Sunyi Itu Fitrah,Fitrah Itu Ujian!
Tiada sesiapa pun dapat nafikan bahawa dia tidak pernah terasa sunyi, terasa diri keseorangan, terasa diri memerlukan kasih sayang orang lain. Hatta Nabi Adam yang tinggal di dalam syurga itu pun terasa sunyi,terasa kekurangan sesuatu. Kalau difikirkan balik, apa yang syurga kurang? Di syurga ada segala macam benda,ada PSP,ada Nintendo Wii,ada Ipod,ada Nasi Lemak,ada Ham Burger,ada Kebab,ada kereta,ada buah anggur sebesar buah kelapa,ada buah durian tidak berduri,ada susu,ada madu,ada arak,semua benda ada tapi Nabi Adam tetap merasakan kesunyian. Lalu perasaan tidak selesa itu diluahkan kepada Sang Pencinta yang mengetahui bahawa Adam inginkan teman,dia inginkan kasih sayang dan dia inginkan cinta.Lantas Sang Pencinta mencipta pasangan nabi Adam yang diberi nama Hawa,yang bermaksud ‘yang dirindui’.Selepas itu,bermulalah kisah sebenar perjalanan hidup nabi Adam sebagai khalifah di atas muka bumi.


