Tentang Cinta siri 2 : Nota Buat Budak Dakwah
Saya memilih berbicara tentang cinta walau mungkin pengalaman saya terhad dan pemerhatian serta pengetahuan saya terbatas, maka mungkin sedikit sahaja yang dapat saya kongsikan. Namun semoga pada yang sedikit itu Allah campakkan keberkatan, menambahkan pengeTAHUan, meningkatkan keMAMPUan dan menetapkan keMAHUan kita, memulakan kembara perubahan mencari jalan menuju Tuhan.
[siri 1]
“jangan benci bilang cinta
jangan marah bilang sayang
jangan mendustai hati
bila engkau memang suka”
Jangan sesekali anda rasa muak berbicara soal cinta, kerana hakikatnya soal cinta ini yang mencorakkan sebahagian besar kehidupan remaja. Bahkan selaklah dada akhbar, statistik kelahiran anak luar nikah, lari dari rumah untuk menikah dengan teman lelaki, seks bebas dan pelbagai lagi adalah siri-siri gejala cinta.
Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’
Jadi jika anda keliru, mengapa azzariyat masih berbicara soal cinta, jawapannya kerana kita saling berkongsi cita-cita yang sama untuk mengubah manusia. Dan tiadalah sesiapa yang dapat mengubah seseorang yang lain melainkan orang itu mengubah apa yang ada dalam dirinya iaitu hati. Kerana biar berjuta perkara yang kita TAHU, biar berjuta keupayaan yang kita MAMPU, kita tidak akan tergerak untuk berubah kecuali selepas hati kita MAHU. Dan momentum perubahan yang besar hanya mampu dicetuskan oleh cinta.
Nikmat Syurga Yang Hilang Serinya
Cinta sesama manusia itu pertama sekali dicipta untuk Adam di syurga, dan nikmat itu diwarisi oleh anak cucu Adam di dunia. Jadi nikmatnya cinta ini tidak usah diragui, memang tidak terperi indahnya. Namun malangnya cinta kini makin hilang seri syurganya, lantaran para ‘pencinta’ makin hilang seri ‘penghuni syurganya’. Jadi cinta yang sepatutnya mengangkat wajah kita menyapa Cinta Ilahi, bahkan menjerut pula leher kita tersembam di kaki maksiat dan nafsu nafsi. Akibat gagal menguruskan cinta ini, maka lahirlah pelbagai siri gejala yang pelik-pelik sehingga manusia tergamak berbunuhan.
Seorang ibu membunuh anak luar nikahnya.
Seorang suami membunuh isterinya.
Seorang kekasih membunuh dirinya.
Murahnya harga sebuah kehidupan apabila cinta tidak dijalankan di landasan yang betul.
Dakwah
Maka mungkin kerana risau atau mungkin bosan dengan situasi sebegini terdetik keinginan bagi sesetengah pihak untuk berbuat sesuatu. Atas kesedaran untuk merubah suasana menjadi lebih baik, merubah dunia menjadi lebih cantik, lahirlah sekumpulan manusia yang tega berdakwah, merasa terpanggil untuk mengajar manusia menguruskan cinta.
“abang macam mana saya nak tegur kawan tentang isu couple ni ya?”
Kebelakangan ini kami banyak menerima soalan-soalan sebegini. Semestinya kami gembira kerana sekurang-kurangnya pelajar-pelajar semakin meningkat keinginan untuk saling menegur serta sudi meluangkan masa berfikir tentang masalah umat. Namun kadang kala, cara kita menterjemahkan perasaan kita untuk mengubah manusia itu, sedikit meresahkan dan menyesakkan dada kami.
“isy tak tahu ke couple tu haram? Nak sangat ke masuk neraka, hah nanti berdating la puas-puas kat neraka tu ya!” seorang daie berjalan puas setelah ‘menasihati’ sepasang couple.
“salam… tadi akak nampak, duduk berdua dengan lelaki kat taman. Dah banyak sangat ke pahala, dah confirm masuk syurga? Dah teringin sangat masuk neraka” sms seorang senior kepada juniornya.
“budak macam ni dah tak boleh buat apa dah, kita ‘brainwash’ kepala otak dia sikit baru dia sedar”
Jika kita sekadar ingin memuaskan hati sendiri dengan menghamburkan kemarahan kepada pasangan-pasangan yang bercinta ini, silakan. Jika kita hanya ingin melunaskan tanggungjawab menyampaikan walau satu ayat dari Nabi, maka silakan. Kerahlah bala tentera kita dari golongan budak surau, budak dakwah dan sekalian yang ada, seranglah mereka secara semuka atau sindir di belakang, keras atau berlapik. Maka lepaslah tanggungjawab anda, hidayah kan milik Allah, mereka nak terima atau tak itu antara mereka dengan Allah. Tugas anda dah selesai.
Begitukah cara kerja yang diajar nabi?
Ubah Kemungkaran
Kita tidak khilaf isu kewajipan mencegah kemungkaran, namun jangan lupa syarat mencegah kemungkaran mestilah tidak mencetuskan kemungkaran yang lebih besar. Adakah dengan kasar bahasa dan segala maki hamun yang anda hamburkan mampu mengubah mereka ke arah kesedaran atau menjauhkan mereka dari kebenaran?
Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]
Ayat ini menjadi dalil bagi setiap yang melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangan, lidah atau hati mengikut kapasiti masing-masing.
Kamu diminta mengubah kemungkaran bukan sekadar mencegah atau menegah. Maka apabila usaha mengubah yang dipersoalkan perlu kita berfikir masak-masak setiap tindakan yang dilakukan itu mampukah mengubah kemungkaran? Lebih penting lagi perubahan itu ke arah makruf atau kemungkaran yang lebih besar?
Ubah Dengan Hati
Mengubah dengan hati bukanlah perkara paling rendah tarafnya atau paling remeh lantas diletakkan sebagai indikator serendah-rendah iman. Bahkan hatilah perkara paling asas (foundation) yang dengan tanpanya maka tiadalah iman. Dengan asas hati ini kita menguruskan lisan dan tangan (kekuasaan).
Justeru sebelum keluar berdakwah mengubah manusia, periksa dulu di dalam hati, sudah diluruskan niat atau belum. Adakah kita keluar berdakwah kerana benci atau cinta? Sudahkah ditanamkan rasa sayang kepada rakan seagama sebelum kita tega menghamburkan kata-kata bahkan mungkin nista dan hina?
Amat malang bagi mereka yang memakai lencana dai’e tapi berdakwah tanpa sifat empati. Amat malang bagi mereka yang menuntut perubahan dari mungkar kepada makruf, boleh berlaku sekejapan, sekelip mata. Amat malang bagi yang berfikir kekerasan dan ketegasan adalah cara Islam mendepani maksiat dan kerosakan.
Mari Belajar Dari Umar
Ketika anakanda khalifah Umar Abdul Aziz bertanya kepada ayahnya, “wahai ayahanda, mengapa ayahanda tidak segera menghapuskan kezaliman yang sedang berlaku?”. Khalifah menjawab, “Jangan terlalu tergesa-gesa wahai anakanda, sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengkeji khamar (arak) sebanyak dua kali, dan pada kali yang ketiganya barulah diharamkan. Sesungguhnya daku khuatir apabila daku paksakan mereka untuk menerima perkara yang hak secara serta-merta, maka sebaliknya mereka akan meninggalkannya, maka akan timbullah fitnah yang lebih besar lagi…”
Bukankah Allah itu Al-Halim (maha penyantun), maka bagaimana pula kita sebagai hamba tidak sudi belajar dari sifat-Nya yang mulia, yang tidak serta-merta mengharamkan arak yang ketika itu menjadi minuman kebiasaan malah utama masyarakat arab?
Belajar Dari Nabi
Menurut hadis yang dilaporkan oleh Ibnu al-Mubarak, “Apabila engkau hendak mengerjakan sesuatu, fikirkanlah akibatnya, apabila akibatnya baik kerjakanlah, apabila akibatnya buruk tinggalkanlah”
Wahai budak-budak dakwah, sebelum lisanmu tega berkata-kata, sebelum tanganmu tangkas menghayun senjata, fikirkanlah akibat perbuatanmu. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pertamanya suburkanlah dahulu cinta dalam hatimu.
Rasullulah berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dalam siri dakwahnya.
Ada Arab Badwi yang kencing dalam masjid.
Ada yang memohon untuk merompak.
Bagaimana Rasullullah menanggapi semua ini dengan penuh berhikmah? Baginda tidak sewenang-wenangnya menggunakan statusnya sebagai nabi dan membentangkan berjela-jela nas-nas al-Quran dan mengakhirinya dengan “Haram! Kamu tak ikut cakap aku, masuk neraka!!!”
Kisah seorang pemuda yang datang bertemu Rasullullah untuk memohon keizinan untuk berzina boleh kita jadikan iktibar. Pemuda ini dibawa mendekati Rasullullah,
“Wahai pemuda,” sapa Nabi SAW. Lemah lembut, “Apakah kamu suka kalau perbuatan zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?”
“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah yang menjadikan aku sebagai tebusan anda, saya tidak ingin itu terjadi,” jawabnya. “Begitu juga kebanyakan manusia, tidak menyukai atau menginginkan perbuatan zina itu dilakukan terhadap ibu mereka,” ujar Nabi.
“Apakah kamu senang zina itu dilakukan terhadap anak-anak perempuanmu kelak?” tanya Baginda selanjutnya.
“Sama sekali aku tidak menginginkan hal itu terjadi, ya Rasulullah. Demi Allah, bermimpi pun saya tidak ingin.”
“Begitu pula kebanyakan manusia, mereka tidak senang kalau sampai perbuatan zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Apakah kamu senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuanmu?” tanya Baginda lagi.
“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah saya tidak senang.”
“Begitu juga dengan orang lain, sama dengan anda, tidak senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuan mereka. Apakah kamu ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudaramu?”
“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah tidak,” tandasnya.
“Kebanyakan manusia juga tidak ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudara mereka.”
Nabi saw. kemudian meletakkan tangan beliau pada tubuh pemuda itu dan mendoakannya: “Ya Allah, bersihkanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya serta ampunilah dosa pemuda ini”
Nabi mengakhiri nasihatnya dengan DOA!!
Berapa ramai di antara kita yang lantang menegur kemungkaran mendoakan orang yang didakwahkan? Malah kalau dimuhasabahkan, kita hari ini lebih banyak mendoakan neraka daripada mendoakan dia masuk syurga.
Maka nilai kembali mengapa kita berdakwah tentang cinta.
Adakah untuk melunaskan kebencian, rasa meluat terhadap pasangan-pasangan yang berpeleseran di taman? Atau kerana kasih dan sayang untuk membawa mereka bersama-sama meniti jalan ke syurga?
Wahai para dai’e yang saya cintai,
Bukanlah seruan saya untuk anda menutup mulut, mata dan telinga daripada maksiat yang berlaku di depan mata. Bahkan bukan pula seruan saya untuk anda tidak berbuat apa-apa.
Namun seruan saya adalah pada mengikhlaskan niat, untuk mengubah manusia kembali kepada Tuhan. Maka sebelum hati mereka dihubungkan kepada Tuhan, hubungkanlah hati anda dengan mereka dahulu.
Ya dakwah secara berhkmah itu pelbagai, pesan yang tegas dan nasihat yang keras itu juga boleh jadi berhikmah. Namun sudahkah dicuba segala jalan yang lembut menyantuni sebelum kita memilih jalan yang keras menghukumi?
“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.
I would do less correcting and more connecting.
Saya akan kurang membetulkan dan banyak menghubungkan.
Beli Cinta dengan Cinta
Jika cinta di dalam hati anda, seorang manusia di depan mata yang tampak jasadnya, pun tak dapat dilihat oleh manusia, maka bagaimana manusia itu hendak dibawa melihat Cinta Allah yang tak ternampak dek mata?
Milikilah sedikit nilai empati. Ketika mereka yang sedang bercinta, merasa cukup bahagia dan tenang kerana ada teman untuk berkongsi rasa dan mereka rasa bagai berada di syurga dunia.
Tiba-tiba anda datang membawa gambaran sebuah neraka dengan wajah sebengis Malaikat Zabaniah, dan anda minta mereka mengikut seruan anda. Renung-renungkan!
Belilah cinta mereka dengan cinta. Jangan pernah membenci cinta apatah lagi membenci pencinta.
Setelah berikhtiar panjatkanlah doa kepada Allah, kerana hidayah bukan milik kita.
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]
Saya akhiri dengan satu hadis untuk renungan semua.
Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Ansari r.a berkata : Ada seorang lelaki berkata kepada Rasullullah; Saya sengaja datang terlambat untuk melaksanakan solat subuh kerana si fulan (imam) selalu sangat memperpanjang bacaan (surahnya). Abu Mas’ud berkata lagi : Saya tidak pernah melihat Rasullullah s.a.w berkata dalam keadaan yang sangat marah, selain daripada hari itu ketika baginda menyampaikan nasihatnya seraya berkata : “Sesungguhnya ada di kalangan kamu orang yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan ajaran Islam; sesiapa sahaja di antara kamu menjadi imam dalam solat, maka hendaklah ia memendekkan bacaannya kerana di antara mereka ada yang lemah, berumur tua dan mereka yang mempunyai hajat dan keperluan lain.”
Perhatikanlah ucapan (lisan) dan tindakan (tangan) anda.
Kalau tak dapat membawa mereka mendekati Allah sekalipun, jangan dibawa mereka makin lari dari Allah.
Wallahualam.



cinta..sedey mengenangnya tp cukup indah
belajar dr pengalaman
apa yang kita buat
biarlah kerana Allah s.w.t~
first time dengar lagu Uwais bg, aku jatuh cinta ngan lagu ni
best3…
“kata2 cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku”
tajuk lgu ni pe?
Muhasabah Cinta oleh Edcoustic.
nota wt penulis…ade lg ke smbungan ni?…hehe…
aq senanye nak sambung,tapi pnulis tak bagi.die cakap die punye pattern,nak kene beli…maknenye,ade lagi la lepas ni..
hahaha….
haha entahler… moga dipermudahkan….
ssh ny kalu nk pk psal cinta..totemo fukusatsu…dlu krn cinta ana byk trjerumus dgn mksiat..tp lme2 mngkin hidayah Allah telah mmbuka mata hati ana,,Alhamdulillah,,bru skng ana nmpk keburukn cinta yg x bersndrkn pada cinta ,cnta yg hanya ikut kepuasan hati.,moga2 dosa ini diampuni Allah
cik langit berawan,klo x kisay,bley la kongsi knape anti cakap tyme bercinta banyak terjerumus dgn maksiat..moga2 menjadi pengajaran kpd yang lain
untuk mendapat perfect dalam berdakwah bukan satu perkara yg senang….kita perlu buat yg terbaik yg termampu kita lakukan selepas kita berfikir menggunakan akal fikiran yg Allah berikan kepada kita selaras dengan syarakNYA…..lagu Muhasabah Cinta memang best…tapi kalu dapt hayati maksudnya lagi best supaya ia tidak menjadi sekadar lagu biasa ….ingat!!!!! “Ini bukan sekadar lagu….ini kejuruteraaaa….oops ini merupakan dakwah”
banyak btoi identiti encik … ..slamatlah komen dlm web ni bergerak atas satu sistem..klo imej kartun tu same,so orang same la tu
bukan la, sebabkan selalu gune komputer org, so email address tu (ape ek perkataan yg sesuai) dah terautomatik dihafal oleh komputer2 tersebut….
maka bila pemilik komputer sebenar nak komen, mereka sesuka hati je guna email address tu… maka terjadilah banyak identiti, kadang2 gak identiti sama tp org berbeza…
nak wat camner, naseb badan…. xde sape2 ke nak belanje laptop sebijik???
semoga kita terdewasa dgn cinta…
salam kepada penulis,
teringat bila baca buku the 7 habit, salah satu habit untuk menjadi cemerlang adalah “seek ferst tu understand then to be understood”
ramai yang tau cakap je prinsip tu tapi bila dibaca prinsip tu paling sukar untuk dilakukan. Bagi saya la sebab manusia berbeza-beza.
Apapun entry yang bagus untuk kali ini.
All the best untuk exam kali ni.
Berikanlah kekuatan kepada kami ya Allah untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Tidak lupa juga untuk menunjuk jalan kepada kami ya allah dalam menghadapi ujian dalam kehidupan yang semakin mencabar.
salam @ faiz senpai,
sangat setuju n selalu je fail bab seek 1st to understand, then to be understood…
saya berpesan pada diri, sebelum org lain…
semoga kita terdewasa dengan cinta…
All the best JAD-ian exam kali ni
isu cinta..ad benda nk kongsi..ad org gtau kalu time couple mesti ad rse nk pgg tgn couple kite sbb nk tunjuk rse syg..so setiap kali jumpa cm terseksa…sbb tpksa thn rse tu..so kptsn terbaik clash..haha..lg satu isu break couple break..n seterusnya..ad sorg ni bgtau dia tk leh kalu tgk orm cuple jalan skali ke dok ngn couple dia ke..dia jeles..jd niat utk break ngn couple die pun dia pendam dulu..jadi ape yg sye nk ckp kt c ni..sedar tk sedar orm yg couple ni mendorong org lain utk couple skali..setakat yg sye tahu sape2 yg menjadi pemangkin kebaikan atau keburukan akan dpt balasan yg sama dgn org yg buat..huhu jd fikir2 kanlah..lg..kalu anda ada niat utk stop aktiviti couple..yg “lelaki mesti kuat”..ni pun ad oram gtau sye..sye minta maaf kalu spe2 ad terasa ke..sye just nk kongsi ape yg saya tahu..
menantikn smbunganny.. (jika ada)…
da tbawa2 tema hr sukan JAD nmpk nya… ;;)
@ aku,
terima kasih sudi berkongsi, pandangan yang menarik huhu… so kaum lelaki kena la jadi kuat ye….
@ aphrodite,
semoga dipermudahkan
nk tye..
berkait ngn cmment cik/en “aku” tu, yg mnjadi pemangkin kpd keburukan n kebaikan, akan mndapat blsn yg same.
same ke x baai kalu someone cter kt kter psl mslh koibito dier kt kter, n kter bg nsht psl mslh tu?
sory..juz ingin thu je
@ solivitehoshii
bergantung pada nasihat apa yg kita bagi….
haha…hukum sbnr sye tk pasti…maaf..tpi pndgn peribadi alang2 dia dtg nk cerita problem ngn koibito…ckp kt dia kalu ko tk couple mslh tu x de kn ..so tk yh couple…haha
huhu telus dan tulusnya nasihat cik aku….
semoga segala nasihat kita membawa kpd perubahan yg lebih baik….
kdg2 kita rase ape yg kite ckp tu dah betul, lengkap segala nas syarak hadis dan dalil quran, tp kadang2 cara tu pulak tak betul….
cinta itu fitrah semulajadi, namun kematangan mengendalikannya, itulah jati diri….
semoga kita terdewasa dgn cinta….
ni tentang cinta ke menentang cinta? huhuuhhu
tentang cinta atau menentang cinta, bergantung pada pembaca yg menafsir apa yg ditulis….
penulis tak pernah membenci cinta… huhu…
maa. maa..salam.penin lak bace comment2 nh. huhu..anyway btol la kot.. ble tgk org kapel, kte ase nk kapel gak. ase cm best je, tp dalam xsedar kte ase best nk bwat maksiat jugak la eq..ne..tp bkn laki je kne kuat..pompuan pon same la.so menda2 maksiat nh pon akn terhindar jugak la kot..kot la..hehhe.nk bg pandangan je..
Salam..ana minta keizinan untuk ambil beberapa artikel dalam blog ini untuk dijadikan koleksi bagi dijadikan panduan untuk ana dan sahabat-sahabat ana..pohon dibenarkan..syukran jazilan
silakan…. (“,)
just nk kongsi pengalaman..sy pn dulu pnah di uji oleh Allah krn pernah bercinta budak yang nampk alim..dari gaya dya cerita pengalamannya mengajar AL-quran dan juga penyanyi nasyid di sekolah..sy pn terpikat dengan ke aliman yg ditunjukkannya.. tetapi setelah beberapa bulan perkenalan dia mengajak sy keluar berdua-duaan. mulanya sy ragu dengan pelawaannya. tetapi sy di fatwa kan olehnya bahawa kami just keluar dan tidak buat apa-apa yg melanggar syariah. itulah dosa saya yag lalai dengan ajakan syaitan. kini kami dah memutuskan hubungan Alhamdulillah Allah berika hidayah kepada saya. aya harap si dia pn dah bertaubat atas dosa men fatwa kan hukum yg salah kepada sy.. so nasihat sy kepada yg belum di uji. jgn mudah terpedaya atas ke aliman yang di tunjukkan oleh insan golongan adam nie…
Bagus, penulis dah meluahkan apa yang sy rasekan terhadap org yg hendak berdakwah tetapi dengan menggunakan kaedah yang amat annoying. Bukan itu caranya untuk menasihati mereka. Mereka mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mana adalah suatu pahala. Namun di mana permulaan kasih sayang itu? Hati? Mata? atau Harta?. Yg. penting mereka perlu ada kesedaran akan pahala dan dosa. Berpasangan tidak menjadi isu yg salah tetapi cara pembawakan pasangan itu yang menjadi masalah jika sehingga melanggar segala hukum syarak.
Kepada sang pencinta termasuk saya. Jadilah pencinta yang sejati, muslim dan muslimah. Doakan kebahagiaan bersama
rancaknya diskusi tentang topik kali ini.
tahniah kpd penulis!!
apa2 pun,bagi ana, ramai je di kalangan kita ni, budak dakwah. semualah. bukankah dakwah itu adalah sunnah rasulullah s.a.w?
jadi, kalau semua orang ada kesedaran, tak mungkin masalah cinta, pergaulan antara lelaki dan perempuan y tiada batasan ni akan berleluasa seperti sekarang ni.
hedonism semakin menjadi-jadi. semoga kita2 ni masih di bawah perlindungan Allah. insyaAllah.
oh kepada semua, sy tidak bermaksud menerima cinta dlm bentuk ‘couple’ jua sy tidak bermaksud menentangnya… akhirnya, apa2 juga yg kita hendak lakukan, biarlah kita punya jawapan, untuk dijawab di hadapan Allah…
@ reader,
betul jugak tu kan… so kita tukar jadi ‘nota buat semua’…