azzariyat.com » redha

Berita Gembira Buat Sabit
SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati. Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti.

“Assalamualaikum,” ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

“Waalaikumsalam,” jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung untuk membuat roti.

“Malam ini kita ada tetamu istimewa,” kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

“Siapakah orang itu?” tanya isterinya pula.

“Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan,” jelas Sabit kepada isterinya.

“Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. ” kata Sabit kepada isterinya.

“Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?” kata Sabit lagi.

“Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?” tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

“Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang,” kata Sabit kepada isterinya.

Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu,” pesan Sabit kepada isterinya.

“Baiklah, saya turuti kata-katamu,” jawab isterinya.

Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.

Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya.

“Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama,” kata isteri Sabit kepada tetamu itu.

Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.

“Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini,” kata Sabit kepada tetamunya itu.

Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.

Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.

Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang.

“Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini,” kata tetamu itu kepada Sabit.

Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, “Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu.”

“Apakah berita gembira itu?” tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.

“Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam,” kata Nabi Muhammad kepada Sabit.

Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada dalam kesusahan.

Related posts:

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…

Tentang Cinta siri 2 : Nota Buat Budak Dakwah

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Ramadhan dah dekat!
Ia hampir tiba lagi. Hati berdebar-debar, berbunga-bunga menanti. Ramai yang tak sabar menanti kehadiran ia. Ramai juga yang tak putus berdoa.

” Ya Allah pertemukan aku dengan ia.”

Ia hampir tiba lagi. Ya, Ramadhan tiba tak lama lagi. Hari-hari tengok kalendar menghitung bila nak tiba Ramadhan. Ternyata, fitrah manusia itu, jiwanya cenderung kepada bulan mulia itu.

” Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [ surah Al-baqarah: 183 ]

Mungkin ramai yang sudah mula berpuasa seawal umur 5 tahun lagi. Ada yang masa kecik-kecik, kalau puasa sehari mak ayah bagi seringgit. Kalau cukup 30 hari maknanya RM30 la duit kita dapat. Ada yang kalau puasa penuh dapat baju raya banyak-banyak. Tapi masa tu kita kecil lagi. Tak tahu lagi kenapa kita puasa sebenarnya.

Kalau disekolah dulu, ditempat lain ana tidak pasti. Tapi kalau di sekolah ana dulu, masuk saja bulan Ramadhan, dekat dalam musalla tertampal kertas hadith yang ceritakan tentang fadhilat-fadhilat solat terawih. Kalu solat terawih hari pertama dapat pahala begitu. Kalau solat terawih hari kedua dapat pahala begini. Siap boleh pilih-pilih lagi nak solat terawih hari ke berapa. Tu kita masa belasan tahun dulu. Kita tak tahu lagi hadith tu sahih ke tidak. Yang kita tahu nak dapat pahala banyak-banyak.

Kalau tahun lepas, puasa kita masih di Malaysia. Kalau dekat JAD aktiviti iftar jama’ie memang popular. Hari-hari sepanjang bulan ramadhan akan disediakan makanan-makanan enak untuk berbuka beramai-ramai. Rasa meriah sungguh puasa ketika itu. Kalau pulang ke rumah, makan pula masakan ibu. Itu puasa kita beberapa tahun lalu.

Dan, Ramadhan kini bagaimana? Berapa umur kita sekarang, dimana kita berada sekarang bukan persoalan. Yang harus ditanya adalah bagaimana nilai ibadah kita di Ramadhan kali ini. Persoalannya lagi, bagaimana keberkatan Ramadhan ‘memandu’ keimanan kita untuk sampai ke Ramadhan akan datang. Mungkin ramai yang tahu dan peka dengan kemuliaan Ramadhan.

” Alaa, nanti bulan Ramadhan aku mengaji la banyak-banyak.”

“Alaa, nanti bulan Ramadhan aku bangun la solat malam.”

” Alaa relek la dulu. baru bulan Sya’ban, nanti masuk Ramadhan aku berhentilah merokok.”

Kita memandang Ramadhan hanya pada sebulan yang bernama Ramadhan. Kita tunggu Ramadhan baru nak khatam al-Quran, kita tunggu Ramadhan baru nak solat tahajud. Namun jika difikir logik akal sekalipun,analoginya mudah, mampukah kita memenangi pertandingan marathon 30km jika sekali pun kita tidak pernah berlatih berlari. Mampukah juga tiba-tiba kita menjadi sangat kuat untuk bangkit dari tidur pukul 3 pagi untuk bertahajud sepanjang 30 malam andai hari-hari sebelum itu pukul 3 pagi itu kita masih lena dikatil empuk.

Mari sahabat kita duduk dan muhasabah. Bagaimana persediaan kita menyambut bulan mulia ini. Bulan Sya’ban bukanlah bulan kita ‘menunggu’ kehadiran Ramadhan, tapi bulan Sya’ban ini bulan paling semangat persediaan ibadah kita menyambut kehadiran Ramadhan.

Suatu hari Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata;

” Wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin.”

Dan Rasulullah s.a.w mengaminkannya. Bagaimana Ramadhan kita sebelum ini ya? Adakah kita dalam golongan yang dijauhkan dari Allah itu? Nauzubillah.

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, kita dah tak tahajud lagi?

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, jarang-jarang pula kita baca al-Quran Kalam Allah itu?

Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan, pemudi-pemudi tidak lagi berjemaah di masjid?

Duduk sejenak, renung-renungkan dan muhasabah kembali diri kita.

Ramadhan kali ini entah sempat entah tidak kita lalui. Bukankah mati itu bila-bila masa datangnya?

” Ya Allah sampai kami pada Ramadhan kali ini.” Amin~

Kalau masa kecil dulu kita puasa sebab nak dapat duit banyak. Kalau ketika belasan tahun dulu kita puasa sebab nak dapat pahala banyak, biarlah puasa kita kali ini adalah puasa untuk mendapat redha dan ampunan Allah semata-mata.

” Barangsiapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira-kira ( bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu.” [Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad.]

Kerana keredhaan Allah itu lebih besar dari pahala. Kerana keampunan Allah itu lebih besar dari pahala. Siapa kita mahu menghitung-hitung pahala amal kita sedangkan pahala dan dosa itu rahsia Allah. Siapa kita nak rasa senang dan lapang dengan pahala amalan kita sedangkan pahala itu boleh terhapus dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Damba dan letakkan harapan hanya pada redha dan keampunan Allah kerana keampunan Allah itu menghapus dosa-dosa malah menggantikan kebaikan pada diri kita. Subhanalah.

Ramadhan ini bulan yang dinanti ramai.

“Apabila masuk sahaja malam pertama dari bulan ramadhan, terikatlah syaitan dan terpenjaralah jin, dan tertutuplah segala pintu neraka, dan tidak terbuka daripadanya walau satu pintu, dan terbukalah pintu-pintu syurga, dan tidak tertutup daripadanya walau satu pintu, dan menyerulah penyeru: Wahai orang yang mencari kebaikan, carilah! Wahai orang yang mencari keburukan, cukup-cukuplah dan Allah menjauhkan kamu dari neraka. Begitulah setiap malam” [Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai Sohih oleh Al-Albani.]

Dan kerana bulan ini juga ada malam istimewa.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” Surah Al-Qadr, ayat 1-5.

Kerana itu kita mengharap pertemuan dengan bulan yang mulia ini. Kerana yang besar dalam bulan Ramadhan bukanlah pahalanya. Tapi besarnya pada rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah Azza Wajalla.

Dibulan Sya’ban ini kita bagaimana ya? Bagaimana diri kita nak sambut kehadiran Ramadhan tak lama lagi? Moga kita terpilih dalam golongan hamba yang bersungguh-sungguh  menanti cahaya Ramadhan. Moga kita terpilih dalam golongan yang mendapat keberkatan Ramadhan akan datang. Moga kita juga terpilih menjadi hamba yang masih bernafas saat Ramadhan berkunjung tiba. Katakan amin wahai pembaca

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/mKVmHYcp7Ao&hl=en_US&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube.com/v/mKVmHYcp7Ao&hl=en_US&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Related posts:

Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~

Ramadhan dalam kenangan…

Ramadhan:Semarakkan Taqwa

Tawakal dan Redha
Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada daya dan kekuatanNya.

Manakala redha ialah berlapang dada atau menerima segala perkara dengan hati yang ikhlas terhadap sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Salah satu takrif redha adalah seperti yang disebutkan oleh Ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :

“ Redha ialah hati meyakini qadimnya pilihan Allah Ta’ala terhadap hambaNya iaitu meninggalkan sifat marah ”

Sering kali kita dengar,

“Aku sudah berusaha dan aku bertawakal, tapi kenapa aku tidak dapat apa yang aku minta?”

Saya yakin bahawa setiap orang tahu akan konsep tawakal ini. Tapi, berapa ramai yang faham? Kita sebagai hamba Allah, sering meminta itu dan ini sekadar untuk memuaskan hati (sebenarnya nafsu) masing-masing. Kadang-kadang apa yang kita minta untuk dipermudahkan sesuatu perkara, tetapi yang terjadi adalah yang sebaliknya. Saya yakin, tiada orang bersusah-susah memohon kepada Allah untuk hidup susah. Tiada yang sibuk-sibukkan diri kepada Allah memohon, “Ya Tuhanku, mudah-mudahan exam kali ini biarlah susah”.

Semua orang minta untuk hidup senang.Tapi, tahukah anda? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Sebagaimana yang telah tertulis dalam Al-Quran,

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

Mari kita renungkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a. maka katanya,

“Adalah aku berkenderaan duduk di belakang Rasulullah s.a.w. pada suatu hari. Maka katanya kepada aku: Hai ghulam, bahawasanya aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat: Peliharakanlah Allah supaya Dia pelihara engkau pula. Peliharakanlah Allah supaya engkau dapati Dia pada betulan engkau. Apabila engkau hendak meminta sesuatu barang, maka pintalah kepadaNya. Apabila engkau menuntut tolong, maka tuntutlah kepadaNya. Ketahuilah sekiranya bersetuju sekalian umat hendak memberi engkau manfaat, tiadalah dapat mereka memberi engkau manfaat melainkan dengan suatu yang telah ditentukan olehNya atas engkau. Bahawasanya telah diangkat qalam daripada menuliskannya dan telah kering pula bukunya.”

[Hadis riwayat Tarmizi]

Dan dalam satu hadis yang lain pula,

“Peliharakanlah Allah supaya engkau dapati ia dihadapan engkau, kenali atau ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, supaya ia mengenal engkau ketika dalam kesusahan. Ketahuilah, bahawasanya apa-apa yang tersalah datangnya kepada engkau, tiadalah ia boleh mengena engkau. Begitu juga apa-apa mengena kepada engkau tiadalah tersalah datang kepada engkau. Ketahuilah, adalah beroleh bantuan itu serta sabar, kelapangan itu serta sangat kesusahan dan beserta kesukaran itulah datangnya kemudahan.”

Apa yang boleh kita faham daripada dua hadis ini? Hadis ini menuntut setiap muslim dan muslimat untuk memelihara Allah. Tapi bukan bermaksud Allah itu lemah sehingga memerlukan peliharaan daripada kita. Bukan, bukan seperti itu. Sebenarnya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah dalam hidup kita. Diri kita yang memerlukan tempat bergantung. Andai kata kita beriman, tunduk patuh kepadaNya dan menolong agama Allah, kita yang dapat ganjarannya. Dan sekiranya kita ingkar dan melakukan banyak kemungkaran berbanding kebaikan, kita jugalah yang akan  menerima balasan azab seksa daripada Allah. Allah sedikitpun tidak terluak atau terusik.

Cuba anda fikir dan renung-renungkan. Adakah anda pernah meminta ‘barang’ dengan Allah? Mungkin tidak jelas persoalan ini, tapi cuba fikirkan contoh di bawah.

Ana seorang pelajar. Dia sangat memerlukan laptop untuk membuat kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarahnya. Lebih-lebih lagi dia sudah berada di tahun kedua universiti. Banyak laporan-laporan experiment yang dia perlu siapkan. Di sini saya ingin bertanya. Kepada siapa Ana perlu meminta? Mungkin ramai yang terfikir bahawa dia boleh minta pada ayahnya supaya tokok tambahkan wang untuk mendapatkan sebuah laptop. Atau apa-apa jawapan yang lain. Tapi sebenarnya, kita perlu untuk meminta kepada Allah. Kerana Allah jugalah yang mengaturkan rezeki bagi setiap makhluknya.

Mungkin seperti tidak logik seandainya kita meminta, “Ya Allah, aku perlukan tisu sekarang.” Tetapi itulah yang sebenar-benarnya. Memang kita tidak ada tempat pergantungan yang lain selain kepada Allah. Mintalah, insyaAllah akan dipermudahkan sekiranya kita yakin. Tetapi tidaklah sampai tisu turun dari langit, mungkin Allah gerakkan hati-hati manusia disekeliling anda untuk memberi tisu kepada anda.

Bagaimanapun, kita perlu redha dengan ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Memang bukan semua yang kita mahukan akan dapat ditunaikan. Ingatlah Allahlah yang paling Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dia tahu semua perkara yang sesuai bagi setiap satu hamba-hambanya, dan segala nikmat kurniaannya merupakan suatu anugerah yang terbaik. Tidak perlu untuk kita mengeluh dengan kesusahan, ataupun komen apa-apa yang telah diberikan kepada kita. Sebab kepada siapa sebenarnya kita keluh dan komen itu kalau bukan kepada Allah? Fikir-fikirkanlah.

Related posts:

A,B,C atau D, bersyukur dan redha

Better Late Than Never
Musim peperiksaan tiba lagi, secara automatik, ahli surau akan bertambah. Itulah fitrah musim peperiksaan, bukan di JAD sahaja malah di mana-mana Instituti pelajaran di dunia ini. Ketika musim peperiksaan, barulah mula cari sejadah, barulah mula bangun malam, barulah mula turun ke surau, semuanya semata-mata inginkan markah yang tinggi dan cemerlang. Perkataan-perkataan seperti Tawakkal, Redha, Man Jadda Wa Jadda, yang sebelum ini tidak pernah disebut malah tidak ingin didengari, mula bermain-main di bibir pelajar-pelajar JAD. Ya, apabila musibah mula melanda, bukan JAD sahaja tapi manusia umumnya, mula mencari Tuhan.

“Dekat xm baru nak solat, takyah la weeeii, tak berkesan pun..”

“Dekat xm baru nak pegi surau, sbelum ni solat pun tak pernah.Mebazir je dowh..”

“Ala,tyme susah baru nak sujud..Dia tak pandang ko la weh..”

Minta Dan Terus Minta

Saya setuju, lambat memang lambat tapi berkesa atau tidak, siapa tahu selain Dia? Siapa dapat jamin bahawa Solat Isya’ nya semalam diterima Allah? Siapa berani mengaku bahawa zikir-zikirnya selama ini diterima Allah? Bayangkan kalau seorang Abid(ahli Ibadah) yang solat seribu tahun pun masuk ke dalam syurga bukan kerana solatnya, bagaimana pula kita yang solat Subuh pun tidak di surau?

Seorang pelacur masuk ke dalam syurga disebabkan memberi minum kepada seekor anjing di dalam kehausan dan seorang ahli Ibadah dicampak ke dalam neraka kerana tidak memberi makan kepada seekor kucing. Saya kira ini merupakan 2 contoh yang terbaik bagi mengupas isu cari Tuhan ketika peperiksaan. Siapa sangka dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing, binatang yang dianggap jijik oleh sesetengah orang, pelacur yang tidak beramal, itupun dimasukkan ke dalam Syurga dan seorang ahli Ibadah yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dicampakkan ke dalam neraka disebabkan hanya 1 perbuatannya sahaja. Dalam erti kata lain, kita tidak tahu bahawa Ibadah kita yang mana Allah terima. Solat Subuh berjemaah? Zikir pagi dan petang? Bacaan ayat suci al-quran? Kita tidak tahu.

Minggu depan kertas Lukisan Kejuruteraan, lalu kita pun sibuk mengulangkaji kertas tersebut. Semua rumus yang ada dihafal, kalau ada 100 rumus maka 100 rumuslah yang kita hafal. Semua soalan latihan kita jawab dan hafal, moga-moga apa yang dijawab keluar ketika kertas sebenar. Kita bangun pagi-pagi, tidak tidur malam untuk ulang kaji pelajaran walaupun kita tahu, bukan 1 buku yang ditanya ketika peperiksaan, hanya 8 soalan sahaja tapi kita berusaha keras untuknya, kerana apa?

Kerana kita tidak tahu bacaan yang mana terpilih, soalan mana yang akan keluar.

Jadi,siapa tahu usaha kita di akhir-akhir itu ditolak atau diterima oleh Allah?  Siapa berani cakap yang usaha di akhir-akhir dikira terlambat oleh Allah? Makbul atau tidak itu bukan hak kita, itu hak Allah secara mutlak. Dia bagi kita bersyukur, Dia tidak bagi, kita redha. Itu hak Dia dan kita pun ada hak iaitu hak untuk berusaha, jadi jangan tunggu lagi, cepat berusaha dan pintalah daripada Nya kerana tiada istilah terlambat dalam Islam kecuali pabila nyawa di halkum dan matahari terbit dari barat.

Selagi masih bernyawa, pintalah apa-apa sahaja daripada Allah dan yakinlah Dia akan perkenankan apa sahaja doa kita walaupun kita di saat-saat akhir. Berdoalah walaupun 10 minit lagi kita akan masuk ke dalam dewan peperiksaan, berdoalah walaupun 1 minit sahaja lagi kita akan menjawab kertas soalan dan berdoalah walaupun  sekejap sahaja lagi keputusan peperiksaan kita akan diumum. Percayalah, walau dengan 10 minit, 1 minit bahkan 1 saat sekali pun, Allah mampu lakukan keajaiban asalkan kita pinta dari Nya.

Doa Tidak Makbul

“Aku da usaha,aku da berdoa,solat hajat,qiam malam tapi tak dapat gak..”Keluh Haziq selepas menerima keputusan SPM.

“Ala,percayalah apa yang kau dapat tu adalah yang terbaik buat kau..”Pujuk Masri.

“Terbaik ko kata? 10 C lagi baik dari 10 A?Common la, budak umur 10 tahun pun tahu 10 A lagi baik dari 10 C.”Marah Haziq.

Apabila doa kita tidak dimakbulkan, adakah Allah tidak makbulkan doa kita atau Allah tangguhkan? Kalau Allah tangguhkan, persoalannya bila dan bagaimana? Kalau bab jodoh ada logiknya. Katakan saya sukakan si A,lalu saya berdoa kepada Allah, saya minta agar saya dijodohkan dengan si A tapi tiba-tiba si B muncul dan dia rampas si A daripada saya. Kemudian saya kahwin dengan si C. 10 tahun selepas itu, si A muncul kembali dan saya pun kahwin dengannya sebagai Isteri kedua. Logik!

Tapi,kalau dalam bab keputusan peperiksaan contohnya, bagaimana ditangguhkan? Mula-mula kita dapat 10 C dan apabila kita sudah berkerja, dah ada anak, baru kita dapat 10 A? Tidak logik dan tidak masuk akal.

Saya tahu, maksud 10 C itu lagi baik daripada 10 A ialah mungkin dengan 10 C itu rezeki kita dipermudahkan dan dengan 10 C itu kita akan sedar hakikat diri kita, kita tidak akan sombong tapi saya tidak ingin gunakan pendekatan ini.Cuba pilih pilihan kedua iaitu apabila kita tidak dapat sesuatu yang dipinta, bukan Allah tangguhkan tapi memang Allah tidak makbulkan doa kita.

Memang benar, dalam Al-Quran ada ayat menyatakan bahawa berdoalah pasti dimakbulkan tapi adakah kita benar-benar faham akan ayat ini? Adakah kita tahu apa itu berdoa yang sebenar? Berdoa ertinya meminta tapi doa tidak akan dianggap sebagai doa selagi orang yang berdoa tidak memenuhi syarat-syarat doa. Analoginya mudah, nasi boleh dimakan tapi adakah nasi basi atau nasi mentah boleh dimakan oleh seseorang yang normal? Sama keadaannya dengan doa, kita doa Allah makbul tapi andai doa kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa, adakah doa itu boleh dianggap sebagai doa?

Sebuah hadis yang mengisahkan seorang yang sesat di padang pasir, dia berdoa tapi Allah tolak doanya disebabkan makanannya daripada makanan yang haram, minumnya daripada minuman yang haram, pakaiannya haram dan hartanya haram.Maksudnya, memang ada keadaan Allah akan menolak permintaan kita iaitu ketika kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa.

Kesimpulannya, berdoalah kepada Allah ketika dekat dengan peperiksaan kerana tiada istilah lambat dalam Islam dan berdoalah dengan sebenar-benar doa.

Related posts:

Aku Gerenti Masuk Syurga!!!

Dia yang makan sampah..
Suatu malam,sewaktu saya ingin membuang sampah di tong sampah MPKB, kelihatan ada dua lembaga,yang pasti mereka bukan hantu.Mereka seolah-olah sedang menyorok supaya tidak dikenal oleh orang lain.Lalu saya buang sampah dan pura-pura meninggalkan tempat itu.Saya memberhentikan kereta tidak jauh daripada tempat itu dan toleh kebelakang dengan niat untuk mengetahui apa yang mereka sedang lakukan.

Sungguh menyedihkan,kanak-kanak lelaki dan perempuan itu sedang mencari sesuatu untu dibawa pulang ke rumah.Salah seorang daripada mereka terjumpa sisa makanan yang dibuang,mungkin sudah bertempoh satu hari atau dua hari,namun mereka berkongsi makanan itu dengan gembira.

Saya pulang dengan perasaan serba salah.Entah kenapa saya tidak menolong mereka,bukan susah kerana saya berwang ketika itu,tapi lansung tidak terfikir untuk menolong mereka.Apa yang saya fikir? Perasaan kasihan dan simpati sahaja.

Saya pernah rasa hidup susah,tapi tidak sesusah mereka.Saya lebih rela berlapar daripada makan makanan sisa seperti mereka makan.Suatu ketika dahulu,keluarga saya mempunyai masalah wang yang dasyat. Pendapatan ibu dan ayah tidak mampu menampung kami berempat.Malah,yuran sekolah kami pun dibayar oleh bapa saudara,abang kepada ayah kami. Saya ke sekolah berbekalkan nasi goreng yang diberi oleh ibu dan terkadang saya berpura-pura tidak ingin nasi goreng supaya ibu berikan saya duit,bolehlah saya berbelanja di sekolah.Itu pun tidak banyak,hanya 50 sen.

Dan kadang-kadang,saya ajak ibu ke rumah bapa saudara saya dan saya pura-pura mengamuk dan tidak ingin pulang ke rumah.Sebabnya,saya ingin makanan yang lebih sedap dan ingin ke sekolah dengan wang RM2.

Balik ke rumah,saya dan adik-beradik yang lain terpaksa mempek ‘ubat stepler’ yang diambil oleh ibu.Tugas kami senang,ambil semua ubat stepler ‘custom’ dan masukkan kesemuanya ke dalam kotak-kotak kecil untuk dijual di mydin.Yang menjadikan kerja ini ‘menyampah’ bagi saya,jumlahnya tidak kurang daripada 1000 kotak. Jadi,masa bermain saya? Hilang begitu sahaja.

Jika ini pun saya kata susah,bagaimana hidup dua kanak-kanak tadi? Susah mana pun saya,paling kurang saya makan ikan singgang(ada ‘g’ ke xde ek?) dan nasi putih tapi mereka?Makan sisa makanan orang lain.

Saya tahu,mereka pun tidak mahu makan makanan tersebut tapi apakan daya?Jika mereka mahu makan makanan tersebut,kenapa mereka bersembunyi ketika saya datang?

Simpati,itu saja yang mampu kita lafazkan.Ketahuilah ada lagi perkataan yang sesuai daripada perkataan ‘kesian’ iaitu ‘Alhamdulillah’.

Kita seringkali tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada dan kita mahukan yang lebih.Dulu saya mahukan makanan yang enak-enak dan sekarang saya sudah dapat tapi saya tetap rasa tidak puas hati dan mahukan lebih.

Ketahuilah tatkala kita tidak berpuas hati dengan masakan ibu kita,nasi putih dan ayam goreng tiap-tiap hari,ada orang di luar sana yang terpaksa makan nasi putih dan ayam goreng yang kita buang kerana sudah tiada pilihan. Perut mereka sudahpun lali dengan makanan-makanan basi.

Tidak salah mencari yang lebih baik tapi jangan lupa untuk bersyukur. Kerana,andai kata kita mencari yang lebih baik dan kita tidak bersyukur,pasti jika kita gagal mendapatkannya,kita tidak akan redha dengannya.

“Kenapa aku tak dapat sedangkan aku sudah berusaha ke arahnya?”

“Kenapa aku still kat bawah even aku study macam nak rak?”

Ya,berusaha tanpa bersyukur pasti membawa kepada tidak redha dengan ketentuan Allah.Pasti perkataan orang munafik menjadi perkataan kita.

“Kalau aku study lebih skit,pasti aku dapat..”

“Kalau lah aku dilahirkan sebagai anak orang kaya,pasti aku tak susah camni..”

“Kalau..”

Dan banyak lagi ‘kalau’ akan keluar.

Maka,bersyukurlah kerana bersyukur itu mendatangkan kegembiraan pada diri yang bersyukur dan kepada yang disyukuri..

Related posts:

Bayi Tong Sampah?

Makan & Hidup

Jom Makan!

Ujian dalam ujian [edited]
Diubah daripada artikel ujian dalam ujian(Azz.Com Special Edition)

Andaikan di hadapan anda ada sebiji buah durian dan sebatang pokok durian, yang mana anda akan perasan dahulu, buah durian atau pokok durian? Ya, pokok durian. Seterusnya, ambil buah durian itu dan letak betul-betul di hadapan mata anda. Sekarang, apa yang anda nampak? buah durian atau pokok durian? Benar, buah durian. Apabila kita meletak sesuatu yang kecil betul-betul di hadapan kita, perkara itu akan kelihatan terlampau besar sehingga menutup perkara-perkara lain, walhal terkadang perkara yang lain itu lagi besar daripada perkara yang sedang dilihat.

Situasi inilah yang berlaku ke atas kita sekarang,kita telah meletakkan ujian akhir semester ini betul-betul di hadapan kita sehingga kita terlepas pandang bahawa 試験(peperiksaan) ini pun, pada hakikatnya merupakan satu bentuk ujian daripada Allah. Sungguh, ujian ini adalah satu ujian, ujian untuk menguji siapa yang beriman di kalangan hamba-hamba Nya.

Apabila kita diseru untuk solat berjemaah, “Banyak lagi belum study ni, takde masa.”

Apabila kita diajak berbincang agama, “Belajar agama boleh lulus exam ke?”

Apabila kita diajak ber’usrah’, “takde mase la,banyak lagi rumus tak hafal.”

Jika inilah jawapan kita,perangai kita, maka kita telah gagal dalam ujian Allah ini. Jika kita gagal dalam ujian akhir semester kita akan di’dissmiss’,kita tidak akan sampai ke negara matahari terbit itu. Bayangkan kalau Allah pun menggunakan kaedah yang sama, jika kita gagal dalam ujian Nya, kita akan di’dissmiss’, akan dibuang ke satu tempat yang tidak bertempat.,kita tidak akan sampai ke syurga .Tapi Allah Maha Pengampun. Dia mengampuni kesilapan hamba-hamba Nya. Allah tidak akan men’dissmiss’kan kita kalau kita gagal dalam ujian Nya.Kalau kita gagal dalam ujian Nya sekalipun,paling teruk kita akan diceluk dalam api neraka sehingga tidak ternampak bentuk manusia,kemudian kita kan dimandikan dalam telaga hayat dan akhirnya kita akan dimasukkan ke dalam syurga.Pointnya,kita sampai juga ke syurga.Namun, adakah wajar seorang anak sentiasa melakukan kesalahan kerana tahu ayahnya akan memaafkan kesilapannya?

Perang Badar menyaksikan para sahabat diuji dengan ujian yang bertubi-tubi. Tengah mereka melalui pengalaman pertama berlapar di waktu siang yang panas kemarau, mereka diuji pula dengan suruhan berperang di jalan Allah. Dalam ujian berpuasa mereka diuji pula dengan ujian berperang. Walaupun hati berat menghadapinya namun mereka tetap tabah,kukuh berdiri di belakang Rasulullah kerana mereka yakin dengan janji Allah dan Rasul Nya.

Redha dan Akur

Selepas tamat kertas Kikou jumaat lepas,ana pulang ke rumah dalam kedaan yang tidak seberapa kerana demam.Perjalanan pulang ke TBP dari UNISEL agak memenatkan kerana dalam demam, ana terpaksa berdiri lebih kurang 30minit kerana berlaku traffic jam.Selamat ada seorang kawan yang petah bercakap sehingga menyebabkan ana lupa dengan demam ana.Ana masuk ke bilik dan terus terkesima. Laptop Fujitsu ana hilang,tiada sebarang kesan.Tiada lafaz yang dapat diucapkan melainkan istighfar kepada yang Satu.Dalam keadaan demam,tekanan dengan soalan-soalan Kikou yang terlampau banyak tadi,.Allah menguji ana dengan satu lagi ujian,laptop dicuri.Puas ana mencari tapi ternyata,yang hilang tetap hilang.

Demam semakin parah,kaki tidak larat lagi melangkah ke surau dan group study ditinggalkan.Ketika itu ternyata hanya Allah sahaja tempat pergantungan.Doa demi doa ana panjatkan dan ketika itu cerita seorang kawan berlegar-legar di benak fikiran.

Cerita Seorang Kawan

“Skang aku baru tau tensennye bile tengok orang tak study tapi result die perform,”seorang kawan bercerita.

“Baru faham ke?Da lame orang tengok ko camtu.”

“Tengok la si Fulan tu,kije die tengok bleach.Abis tengok bleach,main game lak.Study tak plak.”Die terangkan ape yang diceritakan tadi.

“lepas tu ko wat ape?“

“Aku cari buku doa,then aku cari doa supaya aku redha dengan qada dan qadar Allah.“

Bersyukurlah

Plan untuk study pada hari Sabtu terbengkalai dek kerana selimutpun ana tidak mampu angkat dari badan ini.Saat itu ana terfikir sahabat-sahabat yang diuji dengan denggi pada sem lepas,ana baru diuji dengan demam sebegini tapi mereka diuji dengan denggi namun mereka tetap tabah.jujur untuj diperkatakan,wajah sahabat yang seorang itu memotivasikan diri ini untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang bersyukur.

Ana mungkin duji dengan 3 ujian tapi adakah 3 ujian ini boleh menjadi sebab untuk ana tidak bersyukur?Inilah soalan yang dilemparkan kepada diri sendiri apabila terlintas rasa tidak senang dengan qada dan qadar Allah.

Wahai sahabat,Ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita.Lagi teruk kita diuji ,lagi sayang Allah kepada kita.Gunalah peluang ini untuk membuatkan Allah berhutang kepada kita.

Bagaimana membuat Allah berhutang kepada kita?

Dalam diasak dengan ujian,kita terus bersabar dan bersyukur.Kita turut apa yang disuruh dan ditinggal apa yang dilarang dalam keadaan redha dan ikhlas.Apabila kita ditimpa dengan kesusahan yang amat,ketika itulah kita ungkit balik dengan Allah apa yang kita pernah buat suatu ketika dahulu.

“ya Allah,sewaktu xm dahulu,aku tetap turun surau walaupun banyak lagi aku tidak study.Semuanya kerana Engkau.Maka dengan itu Engkau bagilah penyelesaian terbaik bagi soalan ini,”contoh.

“Ya Allah,dulu pernah dalam kocek aku ada RM3 jeSebenarnya aku nak guna duit itu untuk beli sabun buat mandi tapi disebabkan naqibku datang kat TBP,aku guna RM3 tu untuk beli gula dan serbuk teh untuk jamu naqib aku.Semuanya kerana Mu Ya Allah, maka dengan itu Engkau pastikan projek itu aku dapat ya Allah.”contoh.

kaedah ini dibenarkan dalam Islam,cuma antara kita dengan Allah sahaja.Pastikan tiada orang lain yang mengetahuinya,nanti pahala kita kosong jadinya.

Ujian dalam Ujian dalam Ujian

Kami tidak nafikan bahawa ujian akhir semester ini penting bahkan kami juga cukup bimbang memikirkannya namun kita semua perlu sedar bahawa Allah sedang menguji kita dengan ujian ini. Allah sengaja campakkan kesibukan ke dalam diri kita dengan tujuan Dia mahu lihat tatkala kita sibuk mengulang kaji pelajaran,berapa ramai yang sibuk berzikir kepada Nya.Tatkala kita sibuk menyiapkan ruang-ruang kosong pada kertas 数学(matematik), berapa ramai yang sibuk berdoa kepada Nya meminta bantuan.Inilah ujian dalam ujian.

“Ah, poyo la dia ni. Masa exam baru turun surau, sebelum ni, jangan batang hidung, bayang-bayang pun tak nampak,” kata si budak surau.

Pedulikan mereka, biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Abaikan apa mereka kata, sebaliknya dengarlah apa yang Allah kata. Salahkah kita mencari Allah tatkala kita dihujani dengan kesibukan dan kesusahan? Salahkah kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Menolong? Tidak, bahkan kita disuruh berbuat demikian.

Jadi, sempena ujian ini, marilah kita bersama-sama mengimarahkan lagi surau kita. Ramaikan lagi jemaah yang berdoa supaya peratus doa dimakbulkan bertambah. Ayuh, apa ditunggu lagi, maut di belakang kita. Jika kita tidak lari daripadanya, nescaya kita akan di’dismiss’.

Related posts:

Ujian Itu Satu Anugerah

Kering Kontang Ujian Mendatang

Meniru…(edited)

Mahalnya sebuah keredhaan…
Mengungkit kembali kisah yang pernah dibawa oleh ana suatu ketika dahulu tentang seorang insan yang bernama Ibrahim bin Adham.Ketika diminta untuk membayar duit untuk membolehkan dia menggunakan tandas,lantas dia menangis.Apabila ditanya adakah kerana tiada duit lalu dia menangis,dia menjawab tidak.Penjaga tandas itu bertanya lagi lalu kerana apa dia menangis dan akhirnya dia menjawab,jika untuk memasuki tandas,satu tempat yang paling jijik,kotor,tempat tinggal syaitan-syaitan laknatullah pun kena bayar, berapakah pula harga bagi syurga Allah,tempat yang paling mulia,aman,tempat tinggal para ambiyat.Sebenarnya,apa yang cuba disampaikan oleh Abu Ishaq sebenarnya,mahalnya keredhaan Allah.

Syurga dan Keredhaan Allah

Hari ini,ada di antara kita cuba memisahkan antara syurga dan keredhaan Allah secara mutlak.Bagi mereka,masuk ke dalam neraka pun tidak menjadi masalah asalkan mereka dapat menggapai keredhaan Allah dan tiada gunanya masuk syurga jika keredhaan Allah tidak dapat dicapai.Hal ini jelas menentang hukum logik yang ditetapkan oleh Allah.

Mungkin,ayat itu merupakan satu bentuk gaya bahasa yakni metafora bagi menggambarkan betapa tingginya nilai sebuah keredhaan sehingga kenikmatan syurga dan keperitan neraka itu mampu ditolak ketepi.Jika benar ayat itu satu metafora,maka ayat ini ayat yang sahih namun jika tidak, ayat ini ayat palsu,ayat yang salah.

Dalam satu universiti,ada 2 fakulti iaitu fakulti kejuruteraan dan fakulti bahasa.Untuk masuk ke dalam fakulti kejuruteraan,pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan dan untuk masuk ke dalam fakulti bahasa, pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek bahasa.Ahmad mempunyai kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan tetapi dia diletakkan ke dalam fakulti bahasa,logik?

Samalah keadaannya dengan syurga dan keredhaan Allah.Fakulti-fakulti itu adalah syurga dan neraka manakala kelulusan-kelulusan itu pula keredhaan atau kemurkaan Allah.Dan Allah telah menetapkan bahawa untuk masuk ke syurga,kita mesti mendapat keredhaan dari Nya dan untuk masuk ke dalam neraka,kita mesti mendapat kemurkaan dari Nya.Jadi,wajarkah kita mengungkapkan kata-kata seperti sebentar tadi?

Sahabat-sahabat membuktikan bahawa kerana mereka mengejar syurga, maka Allah redha dengan mereka.Ibnu Jabir berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan menangis dan mengadu bahawa bapanya telah gugur syahid dalam peperangan.Rasulullah bersabda yang maksudnya kamu ingin menangis ataupun tidak,itu terpulang kepada kamu tetapi ketahuilah bahawa semua pintu langit telah terbuka untuk ayahmu.Allah bertanya kepada ayahmu bahawa adakah dia mempunyai permintaan.Maka ayahmu menjawab ya dan Allah bertanya apakah permintaan itu.Ayahmu berkata bahawa dia ingin hidup sekali lagi dan ingin mati syahid buat sekali lagi namun Allah berfirman bahawa Aku telah tetapkan yang mati tidak akan hidup buat kali kedua,mintalah yang lain.Ayahmu pun minta kepada Allah supaya Allah meredhainya dan Allah meredhaainya.

Tengah manusia bertungkus-lumus untuk selamatkan nyawa masing-masing dalam perang Uhud,Anas An-Nadho berkata kepada seorang sahabat sambil matanya tajam merenung gunung Uhud, ” ketepi kamu!”Sahabat bertanya, “kemanakah kamu wahai Anas?”Anas menjawab, “aku telah terhidu bau syurga di sebalik Uhud.”Selepas Anas syahid,Anas diberi gelaran Radhiallahuanhu.

Maksudnya di sini,para sahabat berkejar-kejaran,berlumba-lumba dalam mengejar nikmat syurga.Disebabkan syurga tidak boleh dimasuki oleh seseorang tanpa redha Allah,maka sesiapa sahaja yang dapat masuk syurga, pasti mendapat redha Allah.

Mahalnya Sebuah Keredhaan

Manusia adalah sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini.Apabila diperincikan lagi maksud sebaik-baik kejadian,kita akan dapati bahawa comel mana seekor hamster pun,ia tidak akan sama dengan seorang bayi.Pandai mana seekor kancil pun,ia tidak akan segenius Adi Putra.Besar mana seekor gajah pun,ia tidak akan sehebat Arep.Maksudnya,tidak kisahlah apa sahaja yang ada di atas muka bumi ini,manusia adalah yang paling baik.Ahsanul Khaliqin!

Jadi,apabila dinilai melalui satu lagi sudut,kita akan dapati bahawa manusia adalah semulia-mulia makhluk dek kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk.Plankton,ketam,biawak,gajah dan dinosour adalah tidak semulia manusia.Dan hukum logik menetapkan bahawa membandingkan antara 2 jenis benda yang tidak sama adalah tidak adil,seperti membandingkan rasa buah durian dengan rasa buah rambutan,berat sebelah.Namun,jika dibandingkan juga,apa maksudnya?

Maksudnya ada sesuatu yang pada rambutan yang durian tiada.Jika kita perhatikan kisah-kisah orang mendapat keredhaan dan kemurkaan Allah, biasanya kisah-kisah itu akan dikaitkan dengan manusia dan binatang. Contohnya pelacur yang memberi seekor anjing minum dan seorang wali yang menyepak seekor kucing.Hal ini seakan-akan kita cuba mengaitkan manusia yakni sebaik-baik kejadian dengan binatang yang darjatnya jauh lagi bawah daripada manusia.Maknanya di sini,dalam mencari keredhaan Allah, semua tempat wajib diredah,semua amal wajib dibuat.

Amin ditawarkan 2 jenis program persediaan ke luar negara.Program pertama mengkehendaki Amin supaya mendapat markah tidak kurang daripada 80 markah,jika Amin gagal mendapat 80 markah,maka Amin akan disingkirkan.Manakala satu lagi program mengkehendaki Amin supaya mendapat markah penuh tanpa kurang walaupun 1 markah,jika dia gagal mendapatkannya,dia akan disingkirkan.Jadi,di antara 2 program persediaan ini,yang mana lagi mahal harganya?Akal yang rasional akan mengiktiraf program yang kedua kerana adalah program yang lagi bernilai,lagi mempunyai manfaat daripada yang pertama kerana yang kedua lagi susah daripada yang pertama.

Begitu juga dengan keredhaan Allah.Dalam mencari keredhaan Yang Satu, semua manusia harus disatu menyembah Yang Satu,semua haiwan harus dibantu agar Akhirat esok lebih bermutu.

Kisah terbaru yang ana baca dalam majalah kegemaran ana,Solusi,edisi terbaru ada mencatatkan sebuah kisah tentang kerana lalat manusia mendapat keredhaan Allah dan kerana lalat juga manusia mendapat murka Allah.Lihatlah,betapa mahalnya keredhaan Allah sehingga pada makhluk yang kita asyik terlepas pandang itu pun terdapat keredhaan Nya.

2 orang kawan melewati sebuah tempat penyembahan berhala.Untuk melepasi tempat itu,mereka dikehendaki mengorbankan apa-apa sahaja haiwan sebagai tanda penyembahan.Mereka menjawab bahawa mereka tidak membawa apa-apa,lalu ahli rumah ibadat itu mengarahkannya supaya mengorbankan binatang walaupun dengan hanya seekor lalat.Salah seorang daripada mereka membawa lalat untuk disembah,lalu dia lepas tetapi seorang lagi tidak menyembahkan apa-apa untuk berhala itu,lalu dia dibunuh.Dalam kisah itu diterangkan bahawa orang yang mati dibunuh itu dimasukkan ke dalam syurga kerana mendapat keredhaan Allah tetapi seorang lagi dicampak ke dalam neraka kerana dimurkai Allah.Lihat,kerana lalat manusia mendapat kemurkaan dan keredhaan Allah!

Misi Mencari Keredhaan Allah

Di setiap ceruk kebaikan,di situ ada keredhaan Allah dan di setiap ceruk keburukan,di situ ada kemurkaan Allah.Allah tidak pernah menjadikan ibadah seseorang sebagai kayu ukur untuk menghadiahkan keredhaan Nya tetapi Allah menjadikan ikhlas sebagai kayu ukurnya.Satu kisah yang selalu kita dengar tentang seorang abid(ahli ibadah) yang mendirikan solat selama 100 tahun lamanya.Dia ditanya oleh Allah apakah dia ingin masuk ke syurga Allah kerana amalannya atau keredhaan Allah.Seraya abid itu menjawab, “dengan ibadahku.”Lalu Allah meletakkan segala amal ibadahnya di atas sebuah neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di atas neraca yang di sebelah lagi.Lalu diceritakan bahawa neraca itu menjadi seimbang bahkan dalam satu riwayat yang lain dikatakan neraca yang ada nikmat mata itu jauh lagi berat daripada 100 tahun amal ibadah sang abid.

Jadi,kuat mana pun kita beribadah,jangan sesekali menyangka kita telah mendapat keredhaan Allah.Biar besar mana pun serban yang dipakai, biar labuh mana pun tudung yang dipakai,kita belum pasti dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi,jangan sesekali berfikir kalau berserban besar pun belum pasti masuk syurga,bertudung labuh pun belum tentu masuk syurga jadi kita berkata ‘tidak’ pada serban dan tudung labuh.Harus diingatkan bahawa Allah sukakan kebaikan.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM1.Allah suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM10.Allah lagi suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma semuanya.Allah cinta kepada kita!

Suka dan Cinta?Ibarat langit dan bumi,ibarat hitam dan putih,jauh bezanya.

Taqiyuddin adalah seorang yang dermawan,datang sahaja dia ke kelas,pasti dia akan membawa makanan untuk kawan-kawannya.Oleh yang demikian, kawan-kawannya suka akan dia dan memuliakannya.Suatu hari,dia ke kelas dengan membawa makanan,cuma pada kali ini ada sedikit istimewa,dia bawakan kek secret recepy untuk semua orang.Kawan-kawannya bukan lagi suka kepadanya bahkan kawan-kawannya sudah jatuh cinta kepadanya. Sehari sahaja Taqiyuddin tidak datang ke sekolah,semua orang mencarinya. Dia batuk kerana gelojoh makan,semua orang menghulurkan sapu tangan kepadanya.Dia tidak cukup seposen untuk beli cendol,semua orang mengeluarkan duit masing-masing untuk membantu Taqiyuddin.Pendek kata,apa yang boleh diberi,dikorbankan,ditolong,semuanya mereka ingin buat supaya cinta mereka dibalas.Semuanya kerana apa?Kerana cinta!The Power Of Love!

Itu baru cinta manusia,belum cakap tentang cinta Yang Mencipta manusia itu sendiri.Segala nikmat diberi Nya dan segala ujian ditarik.Biasanya,kita apabila berbicara tentang nikmat,kita akan merujuk kepada penglihatan, pendengaran,kekayaan, kejayaan tetapi hari ini,dengan sukacitanya ana ingin berkongsi apa itu nikmat dari satu sudut yang jarang dilihat.Jika Allah mula mencintai hamba Nya,segala kesedihan,kedukaan ,dendam, tekanan, kebencian akan ditarik Nya dan diberinya segala jenis kegembiraan, kesenangan ,kecintaan ,kerinduan ,kesefahaman.Inilah nikmat!

Selalu kita mendengar luahan hati sahabat-sahabat kita, ‘Ish,pressure nye!!!!’, ‘syukudai banyak lagi tak siap,tertekannya!!!!’ atau ‘esok ada kuiz tp malam ni ade usrah, sengal punye naqib,tak pk oram lain!!!’Ha,inilah yang Allah akan tarik apabila Dia mula mencintai hamba Nya atau dalam erti kata lain, apabila keredhaan Nya sudah kita sentuh.

Indahnya keredhaan ini sehingga manusia sanggup berlapar,sakit bahkan mati kerananya!Segala kesenangan dunia ditinggalkan,kesenangan akhirat yang didambakan.Hidupnya mewah sebagai permaisuri ditinggalkan apabila dia sedar bahawa suaminya bukan Tuhan,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa, itulah Asiah.Keredhaan suami sebagai ‘Tuhan’ diketepikan bahkan dinafikan dan keredhaan Allah yang dicari.Matinya dia bukan sia-sia,kuburnya wangi bak kasturi,syurga yang dijanji telah diberi,demi mencari keredhaan Ilahi.

Itu kisah mereka,bukan kisah kita.Itu kisah kelmarin,bukan kisah hari ini. Kelmarin ialah sejarah,hari ini ialah kita,esok belum pasti ada. Maka beramallah untuk hari ini biarpun dulu kita sehebat sang Wali.Ditekankan oleh Rasulullah,hadis ke-4 dalam hadis Arbain yang disusun oleh Imam Nawaw bahawa jika seseorang ditakdirkan untuk masuk neraka,dia tidak akan masuk syurga walaupun jaraknya dengan syurga adalah sehasta dan jika seseorang ditakdirkan untuk masuk syurga,dia tidak akan masuk neraka walaupun jaraknya dengan neraka hanyalah sehasta.

Bukan maksud hadis itu yang ingin ana bincangkan kerana ana bukanlah orang yang faqih dalam bab qadha’ dan qadar,tetapi pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah.Biar baik manapun kita,kita belum tentu masuk masuk syurga sehinggalah kita mati,dan begitu juga jika sebaliknya, walau jahat seperti Firaun pun kita,kita belum tentu masuk neraka jika kita sempat bertaubat sebelum kita meninggal.Ingat,sebelum kita mati,jangan sesekali mengaku iman kita kepada Allah telah sempurna.Kerana apa?Kerana Kal Ho Na Ho!(esok belum pasti ada)

Jadi,keredhaan Allah itu harus dicari setiap masa,setiap ketika dan di mana-mana sahaja.Jangan ditinggalkan walaupun sekecil-kecil ma’ruf.Jumpa sesama muslim atau muslimah,senyum.Jumpa sampah di jalanan,kutip. Jumpa binatang dalam kesusahan,tolong.Jumpa orang tua berdiri dalam keretapi,berikan mereka duduk.Jumpa majlis ilmu,duduk sertai.Jumpa orang baca quran,dengar.Senang kata,apa sahaja perkara yang disebut baik, buat!

Ana berseru kepada diri ana dan juga pembaca sekalian supaya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan Allah kerana kita tidak tahu di manakah harta karun itu sebenarnya.Mungkin pada kulit pisang yang kita jumpa di sebatang jalan atau mungkin pada majlis bacaan mathurat selepas asar.Kita tidak tahu.Jadi,jom lah beramal sebanyak mungkin yang kita mampu kerana sesiapa yang dapat keredhaan Allah,dia sudah dapat cinta dari Allah dan barangsiapa yang mendapat cinta dari Allah,dia akan dapat Allah.Konklusinya,siapa yang dapat Allah,dia akan dapat ?! KESEMUANYA!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/ptdKkFDwIeg" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/ptdKkFDwIeg" /></object>

Related posts:

.:Kegagalan sebuah kejayaan:.

Disitu Terlihat Nilai Sebuah Hidayah

Sebuah kisah tentang kasih