi Allah.

Rasulullah sekali lagi menegaskan betapa mulianya Ramadhan dalam satu hadis lain yang berbunyi, “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah telah mewajibkan puasa dala mbulan ini.Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan.Ia mempunyai satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya,tersangatlah rugi.”

Berdasarkan hadis di atas,sekali lagi kita dapat tahu bahawa betapa Allah mahukan semua hamba-hamba Nya masuk ke dalam syurga dan betapa Allah tidak inginkan walaupun seorang hamba Nya tercampak ke dalam neraka.Allah sifat Nya tidak zalim,Allah tidak akan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Allah ciptakan syurga untuk manusia jadi Allah mahukan semua manusia masuk ke dalam syurga tanpa tertinggal walaupun seorang.Tapi, adakah adil jika Allah meletakkan manusia berperangai seperti syaitan masuk ke dalam syurga bersama-sama dengan orang yang alim?Tidak, Allah tidak zalim.

Disebabkan mulianya bulan ini,maka menjadi satu kewajipan ke atas kita untuk memastikan bahawa kita telah memaksimumkan amalan kita pada bulan ini.Baru-baru ini,Malaysia dikecohkan dengan banyak kematian terutama artis-artis yang menjadi ikutan remaja seperti Ustaz Asri,Param dan Yasmin Ahmad.Ustaz masih muda tapi telah pergi meninggalkan kita dan Param sudahpun tua dan selayaknya dia pergi meninggalkan kita.Apa ibrah yang patut kita ambil daripada 2 kisah kematian ini?Ketahuilah bahawa jika kita hidup Ramadhan kali ini,belum tentu kita hidup pada Ramadhan yang akan datang.Ada orang bertahun-tahun sakit tapi tidak mati-mati tetapi ada pula orang yang segar bugar tapi terus mati.Muda kah kita,tua kah kita,itu bukan persaolannya,persoalannya,adakah sudah cukup amalan kita untuk menempuh hari muda nanti? Kenapa hari muda bukan hari tua?Kerana sesiapa yang masuk syurga akan terus muda selama-lamanya.

Jadi,untuk meraikan Ramadhan yang akan datang ini,2 jenis persiadaan wajib dibuat,persediaan jiwa dan persediaan amali.Jiwa kita mesti diisi dengan pelbagai jenis doa dan fadhilat-fadhilat di bulan Ramadhan supaya lahirnya semangat untuk beribadah di bulan Ramadhan nanti.Dari segi amali pula, perbanyakkan bacaan al-quran dan puasa sunat.

Daripada Aishah,katanya bahawa dia tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan 1 bulan puasa melainkan di bulan Ramadhan dan dia tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa paling banyak melainkan di bulah Sya’ban.Sya’ban adalah bulan persiapan untuk menyambut Ramadhan,ulama’ mengatakan bahawa Sya’ban ialah bulan latihan dan Ramadhan ialah bulan ujian.

Namun,apa yang mengecewakan kita sebagai umat Islam pada hari ini ialah puasa kita adalah sebagai adat bukan lagi ibadah.Sepatutnya apabila tiba sahaja bulan Ramadhan,maka wujudlah suasana ibadah,manusia berkejar-kejar mendirikan solat,membaca al-quran,menjamu orang dalam kelaparan tetapi apa yang berlaku sebaik sahaja tiba ramadhan? “Abang,cat rumah tu,da nak raya ni,”Walaupun baru hari pertama berpuasa.Ibu-ibu sibuk ke kedai-kedai mencari alat  perhiasan baru untuk menggantikan perhiasan rumah yang sudah berumur 1 tahun.

Ramadhan sepatutnya mengajar kita membentuk ruh kita tapi bila tiba Ramadhan,kuih-kuih yang tidak ada pada bulan lain ada pada bulan Ramadhan. Ramadhan lebih menumpukan kepada pembentukan fizikal yang terlampau.Sebelum masuk waktu berbuka,dibelinya kebab,nasi kerabu,ayam bakar, ikan masak pedas,kuih taik itik,air cendol dan air kelapa.Sekali makan,terus tersandar,tidak mampu lagi bangun.Terawih?Andai mampu bangun,maka ada lah 8 rakaat,jika tidak mampu, “terawih tu perkara sunat je.”

Lailatul qadar ada pada 10 malam terakhir,bila dan hari ke berapa?Kekal misteri.Pernah suatu ketika Rasulullah diberi tahu tentang malam al-qadr itu tapi Rasulullah dilupakan kerana dalam perjalanan baginda ke arah sahabat untuk mengumumkan berita gembira itu,ada 2 orang muslim sedang bergaduh.Atas sebab itu,maka Allah melupakan Rasulullah tentang malam Al-qadr.Yang penting,10 malam terakhir jadi 10 malam terakhir sepatutnya dipulun habis-habisan tetapi 10 malam terakhirlah akak sibuk menguli tepung,adik sibuk menyalakan bunga api di laman rumah,emak sibuk dengan kain langsir barunya dan ayah sudah terbungkang di hadapan telivisyen menonton ‘pondok buruk’ sambil menangis teresak-esak.Tiada lagi ibadah, hanya adat semata-mata.

Para ulama’ menangis atas pemergian ramadhan tetapi kita bergembira menyambut syawal.Tidak salah bergembira menyambut syawal tetapi fikirkan adakah kelebihan ramadhan ada pada bulan-bulan yang lain?Adakah amalan sunat pada bulan lain mendapat pahala amalan wajib seperti amalan di bulan Ramadhan?Rasulullah ada bersabda bahawa jika umatku tahu kelebihan di bulan Ramadhan,pasti mereka pinta pada Allah bahawa setiap bulan adalah bulan Ramadhan.

Related posts:

1 Syawal Vs 1 Ramadhan

Ramadhan dah dekat!

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~

Rejab-Kita ditipu atau tertipu?
Pejam celik pejam celik,kita sudah sampai di bulan Rejab,salah satu bulan di mana Allah mengharamkan peperangan di dalamnya.Firman Allah dalam Surah Al-Taubah ayat 36 yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati . Itulah ( ketetapan ) agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat, dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa .” Ulamak secara jumhurnya telah sepakati bahawa 4 bulan yang dimaksudkan itu ialah Zulhijjah,Zulkaedah,Muharam dan Rejab.

Bulan rejab bererti memuliakan bersempena dengan amalan orang arab jahiliyah yang memuliakan bulan ini.Orang arab jahiliyah mengharamkan sebarang bentuk pergaduhan atau peperangan di dalam bulan bulan ini.Jika peperangan pun diharamkan pada bulan ini,apatah lagi dengan perkara-perkara kecil seperti penipuan atau penyelewengan?Jika arab jahiliyah,satu bangsa yang tidak bertamadun,yang tidak menjadi rebutan mana-mana kuasa yang sedang gila menakluk dunia pun tahu menghormati dan memuliakan bulan ini, dimanakah kedudukan orang yang tidak tahu menghormati bulan ini seperti bangsa Melayu?

Bangsa Melayu tidak menghormati bulan Rejab?

Pasti kita ingat bangsa Melayu telah memuliakan bulan Rejab kerana ramai di antara kita yang puasa genap sebulan di bulan rejab,qiamullail suntuk satu malam dan bersedaqah jiwa dan raganya.Ironinya,kita betul-betul telah menghina bulan rejab bahkan Rasulullah sendiri dengan berpegang kepada hadis-hadis fadhail(fadilat) yang palsu.

Satu demi satu pendustaan berlaku terhadap Muhammad bin Abdullah dengan mereka fadilat ibadah pada bulan rejab dengan menisbatkan ke atas Rasulullah.Yang paling ketara ialah peristiwa Israk Mikraj.Ulama telah sepakat mengatakan bahawa tarikh sebenar Israk Mikraj tidak diketahui tetapi kita pula sepakat mengatakan tarikh Israk Mikrah jatuh pada 27 Rejab. Hebat betul kita.

Apabila tiba bulan Rejab,kita juga biasa mendengar satu hadis dari Anas bin Malik berkata, bersabda Nabi: ” Bulan Rejab bulan Allah , bulan Syaban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku.”Hadis ini telah dilabelkan sebagai hadis maudho’ oleh para Ulamak dan kita ditegaskan supaya tidak berpegang dengan hadis maudho’ walaupun satu hadis.

“Eh takpe,hadis maudho’ tu pom hadis gak,”seorang pakcik memberi kenyataan yang membuatkan telinga ini sakit.

“Takley pakcik,hadis maudho’ tu takley nak pegang,tak sah.Kalu dhoif boley lagi tapi kalo maudho’,kene buang terus,”ana membantah.

“Hebat sangat ke awak sampai bley lawan ulama’ yang tulis hadis ini?!”Marah pakcik itu sehingga aku terdiam.Lebih baik berdiam daripada membalas, fikir ana.

Hadis tadi tidak berhenti di situ,ada sambungannya.Sambung Anas lagi, Rasulullah bersabda, “tidak seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab , kemudian ia bersolat pada malam jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengampuni kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih di laut dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafaat pada hari kiamat sebanyak 700.”

Ana bukanlah menentang sesiapa yang berpuasa sunat di bulan Rejab, berqiamullail sepanjang malam di bulan Rejab dan bersedeqah tetapi ana hanya ingin menegakkan kebenaran bahawa tiada hadis yang mengatakan fadhilat-fadhilat khas di bulan Rejab.

Ingin berpuasa genap sebulan?Silakan tetapi perbetulkan niat antum(kamu) bahawa antum puasa kerana Allah semata-mata bukan kerana kelebihan bulan Rejab.Nasihat ana,janganlah kita berlebih-lebihan,nanti buruk padahnya.Aishah berkata bahawa nabi tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan bulan RamadhanJadi,fikir-fikirkanlah.

Jangan pula selepas membaca artikel ini kita tidak ingin perbanyakkan amal ibadah di bulan Rejab kerana sememangnya ulama’ mengsyorkan kita supaya perbanyakkan amal ibadah di bulan ini supaya senang kita beribadah di bulan Ramadhan nanti.Rasulullah SAW juga antara lain menganjurkan kita dengan bacaan doam,“Ya Allah berkati kami di bulan rejab dan sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan!”

Pesan ana supaya kita membetulkan apa yang salah dalam masyarakat kita, lakukan pembahruan,lakukan Islah!Ini bukan masalah kaum muda atau kaum tua tetapi ini masalah ummat.Berhentilah daripada sebarkan perkara yang dusta,tegakkan haq walaupun ia pahit.Betul Rejab itu mulia tetapi jangan terlebih dalam memuliakannya sehingga kita berdusta dengan menggunakan nama Rasulullah.

Akhir qalam,apa tunggu lagi?Jom beribadah sebanyak yang boleh! GAMBAROU!!!

Related posts:

Kita Yang Tertipu

Taufan Jepun: Siapa Yang Zalim,Allah atau Kita?

Teroris-Mereka atau Kita?