31 July 2010 0 Komen

Kalau Nak Menampar

Semalam selepas menemani seorang kawan membeli Nikon D90 di Shinjuku,saya dan Taqiyuddin agak terkejut bila diajak ke surau di Shinjuku. Apa yang kami tahu menurut senpai tachi(Melayu: Senior-senior),di Shinjuku tiada tempat khas untuk solat. Sudahlah di Shinjuku,spesifiknya,Kabukichou. Untuk pengetahuan anda,Kabukichou ini ala-ala Lorong Haji Taib, malah lagi teruk,kalau di waktu malam,tak mampu diungkap dengan kata-kata. Di sana,kami berjumpa dengan Chief Editor surat khabar Islam Jepun,Al-Ummah,pak cik Idris, orang Indonesia. Dia datang ke Jepun tahun 1970,kii berkerja secara sukarela menerbit surat khabar bulanan Al-Ummah yang dicetak 2000 naskah sebulan.

“Mesti masa nak sampai tadi,masya Allah,masya Allah,masya Allah,masya Allah….Alhamdulillah,kan?”Gurau Pak Cik Idris dalam bahasa Melayu Indonesia.

Baca selebihnya entri ini —>

28 July 2010 15 Komen

Utopia (Review) : Kenapa Awek Tak Nak Dengan Saya?

Utopia (Review) : Kenapa Awek Tak Nak Dengan Saya?

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz :               21hb ni, 11 pagi.

Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya…

Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar…

Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif :               Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?

Baca selebihnya entri ini —>

6 July 2010 34 Komen

I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~

I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~

Ketika sendirian di rumah kecil ini, teringat pula kenangan- kenangan bersama rakan. Baru semalam semuanya seakan-akan datang singgah di ingatan lantaran semalam saya berpeluang bercakap dan mendengar suara rakan-rakan wanita JAD yang dirindui. berkongsi suara di skype walaupun sekejap, cukup dan amat bermakna buat diri yang rasa kosong, buat diri yang rasa rindu. segalanya terubat dan saat-saat manis dulu terkenang kembali.

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie. Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada~”

Baca selebihnya entri ini —>

7 June 2010 8 Komen

Nama saya Ray~

Hai, nama saya Ray ( bukan nama sebenar). Ray gadis 20-an. Ray ni biasa-biasa je. Tidak la baik sangat. Jahat sangat pon tidak. Ray membesar macam gadis lain. Ibu bapa Ray memang jaga dari segi solat ke puasa ke senang cerita perkara-perkara asas agama memang Ray diajar sejak kecil. Apabila Ray masuk sekolah menengah, sekolah Ray juga mementingkan bab-bab agama. Aurat mesti ditutup dengan sempurna, solat mesti 5 waktu berjemaah di masjid. Dulu pun Ray join usrah, tapi usrah yang “huhahuha”, senang cite, usrah yang main-main kuiz pasal agama, usrah tak serius sangat la. Bila Ray masuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, Ray masih seperti dulu. Ray masih ingat kewajipan solat dan menutup aurat. Tapi masa tu tak tahu lagi kaki tu pun aurat. Sampailah Ray dengar ceramah seorang rakan Ray dalam satu kuliah maghrib;

Baca selebihnya entri ini —>

28 May 2010 7 Komen

Ini Kejutan Budaya

“Awak semua mesti bersedia sebelum pergi ke sana,sedia fizikal dan mental,”pesan seorang Fasilitator semasa kem Ibadah tahun lalu.

“Solat jangan tinggal,makanan kena jaga.Kuatkan iman,nanti sampai sana,pelbagai jenis kejutan budaya awak akan rasai. Sebelum bercakap dengan anda semua,saya telah lakukan ‘homework’ saya,saya mesej dengan ramai pelajar-pelajar Malaysia di Jepun dan setelah servey selesai,saya dapati kejutan budaya yang paling dirasai oleh pelajar Malaysia ialah ‘yang bertudung lepaskan tudung’,maksud saya freehair. Sebabnya,di Jepun nanti,mereka yang bertudung akan disoal macam-macam oleh kawan-kawan Jepun.Kalau mereka soal sebab nak tahu takpe,tapi yang jenis mengejek.Ada yang kata orang pakai tudung botak la dan macam-macam lagi.Jadi,kuatkan iman!”Sambung beliau.

“Kejutan wanita!”Sampuk pelajar lelaki yang duduk di belakang sambil menyembunyikan diri,malu agaknya.

“Ha,yang itu pun masalah,masalah orang lelaki.”Sahut Fasilitator,dengar rupanya.

Baca selebihnya entri ini —>

24 February 2010 5 Komen

Antara Dua Kisah

Antara Dua Kisah

Kisah 1

Petang itu, selepas solat zohor, saya dijemput oleh seorang teman untuk menuju ke tapak program. Saya diminta untuk menjadi AJK dalam sebuah program kepimpinan (dakwah) yang melibatkan pelajar-pelajar universiti sekitar Shah Alam. Objektif program untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang komitmen mereka kepada agama.

“Lapar?”

“Eh tak lah, dah makan dah tadi” (walaupun sebenarnya memang lapar : orang melayu memang macam tu kan?)

Baca selebihnya entri ini —>

16 February 2010 2 Komen

Masih sedikit rasa syukurku padaMu~

Masih sedikit rasa syukurku padaMu~

Ketika menjawab kertas soalan Electromagnetism dalam peperiksaan akhir baru-baru ini, satu perkara berlaku kepada seorang hamba Allah ini yang membuatkan dia semakin yakin dengan pertolongan Allah s.w.t. Ketika sedang menjawab soalan, hampir kesemua soalan berjaya dijawab. Hanya tinggal beberapa soalan lagi yang belum berjawab. Setelah beberapa jam berlalu, tinggal satu lagi soalan yang belum dijawab. Hamba Allah ini benar-benar buntu. Pelbagai  perasaan muncul.

“ Aku rasa macam pernah buat soalan ni.”

“ Macam mana nak start jawab soalan ni? “

Tiba-tiba hamba Allah ini teringat pesanan arwah ayahnya.

“ Masa exam, kalau tak ingat apa yang kita dah baca, cuba selawat pada nabi, InsyaAllah boleh ingat balik.”

Lantas hamba Allah ni selawat tak putus-putus. Tiba-tiba akal terbayang satu cara bagaimana nak selesaikan soalan tersebut. Lantas tangan bergerak selari dengan apa yang akal bayangkan. Akhirnya siap juga pengiraan yang dibuat. Selepas tamat, hamba Allah ini terus menutup soalan tadi kerana bimbang datang pula perasaan was-was dengan jawapan tadi. Kata orang, dalam exam, lintasan pertama itu kata hati, lintasan kedua sudah jadi bisikan syaitan.

Baca selebihnya entri ini —>

4 February 2010 14 Komen

Kadang-kadang kita lupa…

Kadang-kadang kita lupa…

“Hari tu gee ade oyat, sesiapa yang tak memberi manfaat kepada dunia walau sedikit pun, dia adalah sisa dunia. Macam mane kalau taknak jadi sisa dunia?”

“hm, jadilah berguna kepada orang lain…”

“Set mung xpo la…ade adek2 usrah, ade azzariyat nak dakwah…kalu ore macam aku ni gano?”

“Huhu…mung wat la artikel ugop…hantar kt azzariyat..”

“xreti nak tulis…nak kecek depe ore pom xreti ugop…”

“Xpo2…mung ade aku…gapo2 mung tau oyat la ke aku…dakwah aku…xde la jadi sisa dunia…at least bermanfaat tuk aku kan..”

Baca selebihnya entri ini —>

16 January 2010 0 Komen

Tidak Cukup Besar?

Tidak Cukup Besar?

Rabu lalu usrah kami bersama kouhai membincangkan ayat 111 surah at-taubah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Sebagai ringkasan, saya ceritakan sebuah analogi kepada anda :

Andaikan ada dua sahabat Ali dan Azizan.

Baca selebihnya entri ini —>

Tags:
8 August 2009 3 Komen

Ayuh, Bangunlah Teman…

kubur_thumbUsrah hari ini tidak seperti biasa. Keahliannya masih sama biarpun kehadiran semuanya tak pernah menentu kerana ada saja sahabat yang punya alasan sendiri untuk tak menghadirkan diri. Namun biar apapun alasan mereka semoga hidayah dariNya sentiasa menaungi mereka. Bukan hal ini yang ingin dikongsi bersama tapi pengisiannya. Bukan senang untuk berubah. Tajuk yang cukup ringkas mudah difahami oleh sesiapa tak semua bisa merealisasikannya. Ada yang menemui jalan ini gelap tak bercahaya. Ada yang kecundang disaat langkahan kaki bermula dek kerana keyakinan yang belum benar-benar mantap. Ada yang berjaya melaluinya tapi gagal menemui pengakhirannya kerana tersungkur di pertengahan. Ada yang berjaya menemui penghujungnya setelah melalui pelbagai rintangan.

Memang benar untuk berubah tak semudah kita menterbalikkan tapak tangan. Keyakinan yang benar-benar mantap diperlukan. Isu yang ditimbulkan dalam usrah kali ini lebih tertumpu pada tradisi ‘couple’. Tradisi yang cukup popular dalam kalangan para siswa dan siswi. Malah turut di pelopor juga oleh para pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hakikatnya tradisi amalan ‘couple’ ni memang menjadi tumpuan para remaja hari ini. Dan menjadi tumpuan para nuqaba dan para da’ie juga untuk mencari solusinya.

Rata-rata beranggapan bahawa masalah ‘couple’ ini bukanlah suatu isu. Malah persoalan ini dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Dan yang lebih parah ada ibubapa yang seolah-olah merelakan anak mereka mengamalkan tradisi yang bisa dipandang serong oleh agama lain andainya pengamalnya pemudi yang beragama Islam hari ini. Kenapa hal ini bisa dipandang serong oleh penganut agama lain?? Jawapannya ringkas, inikah ajaran Islam. Ajaran yang mengajak para penganutnya menjaga batas pergaulan sesama manusia yang berbeza jantina. Ajaran yang menyeru penganutnya membawa kebaikan di bumi, tapi remajanya berpeleseran bebas berpegangan tangan tanpa suatu lafaz janji yang dilafazkan berlandaskan nama yang Maha Esa. Lantas mereka melahirkan anak yang tak berdosa yang akan dicemuh oleh masyarakat. Jadi inikah ajaran Islam yang ingin kita pertontonkan kepada umum. Inikah caranya ajaran Islam itu di perkenalkan?? Melalui pergaulan bebas yang akan membawa kepada seks bebas.
Ajaran Islam yang sebenar harus diperhalusi dan di fahami bukan sekadar dipelajari. Ada rakan-rakan usrahku menyuarakan pandangan mereka dengan berkata, Ala kenapa isu-isu yang kecil harus kita pandang berat?? Bukan isu perihal solat ataupun ibadah-ibadah lain yang diperbincangkan. Bukankah itu lebih penting dari masalah ‘couple’. Ada pula masyarakat diluar sana berpandangan, kami bukan ‘couple’. Kami sekadar teman tapi mesra. Kami tak berpegangan tangan. Kami tak bercumbuan pada khalayak. Awek aku berpakaian menutup aurat. Pak we aku setiap hari pergi usrah. Tak pe la benda kecik je ni. Sekadar untuk menambah teman untuk mengenal dengan lebih dekat siapa dia dan aku sebelum kami dipersatukan.

Bukan kecil ataupun besar yang menjadi persoalannya. Namun yang lebih utama adalah peranan kita untuk membendungnya. Kenapa perlu dibendung?? Bukan ke isu lain itu lebih utama. Suatu masa dahulu aku urut terfikir perihal ni. Nampaknya tiada penyusutan di perlihatkan malah saban hari peningkatan yang dicatatkan.

Isu yang dipandang remeh inilah sewajarnya diberi lebih penumpuan. Kerana pada aku tak sempurna ibadah seseorang andai masih ada yang menjadi larangan Allah tidak dipatuhi. Analoginya mudah kita mengharamkan babi dan makan semua makanan halal tapi arak kita minum. “Eh, kan arak tu haram kenapa kau minum??” Alasannya mudah kan aku dah tak makan babi, aku dah solat, aku dah berpakaian tutup aurat. Takpe arak je. Pahala-pahala aku boleh ‘cover’ dosa minum arak ni. Namun sedarilah wahai teman seislamku haram tetap haram. Hukum tak bisa berubah andainya kita memperbanyakkan ibadah lain. Tak sempurna ibadah insan itu andai masih ada larangan Allah masih dilanggari. Ada yang beranggapan, tak pe aku ‘couple’ ni. Alasannya pula,” eh tak pe kalau ‘couple’. Andainya tak pegang-pegang tangan. Pakai tudung labuh baju labuh kalau kuar sekali. Time keluar plak kita bincang perihal usrah dan kebesaran Allah”. Inilah yang dikatakan tujuan menghalalkan cara. Hukumnya tetap haram. Analoginya umat islam dilarang makan babi kerana binatang ini makan segala jenis makanan termasuk najis. Tapi kalau kita sembelih babi tu, samak dia, masih bisakah kita makan babi?? Jawapannya tetap haram kan…samalah dengan situasi diatas.

Wahai sahabatku kita sering merintih mengharap padaNya agar diberikan segala kenikmatan didunia ini. Apabila rintihan kita tidak diendahkan, tatkala diri dihimpit keninaan dan kesusahan ada dalam kalangan kita akan mempersoalkan, “ish kenapa la result aku still teruk. Padahal kan aku dah belajar semalam. Kenapa time exam aku pening.” tatkala itu kita merasakan Allah bagaikan mengabaikan doa kita. Allah tak pernah dengar doa kita. Tapi pernahkah kita semak dimana letaknya Allah dalam diri kita? Kita mengakui Allah punya kuasa yang maha agung yang bisa menterbalikkan alam ini pada bila-bila masa sahaja. Kita sering berzikir melafazkan kata-kata cinta yang memuji kebesaranNya. Kita mengharapkan redhaNya.

Namun pernahkah sahabatku kau bertanya,”Allah terletak di bahagian mana dalam diri kita. Andai Allah itu kita letakkan di tapak tangan dan dunia itu di hati. Maka akan jauhlah diri kita dari terus mendapat hidayahNya kerana benda yang bisa digenggam mudah dilepas pada bila-bila waktu sahaja. Andainya Allah itu letaknya di situ maka insaflah wahai teman. Namun, andai letaknya Allah dihati kita akan sentiasa merasakan Allah itu dekat dengan kita. Walaupun sememangnya Allah lebih dekat dengan diri kita sendiri kalau nak dibandingkan dengan urat leher kita sendiri.

Sedarilah teman kerana masa itu masih ada menantikan tangisan taubatmu. Malaikat itu ada di kanan dan kiri tubuhmu untuk mencatat segala perbuatanmu agar ianya bisa dihisab dengan adil. Sehari usia kita meningkat tua semakin dekat saat pernikahan kita dengan maut kita. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan diri yang telahpun dipertunangkan. Yakni dipertunangkan dengan kematian. Tinggal lagi hanya kad undangannya sahaja yang masih dihijabkan oleh Allah.

Ayuh bangunlah teman sebelum lampu isyaratmu tidak lagi menyalakan warnanya. Selagi kita masih mampu tersenyum, berubahlah…