azzariyat.com » sahabat

Fikir kepada Zikir
Pertama kali mendengar perkataan zikir, dalam fikiran saya ianya rigid pada kalimah yang selalu kita ucap dalam solat mahupun doa semata. Namun dalam satu pengisian suatu ketika dulu, baru saya tahu yang zikir ini sebenarnya perkataan yang baik yang membawa kita dan orang lain juga ke jalan Allah s.w.t

Pernah dengar dan tadabbur surah Al- Imran ayat 190,191?

” Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda ( kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaaan langit dan bumi (seraya berkata), ” Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.” [Ali-Imran 3: 190-191]

Diceritakan bahawa, ayat ini turun ketika Rasulullah s.a.w sedang menunaikan solat tahajjud. Ketika ayat ini turun, Rasulullah s.a.w menangis. Lalu datang Bilal bin Rabbah bertanya kepada baginda;

“Ya Rasulullah, kenapa dikau menangis? Padahal Allah telah mengampuni segala dosamu yang telah lalu mahupun dosa yang akan datang?”

Baginda Rasulullah s.a.w menjawab:

“Wahai bilal, masakan daku tidak menangis sedangkan malam tadi Allah s.w.t menurunkan ayat ini (seperti di atas). Seterusnya baginda s.a.w memberi peringatan: “Sungguh celaka orang yang membaca ayat ini, tetapi tidak berfikir tentang pengajarannya!”

[Tafsir al-Azim Ibn Kathir]

Begitulah diceritakan tentang penurunan dua ayat dalam kalam Allah yang menceritakan pentingnya fikir yang membawa kepada zikir.

Tadabbur

Saya sendiri belajar mentadabur ayat ini ketika dalam perjalanan ke satu program musim sejuk. Ketika itu, pertama kali melihat salji memutih di sepanjang jalan. Betapa teruja rasa hati, Allah saja yang tahu. Bayangkan perasaan melihat sesuatu yang sangat cantik, yang sudah lama mahu dilihat dan ketika itu ia berada di depan mata. Mujurlah belum sempat saya menjadi terlalu teruja, seorang kakak datang ke depan bahagian bas yang kami naiki lantas mengajarkan kami tentang ayat ini.

Betapa ruginya mukmin yang apabila dia melihat kebesaran Allah, dia tidak ingat kepada Allah.

Betapa ruginya mukmin yang apabila melihat bunga sakura di musim bunga, dia hanya memandang kepada cantiknya warna merah jambu pudar pada bunga sakura, tanpa berfikir tentang kebesaran Allah mencipta bunga yang cantik warnanya itu dan tumbuh dalam jangka masa yang telah ditentukan sahaja setiap tahun.

Betapa ruginya mukmin yang apabila diberi nikmat matahari yang memancar ketika musim panas, dia mengeluh kerana kepanasan tanpa berfikir bahawa sebenarnya ada makhluk Allah selain dia yang bersyukur dan menggunakan nikmat pancaran matahari itu sebaiknya.

Betapa ruginya mukmin yang apabila memandang cantiknya daun-daun di pokok yang daripada hijau warnanya bertukar menjadi keemasan, dia hanya teruja melihat daun-daun cantik itu sahaja tanpa mengucap kalimah “subhnallah”, walaupun sekali. Maha Suci Allah, yang mencipta cantiknya daun dan mencipta mata kita yang mampu memandang daun secantik itu.

Betapa ruginya mukmin yang apabila melihat putih sucinya salji, dia gembira keseorangan melompat dalam timbunan salji tanpa merasa kerdilnya diri, hamba kepada Allah yang menciptakan makhluk secantik dan seputih salji.

Oh jadi, kita hanya perlu fikir dan zikir apabila tengok kecantikan alam semulajadi saja lah?

Bukan. Ianya sangat luas. Setiap saat, setiap kali menarik dan menghembus nafas, Allah kurniakan kita waktu untuk fikir dan zikir. Bermula dengan bangun tidur, cuba kita fikir, besarnya kuasa Allah yang membangkitkan kita kembali pagi itu, padahal ketika tidur kita langsung tak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita. Gempa bumi yang menggoyangkan rumah pun belum tentu buat kita tersedar. Tapi kuasa Allah meletakkan kembali nyawa kita untuk terus menjadikan kita jasad yang bernyawa untuk melalui hari baru. Cuba fikir dan bawa diri kita kepada Allah. Merasa kembali betapa kerdilnya kita, kalau Allah tidak beri kita nyawa lagi, mana mungkin kita mampu tersenyum pagi ini.:)

Melalui hari disamping kawan-kawan juga tidak terlepas untuk beri kita peluang untuk fikir dan zikir. Anda pernah ada sahabat yang baik?

Saya ada seorang sahabat. Wajahnya kalau pandang, menenangkan hati. Bicaranya mampu buat diri yang sedang marah menjadi tenang kembali. Akhlaknya, subhanallah. Baik, indah dan saya melihat cantiknya Islam pada diri sahabat saya ini. Bagaimana ia membawa kepada fikir dan zikir?Cuba fikir, besarnya kuasa Allah yang mampu menjadikan manusia ini berbagai-bagai sifatnya. Maha Suci Allah yang menciptakan insan yang akhlaknya sebaik sahabat saya ini, yang apabila melihat peribadinya, saya melihat cantiknya Islam. Bukankah sahabat saya ini, Allah juga yang cipta?

Lihat apa-apa yang baik pun, kita mesti fikir tentang kebesaran Allah s.w.t dan membuatkan kita merasa Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa. Ia mencetus satu rasa yang membuatkan kita rasa tunduk, kerdilnya diri kita ini untuk sombong dengan Allah. Itulah zikir!

Rasulullah Contoh Terbaik

Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik dalam kehidupan kita. Hatta dalam perihal fikir dan zikir ini sekalipun, Rasulullah lah patut menjadi ikutan. Diam Rasulullah adalah diam yang berfikir dan bicara Rasulullah adalah zikir, yang mengingatkan manusia kepada Allah s.w.t

Mari muhasabah, berapa banyak fikir kita yang membawa kepada zikir. Dan berapa banyak bicara kita yang membawa orang lain kembali mengingat Allah?

Ada formula hebat untuk buat kita sentiasa muhasabah diri. Sentiasalah fikir,

1. Dari mana kita datang

2. Untuk apa kita hidup

dan

3. Kepada siapa kita kembali

Selamat beramal. Selamat berfikir dan berzikir. Moga diam kita diam yang berfikir, dan moga bicara kita menjadi zikir.

Related posts:

Kepada Siapa Anda Mengadu?

Fikir Dahulu Sebelum Buang

Kisah Cinta Seorang Wanita kepada Pemuda Tampan

Dilema seorang sahabat
Situasi 1

Aminah bersahabat baik dengan Siti. Walau seteruk manapun perangai Siti, Aminah masih mampu tersenyum dan menerima segalanya, kerana dalam sudut hatinya percaya, bahawa segala yang dilakukan oleh  Siti walaupun mengguris hatinya, Siti pasti tidak berniat sedemikian. Mungkin atas tekanan tertentu tanpa sengaja Siti telah bertindak demikian. Tapi, tak semua orang boleh berfikiran positif seperti cara Aminah berfikir terhadap perangai Siti. Sebagai sahabat, apa yang terbaik untuk dilakukan oleh Aminah?

Situasi 2

Umar adalah pendengar setia. Mungkin sifatnya yang sedikit lembut dan senyap membuatkan ramai sahabat yang tanpa segan silu datang menceritakan masalah mereka kepadanya. Masalah komputer, masalah pelajaran, masalah peribadi dan lain-lain lagi. Namun, masalah yang paling merunsingkannya adalah masalah yang melibatkan ningen no kankei(perhubungan sesama manusia). Dia runsing memikirkan, bagaimana mahu menyelesaikan permasalahan tersebut. Adakala dia terasa seperti tidak mahu terlibat, seakan termasuk dalam golongan yang bersubahat dan mengumpat pula.

Situasi 3

Zamir seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Dia juga sangat teliti dalam menguruskan hidupnya. Namun, ditakdirkan Allah teman serumahnya mempunyai sifat yang 180 darjah berbeza dengan dirinya. Allah sahaja yang tahu betapa dia terpaksa makan hati melihatkan teman serumahnya yang sesuka membiarkan pinggan tak berbasuh, baju tak dikutip di ampaian lama. Kadang-kadang tanpa sengaja dia melenting marah, kerana tak tahan dengan sifat temannya itu.

Kita dan mereka

Kita semua adalah makhluk Allah yang cukup istimewa. Ditakdirkan Allah mempunyai sifat dan kerenah yang pelbagai. Bergaul dengan masyarakat akan menemukan kita dengan ramai orang. Ada yang sekepala, ada pula yang sebaliknya. Ada yang kita boleh terima, ada yang kita rasa menyampah. Namun, satu perkara yang harus kita sedari, fitrah seorang manusia. Tiada yang hidupnya penuh dengan kebaikan tanpa sebarang cela. Tiada pula yang dapat lari dari membuat kesilapan. Bergaul dengan mereka memang menuntut kesabaran, lebih-lebih lagi mereka yang tidak sekepala dengan kita.

Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu“(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)

Kita rasa kita sudah cukup sabar dengan kerenah seseorang. Tapi pernahkah kita teliti, berapa ramai pula yang lagi banyak menahan sabar dengan kerenah kita?

Kita rasa kita sering mengalah dengan kawan-kawan. Tapi pernahkah kita mengambil tahu, berapa banyak yang kawan-kawan telah mengalah dengan kita?

Kita rasa diri dipergunakan bila seseorang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dirinya sendiri. Kita hanya dicari sewaktu bermasalah sahaja. Tapi pernahkah kita mengira, berapa ramai yang telah kita ambil kesempatan terhadap kebaikan mereka?

Akhirnya, kita kembali kepada titik hakikat yang asal. Kita dan mereka sama sahaja. Masing-masing punya perangai dan sifat berbeza. Masing-masing susah untuk menerima sesuatu yang  berbeza dengan mereka. Maka, salah Allahkah pula yang mentakdirkan manusia bersifat demikian?

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.(HR Muslim)

Neraca Kita

Apakah neraca hidup kita? Yang baik pada kita itu, hanya prinsip diri kita sahajakah? Yang  buruk itu, apa yang bertentangan dengannyakah?

Siapapun yang menjadikan Alquran sebagai panduan hidup, maka tidak ada yang akan dia dapatkan selain kemuliaan (QS Al-Anbiyaa [21]: 10). Namun, siapa pun yang berpaling dari tuntutan Alquran, maka Allah akan memberikan kesempitan dalam hidupnya (QS Thahaa [20]: 124).

Maka, letaklah Allah dan al-Qurana sebagai neraca dalam hidup kita. Ego kita, jangan sampai kita memikirkan kita lebih betul dari al-Quran. Manual yang Allah hantarkan kepada kita untuk kita cari dan gali hikmah di dalamnya.

Tips bersahabat

1. Hidupkan solat jemaah di rumah

Hanya dengan solat dan mendekatkan diri dengan Allah, kita dapat sama-sama merasa diri hamba dan mengurangkan sifat mementingkan diri sendiri. Sering kita memikirkan tentang diri dan kesenangan kita sahaja. Solat berjemaah banyak mengajar kita untuk patuh, kebersamaan dan persamaan taraf. Kita tak pernah lebih betuk dari sahabat kita. Kita tak pernah lebih baik dari teman serumah kita. Kita dan mereka bersujud bersama, semulia-mulia kepala kita dan mereka, akhirnya kita rendahkan sehingga kedudukannya lebih rendah dari punggung, mencium bumi yang sering kita pijak pula. Begitulah hinanya kita sebagai manusia, dan tingginya Allah SWT. Maka, secara tak langsung kita dapat mendidik hati untuk sentiasa meletakkan Allah sebagai neraca hidup kita.

2. Saling mendoakan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(HR Bukhari&Muslim)

Setiap yang kita inginkan untuk diri kita, maka doakanlah hal yang sama untuk sahabat kita. Memang susah untuk kita doakan apabila kita sendiri seorang yang competitive, sentiasa ingin lebih dari orang lain. Tapi, sedarlah wahai diri dan rakan-rakan, takkan sempurna iman kita jika masih ada sekelumit perasaan itu dalam hati kita. Doakan sahaja kebaikan mereka, kerana para malaikat akan mendoakan hal yang sama juga untuk kita.

3. Siapa buat lebih, dia dapat lebih. Siapa sabar lebih, dia dapat lebih.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”(HR at-Tarmizi)

Rasulullah SAW sendiri suka dengan orang yang memudahkan dan menyenangkan orang lain utnuk bergaul dengannya. Tak perlu merasa diri dipergunakan, tak perlu merasa kebaikan kita tidak diendahkan dan dihargai. Kerna hakikatnya, semuanya antara ita dengan Allah. Siapa yang kemas rumah lebih, basuh pinggan lebih, buang sampah lebih, menyenangkan sahabat lebih, dialah yang akan menjadi kesayangan Allah. Dialah yang akan mendapat ganjaran yang lebih dari Allah SWT. Maka, marilah sama-sama, kita berkejar-kejar mendapatkan ganjaran yang lebih dari Allah SWT.

Wallahu’alam.

Related posts:

Dari sahabat untuk sahabat: Dengarkah kalian bisik hati ini?

Menginsafi Hakikat Seorang Anak

Berbahagialah…Kerana Anda Seorang Wanita

Berita Gembira Buat Sabit
SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati. Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti.

“Assalamualaikum,” ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

“Waalaikumsalam,” jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung untuk membuat roti.

“Malam ini kita ada tetamu istimewa,” kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

“Siapakah orang itu?” tanya isterinya pula.

“Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan,” jelas Sabit kepada isterinya.

“Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. ” kata Sabit kepada isterinya.

“Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?” kata Sabit lagi.

“Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?” tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

“Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang,” kata Sabit kepada isterinya.

Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu,” pesan Sabit kepada isterinya.

“Baiklah, saya turuti kata-katamu,” jawab isterinya.

Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.

Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya.

“Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama,” kata isteri Sabit kepada tetamu itu.

Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.

“Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini,” kata Sabit kepada tetamunya itu.

Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.

Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.

Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang.

“Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini,” kata tetamu itu kepada Sabit.

Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, “Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu.”

“Apakah berita gembira itu?” tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.

“Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam,” kata Nabi Muhammad kepada Sabit.

Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada dalam kesusahan.

Related posts:

Salam Maulidurrasul : Travelog Sekumpulan Sahabat, Buat Selautan Saudara…

Tentang Cinta siri 2 : Nota Buat Budak Dakwah

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Si Burung Helang Uhud(1)
“Antara banyak-banyak sahabat, kamu suka yang mana?”

“Saya suka Abu Hurairah. Paling ingat kisah dia sebab dia handsome..haha..”

“Saya suka Mus’ab, sebab dia kaya dan anak mak, tapi sanggup tinggalkan segalanya demi Islam..”

“Saya suka semua sahabat, sebab dari mereka, kita dapat Islam hari ini. Dan dari kisah hidup mereka, kita banyak belajar dan dapat muhasabah keIslaman kita. Tapi yang paling saya suka, Tholhah bin ‘Ubaidillah.”

Namanya mungkin tidak terkenal sebaris dengan nama-nama khalifah ar-Rasyidin, malah mungkin ramai yang tidak mengenalinya, apatah lagi mengetahui kisah hidup insan mulia ini. Namun ketahuilah, dialah yang menjadi hero sewaktu peperangan Uhud dahulu sehingga Saidina Abu Bakar sendiri saat mengenangkan perang itu akan berkata,

“Seluruh hari itu adalah milik Tholhah”

Siapakah sebenarnya Tholhah?

Keislaman Tholhah

Tolhah bin ‘Ubaidillah adalah dari Bani Tamim dan keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah seorangy ang mulia, mempunyai harga diri dan sifat dermawan yang luar biasa.

Beliau pernah menceritakan tentang keislamannya.

Suatu hari saya ke pasar Busra dan terserempak dengan seorang pendeta di baiaranya. Pendeta itu lalu berkata,

“Tolong tanyakan adakah di kalangan pengunjung jualan musim ini, terdapat orang yang datang dari Tanah Haram?”

Lalu saya menyahut, “Ada. Sayalah orangnya.”

“Adakah Ahmad sudah muncul?”

“Siapa Ahmad itu?”

“Anak ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttholib. Ini adalah bulan kemunculannya. Beliau adalah nabi yang terakhir. Tempat munculnya adalah Tanah Haram. Tempat hijrahnya adalah kawasan kebun kurma, berbatu hitam dan bergaram. Awas, jangan sampai engkau didahului oleh orang lain untuk menemuinya.”

Ucapan pendeta itu menusuk ke dalam hati saya. Lalu setibanya di Mekah, saya terus bertanya,

“Adakah apa-apa yang berlaku?”

“Ada!Muhammad Al-Amin telah pun membuat pengakuan nabi. Abu Bakar telah pun menjadi pengikutnya.”

Tholhah menjelaskan, saat itu hatinya berbisik, “Muhammad dan Abu Bakar, demi Allah, kedua orang ini pastitidak kaan sekali-kali bersepakat melakukan kesesatan. Muhammad telah pun berumur 40 tahun sedangkan kami tidak pernah melihatnya berdusta. Apakah mungkin beliau yang tidak berdusta kepada manusia sanggup berdusta kepada Allah!!”

Lalu saya keluar ke rumah Abu Bakar dan bertanya, “Adakah engkau telah mengikuti ajaran Muhammad?”

“Ya. Pergi dan berjumpalah dengan dia. Ikutlah ajarannya. Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran.” Jawab Abu Bakar.

Tholhah pun menceritakan apa yang diceritakan oleh pendeta kepadanya. Tanpa lengah,mereka pergi menemui baginda Rasulullah SAW dan beliau memeluk Islam.

Begitulah Tholhah mendahului orang lain dalam memeluk Islam. Beliau waktu itu mempunyai perdagangan yang maju dan harta yang melimpah ruah. Walaupun begitu, beliau tetap berlumba-lumba berbuat perkara baik.

Burung Helang Uhud

Seperti yang kita sedia maklum, pada waktu peperangan Uhud, kaum Musyrikin beria-ia ingin menebus kekalahan mereka dalam perang Badar sebelumnya. Mereka nekad untuk menang dalam perang kali ini. Pun begitu, para pahlawan Islam tetap tidak menyerah kalah sekali pun menghadapi kemuncak kesusahan dan keletihan berhadapan dengan tentera Quraisy.

Peperangan tersebut memberi tamparan hebat kepada orang musyrik. Ramai di kalangan mereka yang terbunuh menyebabkan mereka terpaksa berundur diri melarikan diri dari tenera Islam yang gagah berani.

Melihatkan pengunduran dan kehinaan yang menimpa orang-orang kafir, tentera Islam segera meletakkan senjata. Kerana peperangan pada hari itu sangat meletihkan mereka. Kepenatan yang mereka rasai luar biasa sekali. Ketika itu pasukan memanah pun turun meninggalkan posisi mereka untuk mengambil habuan harta rampasan perang.

Tiba-tiba tentera musyrik datang dari arah belakang secara mengejut. Sekelip mata mereka berjaya menguasai medan perang. Dalam kecamuk perang ini, ratusan terkorban dan cedera dari kedua belah pihak. Orang Islam terkejut besar dengan serangan secara tiba-tiba ini.

Namun, dalam kegawatan ini, Tholhah masih sempat memandang ke arah Rasulullah SAW. Ketika itu baginda tergelincir ke dalam lubang. Pedang-pedang ganas menghujani baginda. Musuh bagaikan anjing-anjing sesat dan gila menerkamnya. Ringkikan kuda-kuda dari semua penjuru amat kuat. Tangan-tangan yang berdosa berasak-asak untuk cuba mengenakan kecelakaan dan keburukan terhadap Nabi SAW. Maka tidak hairan pada saat-saat genting ini, tersebarnya berita kematian Rasulullah SAW di segenap medan Uhud.

Namun saat itu, terdapat sepasukan tentera yang gagah perkasa bagaikan anak panah membelah pasukan-pasukan musuh yang mempunyai kekuatan pemusnah itu. Pasukan ini memecah masuk kepungan tentera musuh itu lantas dengan berani menyambar Rasulullah SAW untuk keluar dari kepungan tersebut. Mereka berhasil mengeluarkan baginda Rasulullah SAW dari cengkaman orang-orang yang menginginkan kematian baginda.

Pasukan tentera gempur yang menyelamatkan baginda itu, diwakili oleh lelaki agung dan berani ini, Tholhah bin ‘Ubaidillah. Beliau berhasil membawa Rasulullah SAW dengan tangan kirinya dan merangkul baginda ke dadanya. Manakala tangan kanannya menggenggam hulu pedang. Membuatkan kepala orang-orang yang melaluinya terpelanting ke bumi, kiri dan kanan setiap kali dia menghayunkan pedangnya.

Syahid yang berjalan di atas bumi

Malah Abu Bakar sendiri apabila mengenangkan kisah sewaktu perang Uhud akan menyebut, “Seluruh hari tersebut adalah milik Tholhah.” Betapa besarnya pengorbanan Tholhah dan sumbangannya kepada Islam dan baginda Rasulullah saat itu.

Sambungan dari kisah di Uhud, setelah tamatnya perang, Abu Bakar bersama Abu ‘Ubaidah al-Jarrah menemui Rasulullah SAW, lalu baginda berkata,

“Ambil berat terhadap saudaramu itu(uruskan saudaramu itu).”

Betapa mereka terkejut saat itu apabila mendapati terdapat lebih 70 kesan tikaman, kesan pedang, kesan anak panah, malah jari Tholhah juga terpotong. Lalu mereka berdua menguruskannya.

Rasulullah juga pernah berkata,

“Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki yang masih berjalan di atas  muka bumi sedangkan dia telah seesai menunaikan janjinya kepada Allah(seolah-olah dia telah syahid), maka lihatlah Tholhah bin ‘Ubaidillah.”

Allah SWT juga berfirman berkenaan orang yang seumpama Tholhah,

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah(untuk berjuang membela Islam); maka di anatara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu(lalu syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Kita dan Tholhah

Maka, dengan ini, saya ingin mengajak hati-hati kita semua untuk duduk dan renungkan sejenak tentang keimanan kita. Tentang kita dan Tholhah.

Dia begitu eager mencari kebenaran dalam hidup sehingga bertemu Islam dan menggenggam kemas ajarannya, kita pula bagaimana? Terlalu malas untuk berfikir tentang masa depan dan matlamat hidup, sehingga terleka dengan keseronokan sementara ini?

Dia begitu berani menghadapi musuh Islam kerana keyakinannya pada janji Allah SWT, kita pula bagaimana? Usaha tidak seberapa, tetapi asyik mempersoalkan bilakah janji Allah, pertolongan Allah akan tiba sehingga sering berputus asa dari rahmatNya?

Dia begitu cintakan Rasulullah SAW sehingga sanggup menyerbu kepungan musuh semata-mata untuk menyelamatkan baginda, kita pula bagaimana? Cintakan Rasul hanya di bibir, walau hati sering jauh dari mengingati baginda SAW. Bahkan kisah hidup baginda pun belum habis dibaca, sehingga nak sampaikan seruannya pun terasa berat?

Hari ini, saat mengenangkan keberanian Tholhah, kasih dan cintanya kepada baginda Rasulullah SAW, juga keyakinannya terhadap janji Allah dan keteguhan hatinya dalam melaksanakan janjiNya kepada Allah membuat saya tertanya-tanya kembali, aku ni biar betul, mengaku Islam sahajakah?

Mana bukti kasihku padaNya?

Mana pergi janjiku padaNya?

Mana pula kedudukan baginda Rasulullah SAW dalam hati ini?

Tepuk dada, tanyalah iman~

Semoga perkenalan kita dengan Tholhah, dapat mendidik jiwa hamba, dapat menginsafi kembali keIslaman diri.

Bagaimana pula dengan sifat dermawan luar biasa Tholhah? Kalau beliau tidak syahid di medan Uhud, bagaimana pula kematiannya? Nantikan Si Burung Helang Uhud(2).

Semoga lebih banyak dapat kita pelajari dari beliau.

“Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.”

Related posts:

Si Burung Helang Uhud(2)

Ukhwah: Cahaya atas cahaya~
Nafas seakan tersekat sebak membaca satu artikel. Artikel ini buat diri kelu tak  terkata. Ini yang dicari sebenarnya. Ya, ini yang sering saya fikir dan cari.

KITA MENILAI…

Jika diletak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 dan kita tunjuk pada orang lalu kita tanya, apa yang kamu nampak? Pasti ramai yang menjawab;

“ Saya nampak titik hitam di atas kertas putih itu.”

Pasti tidak ramai yang menjawab;

“ Saya lihat kertas A4 putih dan di atasnya ada titik hitam.”

Mengapa? Sebab mata kita selalu tertumpu kepada benda yang tidak banyak. Benda yang bukan kebiasaan. Begitu jiga dalam hidup. Manusia sering menilai yang sedikit berbanding yang kebiasaan. Manusia mudah melihat yang negatif berbanding yang positif.

Dalam dunia politik sekalipun, heboh diperkatakan tentang parti itu buat salah. Parti itu begitu, parti itu begini. Tapi tidak pula kita lihat apa yang baik disebalik parti itu. Menunjukkan manusia lebih selesa mencari salah orang lain daripada menghargai kebaikan yang dibuat.

Sama juga kita dalam bersahabat. Kadang-kadang kita tak selesa dengan kawan kita dan kita bertindak diluar jangkaan. Bertindak mengikut nafsu yang meronta memaksa diri bertindak sebaliknya. Kita sering menilai sahabat sebaliknya. Hari-hari yang kita lalui yang penuh saat manis bersama mampu kita lupakan hanya dengan rasa sakit hati dan tak puas hati. Sungguh tak wajar.

DEKATI DIA….

Kita sering mengambil langkah mengadu domba padahal cara terbaik ada didepan mata. Cara terbaik? Ya cara terbaik yang mana kita boleh dekati rakan kita. Tapi macam mana nak dekati kalau kita dengan dia seperti ada jarak yang memisahkan. Analoginya mudah, kita pergi mana-mana dan jumpa orang yang kita tak rapat, kita lihat orang itu tengah minum air, berkaraoke dan bertepuk tampar dengan lelaki, tiba-tiba kita kata pada dia;

“ Aku tak suka kau buat macam ni.”

Agak-agak apa tindakan dia pada kita? Agak-agak ada kemungkinan tak dia nak baling microfon dekat kita? Agak-agak ada kemungkinan tak dia nak simbah air pada kita? Ada!  sebab siapa kita tiba-tiba nak nasihat dia macam tu.

Lain pula situasinya apabila kita rapat sangat dengan kawan kita ni. Kalau dia sedih kitalah yang menghulur tisu dan meminjamkan bahu. Kalau dia gembira kitalah yang sama-sama yang meraikan kegembiraan dia, kitalah orang pertama mengucap tahniah kepada dia. Dan bila lihat dia buat salah dan kita tegur;

“ Kenapa awak buat macam ni. Kita macam perlu berbincang la. Boleh kita bincang sikit? ”

Agak-agak dia boleh terima tak? Nak menolak mesti dia malu sebab kita baik dengan dia. Mesti dia selesa berbincang dengan kita sebab selama ni kitalah yang ada disisi dia saat susah dan senang.

ISI JIWANYA

Isi jiwa sahabat kita dengan kasih sayang seorang sahabat. Bukan cakap-cakap belakang. Bukan buat dia rasa malu. Bukan buat rakan kita rasa dipinggirkan. Tunjukkan padanya jalan menuju Allah ini jalan yang indah. Jalan menuju Allah ini penyelesaian kepada segala kekusutan dunia. Tunjukkan padanya Al-Quran ini ‘pemujuk’ disaat sedih dan ‘pengingat’ saat kita gembira.

SELEPAS INI

Jadi selepas ini, saya seru anda baca article diatas kerana dia buat jiwa kita terusik sedikit. Sebab saya percaya ramai yang dalam dilema. Nak tegur kawan buat salah. Nak tegur kawan yang tak tutup aurat. Nak tegur kawan yang malas ke usrah. Apa salahnya kita dekati dia. Belanja makan. Tanya khabar dia. Tanya belajar dia macam mana. Jalani ukhwah supaya dia rasa senang dengan kita. Supaya apa yang kita cakap, boleh menyentuh hatinya. Berusaha menjadi sahabat yang apabila rakan melihat kita, ia mengingatkan kita kepada Allah s.w.t.

CAHAYA ATAS CAHAYA

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari sesungguhkan Rasulullah s.a.w bersabda;

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmed)

Jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya atas cahaya. Subhanallah~

Related posts:

Cahaya Atas Cahaya

I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~

Biarlah berakhir atas jalanMu~

Re:Allah tak nak kita masuk neraka…
Era millenium ini, ada di antara kita; penganut agama Islam, sendiri berburuk sangka dengan Allah, rasul dan agamanya sendiri. Kata mereka, “Islam adalah agama yang mengharamkan  kegembiraan. Arak diharamnya, babi diharamnya, zina diharamnya, judi diharamnya, pendek kata  semua yang best Islam dah haramkan. Jika buat juga, kufur, masuk neraka.” Tambah mereka  lagi,memang betul kata nabi, “Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan  syurga bagi orang kafir.” Persoalannya, adakah benar akan segala tohmahan  ini? Jika difikirkan secara logik akal, secara rasionalnya, ada benarnya tohmahan-tohmahan tersebut. Tapi ingat, agama itu tidak berdiri dengan logik akal, agama berdiri berpandukan wahyu Allah s.w.t.

Jadi, tidak hairanlah kalau akal manusia yang terhad ilmunya ini tidak  dapat menjangkau kehendak Tuhan melalui suruhan dan larangan-Nya itu. Atas sebab itu jugalah junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan ke muka bumi ini untuk menerangkan apa-apa yang kabur tentang Islam kepada kita. Namun, masih ramai antara kita; umat Islam, yang tidak mahu mengikut tunjuk ajar Muhammad bin Abdullah, pesuruh Allah ini secara total. Larangan yang menghalang nafsu kita untuk berseronok, kita tolak. Suruhan yang menyebabkan kita terpaksa bersusah payah untuk melaksanakannya, kita tolak. Yang tidak membebankan kita sahaja kita laksanakan. Mengapa kita mewujudkan pembahagian tersebut?? Kalau bukan Muhammad ini yang kita ikut, tunjuk ajar siapa lagi yang ingin kita turuti?? Hanya anda ada jawapannya…

Kisah  Orang Buta dan Gajah

Kisah  orang buta dan gajah,cukup terkenal.Hampir kesemua orang pernah  mendengarnya namun kisah ini belum habis.Ada hikmah yang cuba  disembunyikan.Seorang buta terpegang ekor gajah,maka diberitahu kepada  rakan-rakannya yang lain bahawa gajah itu bentuknya seperti tali.Tetapi  pendapatnya dicanggah oleh seorang buta lain yang terpegang badan gajah.  Katanya, “bukan,gajah itu seperti dinding,besar.”Seorang buta yang lain  pula terpegang kaki gajah,lalu diumum bahawa gajah itu bukan seperti  tali ataupun dinding,tetapi gajah itu seperti sebatang pokok balak.

Apa  yang dinilai oleh orang-orang buta itu,semuanya salah.Tiada seorang pun  dapat mendiskripsikan gajah itu dengan bentuk yang sebenar.Kerana  apa?Kerana penglihatan mereka terhad,penglihatan mereka terbatas maka  apa yang dilakukan oleh mereka juga terbatas.

Disambungkan  cerita itu,semua orang buta itu kehairanan,bagaimana sebenarnya seekor  gajah.Kalau gajah itu bukan seperti tali,bukan seperti dinding dan bukan  juga seperti sebatang balak,gajah itu bagaimana? Tiba-tiba tangan  mereka ditarik oleh seorang yang celik,seorang yang diberi penglihatan  oleh Tuhannya untuk mengenal bentuk sebenar gajah. Si buta yang pegang  ekor gajah tadi dibawa untuk pegang badan dan kaki gajah, begitu juga  yang lain.Lalu mereka berkata, “Owh,rupanya inilah gajah.”

Si buta yang perbuatannya, penilaiannya terbatas itulah kita. Manusia biasa  dengan akal yang terbatas untuk memikirkan perkara-perkara ghaib.  Keterbatasan inilah yang menyebabkan manusia menyembah air, api, matahari  bahkan kemaluan pasangan masing-masing! Dalam beragama, akal yang logik bukanlah satu alat yang sesuai. Benar, kadang-kadang akal yang logik dan rasional perlu,tetapi ingat bahawa itu hanyalah kadang-kadang. Akal ini  bukan sahaja terbatas dalam berfikir hal-hal ghaib, bahkan dalam hal-hal kehidupan seharian pun akal ini terbatas. Jika tidak percaya,cuba jawab soalan di bawah:

54 X 54  = ?

Insya  Allah anda dapat menjawabnya,tapi bagaimana pula dengan yang di bawah:

5938474903  X 8937575482923748923 = ?

Pasti  tanpa bantuan kalkulator anda tidak mampu menjawabnya.

Bantuan  kalkulator,apa maknanya?Akal kita terbatas!Jadi,jangan gunakan akal  dalam menghakimi hukum Allah,pasti anda sesat!

Allah Tidak  Mahu Hamba Nya Masuk Ke Dalam Neraka

Islam  agama yang menyekat kebebasan?Betul,Islam agama yang menyekat kebebasan  penganutnya daripada memilih neraka! Allah tidak ingin walaupun seorang  daripada hamba Nya dicampakkan ke dalam neraka. Buktinya,apa sahaja yang  kita buat di atas muka bumi ini,jika perkara itu mendatangkan manfaat  kepada kita dan orang lain,kita dapat pahala.Senyum, dapat pahala.Makan  nasi, dapat pahala. Buang sampah, dapat pahala. Urut badan kawan, dapat  pahala.Bahkan,niat baik pun dapat pahala.Senang cerita, semua yang  baik,pasti pahala adalah ganjarannya.

Berbeza  pula dengan dosa.Dikatakan apabila seseorang melakukan dosa, malaikat  Rakib melarang malaikat Atib daripada menulisnya.Disuruhnya tunggu  sehingga pelaku melakukan 10 kesalahan.Apabila 10 kesalahan dibuat,  Rakib menyuruh Atib melihat adakah si pelaku ada melakukan kebaikan  semasa dia melakukan 10 kesalahan.Jika ada,kesalahan- kesalahan tadi  diampunkan dan jika tiada,10 kesalahan tadi ditulis sebagai 1  kesalahan.Istimewanya lagi,si pelaku masih boleh menghilangkan dosa itu  dengan bertaubat.Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Umar dalam satu kisah  beliau dengan sahabat-sahabat.

Suatu  hari,Ibnu Umar masuk ke dalam masjid dan mendapati ada sekumpulan  sahabat yang sedang mengira dengan anak-anak batu.Maka Ibnu Umar  bertanya, “apakah kalian sedang lakukan?”Salah seorang sahabat menjawab,  “kami sedang mengira dosa-dosa yang telah kami lakukan.” Mendengarkan  jawapan daripada sahabat,Ibnu Umar membalas, “berhenti lah kalian  daripada mengira dosa-dosa kalian kerana dosa-dosa kalian pasti  hilang.Sebaliknya berzikirlah kerana pahalanya kekal abadi.”

Dilambangkan  oleh ulama’ betapa Allah tidak mahu hamba Nya masuk ke dalam neraka  dalam satu kisah.Kisah ini bukanlah kisah yang sahih tetapi kisah ini  merupakan satu metafora untuk menunjukkan betapa Ehsan, Pemurahnya  Allah.Di akhirat esok,seorang ditakdirkan untuk masuk ke dalam  neraka.Apabila dia mendengar bahawa dirinya Ahli neraka,dengan pantas  dia berlari ke neraka.Maka Allah bertanya walaupun Allah sudah tahu  jawapannya, “Wahai hamba Ku,kenapa kamu berlari ke neraka?”Orang itu  menjawab, “Ya Tuhan ku,semasa aku hidup,aku tidak pernah menunaikan  perintah Mu walaupun satu.Maka pada hari ini aku nekad untuk tunaikan  perintah Mu dengan bersungguh-sungguh.”Maka dengan nekadnya itu, Allah  memasukkannya  ke dalam syurga.Pengajaran daripada perlambangan ini  ialah betapa Allah tidak ingin hamba Nya masuk ke dalam neraka sehingga  di akhirat esok pun,Allah akan beri keampunan Nya.(Perlambangan)

Islam  Ada Penyelesaiannya

Islam  adalah satu cara hidup yang menjamin keselamatan penganutnya.  Malah,apabila didefinisikan Islam secara bahasa pun,maksudnya selamat.  Inilah istimewanya Islam,namanya pun tidak bersandar kepada sesiapa.  Berbeda dengan Yahudi yang merujuk kepada Yahuda,Kristian yang berkait  dengan nama Yesus Christ dan Buddha yang mengguna pakai nama  pengasasnya,Gautama Budda.Tetapi Islam?Islam bebas daripada mana-mana  nama,Muhammad mahupun Allah.

Apabila  Islam melarang sesuatu,maka ada hikmahnya.Pasti apa yang dilarang itu  banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Kita tidak nafikan,arak  contohnya,arak ada kebaikannya tapi perlu ditulis kembali apa yang ada  di dalam al-quran dalam surah al-baqarah 219:

Mereka  bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:  “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi  manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan  mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan  (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari  keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya  (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir

Al-Quran  sendiri mengakui bahawa arak itu ada kebaikan tetapi keburukannya  melebihi kebaikan,maka ia diharamkan.Semuanya demi manfaat siapa?Demi  manfaat kita sendiri.Jika kita minum arak,adakah Allah yang akan  sakit?Atau Malaikat Nya yang akan mabuk,lalu runtuh Arasy yang dipegang  mereka?Tidak,yang mabuk itu kita,yang sakit itu pun kita.

Allah  tahu apa fitrah ciptaan Nya maka Dia ciptakan alternatif untuk  hamba-hamba Nya.Alternatif itu apa?Alternatif itu Islam.Allah  mengharamkan arak tetapi Dia benarkan air cofee,jus epal,horlick tabur  milo dan kopi anak jantan. Allah haramkan babi tetapi Allah benarkan  kita makan ayam,ayam belanda,ayam israil dan kambing.Allah haramkan zina  tetapi Allah halalkan perkahwinan sehingga 4 orang bagi lelaki.Semua  yang diharamkan,ada jalan keluarnya.Masalahnya,kita yang tidak  tahu.Kenapa kita tidak tahu sedangkan kita Islam?Kita ego,kita tidak  mahu belajar,kita merasakan diri kita sudah cukup dengan ilmu-ilmu.

Islam  Bukan Agama Yang Rigid

“Kamu  gerak lebih daripada 3 kali,batal solat!”

“Kamu  telan air liur banyak sangat,batal puasa!”

“Kamu  sentuh babi,haram!”

“Kamu  kawan dengan bukan Islam,neraka!”

“Kamu  couple,tak masuk syurga!”

“Kamu  tertinggal solat,kufur!”

Wah,wah,wah.Strict  betul Islam yang kita anuti.Tidak boleh lakukan satu kesalahan walaupun  kesalahan itu bukan kesalahan yang disengajakan. Ini kena dapat  keistimewaan maksum dahulu baru boleh peluk Islam,barulah tidak  kufur,tidak masuk neraka.

Silap,ini  merupakan satu kesilapan yang sangat besar.

Islam  bukanlah satu peraturan,tetapi Islam merupakan satu cara hidup. Apabila  berbicara tentang cara hidup,ia mestilah bersesuaian dengan subjek yang  dibicarakan.Contohnya apabila kita berbincang tentang cara hidup  kambing.Maka dalam topik ini,kita akan bincang bagaimana kambing makan  bukan bagaimana lembu makan.Kita akan bincang apakah kelemahan kambing  dan bukan apakah kelemahan hamster.Maksudnya,apabila kita mengatakan  Islam adalah cara hidup manusia,maknanya,Islam membicarakan tentang  manusia,bukan tentang kambing.

Allah  menciptakan manusia sebaik-baik kejadian,bukan sesempurna kejadian maka  tidak pelik jika ada di antara manusia yang melakukan kesalahan kerana  kita bukanlah sempurna.(rujuk:Yang Sempurna Bukanlah Yang Terbaik) Malah dikuatkan  lagi dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang  bermaksud:

“Semua  anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu  ialah mereka yang bertaubat”

Dengan  mengambil kira kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia, terbitlah  Islam sebagai satu agama yang sempurna.Kenapa Islam sempurna? Kerana  tidak kira siapa,tanpa mengira apa jenis kelemahan manusia ada,tanpa  mengira apa jenis kelebihan manusia ada,Islam sesuai untuk mereka,untuk  kita semua.Contohnya,Islam suruh umatnya solat,yang sempurna kena solat  berdiri,yang sakit kaki pula boleh solat secara duduk,yang tidak boleh  duduk pula boleh solat secara baring.Maka dengan itu,Islam adalah agama  yang sempurna.

Ana  secara jujur begitu sedih apabila mendengar kisah-kisah saudara-saudara  baru ketika mereka ingin memeluk Islam.Ada yang berjumpa dengan Imam  masjid,pak Imam cakap kalau nak peluk Islam kena daftar di pejabat  agama.Maka si muallaf ini pergi ke pejabat Islam.Di pejabat Islam,ustaz  suruh isi borang itu,borang ini,baru lah dapat masuk Islam.Yang lebih  teruk, pak ustaz tanya, “dah bersunat?Kalau belum,kena bersunat dulu  baru dapat masuk Islam.” Penat. Susah. Payah.Adakah ini Islam yang  diajar oleh baginda?

Suatu  ketika seorang lelaki datang berjumpa dengan baginda dan menyatakan  hasratnya untuk memeluk Islam tetapi lelaki itu tidak ingin meninggalkan  zina.Rasulullah mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia masuk  Islam.Dia bertanya kepada Rasulullah adakah dia kena tinggalkan  zinanya?Maka Rasulullah membalas, “jangan menipu.” Dipendekkan  cerita,lama-kelamaan si penzina itu bertaubat dan tidak lagi  berzina.Inilah yang Rasulullah ajar!

Fulan  seorang peminum arak yang tegar dan ditakdirkan suatu hari dia ingin  berubah.Dia berjumpa dengan Imam untuk mengajarnya untuk bertaubat. Pak  Imam tua yang berserban sebesar pasu bunga itu menegaskan, “haram minum  arak.Jangan minum walaupun setitis.”Si Fulan yang sememangnya kamcing  dengan arak tidak dapat berpisah dengan arak,lalu dibuat pilihan antara  berubah dan arak,dia pilih arak.Adakah ini yang Allah ajar?

Arab  jahiliyah adalah satu bangsa yang tidak boleh berenggang dengan arak  sehingga dalam syair-syair mereka diceritakan tentang arak.Perbualan  harian mereka tidak sah kalau tidak menyebut perkataan arak.Allah ingin  mengharamkan arak tetapi Allah tahu bahawa arak itu darah daging bangsa  arab,maka Allah tegur sikit demi sedikit dan pada akhirnya,turun ayat  mengharamkan arak.Inilah yang Allah ajar!

Islam  bukan agama yang mencari kesalahan orang lain.Terkadang ada sesuatu yang  diri ini tidak dapat lakukan,maka Islam memberi kita kemudahan.Tetapi  perlu diingatkan,jangan sesekali memudahkan Islam yang sememangnya  mudah.Islam membenarkan jamak dan qasar,maka dijamaknya solat  subuh,zohor,asar,magrib dan isyak ke dalam solat subuh dan semua  dijadikan 2 rakaat kerana perjalanannya pada hari itu masih tinggal  teka-teki.Jangan!Haram!Mudahnya Islam bertempat dan bersyarat.

Pohonlah  Ampun Dari Yang Maha Pengampun

Diriwayatkan  oleh Imam Tarmizi bahawa suatu hari Rasulullah mendengar seorang  sahabat telah berzina dengan seorang gadis.Maka Rasulullah memanggil  sahabat tersebut.

“Apakah  benar berita yang aku dengar?”Tanya baginda.

“Berita  apa yang engkau dengar ya Rasulullah?”Tanya sahabat balik.

“Apakah  benar engkau telah bersetubuh dengan si fulan binti si fulan?”Soal  Rasulullah dengan sedikit hiba di hati baginda.

“Ya  Rasulullah,”jawab sahabat yang dalam ketakutan.

Maka  Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama sebanyak 2 kali dan sahabat  membalas dengan jawapan yang sama,juga 2 kali.Lalu Rasulullah  memalingkan mukanya ke kanan,sahabat pergi ke kanan,Rasulullah  memalingkan muka baginda ke kiri.Begitulah sebaliknya sehingga sahabat  tadi berkata ,”apakah engkau tidak sudi melihat muka ku?”

Rasulullah  menjawab, “adakah engkau gila?”

Terdapat  2 pendapat ulama’ tentang hadis di atas berdasarkan pandangan dari 2  sudut,dari sudut Rasulullah dan dari sudut sahabat.Pada pendapat  sahabat,jika dia dihukum di dunia,dia tidak akan dihukum lagi di  akhirat. Oleh sebab itu dia mengaku kesalahannya.Pada pendapat  Rasulullah pula, jika dosa itu antara manusia dan Allah,cukuplah dengan  bertaubat, insya Allah,Allah ampunkan.

Tidak  kisahlah besar mana dosa kita,jahat mana pun diri kita,ingatlah bahawa  Allah sentiasa ada untuk kita.Dia melihat kita walaupun kita tidak  melihat Nya.Dia meminati kita walaupun kita tidak meminati Nya.Dia  mencintai kita walaupun kita tidak mencintai Nya.Dia ada untuk kita.

Allah  sangat sukakan hamba-hamba yang menyesal,yang mengaku kesalahan diri  sendiri.Sudah menjadi fitrah manusia suka menyalahkan orang lain,jadi  Allah sangat gembira apabila manusia itu mengaku bahawa kesalahan itu  berpunca daripada diri sendiri.Allah sukakan hamba-hamba yang ketepikan  ego mereka.

Dalam  sebuah negeri,tinggal seorang pembunuh yang telah membunuh 99  orang.Ditakdirkan bahawa dia ingin berubah,jadi dia pergi berjumpa  dengan seorang imam dan meluahkan perasaannya yang dia ingin berubah  tetapi Imam memberi satu jawapan yang tidak enak didengar.”Kamu sudah  bunuh 99 orang,kalau bertaubat pun sudah tiada guna,terlambat!”Marah  Imam. Dek kerana tidak senang dengan jawapan Imam,lalu dia membunuh  Imam,lantas mencukupkan koleksi nyawanya menjadi 100 orang.Suatu  hari,dia terdengar cerita jika ingin bertaubat,pergilah berjumpa dengan  syeikh di Timur Tengah. Dalam perjalanannya ke Timur Tengah,dia  meninggal dunia dan dia adalah ahli syurga kerana dia mati dengan niat  ingin berubah.

Pintu  taubat sentiasa terbuka untuk kita,bila-bila masa dan di mana jua. Jika  anda rasa ingin menangis kerana takutkan Allah,menangislah segera.Jangan  ditunggu waktu qiamullail baru anda ingin menangis,nanti sampai  bila-bila pun anda tidak akan menangis.

Biasa  kita terima,apabila kita ingin berubah menjadi baik,manusia di  sekeliling akan menghina kita,membenci kita malah ada yang memulaukan  kita.Satu perkara yang tersangat biasa.Nabi juga dihina,dibaling tahi  dan dipulau oleh kaumnya sendiri tetapi nabi terus mara ke hadapan dan  hasilnya,kita bernama Ahmad,Aida,Atiqah,Alia,Asraff.Andaikata nabi  berundur seperti kita berundur,pasti nama kita Ah Chong,Mutusami, Fei  Mau dan Florance.Bersyukurlah kerana nabi bukan macam kita,senang  mengaku kalah apabila dihina.

Konklusinya,jadilah  Insan seperti nabi,apabila baginda merasakan diri baginda perlu  berubah,ditinggalnya kemewahan,ditinggalnya isteri,demi memikirkan nasib  kaumnya.Usah dipedulikan apa kata orang,tetapi pedulilah apa yang Allah  kata.

Related posts:

Allah taknak hamba Nya masuk neraka

Dia Tarik Kita Masuk Neraka?

Orang Lain Masuk Neraka,Saya Pun Nak Masuk Neraka!

I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~
Ketika sendirian di rumah kecil ini, teringat pula kenangan- kenangan bersama rakan. Baru semalam semuanya seakan-akan datang singgah di ingatan lantaran semalam saya berpeluang bercakap dan mendengar suara rakan-rakan wanita JAD yang dirindui. berkongsi suara di skype walaupun sekejap, cukup dan amat bermakna buat diri yang rasa kosong, buat diri yang rasa rindu. segalanya terubat dan saat-saat manis dulu terkenang kembali.

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie. Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada~”

Hati rasa sayu saat mendapat mesej ini dari seorang sahabat. Sudah lama tak luang masa dengan sahabat ini. Dalam kesibukan di JAD, mungkin terlalai seketika kepentingan menjaga ukhwah. Setelah berkali2 menulis article dan semuanya lebih kepada luahan hati yang tak berkesudahan. Kali ini aku rasa terpanggil untuk menulis tentang apa yang buat aku rasa gembira berada di JAD..

2 tahun lebih di JAD memberi ruang pada aku untuk mengenali insan bernama sahabat malah sempat juga aku ingat kembali kenangan2 sepanjang perkenalan dengan mereka. Bermula dengan perkenalan di Kompleks Rakan Muda(KRM) Klang membawa aku kepada satu kehidupan baru. Secara peribadi, aku takut menghadapi suasana di KRM pada mulanya.

KENANGAN TERINDAH DI KRM

“ Huh, jauhnye dari rumah aku tempat ni.. susah la aku nk balik. Kompem kene cakap KeyEl ni..” hati memberontak kerana susah sekali aku mengubah loghat pekat Pantai Timur.

Ingat lagi waktu pertama kali bertemu rakan bernama Farah….

“ Anak orang kaya ni.. budak STF plak tu.. takkan nk kawan ngan aku kot..da la duk tepi katil aku…ngan sape aku nak kawan ni” Hati memberontak lagi waktu mula bertentang mata dengannya. Tu kisah dulu, kini siapa sangka sahabat bernama Farah itulah yang sanggup ‘meminjamkan bahu’ saat diri sedang lemah diuji.

Teringat juga kisah sahabat bernama Nurul. Ingat lagi mase mula2 masuk TBP dulu.

“ Awak duduk umah B11-8, sebilik ngan Nurul ye” kate Kak Mala.

“ Nurul?? Bukan ke Nurul tu pendiam ke? Alaa mati la aku.. duk sebilik ngan budak pendiam. Ngan sape aku nk cakap2 time boring ni? Da la kene duk bilik kecik tu..ishhhhh??” Sekali lagi aku bermonolog tanda protes. Tapi siapa sangka, Nurul yang aku anggap pendiam itulah sahabat yang setia mendengar cerita2 aku waktu boring, berkongsi cerita tentang erti hidup. Nurul yang pendiam itulah selalu buat aku rasa disayangi.. Nurul yang pendiam itulah yang sentiasa ambil berat tentang diri ini sehingga sekarang. Nurul yang pendiam itulah sahabat yang tak pernah bosan berkongsi ilmu didalam kelas.

“ Nurul, nanti g Keio, jangan lupekan saye ye.. nanti nk dekat raye, saye ngan Syikin nak g melawat awak kat Keio..kite ambil gamba depan gate Keio.. post kat salam perantau..baru gempak..” aku berseloroh.

“ Wow..Ok Nurul tunggu awak kat Keio..datang tau jangan tak datang..nanti mesti Nurul rindu awak” jawab Nurul yang tak pernah boring melayan gurauan aku.

Siapa sangka Hanis yang aku ‘geruni’ dulu kini jadi seperti kakakku. Tempat aku berkongsi cerita. Tempat aku berkongsi perasaan marah,gembira,sedih..

Tiada siapa sangka juga Syikin yang x pernah bertegur sapa denganku di KRM kini jadi rakan semeja..same2 mengantuk..sama2 belajar..sama2 memahami subjek Wada Sensei..

Siapa sangka prefect yang aku ‘musuhi’ di sekolah dulu kini jadi roomate tempat aku bermanja. Namun, bukan tentang diri aku yang ingin aku ceritakan, tapi aku cuba mengimbau kembali kenangan lama kerana baru aku sedar perasaan kasih sayang antara sahabat dan jalinan ukhwah yang Allah anugerahkan merupakan anugerah yang tak ternilai sebenarnya. Article ‘Untukmu sahabatku’ karangan cik konokokoro sangat menyentuh sanubari. Ia menguatkan lagi keyakinan aku pada anugerah Allah ini.Jika tiada rasa kasih pada sahabat, x kan cik konokokoro mengulang 3 kali perkataan “ Saya nak masuk syurga dengan kamu”.

I LOVE JAD

Kalu di KRM dulu kita semua hanya kenal2 manja, tapi di JAD inilah nilai sebuah ukhwah itu terbentuk. Aku memerhati dan merasakan indahnya ukhwah yang Allah anugerahkan.

Dalam bus Pakcik Tahir

“ Alaaa..kene berdiri lagi..nak duduk,,penat buat jikken denki td” Mido kecewa bila x dapat tempat duduk wak tu balik dari Unisel.

“ Mido. Berat barang awak tu. Meh saya pegang” Syira menawarkan khidmat memegang beg.

“ Time kasih Syira, memang berat pun. Ade laptop ni.Sayang Syira” Mido sedikit lega.

“ Dino mesti letih mu diri tu.. meh share kerusi ngan aku.. lagipun kite kan kecik jah..muat ni” Becky sicantik manis dr Kelantan x sanggup melihat Dino yang keletihan sedang berdiri.

“ Time kasih Becky. Saye penat sangat ni. Mujur ade orang baik hati cam awak ni bg saye share kerusi.” Kate Dino terharu.

Terbukti, keindahan ukhwah mampu membuat rakan yang sedih kembali gembira.

Di Unisel

“ kyouwa 19 nichi desu ne. jya, mondai kotaemashou.. 1ban Fauziah-san, 2 ban Syami-kun, 3ban Farahin-san, 4ban Asyikin-san,5ban Hidayah-san” Kate Mizuno Sensei yang disayangi ramai.

“ Susahnye soalan aku ni… Nurul ajarkan boleh.. saye buat banyak kali tak boleh ni.”

“ Boleh2 insyaAllah. Meh sini saye ajar”

“ Sape2 yang tak dapat jawab lagi, meh sini aku ajar.. InsyaAllah aku boleh ajar” Musliha tidak pernah sombong dengan ilmu yang dia miliki.

“ kenape ni Baw, sakit ke?..x nak g makan?” Tanya Sakinah apabila melihat Baw tido di meja.

“ X de la. Ngantuk la Kinah.. tolong belikan burger boleh? Xnak roti.nak daging je” Balas Baw

“Mesti la boleh. Awak kan kawan saye. Lagipun kesian awak mengantuk” Ikhlas Sakinah membalas.

Terbukti, keindahan ukhwah mampu membuat rakan yang dalam kegelisahan menjadi kembali bersemangat.

Di Umah TBP

“ Teringinnye nak makan durian..” keluh Bila

“ x pe, Kakda balik minggu ni. Nanti Kakda bawak durian untuk Bila” balas Kakda yang penyayang.

“ Sedapnye pudding roti. Hoshii2..kalu balik mesti leh makan pudding roti ma buat”

“ Gee, ari tu saye terdengar gee kate nak makan puding roti kan? Ni saye ade buat puding roti ni.. pudding jagung pun ade.. rase la..saye buat untuk awak ni” Nafisah datang ke rumah membawa pudding roti.

“ Nok makan butir nako. Sedap jugok wat buko pose ni. Rindu butir nako hok umi buat. Bile pose je ade je bende aku mengidam.” Saerah meluah rasa.

“ Aku nak buat butir nako la ari ni. Nak bagi Saerah.mesti die hepi..lagipun dia puasa..” Adiey ke kedai india membeli tepung pulut.

Terbukti, kasih sayang sesame rakan dan keindahan ukhwah mampu mengubat kerinduan pada keluarga di kampung.

Iftar

“Sempena bulan Ramadhan yana akan datang x lame lagi. Aku da buat jadual iftar.Ahad- Syafikah( Naemah), Isnin-Kappa, Selasa-Soha,Rabu-Berd,Khamis-Tiena,Jumaat-Gent,Sabu-Tisu.. ok sume?” Puteri Gunung Fuji menjalankan tugas membaca jadual Iftar.

“ Mesti la ok” semua menjawab serentak.

“ Kak Mah nak buat pudding trifle” kate Syafikah(Naemah).

“ Kappa nk buat caramel..mesti sedap…hehe” kate Kappa.

“ Aku nak buat ape ye? Buat laksa Johor la.” Kate soha.

“ Aku zettai nk buat pengat pisang!!!” kate Berd yakin.

“ Tina nk buat begedil..jgn sape2 buat begedil ye..saye nk buat..” kate Tina pula

“ Aku buat kek lapis Sarawak..aku nk buat wane warni biar berbunga hati org2 yang puase makan.” Kata Gent si gadis Sarawak.

“ Kite nk buat roti cicah ayam blackpepper…” Kate Tisu sambil tersenyum.

“ Asal name aku x de.? Aku nk buat iftar gak..” Hana berang naik berang.

“ Aku nk buat gak boleh x?.. aku buat ngan Hana.. kitorng nk buat pulut durian.” Kata Maisara

“ Semua orang da masak..aku makan je la” hanis berseloroh.

Terbukti, ikatan ukhwah mampu buat semua orang ikhlas, tidak rasa terbeban dengan apa yang dilakukan dan rasa genbira bila buat keje same2.

Denggi mencetus kontroversi di TBP

Masih ingat lagi saat denggi melanda TBP.. ingat lagi 2 orang rakan yang menjadi mangsa denggi.

“Kakda pengsan.. kakda pengsan…” Berd berlari2 mandapatkan Fanna.

Tabah sungguh Berd dan Fanna memapah Kakda ke kereta. Jika tiada rasa kasih sayang, jika tiada ikatan ukhwah mungkin Berd dan Fanna biarkan saja Kakda dirumah.

“ Aku nk g umah Soha ni. Nak packing baju die.. dia masuk wad kene denggi” Ajmal memberitahu Fanni.

“ Yeke?? Kene beli air 100plus ni nk bg Soha.. esok aku nk g Hospital Klang la.. melawat Soha.” Fanni mencapai duit lalu turun membeli air 100 plus di kedai India.

Ingat lagi katil Kakda dan Soha penuh dengan air 100 plus. Ingat lagi senyuman dalam kesakitan yang diukir Soha dan Kakda .ingat lagi bagaimana mak Syikin suap Soha makan.

Hakikatnya, itulah ukhwah kurniaan Allah. ia terjalin tanpa mengenal usia.

Kematian

Sama juga seperti di sekolah dulu, jika ada kematian, rakan2 tidak lupa berdoa untuk simati. Mulanya, aku rasakan budaya itu tak wujud lagi tatkala kaki melangkah ke Bandar megah Shah Alam. Ternyata, rakan di JAD masih memegang kuat budaya itu.

“ Ari ni kita akan adakan tahlil untuk ayah sahabat kita yang kembali ke rahmatullah”

“ Petang ni turun surau ramai2 kita akan buat tahlil buat ibu senpai kita yang baru saja meninggal dunia.”

Andaikata aku tiada lagi didunia ini, moga2 sahabat2 ku ini turut sama sedekahkan Al-Fatihah buat aku. Mungkin esok, mungkin nanti mungkin juga minggu depan. Maut datang tak kenal usia, x lewat sesaat x awal sesaat pun.. itulah ketentuan Allah s.w.t

Usrah

“ Ain malam ni kita buat usrah gabungan nak?..” cadang Pikah.

“ Boleh jugak..aku ingat nak masak sikit untuk adik usrah aku.. jom kita masak skali?” cadang Ain pula.

“ Ok..lepas Asar aku terus naik umah mu..” kata Pikah gembira.

“ Adni, malam ni kite ade usrah ngan kak Hanum kan? Ko kan pandai buat kek batik.. jom kita buat kek batik. Boleh Kak hanum rase.. lagipun boleh aku blaja buat kek batik ngan ko.” Kata Elin.

“ Aku beres je.. kite buat malam ni.. kite buat sedap2..huhuhuhuhu” jawab Adni.

“ Maslinda, malam ni kite buat report chikyuu same2 nk?” Tanye Luni.

“ Malam ni Mas ade usrah gabungan kouhai la. Sori Luni.” Jawab Mas

“ Ooo. Nak join jugak boleh x? boleh tambah ilmu.”

Terbukti, ikatan ukhwah mampu bawa kita sama2 menambah ilmu Allah didada. Ikatan ukhwah mampu timbulkan rasa kebersamaan dalam diri masing2.

Susah senang kita bersama

“ Alamak.. tafsir hilang dalam bus la.cane nk ngaji ni..” kate Baby Ana sedih.

“ Ana, amik la tafsir ni. Saye ade 2 tafsir.” Dzul menghulur tafsir pada Ana. Pandai betul Dzul menanam ‘share’ didunia untuk dituai diakhirat.

“ Aaaa… sedihnye. Adik usrah akak susah betul nak datang usrah.” Kate Fanna sedih.

“Jangan sedih2 Fanna, tu ujian dalam berdakwah.. bukan die xnak datang..maybe ade masalah tu. Sabar la kak..adik x boleh tgk kak sedih..nanti adik sedih.” Kata Fanni sambil menitiskan airmata.

Terbukti, ketika kita sedih, ikatan ukhwah itu yang membuat rakan kita juga merasa kesedihan yang sama.

Saling mengingatkan…

Aku tidak pasti bagaimana jalinan ukhwah pelajar lelaki sesame mereka. Tapi mengikut spam yang aku dapat, mereka main futsal setiap minggu. mereka juga tak jemu mengingatkan sesame sendiri tentang kepentingan solat jemaah disurau. Mungkin itu sudah cukup menunjukkan bahawa ikatan ukhwah antara mereka sangat kuat.

CUBA RENUNG KEMBALI…….

Dialog dan situasi diatas bukanlah direka2, itulah yang terjadi pada realiti kehidupan. Cuba kita renung kembali, betapa indah Allah kurniakan kita rasa kasih sayang sesame makhluk, betapa kuat Allah ikat jalinan ukhwah sesame kita hingga kita jadi ‘cubit paha kiri,paha kanan terasa’.. kalu perasaan kasih sayang dan jalinan ukhwah ini tiada, tak mungkin kita bergelar sahabat sekarang. X mungkin Berd dan Fanna setabah itu membantu Kakda. Tak mungkin juga kita sume rasa gembira bila buat iftar sama2. salah faham pasti akan berlaku, perselisihan itu lumrah persahabatan. Jangan dikenang kekurangan yang satu, cuba syukuri kelebihan yang berjuta yang Allah anugerahkan pada kita. Semoga Allah memelihara kita. Semoga di Jepun nanti ukhwah tak terputus dek jarak antara Tokyo dan Osaka. Semoga kita tetap saling mengingatkan walau jarak memisahkan. Menjaga ukhwah dituntut Islam sehingga rasa sayang pada saudara mampu menyempurnakan iman kita.

“Rasulullah s.a.w menjamin bahawa sesiapa yang menpunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan Allah semata-mata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.”

“ Ukhwah yang terbina antara kita biarlah seperti seutas TASBIH.. ada awal tiapa penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk mencintaiNya dan diratib demi redhaNya”

Namun kini kita sudah jauh rakan-rakan. Kita bawa diri kita ke tempat berbeza. Sahabat yang dulunya selalu ajak kita puasa sunat sudah jauh sekarang, sahabat yang dulunya ajak kita turun jemaah disurau jarang-jarang sudah kita temui. Yang tinggal hanya kenangan. Jelasnya, Allah memisahkan kita supaya kita lebih mengenali diri sendiri. Bagaimana kita tanpa sahabat disisi. Bagaimana kita saat kita sendirian di rumah kecil ini. Bagaimana kita jika  ketika belajar kita lah satu-satunya ‘alien’ bertudung di dalam kelas. Kuatkah kita?

Ukhwah kita akan selalu diuji, untuk melihat dan memuhasabah, cukup ikhlaskah persahabatan yang kita jalinkan selama ini?

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/26UAHJXQxNA&hl=en_US&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube.com/v/26UAHJXQxNA&hl=en_US&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Related posts:

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah

Ukhwah: Cahaya atas cahaya~

Ukhwah Fillah Abadan Abada’

Aku, Dia atau KAMU?
“Siapa yang patut terima nasihat? Aku,Dia atau KAMU?”, tanya seorang sahabat kepadaku.

Seorang pemimpin yang baik adalah mereka yang tidak pernah merasakan dirinya paling hebat dan bijaksana. Mereka tidak pernah merasakan dirinya adalah insan terbaik.

Sebaliknya , seorang pemimpin yang hebat adalah seorang insan yang merasakan dirinya serba kekurangan. Ditambah pula sedang memikul amanah yang sangat besar, pemimpin yang hebat akan sentiasa mengharapkan pandangan, teguran dan nasihat orang lain, khususnya para penasihat yang dilantik.

Ini kerana, ruang kebijaksanaan manusia yang sentiasa terbatas tidak pernah memungkinkan dirinya melakukan yang terbaik bersendirian selamanya.

Keterbatasan itu terkadang akan meletakkan diri di relung kebuntuan hingga tidak mampu membuat pertimbangan yang terbaik. Dan pada saat ini, pandangan,teguran dan nasihat orang lain adalah penawar terbaik untuk memastikan diri tidak karam hingga mendorong diri melakukan kesilapan dalam menunaikan amanah.

Inilah sikap yang perlu ada pada seorang yang bergelar pemimpin.

Siapa pemimpin??

Presiden MPP(Majlis Perwakilan Pelajar), Editor Az-Zariyyat, ADUN dan Ahli Parlimen, Ketua Menteri, Perdana Menteri, ketua syarikat, ketua pasukan bola sepak, ketua chef dan ketua kelas semuanya merupakan pemimpin.

“Jadi, aku tak payahlah terima nasihat sebab aku bukan pemimpin”. Betul ke??

Jangan terlupa, setiap daripada kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri. Jadi, kita juga perlu menerima nasihat agar diri kita terpimpin untuk memimpin orang lain.

Dunia sekarang jadi kelam kabut kerana pemimpin yang tidak terpimpin memimpin dunia. Rasuah berleluasa, sikap perkauman diutamakan, hukum agama tidak dilaksanakan secara menyeluruh, yang haram dihalalkan, yang salah; disebabkan mereka yang bersalah itu konco-konconya, mereka terselamat, yang betul; disebabkan mereka tak sebulu, dihukum dengan tidak adil.

Kerana apa semua itu berlaku?? Sebabnya, para pemimpin yang memimpin itu tidak terpimpin. Alim ulama yang mengkritik, dikritik semula. Mufti yang tidak sebulu dipecat dan pelbagai fitnah dilontarkan agar mufti dan alim ulama tersebut dikeji.

Itu semua bukan kerja pemimpin yang terpimpin. Pemimpin yang terpimpin akan menerima nasihat dan kritikan orang lain, lebih-lebih lagi nasihat alim ulama agar mampu memimpin dengan lebih baik bukannya mengkritik semula alim ulama tersebut.

Kenapa kita perlukan nasihat??

Mempunyai kuasa tidak bermakna diri sendiri merupakan insane terhebat. Berada di takhta kekuasaan bukan bermakna diri sendiri tidak memerlukan pandangan, teguran dan nasihat daripada orang lain. Menjadi ketua dalam sesebuah kerajaan tidak bermakna hanya kita sahaja yang betul dan orang lain semua tidak betul. Menjadi ketua rumah tidak bermakna sang suami sahaja yang betul dan anak-anak semuanya salah.

Sebaliknya, pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang sentiasa dahagakan teguran, nasihat dan pandangan orang lain. Ini kerana, dalam diri mereka sentiasa ada perasaan bimbang dan takut tergelincir dari landasan agama dalam menunaikan amanah yang dipikul.

Bagaimana dengan ANDA?? Adakah anda pemimpin yang hebat???

Waima Rasulullah s.a.w.; pemimpin agung, sendiri sentiasa meminta nasihat dan pandangan daripada para sahabat. Bahkan teguran dan nasihat Allah s.w.t. sentiasa diwahyukan kepada baginda melalui Malaikat Jibril, kerana sebagai manusia biasa keterbatasan sebagai makhluk tetap ada pada diri baginda.

Malah, khalifah selepas baginda sendiri jika dilihat dalam pidato pertama di hadapan rakyat sentiasa meminta agar rakyat memberi teguran dan nasihat kepadanya. Jika mereka tersilap, rakyat diminta membaikinya. Begitulah sifat pemimpin Islam yang sebenar. Mereka tidak bongkak dan memandang rendah terhadap pandangan, nasihat dan teguran daripada orang lain. Sebaliknya segala pandangan, nasihat dan teguran itu dijadikan penawar untuk mengelakkan diri daripada tergelincir daripada landasan kebenaran.

Bagaimana dengan para pemimpin di luar sana?? Adakah anda juga pemimpin yang hebat??

Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, beliau telah melantik beberapa individu yang bijaksana dan bertakwa menjadi penasihat peribadinya.

Antara mereka adalah Salim bin Abdullah, Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi dan Roja’ bin Haywah. Roja’ bin Hawyah merupakan penasihat utama khalifah sebelum Umar, iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Suatu hari, Umar telah memanggil kesemua penasihat peribadinya itu untuk menghadiri satu pertemuan. Dalam pertemuan tersebut, Umar bin Abdul Aziz meminta supaya beliau diberikan nasihat yang bernas untuk memotivasikan dirinya agar semakin mantap untuk menunaikan amanah Allah s.w.t. terhadap rakyatnya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera daripada azab Allah s.w.t, maka hendaklah kamu berpuasa dari keseronokan dunia, dan berbukalah pada saat kematianmu nanti,” Salim bin Abdullah memberi nasihat.

Berkerut dahi Umar mendengar nasihat Salim, tetapi kemudiannya dia tersenyum kerana memahami maksud nasihat yang dilontarkan oleh Salim itu.

Kemudiannya, Umar memandang wajah Muhammad bin Ka’ab. Pandangan itu sebagai tanda bahawa Umar mahu Muhammad pula berkata sesuatu untuk memberikan nasihat kepadanya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera daripada azab Allah s.w.t., jadikan orang-orang tua Muslim sebagai bapamu, jadikan anak-anak muda Muslim sebagai saudaramu dan jadikan anak-anak kecil Muslim sebagai anakmu. Justeru, muliakanlah bapamu, hormatilah saudaramu dan lemah-lembutlah terhadap anak-anakmu,” ujar Muhammad bin Ka’ab pula.

Umar mengangguk mendengar nasihat Muhammad itu. Nasihatnya penuh dengan seribu satu hikmah dan falsafah.

Wajah Roja’ bin Hawyah pula dipandang oleh Umar seraya bertanya, “Apakah tuan tidak mempunyai sebarang nasihat yang mahu diberikan kepadaku?”

“Ada wahai Umar,” jawab Roja’ ringkas.

“Silakan tuan, aku sudah tidak sabar mahu mendengar nasihat berhikmah daripadamu,” Umar berkata sambil tangan kanannya memegang tangan kirinya bersilangan jari.

Sambil tersenyum melihat watak Umar, Roja’ berkata, “Apabila kamu inginkan kesejahteraan daripada azab Allah s.w.t., maka cintailah untuk kaum Muslimin seperti kamu mencintai dirimu sendiri, dan bencilah untuk merekaseperti kamu bencikan untuk dirimu sendiri.”

Umar merasa amat berbesar hati lantaran sahabat-sahabatnya yang dilantik sebagai penasihat telah memberikan pelbagai nasihat berguna buatnya. Umar berbangga dapat mendengar nasihat-nasihat yang sarat dengan hikmat yang telah diberikan oleh penasihatnya itu.

Inilah manifestasi sifat dan sikap seorang pemimpin yang tidak pernah merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Walaupun Umar seorang yang zuhud, tetapi beliau tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik, lantas tidak memerlukan nasihat dan teguran orang lain.

Puasalah daripada keseronokan dunia yang sementara ini untuk mencari keseronokan di akhirat kelak yang kekal abadi. Sayangilah Muslimin di sekeliling kamu seperti mereka adalah bapa, saudara dan anak kamu. Seterusnya, cintailah mereka sepertimana kamu mencintai akan diri kamu sendiri dan bencilah perbuatan mereka yang melanggar syariat sepertimana kamu membenci diri kamu sendiri. Insya’Allah kesejahteraan daripada azab Allah s.w.t. akan kita kecapi.

Marilah kita sama-sama mendoakan bapa, saudara dan anak-anak kita di Palestin yang sedang teruk dibelenggu oleh sekatan kehidupan oleh Israel Laknatullah. Doakan juga bantuan kemanusiaan yang ingin disampaikan kepada penduduk Palestin melalui Lifeline4Gaza(LL4G) dapat disempurnakan. Jika ada kelapangan dan kemudahan, sama-sama kita laksanakan solat hajat agar Israel Laknatullah ditimpakan bala kerana menyerang saudara seagama kita di sana. Amin…

Related posts:

Rejab-Kita ditipu atau tertipu?

Nak UNTUNG atau RUGI??

“Kamu ibarat pakaian dalamku..”-Rasulullah

Bayi Tong Sampah?
Setiap kita ada  Sixth Sense. Ya, deria keenam bernama hati yang sering diabaikan. Kita mungkin tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain sedangkan saat itu hati kita bergembira. Bergembira dengan kesakitan hati orang yang kita sakiti. Sama ada sahabat, kawan, guru atau jiran.

“Padan muka kau! Haha”

Mungkin nampak ringkas. Tapi itulah yang membuatkan kita mengabaikan hati. Begitu mudah kita terhasut dengan tipu daya syaitan. Pada masa yang sama, kita mengabaikan hati kita sendiri. Hari ini kita makan nasi sepinggan tak cukup, tambah 5 pinggan lagi. Kita bersungguh-sungguh makan atau dalam bahasa mudahnya-melantak. Kita bersungguh-sungguh untuk menyihatkan tubuh fizikal kita ini. Tetapi, tanpa disedari, rohani kita dibiarkan kurus kering, lumpuh, mati.

Di masa rasa belas kasihan kita?

Kalau tidak pun, rasa kemanusiaan, di manakah menghilangnya ia?

Adakah dalam TONG SAMPAH?

Hari ini saya sedih melihatkan, Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga!

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui  mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja  terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby hari  ini. (Malaysia Kini)

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan  mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat  dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat  Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. (Berita Harian)

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan  beberapa hari ditemui  dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah  di belakang sebuah bank di sini hari ini. (Utusan Melayu)

Hari ini kita mungkin mengabaikan isu-isu keberantakan masyarakat. Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga! Itu baru yang dilaporkan akhbar. Itu baru yang dibuang dalam tong sampah. Yang dibuang dalam mangkuk tandas? Yang ditanam dalam tanah? Yang dibuang di dalam sungai? Yang dibuang di tempat pembuangan sampah?

Bagaimana pula dengan yang tidak dibuang dimana-mana, dibiarkan hidup merempat dan membesar di rumah-rumah kebajikan?

Dapatkah kita membayangkan nasib kanak-kanak ini? Anak-anak luar nikah yang tidak berdosa, dibiarkan hidup sengsara dan terseksa, dimaki dicerca sepanjang hayat mereka…

Masya-Allah…

Firman Allah s.w.t:

“Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Surah Al Isra’:32)

Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Bijaksana. Perkataan “Jangan  mendekati zina” adalah perkataan yang sangat tepat kerana seseorang tidak akan  berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. Di sini diberikan  analogi bagaimana zina boleh berlaku:

bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan  bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam  > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman >  BERZINA

Mari bermuhasabah. Apakah kita berada di salah satu peringkat di atas?

Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina,  perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. Jika tidak  berzina tidak dapat dielakkan lagi. Sebab itu selalu ramai remaja yang  berkhalwat dewasa ini kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal  seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan  lain-lain. Gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara  yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. Sesiapa sekalipun yang  pernah berzina, pada awalnya mereka berkata

“nak berkenalan aje..”

Dari Jabir Bin Samurah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Janganlah salah  seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan  menjadi ketiganya”

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Perlu kita ingat bahawa umat Islam adalah bersaudara. Apakah kita sanggup melihat saudara kita sendiri terlanjur? Semestinya tidak. Oleh itu menjadi tanggungjawab untuk saling menegur dan berdakwah. Janganlah diabaikan hati. Tingkatkan keimanan kepada Allah, selagi degup jantung dan denyut nadi yang serentak ini masih berdetak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan  tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia  mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia  mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. “

Related posts:

Bayi Yang Comel…?

Dia yang makan sampah..

Sixth Sense

formula dari Allah
Aminah : Saya rasa, hati saya bermasalah la. Saya rasa tak suka sangat dekat seorang ni dan saya tak boleh nak maafkan kesalahan-kesalahan dia. Walaupun kadang-kadang dia tak buat jahat pada saya, tapi bila dia buat jahat pada rakan-rakan saya, saya rasa sakit hati sangat dengan dia, macam mana ek?

Siti : Tak boleh macam tu. Setiap orang buat salah, awak fikirlah kesalahan awak  dekat orang lain pun banyakkan sebelum ni. Mungkin dengan cara kita memaafkan orang lain, orang-orang lain yang pernah kita aniayai akan turut terbuka hati untuk memaafkan kita kan.

Aminah : Tapi saya memang tak boleh la. Kalau orang buat jahat kat saya sekali, saya akan buat jahat pada dia tiga kali.

Siti : Kalau macam tu, awak hutang dia lebih la. Dia kene minta maaf dekat awak sekali je, tapi awak kene minta maaf pada dia 3 kali.

Aminah : Arh..sape suruh dia jahat sangat dan pentingkan diri…orang lain pun ada perasaan jugak…dia la yang kene minta maaf.

Siti : Tak pe la…anggaplah sebagai kifarah kejahatan kita pada orang lain sebelum ni…awak buat baiklah pada dia, bagi hadiah ke, mungkin hati kita akan lebih terbuka untuk maafkan dia.

Aminah :Takde maknanya…nak maafkan pun susah…ni nak bagi hadiah….muri2(mustahil)…

Siti : dengar ni…

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.(surah Fussilat : 34)

Aminah : Ala…kalau kita buat baik je pada dia, mana dia nak sedar kesalahan dia. Boleh tak, saya tak nak buat apa-apa dan hanya bersabar je dalam beberapa waktu lagi?

Siti : Terpulang…tapi formula ni bukan saya yang cipta…formula ni Allah yang bagi sebagai panduan hidup kita, untuk kita gunakan dalam berhadapan dengan ningen kankei no mondai(hablumminannas).

Aminah : hmmm….

Formula dari Allah

Kadang-kadang apabila berhadapan dengan masalah, kita kurang merujuk al-Quran. Kalau rujuk pun, kita seakan kurang yakin dengan solusi yang diberikan. Sedarkah kita bahawa segala yang tercatat di dalamnya adalah kalam Allah untuk kita? Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang kita, selain Yang Menciptakan kita semua?

Ningen kankei no mondai

Hidup ini tidak lari daripada ujian. Lebih-lebih lagi apabila kita memilih untuk hidup bermasyarakat, tidak menjadi kera sumbang seorang diri, kita pasti akan berhadapan dengan ujian dalam perhubungan sesama manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan antara kita semua. Namun dalam menangani masalah ini sebaik-baik perkara yang boleh kita lakukan adalah…

1.Berbaik sangka

Berbaik sangkalah kepada sesiapa sahaja yang telah secara sengaja atau tidak mengguris hati dan perasaan kita. Tak semua orang punya sensitiviti yang sama. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza membuatkan tak semua yang kita rasa tidak elok dilakukan, tidak elok juga bagi orang lain. Contohnya, bagi Aminah, bercakap dengan bahasa kiasan itu, lebih mudah diterima hati sedangkan Siti berpendapat, dengan berterus terang barulah orang tidak tersalah tafsir maksud yang hendak disampaikan. 2 cara yang berbeza, dan 2 penerimaan yang berbeza daripada setiap orang. Jadi, untuk mengelakkan sebarang persengketaan dan salah faham, lebih baik kita bersangka baik kepada orang lain yang mungkin punya citarasa tersendiri.

2.Berbuat baik

Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW,

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (riwayat Ibnu Abi Dunya)

Maka dengan itu berbuat baiklah kepada semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang pernah berbuat salah kepada kita. Kerana sesungguhnya itu lebih baik untuk diri kita.

3.Belajar memaafkan orang lain

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)

Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada seiap malam.

Saya akui tak mudah sebenarnya untuk kita mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)

Segala usaha anda menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kita membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW?

Kerisauan saya

Dalam kesibukan menyiapkan diri untuk ke Jepun, saya dilanda kerisauan mengenangkan masalah ningen kankei no mondai ini. Harapannya biarlah rakan-rakan seperjuangan yang membacanya mengambil iktibar daripadanya sebelum kita melangkah kaki ke bumi sakura. Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita akan bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia pada masa akan datang. Belajarlah menerima kekurangan orang lain.

Juga belajarlah untuk menjadi peribadi yang menyenangkan orang lain. Berbuat baiklah, bersangka baiklah pada saudara-saudara kita, walau seburuk manapun perangai mereka di pandangan kita. InsyaAllah, dengan kebaikan yang kita hulurkan, ramai yang akan terkesan dan berlembut hati dengan kita.

Tidak rugi mengalah dan memaafkan orang lain. Niatkan kita berukhuwwah keranaNya. Kita memaafkan juga keranaNya. Semoga ujian ningen kankei no mondai ini dapat kita hadapi dengan rasional. Semoga dengan kesabaran kita, Allah tingkatkan keimanan kita kepadaNya, insyaAllah.

Related posts:

Re:Allah tak nak kita masuk neraka…