1 March 2010 6 Komen

formula dari Allah

Aminah : Saya rasa, hati saya bermasalah la. Saya rasa tak suka sangat dekat seorang ni dan saya tak boleh nak maafkan kesalahan-kesalahan dia. Walaupun kadang-kadang dia tak buat jahat pada saya, tapi bila dia buat jahat pada rakan-rakan saya, saya rasa sakit hati sangat dengan dia, macam mana ek?

Siti : Tak boleh macam tu. Setiap orang buat salah, awak fikirlah kesalahan awak  dekat orang lain pun banyakkan sebelum ni. Mungkin dengan cara kita memaafkan orang lain, orang-orang lain yang pernah kita aniayai akan turut terbuka hati untuk memaafkan kita kan.

Aminah : Tapi saya memang tak boleh la. Kalau orang buat jahat kat saya sekali, saya akan buat jahat pada dia tiga kali.

Baca selebihnya entri ini —>

7 February 2010 2 Komen

Better Late Than Never

Better Late Than Never

Musim peperiksaan tiba lagi, secara automatik, ahli surau akan bertambah. Itulah fitrah musim peperiksaan, bukan di JAD sahaja malah di mana-mana Instituti pelajaran di dunia ini. Ketika musim peperiksaan, barulah mula cari sejadah, barulah mula bangun malam, barulah mula turun ke surau, semuanya semata-mata inginkan markah yang tinggi dan cemerlang. Perkataan-perkataan seperti Tawakkal, Redha, Man Jadda Wa Jadda, yang sebelum ini tidak pernah disebut malah tidak ingin didengari, mula bermain-main di bibir pelajar-pelajar JAD. Ya, apabila musibah mula melanda, bukan JAD sahaja tapi manusia umumnya, mula mencari Tuhan.

Baca selebihnya entri ini —>

3 February 2010 0 Komen

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Baca selebihnya entri ini —>

18 January 2010 0 Komen

Biar Saya Jadi Perogol!

Biar Saya Jadi Perogol!

Orang yang tidak beragama sekalipun sangat marah apabila kita katakan kepada mereka bahawa mereka adalah ahli neraka, kalau tidak percaya, cuba lakukan. Mahu dilempangnya kepala kita, disepaknya perut kita. Percaya atau tidak, itulah fitrah, semua orang inginkan sesuatu yang baik dan menolak sesuatu yang buruk.Ya, saya pernah berjumpa dengan manusia-manusia pada lisannya tidak kisah untuk masuk neraka tapi saya percaya bahawa jauh di sudut hatinya bahawa dia sesekali tidak ingin dirinya dicampak ke neraka.

“kalau semua orang nak masuk syurga, sapa nak masuk neraka?” Jawab dia yang suka bergurau.
Baca selebihnya entri ini —>

22 December 2009 3 Komen

Apabila Pahala Berdialog Dengan Dosa

Setelah sempurna tempat yang diberi nama Syurga,Allah mengarahkan malaikat untuk menjenguk ke dalamnya dan Tanya komen malaikat tentangnya.”Ya Allah,andai inilah syurga,pasti tiada seorang pun manusia yang tidak ingin masuk ke dalamnya,terlampau indah Ya Allah,”komen malaikat. Lalu Allah menyuruh malaikat melihat jalan-jalan ke syurga dan malaikat berkata, “ya Allah,jika inilah jalan ke syurga,pasti tidak ada yang akan sampai ke dalamnya.”

Kemudian Allah menyuruh malaikat melihat neraka dan malaikat komen, “ya Allah,andai beginilah neraka,pasti tiada seorang pun manusia yang ingin masuk ke dalamnya.”Lalu ditunjukkan jalan-jalan ke neraka dan malaikat berkata, “jika inilah jalan-jalan ke neraka,pasti semua orang akan masuk ke dalam neraka.”*

Baca selebihnya entri ini —>

9 November 2009 0 Komen

Mereka kenal lalu mereka bercinta…

Cuba bayangkan anda mendapat arahan untuk memastikan semua orang di kawasan anda memasuki sebuah skim cepat kaya. Cara untuk menyertai, semua orang perlu rela memberikan semua harta benda mereka termasuk rumah, isteri dan anak-anak mereka kepada skim ini, dan mereka akan dijanjikan pulangan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus kali ganda daripada itu. Dan anda memberi jaminan perkara ini memang pasti akan terjadi! Bagaimana perasaan anda? Adakah anda rasa orang akan percaya dengan skim cepat kaya anda? Adakah jaminan yang anda berikan mampu menimbulkan kepercayaan itu? Lebih penting daripada itu, mampukah anda mengajak semua orang menyertainya?

Persoalan di atas dipetik daripada artikel sebelum ini,’Jika Anda Seorang Nabi‘.Jika penulis mempersoalkan bagaimana anda ingin menarik orang menyertai skim cepat kaya anda,saya ingin persoalkan kenapa masih ada yang ‘gila’ menyertai skim cepat kaya ini walaupun janji-janji yang ditabur adalah sesuatu yang belum pasti.Jika dibaca berita harian,utusan atau kosmo,walaupun kerajaan sudah berpuluh-puluh kali menasihat rakyat supaya jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya tetapi mengapa masih ada yang sanggup menggadai tanah pusaka demi menyertai skim cepat kaya?Sudah berbuih mulut Dr.Madya Fadzilah Kamsah berceramah mengatakan tiada jalan pintas untuk kaya tetapi mengapa masih ada golongan yang menyertainya?Masakan tidak ada yang join kalau kertas-kertas skim cepat kaya masih diselit di wiper kereta anda selepas solat Jumaat.

Jawapannya,mereka percaya.Mereka yakin dengan janji-janji syarikat tersebut.Biar orang di sekeliling tegur atau marah mereka, tetapi disebabkan apa yang mereka ‘nampak’,mereka tidak hiraukan itu semua.

Begitulah dengan sahabat,mereka nampak syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bilal,walaupun dihimpit batu berat di tengah terik matahari di tengah-tengah padang pasir,dia tetap bersama dengan Rasulullah.

Persoalannya di sini,bagaimana mereka ‘nampak’ syurga sedangkan Rasulullah tidak pernah tunjuk kepada mereka? Rasulullah hanya cerita kepada mereka bagaimana itu syurga,airnya bagaimana,bidadarinya cantik macamana,enaknya macamana dan benda-benda ini pun diceritakan kepada kita juga melalui hadis Rasulullah dan Al-Quran.Sama,tiada yang beza tapi kenapa mereka ‘nampak’ syurga tapi kita tak ‘nampak’ syurga?

Baiklah,anda kata mereka dengar daripada lisan Rasulullah sendiri,mereka nampak Rasulullah,mereka hidup dengan Rasulullah, mereka nampak mukjizat nabi jadi mereka lebih yakin dengan Rasulullah.Saya setuju dengan pendapat anda ini.Tapi bagaimana pula mereka-mereka yang hidup sezaman dengan Khalifah Ar-Rashidin?Mereka-mereka di zaman Umar Abdul Aziz?Mereka-mereka yang hidup sezaman dengan Harun Ar-Rashid?Al-Makmum?Kenapa mereka mampu mengabdikan diri kepada ‘wang’ yang belum pasti itu? Kenapa mereka yakin dengan ‘skim cepat kaya’ yang dibawa oleh Muhammad itu?Apa beza mereka dengan kita?

Mereka tidak pernah melihat nabi,mereka tidak hidup dengan nabi,mereka tidak pernah tengok mukjizat nabi,mereka tidak tinggal di Makkah dan Madinah.Mereka ada Quran,kita pun ada Quran,siap dengan Phone Quran lagi.Mereka ada hadis nabi,kita ada E-Hadith lagi.Jadi,apa beza mereka dengan kita?

Tiada beza!   Tiada beza!   Tiada beza!

Habis tu,kenapa mereka ‘nampak’ tetapi kita tidak ‘nampak’?

Jawapannya,mereka ‘bercinta’ dengan syurga tetapi kita tidak.

Orang selalu cakap orang bercinta jangan ditegur kerana dia mabuk dengan cintanya.

Saya sangat suka dengan kisah cinta ‘secawan kopi dan secamca garam‘.Ringkasnya,kisah cinta tentang seorang lelaki yang terpaksa minum kopi dengan garam sepanjang hidupnya dengan isteri tercinta disebabkan ‘dating’ pertamanya.Namun,disebabkan cintanya pada isteri,garam pun,garam lah!(p/s:bila petronas nak lakonkan bende ni,menarik ni?)

Disebabkan cinta,para sahabat dan mereka(sezaman dengan yang disebutkan tadi) tidak hiraukan apa orang kata tetapi mengejar syurga sehingga mereka dapat.Cinta mereka kepada syurga bukan calang-calang,nyawa pun sanggup dikorbankan walaupun pada hakikatnya mereka boleh selamatkan diri mereka seperti Ammar Bin Yassir tapi mereka pilih untuk mati demi Aqidah. Jangan sekadar baca,cuba anda bayangkan!

Anda kena faham,dalam Islam,anda boleh lafazkan anda keluar Islam jika nyawa anda terancam.Contohnya, Bush datang kepada anda dengan membawa 10 000 tentera lengkap berkerta kebal.Dia memberi anda kata dua,islam atau kafir,jika anda pilih kafir anda selamat tapi kalau anda pilih Islam,anda mati.Ketika ini,anda boleh pilih kafir untuk menyelamatkan nyawa anda,aqidah anda tidak terusik.Kalau saya,saya pilih nyawa kerana iman adalah benda dalaman yang tidak dapat dilihat.Soal solat,puasa atau ibadah-ibadah lain,itu hal kedua,yang penting saya terus hidup dan terus beriman kepada Allah.Tapi kenapa sahabat atau mereka pilih aqidah? Sebab cinta mereka!Rindu mereka pada syurga sudah tidak dapat dibendung lagi,malah ada yang minta supaya nyawanya banyak, bukan untuk hidup lebih lama tetapi supaya banyak yang dikorbankan!Demi apa?Demi cinta!

Pepatah Melayu tidak terhasil tanpa kajian nenek moyang kita,jadi pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’ adalah pepatah yang berasas. Para sahabat dan mereka ‘kenal’ syurga jadi mereka boleh bercinta dengan syurga.

“Eleh,kite pom kenal syurge taw!Syurga ada tujuh,sifatnya meninggi,bidadarinya lawa-lawa,araknya tidak memabukkan,debunya debu keemasan,bunyi pintunya mengasyikkan,baunya semerbak kasturi,pakaiannya sentiasa up-to-date,babi pun bley makan taw!”

Betul,saya akui.Semua orang tahu syurga ada semua itu malah lebih daripada itu tapi bagi saya,hanya tahu semua itu,kita masih tidak boleh kata “saya kenal syurga” kerana apa yang anda bayangkan,itu bukan syurga.

Wajah bidadarinya lawa macam Lisa Surihani…Bidadari lagi lawa daripada itu bahkan sentiasa dara…

Araknya sedap macam Tiger….Arak syurga lagi seda daripada itu,bahkan tidak memabukkan…

Kasturinya cam minyak atar…Kasturi jauh lagi sedap daripada itu bahkan tidak memeningkan..

Besarnya macam istana…Istana di syurga lagi besar bahkan berubah-ubah ikut kehendak…

Jadi,anda dapat bayang apa itu syurga?Tidak!Selagi kita dapat bayang apa itu syurga,selagi itu,itu bukan syurga.

Oleh itu,bagaimana sahabat ‘kenal’ syurga?

Untuk kenal sesuatu,adakah hanya perlu melihat?Tidak,kadang-kadang,kita kena rasai.

Macamana rasa buah durian?

Macamana rasa selesa?

Macamana rasa cinta?

Benda yang tidak nampak tapi cukup,cukup memberi kesan kepada kita.Begitulah sahabat ‘kenal’ syurga. Sahabat hidup dalam keperitan,kelaparan,kesengsaraan tetapi nabi datang dan menjanjikan keselesaan,kekenyangan dan kebahagian.Tidak di dunia,tetapi di syurga.Di syurga,tiada lagi dendam,tiada lagi kesedihan,tiada lagi kedukaan,tiada lagi cemburu,semua yang buruk tiada,yang ada hanya semua perasaan yang mendatangkan kebahagian.Dengan membayangkan tiada lagi keperitan,sahabat dapat kenal apa itu syurga.Begitu juga dengan kita,untuk kenal syurga,kita kena fikir apa perasaan kita jika kita hidup tanpa cemburu,tanpa dendam,tanpa lapar,tanpa..tanpa..tanpa semua yang buruk dan sebaliknya semua yang baik.Itulah syurga.

Dalam kulit kacang =P,kita tidak dapat kenal syurga dengan menggambarkan perkara-perkara lahiriah tetapi kita dapat kenal syurga dengan membawa diri(persaan) kita ke dalam syurga.Semoga Allah ‘kenal’kan kita dengan syurga,amin…

7 November 2009 1 Komen

Aku Gerenti Masuk Syurga!!!

Sebenarnya agak risau juga nak menulis tentang artikel kali ini kerana dialog atau isu yang saya nak bangkitkan ini melibatkan orang-orang yang rapat dengan saya dan saya hormati serta sayangi. Tetapi saya merasakan elok juga kalau kita berkongsi pandangan masing-masing, kerana kita semua masih lagi sedang belajar mendalami ilmu agama.

Seketika dahulu saya selalu mendengar (sekarang dah kurang) cerita-cerita tentang kita pasti akan masuk syurga walaupun dimasukkan ke dalam neraka dahulu buat seketika, ataupun istilah yang terkenal ketika itu, “kita kena celup (basuh) dulu kat neraka lepas tu masuk syurga”. Untuk memudahkan pemahaman saya reka satu dialog di bawah :

Ahmad: Umat Islam ni cukup bertuah kerana kita pasti akan masuk syurga!

Muzaffar: Walaupun orang tu jahat pun masuk syurga jugak ke?

Ahmad: Contohnya macam ni. Kalau kau bagi pinjam pinggan dekat aku, lepas tu masa aku pulang pinggan tu, aku pulang dalam keadaan bersih mesti kau terus simpan dalam rak pinggan betul tak? Tapi, kalau aku pulangkan dalam keadaan kotor kau buat apa?

Muzaffar: Aku belasah kau, lepas tu aku tarik telinga kau pergi dapur, basuh pinggan tu.

Ahmad: Hahaha. Yang penting mesti kau basuh dulu baru simpan dalam rak pinggan kan?

Muzaffar: Ye la. Takkan nak simpan terus pinggan yang kotor. Mestilah basuh dulu.

Ahmad: Macam tu jugak la orang Islam. Allah dah bagi pinjam hati kat kita, kalau kita pulangkan dalam keadaan bersih, mesti Allah terus letak kita dalam syurga. Kalau kita pulangkan hati kita dalam keadaan kotor dengan dosa dan maksiat, tentu Allah ‘basuh’ dulu kita bersih-bersih dalam neraka lepas tu masukkan kita dalam syurga. Tetapi syaratnya kita kenalah Islam, itu tiket untuk masuk syurga.

Muzaffar: Oh kalau macam tu, semua orang Islam boleh masuk syurga la kan!

Saya tak berminat mengulas tentang isi dialog ini kerana (pada pendapat peribadi saya), dialog ini memang berasas, berpandukan beberapa hadis Rasullullah. Tetapi yang ingin menjadi topik perbincangan kali ini adalah, bagaimana sikap kita dalam menanggapi (memberi respons) terhadap dialog ini?

Ada sesetengah golongan apabila diceritakan kisah ini, merasa sangat selesa dengan dosa-dosa yang mereka lakukan. Tidak terlintas pun di hatinya untuk bertaubat, kerana dia berfikir selagi dia masih mengucap syahadah tentu dia masuk syurga. Perkiraannya mudah, kehidupan yang kekal adalah di akhirat kelak, bermakna kita hidup selama-lamanya. Setakat masuk neraka (walaupun berjuta tahun), nanti berjuta-juta tahun pula (bahkan selama-lamanya) kita akan masuk syurga.

Kepada yang berpandangan sedemikian, saya nak kongsikan beberapa potong ayat al-Quran yang mungkin boleh dijadikan panduan :

Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja.” Katakanlah: “Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”

(Bukan demikian), yang benar, barang siapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.

(al-Baqarah : 80-82)

Sahabat,

Kita ni sebagai manusia, seringkali mengharapkan perkara-perkara yang luar biasa walaupun amal kita biasa-biasa sahaja. Seringkali juga kita tanpa sedar mendesak Allah menunaikan janji-Nya dan rajin pula kita menghafal segala dalil, umpama nak mengingatkan Allah jika Allah terlupa yang Dia pernah berjanji macam-macam dengan kita, naudzubillah. Sedangkan kita sendiri lupa nak tunaikan janji kita pada Allah.

Bagaimana sahabat, adakah anda masih rasa anda penghuni neraka sementara? Atau menempah tiket tetap ke neraka?

Saya pernah diingatkan di dalam usrah mengenai suatu kisah. Cuba bayangkan, andai di dunia ini, anda dihukum, dikurung di dalam tandas selama 1 bulan. Tanpa diberi makan atau minum kecuali makanan basi dan air longkang. Semestinya hukuman itupun sudah cukup menakutkan kita, dan membuatkan kita menangis, meratap memohon agar dibebaskan daripada hukuman itu. Sesiapa yang tidak merasa takut, cubalah kurung diri anda di dalam tandas selama sehari. Nescaya tidak tertanggung azabnya.

Tetapi sahabat-sahabat, neraka jauh beribu-ribu bahkan berjuta-juta kali ganda lebih busuk, jijik, kotor dan hina daripada tandas. Bukan sahaja menjijikkan, dihuni pula oleh berjuta-juta makhluk yang menakutkan. Bukan sekadar diberi makan makanan basi, bahkan makanan panas menggelegak dan berduri. Bukan pula dikurung sehari atau sebulan bahkan bukan juga setahun, malah berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus ribu tahun malah mungkin juga selama-lamanya.

Sekiranya kita tahu bagaimanakah agaknya neraka yang sebenar, usahkan sementara, sedetik pun kita tidak mahu ke neraka.

Namun sahabat,

Anda dan saya, kita sama-sama sering terlupa dan terleka. Ditambah pula dengan segala macam dugaan dan cabaran beragama dewasa ini.

Kita tenggelam dalam pencarian hukum halal haram.

Kita tenggelam dalam perbahasan politik Islam.

Kita tenggelam dalam perbahan ulama’ silam tentang ilmu ibadah, feqah dan akidah.

Kita tenggelam dalam berbahas isu wahhabi, salafi, khalafi dan lain-lain.

Saya percaya, anda yang membaca Azzariyat.com ketika ini, tentu sahaja orang yang mempunyai kecenderungan atau minat yang tinggi terhadap Islam. Dan nasihat ini saya tujukan buat anda dan saya, kita yang selalu tenggelam dalam penggalian ilmu, menyumbat akal dengan segala dalil. Mari ketika ini, di saat ini, kita duduk sejenak, renung ke dalam diri kita, muhasabah kembali niat kita mengapa kita melakukan semua ini? Adakah untuk dipuja manusia atau diredha Allah? Mari kita semak dada kita, adakah segala ilmu yang kita telah kuasai itu, benar-benar menyelamatkan kita dalam neraka, atau menuntun kita ke sana?

Akhir kata, sebagai kesimpulan, saya mohon maaf jika ada kesalahan. Cuma seperkara yang saya nak tekankan dalam tulisan kali ini, jangan terlalu ghairah menuntut Allah menunaikan janjinya kepada kita, sedangkan diri sendiri gagal atau sengaja tidak menunaikan janji kepada Allah. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapi jangan lupa bahawa Dia juga Maha Pembalas!

Apa pendapat anda?

7 August 2009 1 Komen

Maut yang mengejar….

kubur_thumbSecebis wasiat luqmanul hakim kepada anaknya, untuk renungan kita semua.

“Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun)Seperti mana engkau akan tertidur(juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula hari kebangkitan, maka janganlah(sekali-kali) engkau cuba bangun dari tidurmu(namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu), maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematian.”

Baca selebihnya entri ini —>

13 July 2009 1 Komen

Syurga Cinta

love_cloud_thumbSuatu pagi di dalam surau UNISEL,sebelum aku melelapkan mata untuk berehat, aku ditanya oleh seorang mad’u aku.

“Tengok doh Syurga Cinta?”Soalnya.

“Belom lagi.Cerita yang Heliza ngan Awal blakon tu?”Balas aku.

“Tengok la,best gle.Cite tu ajar care couple ikut Islam.”Dia menjawab.

“Oh,ajar couple ikut Islam ek?Huhuhu,Camne tu ek.”Sahut aku.

“Dok la,tapi…Ala,die nok couple,terus tunang.Takde dating2 ni.”Dia cuba menerangkan maksudnya.

Baca selebihnya entri ini —>

15 June 2009 12 Komen

Aurat,wanita dan neraka [part 2]

wanita_purdahSabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Baca selebihnya entri ini —>

14 June 2009 2 Komen

Aurat,wanita dan neraka [part 1]

jangan-ya-allahDi tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.

Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.

Wanita Dan Aurat

Demonstration against hijab ban by menj
Hijab Our Right!

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.

Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

Di dalam mazhab syafie terdapat  2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

Siapa Yang Berhak Lihat?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!

Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.

Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.


Aurat Dan Kita

hijab by khalilshah - Pro Account expire
wanted!! (^^)

“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.

“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.

“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.

“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.

‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.

“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.

Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.

Pernah atau tidak,ada seorang  kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.

Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.

Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.

“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”

Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.

Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.

HAIFA WAHBI HIJAB by magiclook
Failed! Dadanya terdedah

Ana pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau. :D

Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.

Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”

Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.

“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.

“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.

“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.

“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.

Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?

“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.

Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?

“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”


bersambung….

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:31]

10 June 2009 6 Komen

Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga

doa_thumb“Em…Oh,senanye aku maksudkan nabi Musa je,tak ingat lansung pasal Asiah, Masyitah dan Yukabid.Sebut pasal Asiah dan Masyitah,bukanke Masyitah tu tukang sikat rambut Asiah?Dan bukanke disebabkan Masyitah mencela Firaun semasa sikat yang digunakan untuk sikat rambut permaisuri itu jatuh,Masyitah dihukum bunuh.Bukanke permaisuri ketika itu Asiah?Bukan ke Asiah beriman kepada Allah,tapi kenapa dia lapor pada Firaun?”Tanya Aiman dengan penuh semangat. Baca selebihnya entri ini —>

31 May 2009 1 Komen

Mahalnya sebuah keredhaan…

suamisoleh_thumbMengungkit kembali kisah yang pernah dibawa oleh ana suatu ketika dahulu tentang seorang insan yang bernama Ibrahim bin Adham.Ketika diminta untuk membayar duit untuk membolehkan dia menggunakan tandas,lantas dia menangis.Apabila ditanya adakah kerana tiada duit lalu dia menangis,dia menjawab tidak.Penjaga tandas itu bertanya lagi lalu kerana apa dia menangis dan akhirnya dia menjawab,jika untuk memasuki tandas,satu tempat yang paling jijik,kotor,tempat tinggal syaitan-syaitan laknatullah pun kena bayar, berapakah pula harga bagi syurga Allah,tempat yang paling mulia,aman,tempat tinggal para ambiyat.Sebenarnya,apa yang cuba disampaikan oleh Abu Ishaq sebenarnya,mahalnya keredhaan Allah.

Baca selebihnya entri ini —>

30 May 2009 1 Komen

Syurga Di Pintu Neraka

doorSaya teringat sebuah drama melayu yang pernah saya tonton sewaktu kecil dahulu, bertajuk “Syurga Di Pintu Neraka”. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang hidup bebas berpeleseran dan berkawan dengan ‘mat-mat motor’ (mat rempit mengikut istilah kini). Walaupun acapkali ditegur ibu bapanya, namun dia masih degil dan akhirnya pergaduhan berlaku yang menatijahkan dia lari dari rumah. Dipendekkan cerita akhirnya, suatu hari wanita ini terjebak dengan pengedaran dadah dan ditangkap serta dihukum gantung mandatori. Di dalam penjara, ketika melewati saat-saat akhir hidupnya barulah dia insaf akan segala perbuatannya dan memohon keampunan Allah. Drama berakhir dengan perjalanannya ke tali gantung yang diiringi sendu dan air mata. Baca selebihnya entri ini —>